Showing posts with label ugama. Show all posts
Showing posts with label ugama. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Cara solat Yahudi dgn cara peserta Black 505 solat sama

Lihat imam dan beberapa peserta Black 505 meletakkan tangan di dada- sama seperti solat Yahudi. Ini jelas menunjukkan mereka berfikrah WAHHABI!
Cara solat Yahudi meletakkan tangan di dada sama dengan cara solat Wahhabi


Jangan lupa Wahhabi dan Syiahlah pembelot yang bekerjasama dengan musuh Islam untuk  meruntuhkan Empayar Islam Uthmaniyah dan memecahkan Empayar  Islam kepada Negara yang kecil dan  lemah spt Jordan, Palestine (kini sebahagian besar buminya dijajah Yahudi). Yahudi dan Amerika serta Negara besar Eropah lainnya meletakkan pemimpin Syiah memerintah Syria. Setelah tidak puas hati dengan pemerintah Islam ASWJ Amerika dan sekutunya Yahudi membuat kacau di , Iraq , Tunisia, Libya dan Mesir. Maka terjadilah  Arab Spring dan dengan mudah mereka  meletakkan Wahhabi iaitu sekutu mereka memerintah Mesir, Tunisia . Sementara Saddam Hussein pula mati digantung oleh seorang Syiah.
 
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra. ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang tidak menyukai sesuatu pada pemimpinnya, maka hendaklah ia bersabar. Karena sesungguhnya siapa yang memisahkan diri dari jemaah walau sejengkal lalu ia mati, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Shahih Muslim No.3438)
 
Mungkin peserta Black 505 lupa bahawa Rakyat wajib mentaati pemimpin dan mempertahankannya bukan memeranginya
 
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. (Shahih Muslim No.3428)
 
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Kewajiban seorang muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat. (Shahih Muslim No.3423)
 
 
 
 

Sunday, April 3, 2011

Rijal ul Ghaib

Telah berkata As-Syeikh Al-’Arif billah Qutbul Wujud Ibnu ‘Arobi Al-Hatimi At-To i Al-Andalusy R.A ” Sesungguhnya Qutub ( Salah satu Maqom/pangkat Waliyulloh ) yang dinamakan Ghauts tinggal dan menetap Di Mekkah Al-Mukarromah, Wali Abdal dan Rijalul Ghoib tersebar di seluruh jihat ( Arah Mata Angin untuk ke baikan alam , Dan Wali Abdal adalah 7 lelaki yang nasabnya sampai pada Rosululloh S.A.W ( Alloh S.W.T menurunkan Wali Abdal dalam 1 Abad 7 orang yg apabila meninggal digantikan dengan Wali Abdal Lainnya ), Maka seharusnyalah seseorang yang di timpa oleh suatu perkara yg sukar agar supaya menghadap ke Arah mereka ( Rijalul Ghoib ) sambil membaca Istighosah Rijalul Ghoib berikut di bawah ini 8 arah rijalul Ghoib dengan tanggalnya ( Hijriyyah ) beserta Istighosahnya :



1. Timur tgl 7, 14, 22, 29


2. Barat Tgl 4, 12, 19, 28


3. Utara Tgl 2, 15, 23, 30


4. Selatan Tgl 8, 11, 18, 26


5. Barat Daya 3, 10, 17, 25


6. Barat Laut Tgl 5, 13, 20


7. Timur Laut Tgl 28, 21,6


8. Tenggara 1, 9, 16, 24


Contoh tgl 1 muharram rijalul Ghoib berkumpul di tenggara, maka apabila anda ingin mengamalkan sesuatu amalan atau pekerjaan apa saja yang baik mintalah bantuan pada rijalul ghoib dengan menghadap Arahnya ( Tenggara kalau tgl ! ) sambil membaca Istighosah Rijalul Ghoib,Insya Allah Para Wali Qutub, Rijalul Ghoib,Abdal ,Autad Nuqoba’, Nujaba’ Ghauts, Akan membantu anda dalam hajat/perkara2 yang sukar.Inilah yang di maksud Istighosah Rijalul Ghoib :






ASSALAMU ALAIKUM YA RIJALAL GHOIBI YA AYYUHAL ARWAHUL MUQODDASTI AGHITSUUNI BI GHOUTSATIN WAN DZURUUNI BINADZROTIN YA RUQOBA’ YA NUQOBA’ YA NUJABA’ YA ABDALA YA AUTADA YA GOUTSA YA QUTBA AGITSUUNI BI HAQQISAYYIDINA MUHAMMADIN SOLLALLOHU ALIHI WA SALLAM.


Istighosah diatas di baca sambil menghadap arahnya sesuai tanggal, Sesudah itu kembali lagi menghadap Qiblat kalau sedang membaca suatu amalan.


Rujukan
- Akhi Fairus (sumbangan ilmu)
http://tokuban78.wordpress.com/2010/05/29/arah-rijalul-ghoib-dan-minta-bantuan-pada-mereka/

Monday, February 21, 2011

HUKUM MENGATAKAN ALLAH JISIM TETAPI TIDAK SAMA JISIM MAKHLUK...

قال الله تعالى: "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ" (سورة الشورى / ءاية: 11)، وقال تعالى: "وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أحَدٌ " (سورة



الإخلاص / ءاية: 4

قْوَالُ الأَئِمَّةِ فِيْ تَنْـزِيْهِ اللهِ عَنِ الْمَكَانِ وَالْجِهَةِ وَالْجِسْمِيَّةِ


Ertinya:



"Pendapat Imam-imam pada mentanzihkan Allah daripada tempat dan jihat (pihak yang enam) dan jisim" .

نُصُوْصُ عُلَمَاءِ الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ وَنَقْلُ الإِجْمَاعِ عَلَى تَكْفِيْرِ مَنْ يَقُوْلُ اللهَ جِسْمٌ كَالأَجَسْامِ وَعَلَى كُفْرِ مَنْ يَقُوْلُ اللهَ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ

Ertinya:



"Nas-nas para ulama’ empat mazhab dan pendapat ijma` atas pengkafiran (hukum kafir) sesiapa yang mengatakan Allah adalah jisim dan kufurnya mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa seperti jisim" .

الإِمَامُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ بْنِ حَنْبَلٍ وَمَالِكٌ وَأَبُو حَنِيْفَةَ وَالأَوْزَاعِيُّ وَاللَّيْثُ بْنِ سَعْدٍ وَاِسْحَقٌ بْنِ رَاهَوَيْهِ وَأَبُو مَنْصُوْرُ الْبَغْدَادِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ وَأَبُوْ بَكْرٍ بْنِ فُوْرَك وَأَبُو الْحَسَنِ الأَشْعَرِيُّ وَأَبُوْ الْحَسَنِ الْبَاهِلِيْ وَكُلُّ عُلَمَاءِ الأُمَّةِ الإِسْلامِيَّةِ كَفَّرُوْا مَنْ يَقُوْلُ عَنِ اللهِ جِسْمٍ وَلَوْ قَالَ لا كَالأَجْسَامِ:
Ertinya:



"Al-Imam al-Syafi`e dan Ahmad bin Hanbal dan Malik dan Abu Hanifah, al-Auza`ie, al-Laith bin Sa`ad, Ishaq bin Rahawayh, Abu Mansur al-Baghdadi, al-Baihaqi, Abu Bakar bin Furak, Abu al-Hassan al-Asy`ari, Abu al-Hasan al-Bahili dan kesemua ulama’ bagi umat Islam keseluruhannya telah mengkufurkan barangsiapa yang menyatakan tentang kejisiman Allah walaupun orang tersebut menyatakan Allah adalah jisim tetapi tidak serupa dengan jisim" .


Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyiduna `Ali Ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[1]:

"سَيَرْ جِعُ قَوْمٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ عِنْدَا قْتِرَابِ السَّاعَةِ كُفَّارًا .قَالَ رَجُلٌ يَاأَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ كُفْرُهُمْ بِمَاذَا أَبِالإِحْدَاثِ أَمْ بِالإِنْكَارِ .فَقَالَ بَلْ بِالإِنْكَارِ يُنْكِرُوْنَ خَالِقَهُمْ فَيَصِفُوْنَهُ بِالْجِسْمِ وَالأَعْضَاءِ".

Ertinya:



"Ketika mendekati kiamat sekelompok orang dari umat ini akan kembali menjadi orang-orang kafir, salah seorang bertanya : Wahai Amirul Mu`minin, kekufuran mereka dengan membuat-buat perkara baru atau dengan pengingkaran ? Sayyidina Ali menjawab : ‘kekufuran mereka mengingkari pencipta, mereka menyifati-Nya (Allah Ta`ala) bahawa Ia adalah jisim dan memiliki anggota-anggota badan".

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata[2]:

"مَنْ قَالَ أَوْ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ".

