Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

setelah Ramadhan berlalu.....

 
Di sebalik keriangan bulan Syawal setelah selesainya Ramadhan para murabbi berdoa agar segala  amalannya di bulan Ramadhan diterima Allah.
 
Selebihnya, selama 6 bulan, para murabbi berdoa selama  6 bulan sebelum tibanya Ramadhan agar dapat bertemu bulan Ramadhan dan seterusnya malam Lailatul Qadar.
 
 
Disebutkan dalam sebuah riwayat sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda; "Biasakanlah melafazkan Ya Dzal Jalali Wal Ikram ( Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)."
Maksud daripada hadis ini adalah agar kita membiasakan dan memperbanyakkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa tetapi memilih nilai yang lebih besar adalah: "Ya Hayyu,Ya Qayyum (Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Yang Terus Menerus mengurus makhluknya)." Ada yang mengatakan bahawa lafaz "Ya Dzal Jalali Wal Ikram" merupakan nama yang paling agung bagi Allah, Tuhan semesta alam. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bagi seorang hamba untuk menyeru,memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan.
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu...... (al-Anfal;ayat 9)
 
Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah doaku dan redhailah hambaMu ini.
 
 

Wednesday, July 24, 2013

Bila Mantan Syeikh Al Azhar dituduh sekular oleh WAHHABI dan Pelampau Ugama

Syeikh Ali Gomaah adalah mantan  Syeikh Al Azhar . Beliau memberikan huraian yang jelas  kenapa Hudud tak dapat dilaksanakan  di zaman Rasulullah SAW , Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra kerana ketiadaan 4 saksi yang adil. Malah di Mesir hukuman Hudud ditangguhkan selama 1000 tahun (rujuk minit ke 11.52 ke atas)
 
Begitu juga Syeikh Ali Gomaah menceritakan bahawa Mesir bukan Negara secular kerana Mesir telah memasukkan Islam sebagai ugama Negara dalam Perlembagaannya; dimana  President Mesir, Ketua Turus Angkatan tentera dan askar semuanya perlu berugama Islam pada tahun 1970-an. Untuk makluman, huraian Negara Islam Mesir ini juga terpakai di Malaysia kerana negara ini mempunyai Perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai ugama Persekutuan Tanah Melayu, Ketua Negara iaitu Yang Di Pertuan Agong serta Perdana Menteri  serta Ketua Turus Tentera juga  perlu berugama Islam!
 
Selain itu Syeikh Ali Gomaah juga TIDAK BERPIHAK/non partisan...atas sebab ini beliau telah dituduh "secular" oleh golongan Wahhabi, Kwaridj dan pelampau Ugama. Menurut beliau lagi amatlah salah menuduh seorang Muslin sebagai secular kerana orang yang secular itu tidak berugama. (Rujuk syarahnya di minit 10 ke atas)
 
Semoga Allah sentiasa memelihara ulama besar ini. Video penerangan dengan terjemahan boleh didapati di bawah:
 
 
 
 

 
 Saya kongsikan dari Ustaz Syed Faez Al Aydruse - Penjelasan Isu Politik KePartian,Sekular dan Hudud

( Sedikit Pembetulan : Marhalahtul Ulaa yg Shaikh Ali Goma'ah sebut itu bukan Demontrasi tetapi Piliharaya Umum, Ini bermakna Marhalatu Thani ialah Pilihan Raya rakyat memilih DR. Mursi atau Syafiq pada ketika Shaikh Ali Goma'ah berkhutbah itu)

Untuk melihat...
video ini dengan lebih baik (Lebih Panjang), Sila Anda ke Youtube di Link ini : Youtube

Serba ringkas maklumat tentang " Apa itu sekular" izin kan sy memcopy paste kan keterangan ini . Dan selebihnya anda tidak usah tanya di Halaman Sosial, sebab di sini bukan tempatnya untuk mengambil Ilmu, Ilmu itu perlu di pelajari dari Guru dan berKitab. Di sini hanya sekadar maklumat untuk membuka minda.

Berkata Al-Fadhil Ustaz Najmuddin Al-Azhari ( FB Tuan Salim) - (Penasihat Pondok Maltaf , Mesir , Kaherah) :

Sepintas lalunya..

Sekular - berkaitan dengan keduniaan dan  tidak berkaitan dengan keagamaan.
Sekularisme - fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.
Sekularistik - bersifat sekularisme.
Sekularis - orang yang menganut fahaman sekularisme.

Kita menolak fahaman ini. Sebahagian kita bermati-matian menentangnya. Adakah sekular ini setakat pisahkan politik dari agama saja seperti yang diretikan sebahagian kita? "Pisahkan" bagaimana yang dimaksudkan?

Guru saya, Sheikh `Amr El-Wirdani pernah sebut dalam kuliah dahulu bahawa antara agenda besar sekularisme ni ialah untuk menghilangkan "manhaj" dari diri umat Islam. Mafhum lainnya, untuk menghilangkan komponen pemikiran muslim supaya muslim bercelaru dalam berfikir. Tengok lani pun dah cukup.

Kita tak dapat membezakan baik atau buruk atau menerima kebaikan kerana sentimen partisan yang menebal. Setuju atau tidak, secara tidak sedarnya kita telah termasuk jerat sekular. Kalau dapat lolos, loloskan lah. Kenapa tunggu? Tunggu untuk dibuat gulai ka?

Hasil yang dipelajari, dibaca, dikaji, menyoal guru, saya faham yang sedari PM Malaysia yang pertama sampai lani tak dak seorang pun yang sekularis. Perlembagaan negara juga tidak sekularistik.
Kami diajar di Al-Azhar supaya memahami realiti suatu yang hendak diperkatakan sebelum memperkatakannya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju bila dikatakan Malaysia sebuah negara Islam. Mungkin juga kerana mereka hanya inginkan negara Islam mengikut acuan yang cuba dibentuknya. Walau apa pun pandangan, kritikan, pro dan  kontra, dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Suka atau tidak, itulah realitinya.
Kita tidak dianjur mempergunakan agama tapi menggunakan agama dalam kehidupan. والله أعلم

اللهم اجعل ماليزيا بلدة طيبة يا طيّب يا مدبر الكون


Tuan Salim Kedah(^_^)



Setiap pejuang HAQ tidak akan terlepas daripada segala ujian, Kutukan dan cerca'an Manusia yang tidak mengerti akan hakikat sesuatu itu. Namun ianya bukan alasan untuk kita diam dan senyap utk menyatakan sesuatu yg HAQ kerana Sabda Jaddina Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W (Kata setengah Ulamak ianya bukan Hadis tapi perkataan Sohabat -Hadis Mauquf) :

" الساكت عن الحق شيطان أخرس "

Diam dari menyatakan kebenaran itu ialah Syaiton Bisu



Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib A.S wakarromaLLOHuwajhah berkata :

حين سكت أهل الحق عن الباطل، توهم أهل الباطل أنهم على الحق

yang bererti : "Ketika berdiamnya Ahli kebenaran dari kebatilan, maka ahli kebatilan akan menyangka bahawa mereka itu benar."

إذ قيل كم مزيف صحيحا لأجل كون فهمه قبيحا

"Ramai sungguh orang yg menentang sesuatu kebenaran itu , Dari kerana keadaan ilmu dan kefahaman mereka itu Buruk (Cetek) "

Dengan ini Al-Faqir sekali lagi membawa perkongsian dengan sahabat dan sohabiah sekelian tentang Isu Politik kePartian, Hudud dan Sekular. Video kali ini memaparkan pandangan Guru kami (Para Azhariyyun) iaitu tidak lain tidak bukan Al-Imam Al-Alim Al-Allamah Prof. Ali Gomaa أ.د. علي جمعة HafizohuLLOH dalam menghuraikan kenapa Para Ulamak Azhariyun tidak cenderung kepada Politik kePartian, Ini bukan bermakna mereka menolak politik daripada ugama. Tetapi Tafsiran Politik yg di berikan kpd Ummat ISLAM sekarang agak samar dan kabur sebagaimana yg di kehendaki oleh Syarok. Kandungan video ini seperti berikut :

1.) Video pertama ialah Tajuk asalnya :

المفتي: أنا عالماً للجميع ولا أدخل في سياسات حزبية

dan Link asalnya :
Youtube

المفتي: أنا عالماً للجميع ولا أدخل في سياسات حزبية

Kata Mufti Ali Goma'ah HafizohuLLOH : Sesungguhnya aku ( dan para ulamak Al-
Azhar
Azhar TV لا أثق إلا في علماء الأزهر الشريف جبهة علماء الأزهر ) ialah ulamak untuk semua golongan
manusia ( bukan ulamak PARTI ) bagi
menerangkan kepada rakyat urusan agama
ALLOH , dan tidak akan termasuk dalam
mana-mana parti politik dlm keadaan apa
sekalipun

Lalu dengan tidak semena-mananya Puak Salafi Wahabi dan Pelampau Ikhwani men"Cop"kan atau melabelkan Shaikhona Shaikh Ali Goma'ah dan Para Ulamak Al-Azhar sebagai "Sekular".
Maka kami bawakan anda dengan video huraian/ulasan dan jawapan Shaikh Ali Goma'ah tentang apa itu "Sekular" dan bolehkah kita memanggil sesama ISLAM kita dengan "Sekular
".


2.)
فتوى من المفتي علي جمعة عشان محدش يقول سلفين
ومش سلفيين بيكفروا حد
ادي الازهر والمفتي - رغم اختلافي معه في الكثير - إلا انه
نطق بالحق في ذلك
وقال انه لا يوجد مسلم علماني
لان دا نموذج معرفي ودا نموذج معرفي تاني
محدش يقول بعد كدة ان المفتي سلفي :))

Fatwa Mufti Ali Goma'ah bila di tuduh kafir
kerana kononya Syaikh Ali dan Al-Azhariyun
sekular kerana tidak masuk parti politik dan
tidak laksanakan hudud oleh puak2 Salafi
wahabi dan pelampau, Syaikh Ali Goma'ah
mengatakan : Tidak ada seorang Islam pun
yang berfahaman Sekular!!!!!




Video pertama ialah Tajuk asalnya :

علي جمعة: الإسلام والعلمانية نموذجان معرفيان مختلفان

(Video ini 9 minit lebih) Link Asalnya :
Youtube asal

Atau video bertajuk :

د.على جمعة: لا يوجد مسلم علمانى

( Video ini 34 sa'at Fokus kepada Kata-kata Shaikh Ali : Tidak ada Muslim yg sekular) Link Asalnya :
Youtube

Atau anda mahukan Video perbahasan penuh tentang Sekular oleh Shaikh Ali Goma'ah, Dr Imaroh dan Shaikh Usamah Sayyed Al-Azhari ?? Sila ke Youtube dan Taip tajuk ini : برنامج كلمة حق (4) - العلمانية والإسلام

(Video bersiri dan minitnya lebih setengah jam setia video) Link Asalnya :
Youtube

Yang perlu di ambil perhatian ialah di dalam perbahasan Sekular ini . Para Ulamak telah membahagikan sekular kepada dua bahagian , sekular secara menyeluruh (Syamilah, dan yang ini lah KUFUR MUTLAQ )  dan sekular sebahagian (Juz iyyah,Ideologi yg di reka oleh Barat utk menipu org ISLAM dan yg banyak termakan di kalangan awamul muslimin kerana tertipu dengan tipu daya barat, hal ini membawa kekufuran jika tidak di sedari, namun jika mereka tahu, ianya tidak membawa kpd Seklular Mutlaq) seperti Al-marhum Abdul Wahab Al-Masiry di dalam kitab
dua juzuk membahaskan tentang makna sekular Syamilah dan sekular Juz iyyah ini.

3.) Video Isu Hudud dan anda boleh rujuk di Tajuk asal Video itu di Youtube :
حقائق .. حول تطبيق الشريعة والحدود د. علي جمعة

Dan Link Asalnya :
Youtube

Akhir sekali kepada yang berapi-api menghina Ulamak kami seperti Shaikh Ali Goma'ah dan lain-lainnya dengan gelaran "Sekular"la , "Tolak Hudud" la , "Mukatazilah" la , "Syiah" la. Sy sebagai orang yg Matang tidak akan layan mereka-mereka yg hanya menunjukkan ke"Hero"an mereka di FB sahaja kerana sy punya kerja banyak lagi.