Ertinya:



"Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir ".


Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi`e radiyallahu `anhu (W. 203 H) berkata[3]:

"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كُفْرٌ لا صَلاة وَرَاءَهُ".

Ertinya:



"Barangsiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas `Arasy, maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu berkata bahawa[4]:


"مَنْ قَالَ بِحُدُوْثِ صِفَةٍ مِنْ صِفَاتِ اللهِ أَوْ شَكَّ أَوْ تَوَقَّفَ كَفَرَ".

Ertinya:



“Barangsiapa berkata bahawa salah satu di antara sifat-sifat Allah adalah baharu atau ragu atau bersikap tawaqquf (tidak mengatakan baharu dan juga tidak mengatakan tidak baharu) maka ia telah kafir”.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu telah mengkafirkan sesiapa yang menyandarkan tempat bagi Allah ta`ala iaitu seperti katanya dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[5]:

"مَنْ قَالَ لا أَعْرِفُ رَبِّيْ فِي السَّمَاءِ أَوْ فِي الأَرْضِ فَقَدْ كَفَرَ وَكَذَا مَنْ قَالَ إِنَّهُ عَلَى الْعَرْشِ وَلا أَدْرِيْ الْعَرْشُ أَفِي السَّمَاءِ أَوْ فِي الأَرْضِ".

Ertinya:



“Barangsiapa berkata: “Aku tidak tahu Tuhan-ku di langit atau di bumi”, maka dia telah kafir. Demikian juga, barangsiapa berkata: “Sesungguhnya Dia di atas `Arasy, dan aku tidak tahu adakah `Arasy itu di langit atau di bumi”.


Telah Berkata Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (wafat 794 H) di dalam Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki pada perbahasan ketujuh pada membicarakan bab IJTIHAD, bahawa al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[6]:


"وَنَقَلَ صَاحِبُ ((الْخِصَالِ)) مِنَ الْحَنَابِلَةِ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ-أَيْ الله- جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ، وَنَقَلَ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ أَنَّهُ يُفَسَّقُ، وَهَذَا النَّقْلُ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ لَيْسَ بِصَحِيْحٍ".

Ertinya:



"Dan telah dinaqalkan oleh pengarang kitab ((al-Khisal)) daripada para ulama' Hanabilah, daripada (al-Imam) Ahmad bahwa sesungguhnya beliau telah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Allah jisim tetapi tidak sama dengan semua jisim (jisim-jisim yang lain), KUFUR", dan telah dinaqalkan daripada para ulama' al-Asy`ariyyah bahawasanya (orang yang berkata Allah jisim tetapi tidak serupa jisim) dihukum FASIQ (sesat lagi mubtadi`), dan (pendapat) yang menukilkan pendapat tersebut dari para ulama' al-Asy`ariyyah (maka pendapat tersebut adalah) TIDAK SAHIH/TIDAK BENAR".


Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din ibn Human al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (W. 1098 H) berkata[7]:

"مَنْ قَالَ اللهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ".

Ertinya:



"Barangsiapa berkata bahawa Allah adalah jisim (duduk, bersemayam, bergerak, berubah dan lain-lain) yang tidak seperti semua jisim (yang tidak sama dengan manusia dan makhluk-Nya) maka ia telah kafir".

Berkata al-Imam ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[8]:


"مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جِسْمٌ فَهُوَ غَيْرُ عَارِفٍ بِرَبِّهِ وَإِنَّهُ كَافِرٌبِهِ".


Ertinya:



"Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim maka ia tidak mengenal Tuhannya dan sesungguhnya ia telah kafir".

Berkata al-Syeikh Nizham al-Hindi radiyallahu`anhu[9]:

"يَكْفُرُ يِإِثْبَاتِ الْمَكَانِ لِلَّهِ تَعَالَى. وَلَوْ قَالَ: اللهُ تَعَالَى فِي السَّمَاءِ فَإِنْ قَصَدَ لَهُ حِكَايَةَ مَا جَاءَ فِيْهِ ظَاهِرُ الأَخْبَارِ لا يَكْفُرُ وَإِنْ أَرَادَبِهِ الْمَكَانَ يَكْفُرُ".

Ertinya:



"Telah kafir orang yang menetapkan tempat bagi Allah ta`ala. Sekiranya seseorang berkata: “Allah fi al-sama`”, jika dia maksudkan untuk menceritakan apa yang zahir dari nas-nas (tanpa makna tempat), maka tidak kafir. Adapun jika dia maksudkan dengan menetapkan tempat, maka dia telah kafir".

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[10]:

"فَمَنْ اعْتَقَدَ أَوْ قَالَ إِنَّ اللهَ بِذَاتِهِ فِي كُلِّ مَكّانٍ أَوْ فِي مَكَانٍ فَكَافِرٌ".


Ertinya:



"Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan Dzat-Nya berada di setiap tempat atau di suatu tempat maka ia kafir" .


Telah menaqalkan oleh al-Imam al-Nawawi daripada al-Imam Mutawalli al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata[11]:

"أَنَّ مَنْ وَصَفَ اللهَ بِالاتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ كَانَ كَافِرًا".

Ertinya:



"Sesungguhnya orang yang menyifatkan Allah dengan ittishal (menempel) dan infisal (berpisah) ia telah jatuh kafir" .


Al-Syeikh Mahmud Muhammad Khaththab al-Subki radiyallahu`anhu berkata di dalam kitabnya Ittihaf al-Kainat:

"وَقَدْ قَالَ جَمْعٌ مِنَ الْسَّلَفِ وَالْخَلَفِ : إِنَّ مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةٍ فَهُوَ كَافِرٌ".

Ertinya:



"Banyak dikalangan ulama` salaf dan khalaf telah menegaskan bahawa orang yang meyakini Allah berada di suatu arah maka ia kufur" .

Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir:

"إِنَّ اعْتِقَادَ أَنَّ الله َجَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ أَوْ كَائِنٌ فِي السَّمَاءِ فِيْهِ تَشْبِيْهُ اللهُ بِخَلْقِهِ وَهُوَ كُفْرٌ".


Ertinya:



"Sesungguhnya keyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy atau berada di langit adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan keyakinan ini (tasybih) adalah kekufuran" .

Al-Mufassir Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam kitabnya al-Jami` li Ahkam al-Qur'an:


"الصَّحِيْحُ تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ لأَنَّهُ لافَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ عَابِدِ الصَّنَم".


Ertinya:



"Yang shahihnya mengkafirkan mujassimah kerana bahawasanya tidak ada beza di antaranya (al-mujassim) dan di antara penyembah berhala".


Al-Syaikhul al-Azhar Syaikh Salim al-Bisyri al-Maliki radiyallahu`anhu berkata[12]:


"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جِسْمٌ أَوْ أَنَّهُ مُمَاسٌّ لِلسَّطْحِ الأَعْلَى مِنَ الْعَرْشِ وَبِهِ قَالَتْ الْكَرَّامِيَّةُ وَالْيَهُوْدُ وَهؤُلاءِ لانِزَاعَ فِيْ كُفْرِهِمْ".

Ertinya:



"Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau Ia menyentuh bahagian atas `Arasy dan ini adalah keyakinan al Karramiyyah (Mujassimah) dan orang-orang Yahudi mereka ini tidak diragukan lagi pada kekufuran mereka."

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata [13]:

"الْمُجَسِّمُ كَافِرٌ".

Ertinya:



"Al-Mujassim (orang yang menyamakan Allah dengan jisim)kafir".


Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata di dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir[14]:

"قَالَ الشَّافِعِيُّ: لا يُكَفَّرُ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ. وَاسْتَثْنَىْ مِنْ ذَلِكَ: الْمُجَسِّمُ وَمُنْكِرُ عِلْمِ الْجُزْئِيَّاتِ".

Ertinya:



"Al-Syafi`e berkata: "Tidak ada seorang pun ahli qiblat yang kafir. Terkecuali dari hal itu ialah mujassim (orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat".



■Maksud daripada kata-kata al-Imam al-Syafi`e tersebut adalah tidak boleh dikafirkan orang Islam kecuali mereka yang Mujassim (orang yang berkeyakinan bahawa Allah mempunyai jisim) dan orang yang mengingkari ilmu Allah secara juz’iyyat iaitu orang yang berkeyakinan bahawa Allah Ta`ala hanya mengetahui sesetengah perkara sahaja tidak secara keseluruhan. Sebagai contoh, Allah Ta`ala hanya mengetahui perkara yang sudah berlaku sahaja, adapun perkara yang belum berlaku tidak diketahui. Maka keyakinan seperti ini adalah kufur.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu berkata bahawa:

قَالَ أَبُو حَنِيْفَةَ: "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ" (وَهَذَا إِجْمَاعٌ كَمَا بَيَّنَ ذَلِكَ الطَّحَاوِيُّ فِيْ عَقِيْدَتِهِ(.