 Dan Akhirnya , Izinkan sy menggunakan kata-kata Al-Fadhil Ustaz Najmuddin Al-Yamani Al-Azhari
Tuan Salim di dalam Postnya yg terbaru dalam menjawab mereka yg menghina Shaikh Ali Goma'ah :

"Cermin diri tu dulu.Jangan nanti bagai kambing menanduk bukit: tanduk patah bukit tak runtuh. Ini saya tujukan khas kepada individu yang mengkritik Sidi Maulana Al-Imam Ali Jumaah dengan kritikan yang tak berasas. Nak tipu orang awam ; orang yang menjadikan internet sebagai guru boleh la. Murid adalah duta kepada "madrasah" gurunya.Kalau tak tau Sidi Al-Imam lagu mana,kenal dulu dengan Syeikh Sayyed Syaltut
الشافعي الصغير ,Dr. Abdus-Salam 'Atiq,Syeikh 'Amr El-Wirdani,Syeikh Usamah Sayyed أسامة السيد الأزهري ,Syeikh 'Isom Anas,& ramai lagi tapi cukup dah takat tu.Tak perlu untuk jawab panjang² sebab anjing menyalak bukit,takkan runtuh kerana anjing menyalak tiada menggigit.Al-faqir nasihatkan kawan² yang berkenaan supaya jangan layan sangat orang itu layan sikit² sekadar ambil hati sudah la,cuma jawab apa yang perlu ; patut saja.Kepada kawan al-faqir yang kena label muktazilah itu,sabar la dengan kerenah orang tua.Biasa la orang tua,cepat terasa."
Link :
Facebook

Selamat Menonton video ini dan sudi mendapatkan Matlumat yg baru ( Bukan Ilmu ya, sebab Ilmu mesti dengan belajar dan belajar itu ada 5 RUKUNnya Sila rujuk Syarahan Shaikhna Ali Goma'ah di Link ini : Youtube Atau sheikhaligomaa videos , di Laman sosial ini hanya Matlumat sahaja)

Oh ya 1 lagi kalau siapa-siapa yg tak dapat tengok video ini di FB sila ke Youtube di Link ini :
Youtube

Wassalamu'alaikum warohmatuLLOHi wabarokatuh.

Membangun bersama ISLAM,
Aqidah di Utamakan, ( Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah Asya'roh Wal Maturidiah)
Syari'at di Laksanakan, ( Syar'iat Hukum Hakam dari 4 Mazhab Muktabaroh - Mazhab Syafi'e)
Akhlaq di amalkan, ( Imam-Imam Sufi seperti Syaikh Junaid Al-Baghdadi
 
Kredit
 
Syed Faez Al Aydruse

Thursday, July 11, 2013

Rahsia Buruj Bintang Orion





  Anak panah menunjukkan arah kiblat

Bintang Orion digunakan oleh pelayar dan pengembara Islam zaman dulu untuk menentukan arah kiblat.


Buruj  Orion (Al-Babadur) dapat dikesan melalui 3 bintang yang kedudukannnya berderetan. Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.
 
 
Kini diketahui juga bahawa 3 pyramid di Mesir juga menunjukkan kedudukan bintang Orion pada masa yang sesuai. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Sesunguhnya Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
 
Benarkan pyramid hanya ditemui di Mesir dan Mexico sahaja? Kini telah terdapat bukti bahawa wujudnya pyramid di Gunung Padang dan Lalakon di Indonesia. Apakah rahsia purba yang disimpan di pentas Sunda yang dulunya sebuah benua bernama Sundaland? Siapakah pula manusia misteri yang berperadaban tinggi tersebut? Kenapa dan apakah kaitan dapatan ilmiah yang mengaitkan manusia Melayu dengan manusia di Madagascar, kaum Degar dan Empayar Champa  di Vietnam, Pattani di Thailand, Melayu di Myamar, kaum Inu di Jepun dan kaum Aztech di Amerika Selatan?



Wednesday, July 3, 2013

sebuah bingkisan cinta

Sebuah bingkisan cinta menjelang Ramadhan Al Mubarak untuk renungan kita supaya senantiasa mencintai  Allah dan RasulNya .

Dekatnya hati seorang insan kepada PenciptaNya dapat dinilai dengan betapa besarnya cinta sang hamba  kepada Allah dan RasulNya. Saya kongsikan jua  sebuah bingkisan cinta   dan juga tazkirah dari guru saya Syeikh Rohimudeen Al Bantani al Husaini.



Jika kita telah beribadah tapi maseh terasa kurang cinta kita kepada Allah maka kita perlu muhasabah diri, apakah maseh ada HIJAB yang menyebabkan kita kurang cinta kepada Allah? Hijab itu terdiri dari Nafsu duniawi yang maseh membelit diri.

Sementelah kedatangan Ramadhan dalam masa 6 hari lagi marilah kita banyak beristigfar dan buangkan an nafs. Sesungguhnya sifat mazmumah yang paling akhir  menhilang dari diri kita ialah EGO.

Sehubungan dengan itu dengan kedatangan Ramadhan ini saya menyusun sepuluh jari dan ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog anakbukitgantang. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku dan dosa saudara saudaraku serta terimalah amal ibadah kami.

Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”  (HR Bukhari & Muslim)

Saturday, June 22, 2013

Cara solat Yahudi dgn cara peserta Black 505 solat sama

Lihat imam dan beberapa peserta Black 505 meletakkan tangan di dada- sama seperti solat Yahudi. Ini jelas menunjukkan mereka berfikrah WAHHABI!
Cara solat Yahudi meletakkan tangan di dada sama dengan cara solat Wahhabi


Jangan lupa Wahhabi dan Syiahlah pembelot yang bekerjasama dengan musuh Islam untuk  meruntuhkan Empayar Islam Uthmaniyah dan memecahkan Empayar  Islam kepada Negara yang kecil dan  lemah spt Jordan, Palestine (kini sebahagian besar buminya dijajah Yahudi). Yahudi dan Amerika serta Negara besar Eropah lainnya meletakkan pemimpin Syiah memerintah Syria. Setelah tidak puas hati dengan pemerintah Islam ASWJ Amerika dan sekutunya Yahudi membuat kacau di , Iraq , Tunisia, Libya dan Mesir. Maka terjadilah  Arab Spring dan dengan mudah mereka  meletakkan Wahhabi iaitu sekutu mereka memerintah Mesir, Tunisia . Sementara Saddam Hussein pula mati digantung oleh seorang Syiah.
 