Ertinya:



"Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir". (ini merupakan pendapat ijma’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh al-Tahawi di dalam kitab akidahnya)

Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) di dalam risalahnya al-`Aqidah al-Tahawiyyah berkata:


"وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَر فَقَدْ كَفَرَ".

Ertinya:



"Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir".

Di antara sifat-sifat manusia ialah bersemayam atau duduk, bertempat, mempunyai roh, berbentuk, boleh dibayang, bergerak, berubah-ubah, berjisim, berhajat kepada sesuatu untuk hidup, lemah, mempunyai perasaan, dan banyak lagi.

Al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad Ibn Muhammad al-Misri al-Syafi`e al-Asy`ari yang dikenali dengan nama Ibn Hajar al-Haythami (W. 974 H) berkata[15]:

"وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَ أَحْمَدَ وَأَبِي حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ".

Ertinya:



“Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah radiyallahu`anhum tentang pendapat kufurnya golongan yang berpendapat dengan arah dan tajsim (bagi Allah ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut) pasti tentang perkara tersebut”.


Al-Shaykh al-Mulla `Ali al-Qari al-Hanafi (W. 1014 H) berkata lagi[16]:


"بَلْ قَالَ جَمْعٌ مِنْهُمْ - أَيْ مِنَ السَّلَفِ - وَمِنَ الْخَلَفِ إِنَّ مُعْتَقِدَ الْجِهَةِ كَافِرٌ كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْعِرَاقِيُّ وَقَالَ: إِنَّهُ قَوْلٌ لأَبِي حَنِيْفَةَ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَ الأَشْعَرِيِّ وَالْبَاقِلانِيِّ".

Ertinya:



“Bahkan sekumpulan daripada kalangan ulama salaf dan ulama khalaf telah berkata bahawa orang yang beri`tiqad dengan adanya arah bagi Allah adalah kafir seperti yang diterangkan oleh al-`Iraqi dengan jelas iaitu dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah pendapat bagi Abu Hanifah, Malik, al-Syafi`i, al-Asy`ari dan al-Baqillani”.

Al-Imam Muhammad ibn Badr al-Din ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[17]:

"فَمَنْ اعْتَقَدَ أَوْ قَالَ إِنَّ اللهَ بِذَاتِهِ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ أَوْ فِيْ مَكَانٍ فَكَافِرٌ".

Ertinya:



"Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan zat-Nya berada di setiap tempat atau di suatu tempat maka ia telah kafir" .

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[18]:

"وَلايُشْبِهُ شَيْئًا وَلايُشْبِهُهُ شَيْءٌ, فَمَنْ شَبَّهَهُ بِشَيْءٍ مِنْ خَلْقِهِ فَقَدْ كَفَرَ كَمَنْ اعْتَقَدَهُ جِسْمًا أَوْ قَالَ إِنَّهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ فلا تُبْلِغُهُ سُبْحَانَهُ الأَوْهَامُ وَلا تُدْرِكُهُ الأَفْهَامُ وَلا تَضْرِبُ لَهُ الأَمْثَالُ".

Ertinya:



"Allah tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, maka barangsiapa mnyerupakan Allah dengan sesuatu diantara makhluk-Nya, maka ia telah kafir seperti orang yang menyakini Allah sebagai jisim atau mengatakan bahawa Allah jisim yang tidak seperti jisim, Allah subhanahu wata`ala tidak dapat dicapai oleh pemikiran, tidak boleh dikecapi oleh kefahaman dan tidak boleh disamakan dengan-Nya oleh sesuatu misal" .


قَالَ الْحَافِظُ السُّيُوْطِيُّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ جَلالُ الدِّيْنَ بْنِ أَبِي بَكْرٍ: "الْمُجَسِمُ كَافِرٌ قَطْعًا" يَعْنِي بِلا خِلافٍ وَلا تَرَدُّدٍ وَلا تَوَقُّفٍ وَلا شَكٍّ جَزْمًا.

Ertinya:



"Telah berkata al-Hafiz al-Suyuti `Abd al-Rahman Jalal al-Din ibn Abi Bakr: “al-Mujassim (orang yang menyamakan Allah dengan jisim) kafir dengan qat`ie” yakni tanpa khilaf dan tanpa taraddud dan tanpa tawaqquf dan tanpa syak, jazam (iaitu yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa orang menjisimkan Allah kufur)".

قَالَ أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنِ خَلَف بْنِ بَطَّال (فِيْ شَرْحِهِ عَلَى الْبُخَارِيْ الْجُزْءُ الْعَاشِرُ ص: 432) خِلافًا لِمَّا تَقُوْلُهُ الْمُجَسِّمَةُ مِنْ أَنَّهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ: "وَاسْتَدَلُّوْا عَلَى ذَلِكَ بِهَذِهِ الآيَاتِ كَمَا اسْتَدَلُّوْا بِالآيَاتِ الْمُتَضَمِّنَة لِمَعْنَى الْوَجِه وَالْيَدَيْن وَوَصْفِهِ لِنَفْسِهِ بِالإِتْيَان وَالْمَجِيْءِ وَالْهَرْوَلَةِ فِي حَدِيْثِ الرَّسُوْلِ وَذَلِكَ كُلُّهُ بَاطِلٌ وَكُفْرٌ مَنْ مُتَأَوِّلِهُ" وَفِيْهِ تَكْفِيْرِ لِمَنْ يَقُوْلُ اللهُ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ

Ertinya:



"Telah berkata Abu al-Hasan ibn khalaf ibn battal (di dalam kitab syarahnya ke atas (kitab sahih) al-Bukhari (dalam) juzu’ ke sepuluh, halaman 432) …menyalahi perkataan yang diucapkan oleh golongan mujassimah bahawasanya Allah adalah suatu jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim. Mereka telah mengambil dalil (untuk menyokong pendapat mereka tersebut) berdasarkan kepada ayat tersebut seperti mana mereka telah mengambil dalil daripada ayat-ayat yang mengandungi makna al-Wajh, al-Yadayh dan sifat-sifat yang disifatkan sendiri oleh Allah bagi diri-Nya dengan (seperti) mendatangi, berlari (seperti mana yang terdapat di dalam hadis Rasulullah sallallahu`alahi wasallam) dan yang demikian itu kesemuanya adalah batil dan kufur barangsiapa mentakwilkan (takwilan yang batil) dan padanya juga (ucapan di atas) pentakfiran bagi mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim".


وَمِثْلُ ذَلِكَ تَمَامًا قَالَ سِرَاجُ الدِّيْن اِبْنُ الْمُلَقِّنِ الشَّافِعِيُّ الْمُتَوَفَّىْ مِنَ 804هـ (فِيْ كِتَابِهِ التَّوْضِيْح الْمُجَلَّدُ 33 ص: 256): "فَإِنَّهُ يُكَفَّرُ مَنْ يَقُوْلُ عَنِ اللهِ جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ"اهـ
Ertinya:



"Dan pendapat yang sama seperti (pendapat di atas), telah berkata Siraj al-Din ibn al-Mulaqqin al-Syafi`e wafat pada tahun 804 hijrah (di dalam kitabnya al-Tawadih jilid 33, halaman 256: “Bahawasnya di hukum kufur bagi sesiapa yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim".


قَالَ الْقَاضِيُّ عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ نَصْرٍ الْبَغْدَادِيُّ الْمَالِكِيُّ الْمُتَوَفَّى سَنَةً 422هـ (فِيْ شَرْحِهِ عَلَى عَقِيْدَةِ مَالِكَ الصَّغِيْرِ ص: 28): "وَلا يَجُوْزُ أَنْ يُثْبِتَ لَهُ كَيْفِيَّةَ لأَنَّ الشَّرْعَ لَمْ يُرِدْ بِذَلِكَ، وَلا أَخْبَرَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ السَّلامُ فِيْهِ بِشَىْءٍ، وَلا سَأَلَتْهُ الصَّحَابَةُ عَنْهُ، وَلأَنَّ ذَلِكَ يَرْجِعُ إِلَى التَّنَقُّلِ وَالتَّحَوُّلِ وَإِشْغَالِ الْحَيِّزِ وَالاِفْتِقَارِ إِلَى الأَمَاكِنِ وَذَلِكَ يُؤَوِّلُ إِلَى التَّجْسِيْمِ وَإِلَى قِدَمِ الأَجْسَامِ وَهَذَا كُفْرٌ عِنْدَ كَافَةِ أَهْلِ الإِسْلامِ "اهـ

Ertinya:


"Telah berkata al-Qadhi `Abd al-Wahhab ibn `Ali ibn Nasr al-Baghdadi al-Maliki wafat pada tahun 422 hijrah (di dalam (kitab) syarahnya ke atas akidah (Imam) Malik al-Saghi, halaman 28: “Dan tidak harus bahawa ditetapkan kaifiyyah bagi Allah kerana syara` tidak menyatakan yang demikian (ithbat kaifiyyah pada zat Allah) dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak pernah langsung mengkhabarkan tentang hal tersebut kerana yang demikian itu membawa kepada penyandaran perpindahan, perubahan, mengambil tempat dan keberhajatan kepada tempat (pada zat Allah) kesemua tersebut membawa kepada penjisiman Allah dan keqidaman/kekalan jisim dan perkara tersebut adalah kufur di sisi umat Islam keseluruhannya".

وَنَقَلَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ الْجَزِيْرِيْ (فِيْ كِتَابِهِ الْفِقْهِ عَلَى الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ فِيْ الْمُجَلَّدِ الْخَامِسِ ص: 396) تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ، يَعْنِي أَنَّ الْمُجَسِّمَ كَافِرٌ فِي الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ يَعْنِي الإِجْمَاعِ


Ertinya:


"Dan dinaqalkan oleh `Abd al-Rahman al-Jaziri (di dalam kitabnya “al-Fiqh `ala al-Madhahib al-`Arba`ah di dalam jilid lima,halaman 396: “Pengkufuran terhadap golongan mujassim, iaitulah bahawasanya golongan mujassim di hukum kufur di dalam mazhab yang empat iaitu (pendapat) ijma`".

[1] Diriwayatkan oleh Ibn al-Mu`allim al-Qurasyi (660-725H) di dalam kitabnya Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mu`tadi. h. 588.


[2] Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 551.


[3] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih dan al-Imam Ibn Mu`allim al-Qurasyi (W 725 H) didalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu`tadi.



[4] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Wasiyyah.

(5] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat - dikumpulkan dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari - , h. 12.

[6] Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi, (t.t.), Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki, Beirut: Dar al-Kutub al-I`lmiyyah, j. 2, h. 249.. Dan juga diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hamdan di dalam kitab Nihayah Al-Mubtadi’in, h. 30.

[7] Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (t.t.), Syarh Fath al-Qadir pada bab al-Imamah, (t.t.p), j. 1. h. 403.


[8] Diriwayatkan di dalam kitab al-Nawadir.


[9] Syeikh Nizham al-Hindi(t.t), Al-Fatawa Al-Hindiyyah, (t.tp): Cetakan Dar al-Shadir, j. 2, h. 259.

[10] Al-Imam Muhammad Ibn Badruddin Ibn Balban ad-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat, (t.tp): (t.p), h. 489

[11] Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya “Raudhah al-Thalibin”, j. 10, h. 15.

[12] Diriwayatkan oleh al-Syeikh Salamah al-Qodho`i al-`Azami` al-Syafi`e di dalam kitabnya Furqan al Quran,, h. 100.


[13] Al-Suyuti(t.t), al-Ashbah wan-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, (t.tp): al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 488.

[14] Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar (1998), al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, h. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah -

[15] Ibn Hajar al-Haythami(t.t), al-Minhaj al-Qawim `ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Damsyik: Mua’assasah `Ulum al-Qur’an, h. 224.

[16] Mulla `Ali al-Qari(t.t), Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, Beirut: Dar al-Fikr, j. 3, h. 300.


[17] Al-Imam Muhammad ibn Badr al-din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat, (t.tp): (t.p), h. 489.

[18] Ibid, h. 490.

Monday, January 3, 2011

Jadual dakwah Habib Umar di Malaysia

INSYAALLAH...


GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM akan sekali lagi menziarah dan berdakwah ke Malaysia...

Disini saya kongsikan Jadual Syeikh untuk Saudara-saudara sekalian..Marilah kita sama-sama menghadirkan diri dan hati bersama-sama alim Ulama'..InsyaAllahu Taala,semoga memperoleh Rahmat&Barokah..

3 SAFAR 1432H / 8 JANUARI 2011 (SABTU)

7.00-10.30 MALAM

DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA, KL


6 SAFAR 1432H / 11 JANUARI 2011 (SELASA)

7.00-10.30 MALAM

DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BAHRU, KELANTAN

7 SAFAR 1432H / 12 JANUARI 2011 (RABU)

7.00-10.30 MALAM

DI KOMPLEKS YAYASAN AL-JENDERAMI , JENDERAM,SELANGOR



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR...

MOHON DISEBARKAN..

Sumber http://jamaluddinab.blogspot.com/

Thursday, November 4, 2010

Pesanan kepada pengundi dan penyokong parti politik- Adab dalam menegur dan berdakwah

Adab dalam menegur dan berdakwah

Disini diterangkan dalam kitab Siyarus Salikin Thariqatis Sadaatissufiyyah terjemahan daripada kitab Ihya' Ulumuddin bagi Al-Imam Al-Ghazali r.anhu dan terjemah oleh Al-Allamah Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu. Pada juzu' k.e-2, m/s... 203 :

(Maka darjat yang pertama) memberitahu akan seseorang berbuat akan sesuatau pekerjaan yang mungkar dengan bebalnya maka iaitu lazim atas seorang menegur dan mengajar akan sembahyangnya seperti meninggalkan tuma'ninah di dalam rukuk dan sujud dan barang sebagainya tetapi dengan perkataan yang lemah lembut dan yang mengajar akandia.

(Dan darjat kedua) Manjagakan dan mengingatkan dengan mengikut dan dengan menyukakan dan memberi nasihat akan orang yang mengerjakan maksiat pada hal ia mengetahui akan kejahatannya seperti orang yang mengekali akan meminum arak atau berbuat zalim atau mengekali mengumpat akan manusia pada hal ia mengetahui sekalian yang demikian itu haram maka sayugianya bahawa dijagakan dan ditakuti dengan seksa yang datang daripada hadis Nabi SAW dan daripada dalil Al-Quran dan dihikayatkan kepadanya kelakuan orang yang salih-salih yang dahulu-dahulu dan dikhabarkan kepadanya adat orang yang salih-salih yang dahulu-dahulu dan diringankan akan dia dengan berbuat kebajikan dan sekalian yang demikian itu dengan kasih sayang kepadanya dan dengan perkataan lemah lembut dan jangan dengan perkataan yang keras dan jangan perkataan yang marah akandia.

(Dan darjat ketiga) Apabila tiada memberi MANFAAT akandia dengan perkataan yang lemah lembut dan dengan pengajaran itu, maka menegur akandia dengan perkataan yang keras dan dengan perkataan yang kasar dan jika patut di maki akan dia maka harus di maki akan dia tetapi jangan dimaki akan dia dengan perkataan yang sangat keji seperti kata ia dengan zina dan mukadimahnya (lucah...pent.) dan jangan dimaki dengan perkataan yang dusta tetapi dimaki akan dia dengan perkataan yang tiada sangat keji seperti dimaki akan dia dengan dikata akan dia YA FASIQ atau dikata akan dia HAI ORANG YANG KURANG AQAL atau dikata akan dia YA JAHIL , TIADAKAH KAU TAKUT AKAN ALLAH TA'ALA, atau dengan katanya HAI ORANG YANG DUNGU dan barang sebagainya tiap2 yang dibilangkan memaki akandia dan sekalian itu sekira-kira HAJAT jua dan jangan berlebih-lebih.

(Dan Darjat Keempat) Apabila tiada memberi MANFAAT dengan demikian itu maka ditegahkan akan dia dengan tangan seperti DIPECAHKAN alat permainan yang haram itu dan ditumpahkan araknya dan ditanggalkan pakaian sutera daripada kepalanya atau daripada tubuhnya dan ditegahkan akan dia daripada duduk atas hamparan sutera dan ditolakkan akan dia daripadanya keluarkan akan dia daripada rumah yang dirampasnya dengan ditarik tangannya atau kakinya dan barang sebagainya sekira-kira HAJAT jua dan jangan berlebih dan jikalau dapat ditumpahkan araknya maka jangan dipecahkan bejananyaitu dan jikalau tiada memberi MANFAAT yang demikian itu MELAINKAN dengan DIPUKUL dengan tangan dan DITENDANG dengan kaki, maka harus perbuat akan dia dengan demikian itu.

Rujukan
Ihya' Ulumuddin bagi Al-Imam Al-Ghazali r.anhu dan terjemah oleh Al-Allamah Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu. Pada juzu' k.e-2, m/s... 203 :

Thursday, August 19, 2010

Daulat Tuanku Sultan Selangor-Fatwa Menentang Fahaman Wahhabi di Selangor

Daulat Tuanku! Sultan Selangor selaku  Ketua Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi negeri Selangor telah berkenan untuk meluluskan Fatwa Menentang Kefahaman Wahhabi bagi diwartakan dan dikuatkuasakan dinegeri Baginda. Perkara ini tidak terkait dengan  politik di Selangor. Sila baca Fatwa Mentang Fahaman Wahhabi selanjutnya di bawah.

Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti berikut:



i - Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan)kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:


a. Allah bermuka dan bertangan.


b. Allah duduk bersila di atas arasy.


c. Allah berada di langit.


d. Allah bertubuh serupa nur.


I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah WalJamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kalidiserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.


ii - Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul ituberi'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusiahanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)


Sekian, Wassalam.


"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)


Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)b/p: Mufti Negeri Selangor



sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=421287268670&id=1549068064&ref=mfSee More
 

Saturday, July 17, 2010

Kuala Lumpur Berselawat!

Jom GEGAR bumi Kuala Lumpur dengan salawat , dzikir dan ratib.

Jom kita dengar ceramah dari Syeikh Dr.Mahmoud Marghlani dari Madinah Al-Munawwarah

18 Julai -Ahad

Masa 3 petang

Tempat Masjid Asy Syakirin, KLCC

Acara

- bacaan mawlid, ghasidah, nasyid undangan khas kumpulan INTEAM,MARJAN & ALMAWLID

-ratib-zikir, majlis ilmu dan ceramah khas dari Syeikh Dr.Mahmoud Marghlani dari Madinah Al-Munawwarah.

Wednesday, July 7, 2010

Kenapa Wahhabi berusaha agar umat Islam lalai

Salam dan Bismillah Hir Rahman Nirr Rahim

Agak lama juga ya saya tidak update blog kerana sibuk  di facebook menangani  isu Wahhabi.

Mengenai Wahabi dan ciri cirinya, penerangannya telah saya terangkan di link saya terdahulu yang banyak saya kutip dari blog  Aqidatul Tanzih, Takaza, Tahu, Faham dan Amal serta Jom Faham. Selain itu saya amat bersyukur kerana berpeluang menjadi mureed beberapa orang  guru ugama pondok serta bermuzakarah dengan rakan rakan yang senantiasa mengingatkan temannya. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas, dan berusahalah mencari guru yang murshid supaya ilmu yang didapati itu bersanad serta bertali arus sehingga kepada Rasulullah S.A.W.
..............................................................
Tuduh menuduh di facebook

Terlalu banyak tuduh menuduh dalam Facebook mengenai Wahabi sekarang. Saya mengambil langkah untuk berjaga jaga kerana dalam gawat kita berperang mungkin kita tersalah langkah dan membuat fitnah.

Apapon jika sudah ada bukti yang jelas, maka kita boleh mengutarakannya sebagai peringatan kepada saudara seIslam yang lain.

Apatahlagi dalam kita menjalani liku liku hidup ini, kita tak akan dapat lari dari melakukan kesalahan.
 Taubat dan Istigfar senantiasa perlu dibuat agar diri kita tidak terhijab dari rahsia Allah yang diberikan kepada hamba Nya yang terpilih.

....................................................................
3 Video Wahhabi


Diutarakan 3 video menarik Sejarah Wahabi dan Rahsia amalan umat Islam yang cuba dihapuskan oleh Wahhabi. Sesungguhnya Wahhabi musuh nyata umat Islam kerana cuba menjauhkan umat Islam dari beribadah yang sebenarnya.

Pelajari jua rahsia dzikir dan panduan beribadah dan beramal yang dinamakan jalan  "Tarekah". Selain itu pelajari juga apa itu  "tenaga Ruh" dan bagaimana ianya boleh di aktivasikan.

Akhir sekali perhatikan ciri ciri Wahabi dan apa halangan mereka dari berselawat ke atas Nabi, semulia-mulia makhluk Illahi sehingga kepada larangan Wahhabi ke atas Maulid Nabi dan bacaan Yassin.

Video 1


Video 2


Video 3



Thursday, May 20, 2010

Hukum manusia atau hukum Allah?

Bung Mukhtar MP Kinabatangan (BN) menikah secara hukum syarie yang sah dengan Zizzie Ezzette dihukum penjara satu bulan! Lepan ini akan adalagi pesta pilihanraya di Sabah-memang eloklah sebab anasir subversif yang bertakhta di agensi kerajaan  boleh test market untuk melihat sokongan ke atas BN di Sabah pulak!

ADUN Melor Datuk Ismail (PAS) yang menikah sembunyi secara syarie dengan isteri kedua warga Champa terlepas hukuman dan maseh berdolak dalih dalam hukum saraan anak dari hasil pernikahan itu.

ADUN Sekinchan (DAP)  yang langgar lari dan menyebabkan seorang pelajar UITM Bakri koma terlepas dari hukuman!

Driver Tian Chua (DAP) yang langgar lari seorang askar Islam sehingga mati terlepas dari hukuman penjara.

Pada masa yang sama koperal PDRM yang bernasib  malang kerana menyebabkan kematian  adik Amirulrashid tanpa sengaja yang  disasarkan ditayar kereta dihukum-habislah rekod perkhidmatan dan hilanglah tempat bergantung anak isteri.

Pada masa yang sama terdapat 2 ulama besar meninggal di Jeddah dan Johor Bahru kurang dari tempoh 24 jam. Belum cukup kepedihan hati umat Islam sebab ada ulamak politik menghalalkan dan sanggup menjual dengan percuma hak penggunaan kalimah Allah di Sibu semata-mata kerana satu kerusi Parlimen untuk musuh Islam-DAP!

Letupan gunung berapi di Iceland menyebabkan penundaan banyak pesawat udara di Eropah.

Greece diistiharkan "muflis" oleh agensi rating antarabangsa (BBB-tahap rating sampah)

Sedarlah dunia dah akhir zaman dan hukum manusia dilebihkan dari hukum syarie. Petanda dah banyak, dan contohnya posting terdahulu mengenai dunia menaikkan martabat mereka yang bukan ahli dalam hal ehwal Islam..........

Sunday, April 4, 2010

Perlembagaan Malaysia Berpandukan Islam-Tok Guru Hj Abdullah Bin Sammah-Pondok Geting

                        TAAT PADA PEMIMPIN


Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin... parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.


Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.


Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.




Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat' disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.


Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.


Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.


Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.


Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.

Berpegang

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.



Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.






Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.






Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.






Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.






Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.






Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.


Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.


Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.


Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.


Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.


Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.


Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).


Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.




- Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa`amah

Pengasas Madrasah Al Najmiah Kota Bharu

Friday, April 2, 2010

Merdekakah kita? Apakah benar ulama perjuangkan Islam?

-dr blog ParpuKari


Saya teliti gambar-gambar Sidang DUN Perak satu persatu.

Saya amat sedeh apabila umat Islam bertengkar sesama umat Islam demi menegakkan pegangan politik masing-masing.

Masih tergiang Ramalan Rasulullah berkenaan Islam di Akhir Zaman. Islam hanya pada nama, tapi penganutnya cintakan dunia. Maka segala usaha  diperhitungkan untuk kepentingan dunia sahaja.

Untuk mengubati penyakit cintakan dunia agar umat Islam tidak ditimpa kehinaan, umat Islam perlu kembali ke konsep Islam sendiri, iaitu menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah dan menjalin hubungan yang baik sesama manusia.

Surah Al Imran Ayat 112:

"Ditimpakan kepada mereka kehinaan dimana sahaja mereka berada kecuali mereka menjalin hubungan dengan Allah dan manusia"

Kepada manusia hipokrit yang diangkat jadi wakil rakyat, insaflah. Hayati Islam itu sendiri, jangan Islam tinggal pada nama tetapi perbuatan seharian tidak melambangkan perbuatan seorang Islam. Malah ramai pula yang merubah hukum halal kepada  haram.

Petikan ini adalah kejadian benar yang berlaku di Kelantan, negeri Serambi Mekah. Pembaca boleh menilai sendiri bagaimana hukum halal ikatan pernikahan ditukar kepada haram sehingga memaksa pasangan yang bernikah untuk  berpisah dan bagaimana hukum yang haram dijadikan halal dengan mendiamkan perbuatan rogol dan sumbang mahram di negeri itu.

Petikan dari ruang diskusi Nik Aziz Nik Mat

"Saya amat keliru dengan fakta dan kisah benar yang berlaku di dalam PAS semasa. Kenapa mereka lawan semua orang tua-tua para penasihat istana dan tuduh kafir..?



Apakah untungnya kita lawan dengan orang macam Tok Ayah Mat Jibril, Tok Imam Mansor, Tok Ayah Bidin, Tok Ayah Mat Pohon Tanjung dan ramai lagi hingga ramai yang kena macam-macam bala musibah.



Cikgu Arifin P.K Hem SM Hamzah Machang, Fahmi-menantu tok guru, Tengku Arif Pauh Lima, Datuk Amir Hamzah timbalan ketua polis klate dan semua yang maklum terpakse diam bila hakim mahkamah syarie sendiri, Nik Najib berjaya dimanipulasi oleh golongan ahli profesional PAS. Peguam syarie Mohd Zaki Zainal Abidin yang tahu kes ini, tarik diri dari kes setelah diugut oleh saudara Saufi Gunong.