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra. ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang tidak menyukai sesuatu pada pemimpinnya, maka hendaklah ia bersabar. Karena sesungguhnya siapa yang memisahkan diri dari jemaah walau sejengkal lalu ia mati, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Shahih Muslim No.3438)
 
Mungkin peserta Black 505 lupa bahawa Rakyat wajib mentaati pemimpin dan mempertahankannya bukan memeranginya
 
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. (Shahih Muslim No.3428)
 
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Kewajiban seorang muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat. (Shahih Muslim No.3423)
 
 
 
 

Friday, January 6, 2012

Tazkirah- Penyucian jiwa

Penyucian jiwa-cara terbaik menyingkirkan energy negatif dari kita.






 Hasbunallah hi wanikmal wakiil  wala haw lawala quawata illah hi aliyil adzim

Thursday, October 13, 2011

MASJID AL FALAH-KESESATAN WAHHABI DAN HIZBUT TAHRIR-

Pasca PRU12  dunia umat Islam di Malaysia digamatkan dengan fatwa Wahhabi di beberapa negeri. Fatwa berbaur wahhabi ini dikeluarkan oleh beberapa pemimpin politik yang bersembunyi di bawah selimut imuniti politik.


Kronologi isu yang dimainkan oleh Wahhabi ialah seperti berikut :
1) arahan perlahankan azan di masjid (Selangor),
2) kafir boleh guna kalimah Allah (Kelantan dan seluruh Malaysia),
3) kafir dibenar masuk ruang utama masjid dan boleh beri syarah (Selangor) ,
4) bacaan quran sebelum azan subuh dilarang atau disuruh perlahankan (Pulau Pinang),
5) Pelaksanaan Hukum Hudud oleh Wahhabi (Kelantan) .
Berkenaan pelaksanaan hudud oleh Wahhabi maka disertakan syarah di masjid Saidina Umar Bandar Tun Razak pada 27 Sept oleh Ustaz Abu Abdullah Haris Al-Asyary di mana beliau berkata bahawa hukum hudud yang nak dilaksanakan oleh mereka yang mujassimah /iaitu golongan Wahhabi tak sah. Pesannya lagi semoga umat Islam bersatu dan berdoa  agar kita buat undang-undang islam dengan ilmu yg benar bukan dgn ilmu sesat wahabi

Jelas umat Islam di Malaysia di serang dengan pelbagai isu yang tujuannya ialah untuk melemahkan kesatuan kita dan akhirnay satu satunya kuasa yang kita maseh ada iaitu kuasa politik diambil dari tangan kita.

Seeloknya kita dengar syarah KESESATAN WAHHABI dari Mufti Darul Fatwa Australia DR. AL-'ALLAAMAH ASY-SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY


Majlis Ilmu Bersama Ulama' Berketurunan Rasulullahi Muhammad Merangkap Mufti Darul Fatwa Australia DR. AL-'ALLAAMAH ASY-SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY (Pengerusi Darul Fatwa Australia)

Tajuk : KESATUAN UMMAH DALAM AQIDAH (Penjelasan WAHHABI dan HIZBU TAHRIR)  & ISU-ISU ISLAM SEMASA

Tempat: MASJID AL-FALAH USJ 9 Pusat Bandar USJ 9, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Tarikh : 13 OKTOBER 2011 (KHAMIS MALAM JUMAAT)

Masa : 7:30 MALAM (Selepas Solat Maghrib)

Maklumat selanjutnya: http://al-hanief.blogspot.com/2011/10/lambaian-taman-syurga-buat-anda.html


.

Tuesday, September 27, 2011

Apakah hukum bila Wahhabi nak laksanakan HUDUD?

Dijemput semua ke ceramah agama khas malam ini

Tarikh  27/0/2011
Masa  selepas solat maghrib
Tempat Masjid Saidina Usman
Bandar Tun Razak

Tajuk ceramah ...Adakah sah hukuman hudud dijalankan oleh Mujassimah Musyabbihah...?

Sejauhmana JAKIM dan majlis2 agama negeri bertanggungjawab dlm memartabatkan akidah ASWJ Asyairah serta membanteras ajaran sesat Wahabi ibn Taimiyah, Hizb Tahrir,Qutbiyyah, Syiah, Ayah Pin dll ajaran sesat

Friday, September 23, 2011

Krisis Ketandusan Ulama-Syeikh Nurudin Al Banjari



Bulan Ramadhan yang lepas Syeikh Nurrudin Al Banjari Al Makki  menegur 2 Imam di Masjid Kg Pandan Dalam, Selangor  yg membaca Qunut Nazilah memohon bala sesama umat Islam kerada berlainan fahaman politik.

Beliau berkata bahawa doa bala sepatutnya di baca ke atas kaum kafir yang membantai umat Islam. Jika dibaca ke atas umat Islam maka doa bala itu berbalik kepada si pembaca dan mereka yang mendoakan doa bala tersebut.

Beliau juga berkata bahawa beliau redha jika tidak dipanggil kembali berceramah di Selangor kerana menegur " kepimpinan politik di Selangor/PAS " yang memperguna  doa Qunut Nazilah utk mendoakan keburukan ke atas musuh politik yang sesama Islam. 

 Ketegasan Syeikh Nururdin Al Banjari memang di akui dan disebabkan beliau menegur Datuk Bentara Nik Aziz maka beliau diHALANG dari berceramah di Kelantan.

Sementara beliau maseh berada di Malaysia eloklah kita dengar syarah Syeikh yang mana kerana keluasan ilmu beliau dipanggil  Al Azhar Kedua.