Mereka tak kenalkah bahawa orang tua-tua ni hidup zaman 5 PM...zaman Tok Kenali, Tok Janggut...orang yang Allah dah bagi mereka pelbagai kelebihan kecuali degree atau master dari universiti Al--Azhar.


Moga Tok Guru tulo selesai laa....nayo ko budok, nok jdi gilor...bru umur 18 tahun...kena pakse berhenti sekolah sejak tingktan 3 lagi...!! kena ugut bunuh kalau bocor rahsia kes rogol oleh ahli taksub PAS yang ada masalah ketagih sex."

Bahaya mereka ialah kerana terlalu jumud berpolitik sehingga boleh double standard dalam pelaksaan hukum jenayah dalam Islam. Mungkin lebih jelas sekiranya saya sertakan petikan rencana dibawah mengenai pemikiran orang Melayu yang terlalu jumud berpolitik sehinga membahayakan survival ugama,bangsa dan negara



Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya.



Paling kurang dia akan diam. Namun jika idea itu terbitan musuh, dia akan bersama partinya menyerang idea tersebut sekalipun dia belum faham, atau sekalipun dia tidak tahu pun keburukannya. Jika musuh partinya mengemukakan idea yang baik, dia akan diam tanpa ulasan. Jika partinya mengemukakan idea, dia akan puji dan berikan sokongan walaupun belum cukup faham. Inilah politik taksub. Inilah politik taklid buta. Inilah fanatik kepartian yang membunuh politik kebernasan idea.

Politik Memecah Belah Kita


Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini.






Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan.


Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah).


Apabila isu-isu politik dibentuk menjadi isu akidah dengan mengada-ada nas agama, maka itu mencetus reka bentuk agama yang tersendiri. Para pengikut yang jahil yang dimangsakan mula menganggap perjuangan politik kepuakan itu sebagai ‘titah agama’ lantas mereka berjihad kerananya. Maka tumpah darahlah kaum muslimin di sana sini. Sedangkan ‘Ali pada zamannya cuba mengatasi hal ini. Apabila beliau ditanya mengenai mereka yang menentang beliau dalam Peperangan Jamal dan Siffin; Apakah mereka itu Musyrikin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, mereka itu melarikan diri daripada syirik.” Ditanya lagi: “Apakah mereka itu Munafiqin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, sesungguhnya golongan Munafiqin tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” Ditanya lagi: “Apakah kedudukan mereka yang sebenarnya?” Jawab ‘Ali: “Saudara kita yang melampau (bughah) terhadap kita” (Al-Baihaqi di dalam Sunannya. Ibn Abi Syaybah dalam musannafnya dan al-Marwazi dalam Ta’dzim Qadr al-Salah). Namun apabila ketaksuban sudah tidak dapat dikawal, golongan Syiah menghukum musuh-musuh ‘Ali apa yang tidak dihukum oleh ‘Ali itu sendiri.


Demikian juga kebencian tanpa kawalan. Kebencian kepada penentang ‘Ali, telah melahirkan puak Khawarij yang tidak puas hati dengan langkah perdamaian yang dipersetujui oleh ‘Ali. Lalu api kebencian itu merebak dalam jiwa sehingga membentuk dasar akidah yang membawa mereka mengkafirkan bukan sahaja penentang ‘Ali, bahkan ‘Ali itu sendiri. Lahirnya dogma mengkafirkan orang lain atas dosa yang dilakukan, atau atas tafsiran dosa yang diandaikan. Kelompok Khawarij terkenal dengan kuat ibadat dan tidak melakukan dosa. Malangnya, dogma agama yang dipegang mereka, telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama mereka, bahkan menumpahkan darah orang ramai yang tidak menyokong pegangan mereka.


Jangan Ulangi Sejarah Suram

Apa yang ingin saya sebutkan di sini, kita tidak ingin mengulangi sejarah silam. Politik ketaksuban dan kepuakan hanya akan mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. Politik sepatutnya dibina atas hujah dan idea, bukan taksub dan sokongan secara membabi buta. Di negara kita, politik idea ini belum kuat berkembang atau belum menguasai keadaan.


Kita dalam politik sering membahagikan manusia berdasarkan parti, bukan berdasarkan pendekatan dan kefahaman. Ini telah lama bertapak dalam pendekatan kita. Jika ada yang mengkritik kerajaan dia dituduh penyokong pembangkang dan mungkin juga diambil tindakan. Jika ada yang mengkritik pembangkang, dia dituduh pro atau pengampu kerajaan, dan mungkin juga akan dimaki, atau dicerca.


Hal ini menyebabkan pemikiran dan idea yang baik tidak dapat disalurkan disebabkan perbalahan politik. Jika kita bersetuju dengan beberapa idea yang baik pembangkang, atau kerajaan maka kita akan menjadi mangsa salah satu dari pihak berkenaan. Idea dan pemikiran yang baik menjadi mangsa ‘kehasadan’ politik.


Ia bercanggah dengan apa yang Allah tegaskan dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


Ulul Albab


Keadaan ini disebabkan banyak faktor, antaranya kita belum cukup melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang mantap, yang berjiwa merdeka tanpa terikat dengan kepentingan diri serta tidak bertaklid buta. Kita perlu membanyakkan kelompok manusia terpelajar yang pemikiran dan penilaian mereka merentasi garisan dan sempadan politik kepartian.






Bahkan kita mahu banyakkan kelompok yang mampu mencetuskan idea yang baik dalam politik di luar dari kotak kepartian. Golongan ‘Ulul Albab’ merupakan kelompok manusia yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran. Mereka merupakan kelompok yang memiliki kematangan akal dan penilaian sehingga mereka digelar Ulul Albab dengan maksud empunya pemikiran dan kefahaman yang matang dan mantap.


Allah sebut antara ciri mereka: (maksudnya) (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).






Kelompok pemikir yang merdeka dan berhujah ini perlu menyemarak politik idea, bukan politik taksub kepartian. Bukan politik yang bermula dengan bertanya ‘engkau sokong PAS ke, atau UMNO ke, atau PKR ke?. Bukan cetusan politik berdasarkan kehendak ramai. Sebaliknya, pemikiran yang berlandaskan analisa, fakta dan hujah. Seseorang tidak dinamakan tokoh ilmuwan yang matang selagi mana dia di bawah ketulunjuk kepartian tanpa penilaian. Biar sekalipun orang menamakan dia ‘ulamak’ atau ‘professional’. Allah menyebut: (maksudnya) Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai Ulul Albab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100).


Politik Merdeka


Kita mesti berusaha memerdekakan jiwa rakyat dari belunggu kepartian. Dalam negara yang memakai sistem seperti kita, parti politik itu mungkin penting. Namun ia bukan matlamat, ia hanya alat yang boleh diganti tukar jika perlu. Hubungan dan penilaian kita ke atas pihak lain, janganlah berdasarkan parti atau mazhabnya.



Sebaliknya, hendaklah berdasarkan akhlak dan pemikiran. Kelompok fanatik parti sering melenting jika melihat seseorang tokoh duduk atau berkawan dengan musuh parti mereka. Lalu kadang-kala seseorang dimusuhi tanpa sebab yang jelas. Mereka selalu melenting jika ada orang yang berbeza pendapat dengan parti mereka. Sering mereka menghukum pengkritik mereka bersekongkol dengan musuh politik mereka. Mereka enggan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik hanya disebabkan perbezaan parti. Parti kadang-kala bagaikan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, tetapi tidak dengan yang berbeza parti.


Sedangkan Allah menyebut: (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-hak mereka (Surah Hud: 85)


.


Selagi kita tidak merdekakan pemikiran politik kita sehingga tidak terikat dalam setiap penilaian dengan warna parti, maka bererti kegagalan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat yang disebutkan tadi dan juga ayat 36 dalam Surah al-Isra :


(maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.






Tokoh-tokoh ilmuwan yang kritis dalam sejarah, berjaya membebaskan diri mereka dari taksub kemazhaban dalam menilai sesuatu perkara.


Contohnya, Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) ketika mengulas status riwayat mereka yang terpengaruh dengan unsur-unsur tasyaiyu’ (kesyiahan), katanya: “Sesungguhnya bid‘ah ada dua bahagian; (pertama) bid‘ah kecil; seperti berlebihan dalam tasyaiyu’ (mengutamakan ‘Ali) , atau bertasyaiyu’ tanpa melampau dan menyimpang. Hal ini banyak berlaku kalangan tabi‘iin dan atba’ al-tabi‘iin (pengikut tabi’iin). Di samping mereka juga kuat beragama, warak dan benar. Jika ditolak riwayat mereka (disebabkan hal ini), nescaya akan hilanglah sejumlah besar hadis-hadis nabawi. Ini satu kerosakan yang nyata.” (Al-Zahabi, Mizan al-I’itidal fi Naqd al-Rijal, 1/118, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Inilah sikap adil yang tidak menghukum manusia hanya disebabkan perbezaan mazhab akidah. Bagaimana mungkin untuk kita menolak sesuatu pendapat atau idea hanya disebabkan perbezaan politik.



Selagi kita tidak dapat membebaskan atau memerdekakan minda dari kongkongan ketaksuban parti politik, atau hanya mampu berfikir dengan kadar jarak rantai politik kepartian yang dibelunggu di kaki kita, bererti cara fikir kita masih tidak Quranik atau Islamik sekalipun kita memakai logo atau pakaian yang dikaitkan dengan Islam.
 
Rujukan-Merdekakan Pemikiran Dari Politik-Tengku Puteh Tippi
            -Ramalan-ramalan Rasulullah mengenai Akhir Zaman- Ali Hamdi Mudaim

Monday, January 18, 2010

senarai semak ciri ciri orang munafik

Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengingatkan sesama kita tentang cubaan yang akan kita tempuhi bagi mencapai tahap insan kamil.



Dalam perjalanan kerohanian seseorang yang membersihkan dirinya dari dosa akan cuba sedaya upaya untuk mendapat



1-sebanyak mungkin ilmu ugama

2-membuat sebanyak mungkin taubat

3-mengurangkan segala halngan syaitan, nafsu, kecintaan dunia dan manusia

4-menangani godaan musibah,taqdir dan buruk sangka

5-mempunyai pendorong dalaman dan luaran/persekitaran

6-mengurangi perosak iman seperti ujub dan riak

7-memanjat sebanyak mungkin puji dan syukur ke hadrat Allah



Untuk tujuan itu juga dari masa ke semasa kita digalakkan untuk membuat senarai semak sifat sifat munafik yang masih bertapak dalam diri kita.



50 sifat munafik tersebut adalah seperti berikut



1-malas ibadah kepada Allah

2-lupa kepada Allah

3-melalaikan solat fardhu

4-mempercepatkan rukun solat

5-gemar meninggalkan solat jumaat

6-melakukan dosa secara sembunyi

7-menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

9-menyembunyikan ilmu pengetahuan

10-mengamal riyak

11-hasad dengki

12-dusta

13-mungkir janji

14-bakhil

15-fitnah

16-mencaci/memaki

17-mengumpat

18-mengungkit pemberian

19-menginkari takdir Allah

20-mempersendakan kesucian ugama

21-enggan berjihad ke jalan Allah

22-menghina para sahabat Rasulullah

23-menyembunyikan persaksian

24-menangguhkan pembayaran hutang

25-menipu dalam jual beli



malam ini bila membaca jangan lupa buat senarai semak kerana dalam senarai 1-25, kita telah gagal untuk dapat markah penuh.



26-50 akan saya akan sambung lagi esok

Monday, January 4, 2010

Islam dijual percuma

Penyelewengan tauhid dan kalimah Allah dibahas dengan baiknya oleh orang yang ahli dalam Islam iaitu Y. Bhg. Ustaz Zamihan dalam blog Aqitadul Tanzih-Penyelewengan Tauhid dan Kalimah Allah.


Hakikatnya Kalimah Allah adalah katanama khas, Tuhan yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW.

Dari Surah Al Ikhlas, Ayat 1 -4,

"Katakanlah Muhammad, Tuhan itu Esa (Satu), Ia tempat Tumpuan segalaNya ( Wujud sendiri, Tidak bergantung kepada sesiapa), Dia Tidak Beranak. Dan Tidak pula Diperanakkan. Dan Allah Tidak Sekufu dengan segala sesuatu"

Berasaskan ayat ini , golongan bukan Islam tidak ada hak menggunakan kalimah Allah. Penyalahagunaan kalimah Allah dalam ugama lain melambangkan kesalahan dari segi Tauhid kerana kalimah Allah adalah Dzat yang wajib ada dalam Keesaanya (Satu) dalam Islam berbanding dengan konsep Tuhan trinity ( Tuhan bertiga- Jesus anak Tuhan- Roh Kudus- Tuhan) dalam ugama Kristian.

Hujah Puak yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh ugama lain melalui surah Al Zukhruf Ayat 86-87 dan Surah Al Ankabut Ayat 63 adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana mereka tidak memahami ayat berkenaan dalam kerangka ketuhanan yang sebenar.


Ikuti lanjutan hujah beliau dalam blog ini http://al-ghari.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-tauhid-dan-kalimah-allah.html

Memetik kata-kata Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia;

" What is the rational of letting the usage of the word Allah, and how does this promote the racial integration or the spirit of One Malaysia? If anything, this event draws and divides between the races even more.

It is a deep shame that we have to live our lifes losing a battle that need not be faught after all. It is not the fault of Titular Roman Catholic Archbichop, it is our own doing. The pride of our community today fall because of treachery by those who fought and won political battles using the name of Islam.

In the Quran, Allah warns us most of all against people who sell religion. Allah says in the Quran .." do not sell religion for a paltry sum..." In this case before us, the situation is even worse, they sold the religion for free"

Ulasan lanjut Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia boleh dibaca dari link ini
http://www.facebook.com/note.php?note_id=238271680828&id=1816728576&ref=mf

Bertaubatlah orang-orang Islam yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Sesungguhnya ini isu Tauhid dan akidah umat Islam bukannya politik!

Tuesday, December 29, 2009

Menyalahguna Amanah Simati -Tanah Wakaf

Isu tanah wakaf menjadi isu yang besar yang meletup-letup waktu terkini.

Dari tanah wakaf yang cuba diambilbalik untuk tujuan komersil di Pasir Panjang Pulau Pinang ke Tanah Perkuburan Islam di Batu Tiga Shah Alam yang "dirampas" secara menanam mayat bukan Islam di Selangor hingga ke penjualan Tanah Wakaf di Kelantan, negeri Serambi Mekah!

Lebih menyedihkan Tanah Wakaf yang diamanahkan oleh simati dijual pula oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan demi sekelumit keuntungan dunia.

Awal 2008 selepas PRU12 saya diberitakan bahawa penjawat awam di Kelantan "senang hati" kerana kerajaan Negeri kononya tidak campur tangan dalam pentadbiran Kerajaaan Negeri...soalnya betulkah penyataan tersebut?

Rupanya senang hati kerana bersekongkol menjual tanah wakaf yang dalam bidang kuasa Majlis Perbadaran Kota Bharu.

Padanlah ada waris terdekat TGNA yang tak ada kerja dah boleh beli kereta mewah jenama Honda ! Ada pula yang menjadikan tiket YB si abang sebagai tiket Ringgit Ka-sorga dengan membina rumah banglo mewah bewarna hijau di kampong di Kelantan.

Rupanya kemewahan melimpah ruah untuk anak-ipar-duai dan keluarag sebaik sahaja bergelar YB.

Menangislah orang Islam yang mewakafkan tanahnya untuk tujuan mendirikan masjid...nampaknya ulamak akhir zaman rupanya ular dalam semak!

Thursday, December 24, 2009

Harapan menjelang 10 Muharram.

10 Muharram pada tahun 2009 disambut dua kali, kali pertama pada 9 Januari dan kali kedua pada 26 Disember. 10 Muhharam memang diakui sebagai hari yang mulia bukan sahaja oleh umat Islam bahkan oleh kaum Yahudi. Yahudi menyambut 10 Muharram dengan berpuasa sebagai tanda syukur mereka kerana kaum Yahudi terselamat dari kekejaman Firaun.

Dikalangan umat Islam pula, kita disunatkan berpuasa pada 9 Muharram dan 10 Muharram sebagai membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi.

Banyak peristiwa bersejarah berlaku pada 10 Muharram. Antaranya peristiwa menyayatkan hati yang berlaku di Karbala dan menyaksikan kewafatan cucunda Rasullullah S.A.W, Saidina Hussein.

Selain itu pada 10 Muharram juga diberitakan berlabuhnya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar. Pada tarikh yang sama juga Allah telah menerima taubat Nabi Adam dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.

10 Muharram menandakan kemenangan perjuangan yang benar mengatasi yang bathil/jahat.

Alhamdulillah perjuangan para bloggers memberikan penjelasan dengan fakta yang betul kepada rakyat Malaysia telah menampakkan kejayaan.

Terbaharu laman web bloggers pro establishment telah diserang oleh hackers yang menjadikan blog Analisis Ringan Kumbang sebagai pengkalan untuk menyerang blog-blog lainnya.

Ini menandakan bahawa ada beberapa pihak yang tidak senang dengan perkembangan terkini.