Jadual Ceramah beliau seperti berikut:

1-25 Sept selepas Magrib di Masjid Pandan Indah, Selangor-Krisis Ketandusan Ulama dan cara mengatasinya

2-Kuliah dan Dawrah Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki




a - Khamis, 24 Syawal 1432/ 22 September 2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Nur Sa'adah, Cheras (malam tadi)


b - Ahad, 27 Syawal 1432/ 25 Septermber 2011 - Ceramah Perdana selepas Maghrib di Masjid al-Azim, Pandan Indah (sila lihat poster)


c - Jum'at ~ Ahad, 25 - 27 Syawal 1432/ 23 - 25 September 2011 - Dawrah di Masjid as-Salam Bukit Sentosa, Rawang (sila lihat poster)

Thursday, September 15, 2011

Taat kepada Pemerintah

Ketidak taatan ke atas  pemerintah menyebabkan negara menjadi anarchy dan lebih memudaratkan umat Islam

Dengar syarah Ustaz Kazim

Saturday, August 27, 2011

Pesanan Mufti Perak pasal kesatuan Islam dan hak orang Islam dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan



Transkrip ucapan Mufti Perak

Isu Gereja- Wajib Jihad
Isu Melayu- dalam Perlembagaan Perskutuan Melayu adalah orang yang BERUGAMA ISLAM, guna budaya Melayu dan bertutur BAHASA MELAYU

Lihat bagaimana biadapnya soalan di mana mereka mempertikaikan Melayu bukan Islam dan mengiyakan dakyah kafirun selama ini

Friday, August 26, 2011

Perbedaan antara orang yang beriman dan berilmu ugama

Assalamualaikum dan Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,

Iman bukan dipakai dibaju dan ditunjukkan di luaran sahaja, tetapi diamalkan di dalam hati dan setiap kata dan perbuatannya. Maka setiap perbuatan dan tuturkata seorang yang beriman sentiasa dijaga agar tidak mengkasari dan menyakiti orang disekelilingnya.

Habib berpesan lagi jika ada  2 majlis maka majlis yang wajar diikuti ialah majlis di mana orang orangnya berhemah dan berkaseh sayang antara satu sama lain. Begitu juga dalam hidup ini jika seseorang berserban dan berjubah atau berjilbab belum tentu tahap keimanannya tinggi jika dia atau kumpulan atau paksi politiknya mencaci dan memaki lawannya kerana perbedaan fahaman politik.

Malah syarah ini juga sebagai iktibar dan teguran kepada mereka yang mengaku Islam atau mewakili " party untuk orang Islam"  tapi tidak menunjukkan sifat dan nilai Islam dengan mengganas dan menjerit jerit di jalanan. Bukankah Islam mengutamakan musyawarah dan menghormati ulil amri (pemerintah yang berugama Islam yakni Sultan di peringkat negeri dan YDP Agong di Malaysia)


Semoga kita mengambil iktibar dan mendapat manfaat dari syarah Habib



Monday, July 11, 2011

BERSIH-pandangan ikhlas seorang pakcik tua depan Sogo

Saya tahu bagaimana anggota (polis) bekerja, ada peraturannya. Itukah yang dipanggil BERSIH. Kau (pendemo BERSIH) bawa senjata YDP Agong pon takut, saya pon takut.




"Aku tak dapat pandang kiblat dengan duit engkau. Islam bertamadun di Malaysia (jadi) jangan dinyahtamadun (Islam). Aku hanya pengembara di dunia ini. Tak payah bagi duit pada aku. Aku hanya buat ini untuk Islam. "


Friday, July 8, 2011

Nasehat Tuan Guru Haji Abdullah AnNajmi b. Hj Sammaah mengenai BERSIH dan hukum kerjasama dengan kafir harbi (DAP)

Tuan Guru Haji Abdullah Sammah / An Najmi dari Pondok An Najmiyah Geting dalam syarah waktu subuh menasehat berdasarkan Imam Asyafie wajib JIHAD ke atas golongan Kafir HARBI (DAP) yg sah mahu merosakkan perpaduan Islam dan menjatuhkan pemimpin Islam. Jihad yang dimaksudkan ialah agar umat Islam menggunakan kuasa mereka semasa pilihanraya untuk MENOLAK PR iaitu gabungan DAP, PKR dan PAS






Kitab -kitab yang digunakan ada dirujuk pada bahagian 1 video ini. Semoga para muslim dan muslimah dapat manfaat dari kuliyah subuh ini.

Thursday, June 23, 2011

Ceramah kebenaran israk dan mikraj serta membongkar kesesatan Wahabi yang beriktiqad kufur bahawa Allah ta'ala duduk/berada di sidratul muntaha/langit/arasy ketika nabi dimikrajkan Allah kelangit.Ajaran wahabi mengambil kesempatan dalam bulan rejab ini bagi mengajak org Islam agar percaya bahawa Allah duduk/bersila lendik(duduk dgn hormat) diatas arasy/langit krn nabi menerima kefardhuan solat dilangit...Untuk mengetahui secara ringkas sila baca dan hayatilah risalah ringkas dibawah ini berkaitan israk dan mikraj ini yang bertepatan dgn akidah ASWJ asyairah dan maturidiyyah ini.

Dan jangan lupa malam ini 23/6 selepas solat maghrib ceramah perdana Israk Mikraj di Surau Silaturrahim Blok A1, Jln 2A Presint 11 Putrajaya dan malam esok 24/6 selepas solat maghrib ceramah perdana Israk Mikraj di Masjid ar-Rahimah Kg Pandan .Peceramah: Tn Hj Ahmad Hafiz al-Bakaniyy.Doakan bersama agar diberi kemenangan kpd ASWJ


RISALAH HAKIKAT KEBENARAN ISRAK DAN MIKRAJ RASULULLAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pendahuluan

Segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, yang menciptakan bumi, langit, Arasy, tempat, masa dan semua makhluk, wujud-Nya sebelum kewujudan makhluk-Nya, wujud-Nya azali lagi abadi dan wujud-Nya tanpa bertempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, keluarga, para sahabat dan sekelian umat Islam yang mengikut mereka dengan ihsan sehingga hari Kiamat.

Allah subhanahu wa ta^ala telah berfirman; mafhumnya:



“Maha Suci (Allah) yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkannya tanda-tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
[Surah al-Isra', ayat 1]

Kalimah سُبْحَانَ berasal dari kalimah السُّبْحُ. Dari segi bahasa, kalimah السُّبْحُ (al-subhu) membawa makna التَّبَاعُدُ (al-taba^ud) iaitu saling berjauhan. Selanjutnya, kalimah سُبْحَانَ اللهُ (SubhanaLlah) pula membawa makna Maha Suci Allah; iaitu Allah amat jauh dari persamaan dengan makhluk dari sebarang aspek dan sebarang bentuk.

Israk dari segi bahasa bermakna perjalanan pada waktu malam. Justeru, peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada sebahagian malam sahaja.


Al-Masjid al-Haram dinamakan sebagai al-Haram kerana masjid tersebut mempunyai kehormatan dan hukum-hukumnya yang tersendiri; antaranya:

i. Berlipat kali ganda pahala solat padanya,

ii. Kewujudannya di Mekah, yang merupakan semulia-mulia tempat di muka bumi,

iii. Pengharaman memburu hidupan darat di tanah haram.


Al-Masjid al-Aqsa pula dinamakan sebagai al-Aqsa kerana masjid tersebut terletak jauh dari al-Masjid al-Haram. Kedua-dua masjid ini merupakan binaan yang telah dibina oleh Nabi Adam ^alayhis-salam. Baginda ^alayhis-salam pada awalnya telah membina Ka^bah di Mekah, selepas empat puluh tahun barulah baginda ^alayhis-salam membina pula al-Masjid al-Aqsa di Palestin.

Meskipun bukan dibina sebelum zaman Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam, al-Masjid al-Aqsa telah pun dinamakan oleh Allah ta^ala sebagai masjid. Hal ini menunjukkan bahawa masjid adalah tempat untuk kaum Muslimin beribadat kepada Allah Yang Esa dengan bersolat di dalamnya. Kaum Muslimin atau umat Islam adalah suatu gelaran bagi pengikut setiap para nabi dan bukannya terhad kepada umat Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam sahaja. Oleh sebab itu, masjid telah pun wujud sebelum kebangkitan Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam.

Firman Allah ta^ala; mafhumnya:

"…al-Masjid al-Aqsa yang telah Kami memberkati sekelilingnya…"


Oleh kerana al-Masjid al-Aqsa berada di daratan Syam, maka kawasan yang diberkati di sekeliling al-Masjid al-Aqsa itu dalam ayat di atas ialah daratan Syam. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah bersabda; mafhumnya:

“Ya Allah! Berkatilah kami di bumi Syam kami dan Yaman kami”. Mereka berkata: “Di Najd kami wahai Rasulullah?”. Baginda bersabda; mafhumnya: “Di sana ada gempa bumi dan fitnah (kerosakan), di sana akan muncul tanduk syaitan”-Sohih Bukhari.

Hadis di atas menunjukkan bahawa bumi Syam penuh keberkatan dan Palestin yang terdapat di dalamnya al-Masjid al-Aqsa terletak di bumi Syam.

Allah ta^ala telah mengutuskan para nabi ^alayhimus-solatu was-salam sebagai pembawa rahmat bagi manusia kerana akal manusia tidak mampu secara bersendirian mengetahui sesuatu yang akan menyelamatkannya di akhirat kelak. Justeru inilah yang dikatakan kurniaan Allah kepada manusia. Sesungguhnya Allah telah membekalkan kepada para nabi-Nya ^alayhimus-salatu was-salam dengan mukjizat yang nyata sebagai dalil bahawa mereka benar-benar utusan Allah.

Mukjizat merupakan sesuatu yang luar biasa yang muncul di tangan orang yang mendakwa sebagai nabi, yang bertepatan dengan seruan mereka, dan yang selamat dari persaingan seumpamanya.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam merupakan seorang nabi yang diberikan mukjizat yang paling agung. Ibnu Abi Hatim telah menukilkan dalam kitab beliau Manaqib al-Shafi^i daripada bapanya daripada ^Umar ibn Sawad daripada al-Imam al-Shafi^i radiyaLlahu ^anhu; beliau telah berkata:

“Allah tidak memberikan sesuatu (mukjizat kepada para nabi-Nya) yang tidak diberikan kepada Muhammad. Maka aku berkata (iaitu ^Umar): “^Isa telah diberikan (mukjizat) menghidupkan orang mati”. Beliau berkata: “Muhammad telah diberikan rintihan tunggul kurma sehingga suaranya didengari. Maka ini lebih hebat dari yang demikian”.

Al-Imam al-Shafi^i radiyaLlahu ^anhu berkata demikian kerana perbuatan menghidupkan orang mati yang asalnya hidup bukanlah suatu yang sangat luar biasa jika dibandingkan sepohon pokok yang memang pada asalnya tidak hidup seperti manusia, tidak berkata-kata apatah lagi boleh menangis sehingga orang ramai dapat mendengar rintihannya.

Peristiwa rengekan atau rintihan tunggul kurma ini berlaku lantaran amat merindui Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam. Ini adalah antara mukjizat baginda yang paling ajaib. Riwayat peristiwa ini termasuk dalam hadis mutawatir.

Sesungguhnya sebahagian pujangga Arab yang memuji Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah berkata:

“Sekiranya Musa telah memberi minum al-Asbat (Bani Isra`il) dari batu, maka sesungguhnya di telapak tangan (Nabi Muhammad) ada suatu pengertian yang tiada di batu itu,

Sekiranya ^Isa menyembuhkan si buta dengan doanya, maka betapa pula (mukjizat) dengan telapak tangannya sahaja baginda benar-benar telah mengembalikan penglihatan?”.

Pujian yang disampaikan di atas adalah mengenai mukjizat Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam lebih hebat berbanding dengan mukjizat Nabi Musa ^alayhis-salam yang juga hebat kerana mengeluarkan dua belas air mata air dari batu untuk minuman Bani Isra`il yang terdiri dari dua belas kaum kerana air keluar dari celahan jari Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam sahaja. Akal akan mengatakan mustahil air keluar dari daging dan tulang berbanding keluar dari batu. Demikian juga mencelikkan orang buta dengan izin (kuasa dan kehendak) Allah iaitu mukjizat Nabi Isa ^alayhis-salam bukanlah terlalu luar biasa jika dibandingkan dengan mukjizat Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam yang mengembalikan mata seorang sahabat iaitu Qatadah ibn al-Nu^man, yang terkeluar hampir tercabut ketika peperangan Badar. Baginda sallaLlahu ^alayhi wa sallam hanya meletakkan kembali mata tersebut ke tempat asalnya dengan tangannya yang mulia sehinggakan selepas kejadian itu sahabat tersebut tidak pasti mata yang mana satukah ditimpa musibah tersebut. Antara mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam ialah Israk dn Mikraj.

Israk

Mukjizat Israk benar-benar berlaku dan jelas berdasarkan nas al-Quran dan hadis sahih. Oleh itu kita wajib beriman bahawa Allah telah memperjalankan Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa sallam (Israk) pada sebahagian malam dari al-Masjid al-Haram di Mekah al-Mukarramah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin.