Saya amat berharap semua rakan bloggers dapat teruskan tugas memberikan fakta yang benar kepada rakyat Malaysia. Tugas kita adalah untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia tidak disajikan dengan berita palsu dan dakyah musuh negara yang tujuannya hanya satu- untuk meruntuhkan segala kesenangan, kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang kita bina dan kecapi selama ini.

Semoga kedatangan 10 Muharram membawa sinar kemenangan kepada kita semua; Kemenangan yang benar ke atas yang bathil.

Wednesday, December 16, 2009

bertuahlah mereka yang diberi petunjuk oleh Allah

Tersentap!

Itulah reaksi pertama saya bila membaca berita cubaan rampasan kuasa yang cuba dibuat oleh Pakatan Rakyat semasa mesyuarat Kelulusan Budget 2010 pada 14 Disember 2009 (malam selasa)

Cara tersebut terlalu kotor dan licik dan tak sewajarnya dilakukan oleh orang-orang yang pernah melaungkan keihlasan memperjuangkan Islam!

Dan akhirnya tindakan cepat MP BN yang datang beramai-ramai lewat malam dapat melawan dengan majoriti undi sebanyak 3 sahaja ( 66 mengundi setuju berbanding 63 mengundi menentang)

Nah jadi kita lihat sekarang tindakan diversion dengan sengaja melengah-lengahkan masa dengan soalan yang remeh temeh sehingga lewat malam adalah adengan drama yang ada plotnya- bahawasanya pembangkang berharap bahawa keadaan itu menyebabkan MP BN yang ada tugasan lain meninggalkan dewan kerana lewat malam dan rancangan rampasan kuasa mereka berjaya .


..........................................................................

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat tidak jemu-jemu dengan projek rampasan kuasanya, dari 16 September 2008 yang gagal sehingga kepada 14 Disember 2009 yang juga gagal.

Apa yang belum mereka ketahui bahawa rancangan tidak beretika ini tidak akan diizinkan dan diredhai Allah.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh blogger PAS sebagai "penyebab" kegagalan rampasan kuasa tersebut adalah

1- Mahfuz Omar-Pokok Sena
2-Taib Azamudden-Baling
3-Dr. Mujahid Yusuf Rawa-MP Parit Buntar
4-Dr. Hatta Ramli-Kuala Krai
5-Dr. Che Rosli Che Mat-Hulu Langat

Rujukan nama -nama tersebut diambil di sini http://bloglistpolitik.blogspot.com/2009/12/siasat-ambil-tindakan-displin-terhadap.html

Saya sebenarnya menyeru semua orang Melayu dan berugama Islam yang berfikir untuk melihat dengan mata hati apakah mereka wajar mereka ini dicop sebagai pengkhianat atau mereka wajar dinamakan penyelamat?

Bagi saya jika kita meneliti kecelaruan yang berlaku dalam PAS dan kewujudan dua team, di manakah mereka ini ditempat? Mereka ini adalah dibawah Team Ulama dalam PAS!

Lihat pula sejarah Taib Azzimudden, beliau berani menegakkan kebenaran ugama Islam dengan memberikan takrifan makna dan perletakan yang betul kepada nama "Allah" semasa perbahasan dalam Parlimen semasa ada cubaan untuk membuka ekslusif nama "Allah" kepada penyiaran akhbar bukan Islam...

Bahawa sanya beliau sependapat dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani dalam hal ini menunjukkan beliau lebih mengutamakan kesucian Islam berbanding parti wajar dihargai disini.

Sepatutnya itulah pendirian yang wajar diambil oleh semua orang Islam di Malaysia..iaitu mengutamakan perjuangan Islam dan mempertahankan kesucian ugama Islam yang telah diletakkan sebagai Ugama Rasmi Negara dalam Perlembagaan Malaysia.!

Oleh itu, tindakan hendak mendisiplinkan mereka oleh PAS adalah tidak wajar kerana 5 MP PAS ini sebenarnya orang -orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah untuk sama-sama mepertahankan ugama Islam dan kedudukan bangsa "MIM " Melayu sebagai peneraju kepimpinan Malaysia bersama-sama pemimpin Barisan Nasional!

Sudah tiba masanya juga untuk umat Islam di Malaysia bersatu, tolakkan sifat menyokong parti kerana sikap itu akan menyebabkan umat Islam berpecah dan Malaysia dirampas oleh puak munafikun yang amat dominan dalam Pakatan Rakyat.

Doa umat Islam di Malaysia dan Nusantara yang memohon keselamatan dan kesejahteraan umat Islam sedang dimakbulkan Allah.

Semoga dengan kedatangan Awal Muharram ini, umat Islam di Nusantara mengambil kesempatan berdoa untuk kesejahteraan ummah......bersatulah dibawah satu panji-panji Islam.....tolak sifat kepartian yang menyebabkan kesucian ugama Islam tergadai.

Monday, December 14, 2009

Bersatu untuk Era Kebangkitan Islam

2012 akan berlaku banjir besar atau proses pembersihan?


Saya tidak mahu komen lanjut mengenai pergolakan yang berlaku dalam PAS, PKR hatta Pakatan Rakyat sekarang. Semuanya ini bagi manusia yang sentiasa bermuhasabah diri adalah petunjuk dari Tuhan Sekelian Alam, Allah Ya Rabbul Alamin.

Bagi saya apa yang berlaku semasa PRU12 bukanlah semata-mata tsunami politik. Anehnya "Tsunami " dalam istilah biasa juga boleh diterjemah sebagai "Banjir Besar"

Sebenarnya dalam konteks yang lebih besar ialah "Proses Pembersihan" ke atas parti tunjang yang memimpin Negara Semenanjung Tanah Melayu sekarang.

Dan pergolakan apa yang berlaku sekarang ke atas saingan parti yang menjadi alternatif kepada bangsa Melayu atau yang bermula dengan ejaan "Mim" dalam huruf jawinya iaitu PAS juga sebenarnya adalah "Proses Pembersihan". Malah "Proses Pembersihan" ini juga adalah serampang dua mata kerana pada masa yang sama turut mengekang penularan fahaman Wahhabiyah yang ditunjangi oleh beberapa orang dalam parti tersebut seperti dalam beberapa blog di bawah ini


http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/ dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/ulama-pondok-vs-nik-aziz.html dan


http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html dan


http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/11/1asri-asri-memfitnah-ulama-besar.html dan


http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/


Bahawa-sanya sekarang juga sedang berlaku proses pemurnian Tauhid ke atas Umat Islam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Benarlah kata orang di akhir zaman nanti akan wujud 73 cabang ugama Islam, dan berdoalah semoga kita ditempatkan ke dalam cabang ugama Islam yang benar dan tidak terpesong akidah akibat fahaman Wahhabiyah bersifat assobiyah (yang terlalu senang menghukum orang kafir/kufur/bidaah), Syiah , munafik dan sebagainya.

Peringatan ke atas bangsa "Mim" tadi...semoga mereka tahu dan sedar bahawa perjuangan bangsa "Mim" bukan setakat terhad kepada parti sahaja....malah tugas bangsa Mim tadi adalah untuk penyatuan Ummah Islam di sejagat!


Baca juga petikan blog saya yang terdahulu di sini


http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/lihat-dari-sudut-hikmah-apa-yang.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/utusan-malaysia-online-kota.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/ramalan-para-wali.html


Bila penyatuan ummah Islam di Malaysia dan Nusantara telah berlaku, barulah perjuangan menegakkan Daulah Islamiah dan sistem Khilafiah seluruh alam akan mudah....sebabnya ia telah ditakdirkan oleh Illahi sejak azali lagi!

Adapun bangsa Melayu atau "Mim" tadi mempunyai keistimewaan dan umum yang mengetahui sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu memang bergelar Semenanjung Emas atau The Golden Chersonesse dalam riwayat Latin kuno http://capiloton.blogspot.com/2009/04/ancient-name-of-malay-peninsula.html

Apapun klue nya saya dapatkan dari laman blog rakan saya disini iaitu penceritaan beliau mengenai kejadian yang berlaku selepas Banjir Besar.

Baca klue tersebut di sini

http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html

atau dalam petikan di bawah ini:-


"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat" -ayat 33, surah ali-imran


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

Kita telah mengetahui tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)

Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.

......................................................................................

Apa tugas bangsa "Mim" Selanjutnya ?

Bersatulah terutama dalam isu ugama, maruah bangsa dan budaya!

Saya sudah jelak dengan gerakan menyahsensitifkan perkara berkenaan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, pembinaan rumah Ibadah dan hak orang Melayu yang menjadi tunjang Perkara (153) dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin pembaca boleh baca lebih lanjut di blog ini

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/12/tanda-tanda-kedatangan-penyelamat.html

Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini. WASSALAM.