Sebenarnya Ahlul-Haqq (golongan benar) dari kalangan salaf dan khalaf yang terdiri di kalangan ahli hadis, ahli kalam (ulama tauhid), ahli tafsir dan ahli fekah telah bersepakat bahawa peristiwa Israk berlaku ke atas Nabi Muhammad dengan jasad beserta ruh dan dalam keadaan sedar. Inilah pandangan yang benar. Pendapat ini merupakan pendapat Ibnu Abbas, Jabir, Anas, ^Umar, Huzayfah dan selain mereka dari kalangan para sahabat. Inilah juga merupakan pendapat al-Imam Ahmad, al-Tabari dan selainnya. Oleh itu, maka tidak ada sebarang perselisihan berkenaan peristiwa Israk kerana ada nas al-Quran mengenainya. Oleh kerana itulah ulama mengatakan: “Barang sesiapa mengingkari peristiwa Israk, sesungguhnya dia telah membohongi al-Quran dan sesiapa yang membohongi al-Quran hukumnya kafir”.

Al-Imam al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Shaddad Bin Aus, beliau telah berkata: Kami telah berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah engkau di-israk-kan? Baginda sallaLlahu ^alayhi wa sallam bersabda; mafhumnya:

“Aku telah tunaikan solat al-^Atamah (solat pada waktu malam) bersama sahabat-sahabatku di Mekah, lalu Jibril ^alayhis-salam memberiku satu binatang (namanya al-Buraq) yang putih, lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal, lalu dia (Jibril) berkata: "Tungganglah!". Maka aku merasa sukar. Kemudian (Jibril) memusingkan bintang tunggangan itu dengan memegang telinganya kemudian mengangkatku ke atasnya. Lalu binatang itu pun bertolak di mana langkahnya sejauh mata memandang sehingga kami sampai suatu tempat yang terdapat pohon kurma, maka diturunkan aku. Lalu Jibril berkata: "Solatlah!". Maka aku pun tunaikan solat. Kemudian kami tunggangi semula, lalu Jibril menyoalku: "Adakah engkau tahu di manakah engkau solat tadi?". Aku berkata: "Allah yang lebih mengetahui". Jibril berkata: "Kamu solat di Yathrib, kamu solat di Tayyibah". Selepas itu binatang tadi bertolak membawa kami langkahnya sejauh mata memandang, sampailah di satu tempat lalu Jibril berkata: "Turun!". Maka aku pun turun. Kemudian dia berkata: "Solatlah!" Maka aku pun tunaikan solat Kemudian kami tunggangi semula lalu Jibril menyoalku: "Adakah kamu tahu di manakah kamu solat tadi? Kamu solat di Tur Sayna' yang Allah berkata-kata dengan Nabi Musa ^alayhis-salam di situ". Kemudian binatang tadi bertolak semula membawa kami, langkahnya sejauh mata memandang. Kami sampai suatu tempat, nampak di sana istana-istana. Maka Jibril berkata: "Turun!" Maka aku pun turun. Kemudian dia berkata: "Solatlah!" Maka aku pun tunaikan solat. Kemudian kami tunggangi semula. Jibril berkata: "Adakah engkau tahu di mana engkau solat tadi?". Aku berkata: "Allah yang lebih mengetahui". Jibril berkata: "Engkau sembahyang di Bayt Laham di tempat keputeraan Isa ^alayhis-salam al-Masih ibn Maryam". Kemudian kami bertolak sehingga kami memasuki kota melalui pintunya dari arah Yaman. Lalu Jibril mendatangi kiblat masjid kemudian mengikat binatang tunggangan itu di situ dan kami memasuki masjid melalui pintu yang matahari dan bulan condong kepadanya. Kemudian aku sembahyang di bahagian masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah”.

Antara perkara ajaib yang diperlihatkan kepada Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam dalam peristiwa Israk ialah:


1. Dunia.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam melihat dalam perjalanan baginda ke Baitul Maqdis dunia dalam bentuk seorang perempuan tua.

2. Iblis.


Baginda melihat sesuatu menyerunya iaitu Iblis la^natuLlahi ^alayh. Iblis la^natuLlahi ^alayh dari golongan jin yang beriman pada awalnya, kemudian kafir kepada Allah kerana penentangannya terhadap Allah. Allah ta^ala telah berfirman dalam al-Quran, surah al-Kahf ayat 50; mafhumnya:

“Dan ketika kami memerintahkan kepada para malaikat agar sujud kepada Adam maka merekapun sujud kecuali Iblis. Dia adalah di kalangan jin lalu dia menderhakai perintah Tuhannya”.


Kita dilarang untuk mengatakan bahawa Iblis adalah ketua para malaikat kerana dia bukanlah dari kalangan malaikat. Dalil yang jelas berkenaan perkara ini ialah Allah ta^ala berfirman dalam surah al-Kahf, ayat 50; yang bermaksud:


“Kecuali Iblis , adalah dia dari golongan jin”.

Menurut satu riwayat hadis daripada Sayyidatina ^A'ishah radiyaLlahu ^anha bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah bersabda; yang bermaksud:

“Malaikat diciptakan dari cahaya dan jin diciptakan dari api yang membara”.

Melalui dua dalil di atas nyatalah bahawa iblis sebenarnya dari golongan jin bukannya malaikat.

3. Mashitah (wanita tukang sikat) anak perempuan Firaun.

Kemudian Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam terhidu bauan yang amat wangi dari kubur wanita tukang sikat anak perempuan Firaun. Beliau merupakan seorang wanita yang beriman lagi solehah.


Diceritakan bahawa ketika beliau menyisir rambut anak perempuan Firaun sikat terjatuh dari tangannya lalu beliau menyebut “Bismillah”. Lantas anak perempuan Firaun bertanya: “Adakah bagimu ada tuhan selain bapaku?”. Wanita itu pun menjawab:“Ya! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah”. Tanpa berlengah lagi, anak perempuan Firaun itu pun mengadu kepada bapanya. Lalu Firaun menyuruh wanita tukang sikat itu meninggalkan agama Islam dan masuk kembali ke agama asal, namun wanita itu enggan.

Selepas itu, Firaun menyediakan air yang amat panas untuk memasukkan wanita itu beserta anaknya yang masih menyusu ke dalam air tersebut. Sebelum anaknya dilempar, anak tersebut dapat berkata-kata dengan izin (dengan kehenadak dan kuasa) Allah kepada ibunya itu: “Wahai ibuku! Bersabarlah. Sesungguhnya azab Allah di akhirat amat pedih berbanding dengan azab di dunia. Maka janganlah engkau berdukacita kerana engkau berada di jalan yang benar”. Wsanita itu pun berkata kepada Firaun: “Aku ada suatu permintaan daripadamu iaitu engkau hendaklah himpunkan dan kebumikan tulang-tulangku”. Firaun menjawab: “Baiklah”. Kemudian wanita tukang sikat itu pun dilontarkan ke dalam air tersebut. Matilah wanita itu sebagai syahid bersama anak-anaknya.


4. Pejuang di jalan Allah.


Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam melihat satu kaum bercucuk tanam dan menuai hasilnya dalam masa dua hari sahaja, lalu baginda bertanya kepada Jibril lalu dijawab: “ Mereka ialah pejuang yang berjuang pada jalan Allah”.

Berjihad di jalan Allah ada dua bahagian iaitu:

(i) berjihad dengan pedang iaitu berperang ( al-jihad bis-sinan), dan


(ii) berjihad dengan keterangan (al-jihad bil-bayan). Jihad ini pahalanya seperti orang yang berjuang dengan pedang.

Pada hari ini, barang sesiapa yang menyuruh kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar dengan bersungguh-sungguh maka dia merupakan pejuang (mujahid) pada jalan Allah. Mujahid pada jalan Allah akan mendapat darjat yang agung di sisi Allah di akhirat nanti. Al-Imam al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah bersabda; yang bermaksud:

“Orang yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika rosaknya umatku mendapat pahala orang mati syahid”.

Yang dimaksudkan dengan sunnah dalam hadis ini ialah syariat iaitu perkara merangkumi akidah dan hukum-hukum yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan bukannya sesuatu amalan yang bukan fardu seperti solat sunat dan sebagainya yang ditakrifkan di sisi ahli fekah dengan pengertian sunat sebagai suatu yang jika sesiapa melakukannya beroleh pahala dan jika meninggalkannya tidak berdosa.

5. Pemidato-pemidato yang membawa fitnah.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah melihat segolongan manusia yang memotong lidah-lidah mereka serta bibir-bibir mereka dengan gunting-gunting dari api neraka. Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam bertanya Jibril perihal golongan tersebut lalu dijawab: “Merekalah pemidato-pemidato yang membawa fitnah”, iaitu mereka berpidato pada perkara kejahatan dan fitnah dengan menyeru manusia kepada kesesatan, kemusnahan, penipuan dan khianat.

6. Golongan yang bercakap perkataan batil.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam melihat seekor lembu jantan keluar dari lubang yang sempit kemudian hendak kembali memasukinya, tetapi tidak boleh. Lalu Jibril berkata kepada Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam sallaLlahu ^alayhi wa sallam: “Inilah golongan yang bercakap dengan perkataan batil yang m,engandungi kemudaratan kepada manusia serta kerosakan, kemudian hendak merujuk kembali maka tidak boleh”.

7. Golongan yang tidak menunaikan zakat.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah melihat segolongan manusia seperti binatang, Jibril memberitahu Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam: “Mereka itulah orang-orang yang tidak menunaikan zakat”.


8. Orang yang meninggalkan solat.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah melihat suatu kaum memecahkan kepala mereka sendiri kemudian kepalanya kembali menjadi seperti sebelum dipecahkan. Jibril berkata: “Merekalah yang memberat-beratkan kepala mereka dari menunaikan solat”.

9. Penzina.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah melihat suatu kaum berlumba-lumba mendekati daging yang busuk lagi kotor dan meninggalkan daging yang baik lagi elok. Lalu Jibril pun berkata: “Merekalah golongan dari kalangan umatmu yang meninggalkan yang halal dan tidak merasainya, tetapi mendekati yang haram lagi kotor lalu memakannya. Merekalah penzina”.

10. Peminum arak.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah melihat segolongan manusia minum air nanah yang kotor yang keluar dari penzina. Maka Jibril pun berkata: “Mereka itulah peminum-peminum arak yang diharamkan di dunia”.

11. Golongan pengumpat.

Rasul sallaLlahu ^alayhi wa sallam melihat suatu kaum mencakar wajah-wajah mereka serta dada mereka dengan kuku-kuku dari tembaga. Jibril berkata: “Merekalah golongan yang sering mengumpat sesama manusia”.


Ketahuilah bahawa dosa mengumpat merupakan salah satu sebab utama seseorang itu diseksa di dalam alam kubur. Begitu juga dosa kerana mengadu domba (batu api) dan mengabaikan kebersihan dari najis air kencing. Mengumpat golongan yang bertakwa kepada Allah merupakan dosa besar. Bagi orang yang berpuasa, mengumpat tidak membatalkan puasa seseorang. Al-Imam Ahmad radiyaLlahu ^anhu pernah berkata: “Sekiranya mengumpat membatalkan puasa sudah pasti puasa kita tidak sah”. Kata-kata bermaksud bahawa kebanyakan manusia tidak terlepas dari perbuatan mengumpat.

Mikraj

Peristiwa Mikraj memang betul berlaku berdasarkan hadis-hadis yang sahih, adapun di dalam al-Quran maka tidak tercatat atau dinaskan secara jelas tetapi disebut mengenainya oleh beberapa ayat yang hampir menjadi nas yang jelas.


Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-Najm, ayat 13 hingga 15; yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) buat kali yang kedua di Sidratul-Muntaha. Di sanalah terletaknya Jannatul-Ma'wa”.

Sekiranya ada orang yang beranggapan bahawa makna melihat dalam ayat 13, surah al-Najm di atas berkemungkinan Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam berkeadaan mimpi bukannya jaga, maka kita jawab bahawa ini adalah suatu takwil. Sebarang pentakwilan nas iaitu mengeluarkannya dari makna yang tersurat kepada yang tersirat tidak boleh dilakukan tanpa sandaran dalil akal yang putus atau dalil sam^i yang thabit atau sahih seperti yang dinyatakan oleh seorang ulama usul al-Imam al-Razi dalam al-Mahsul. Di sini tidak ada sebarang dalil yang menunjukkan kebenaran takwil di atas.

Oleh yang demikian, pandangan atau penglihatan Nabi sallaLlahu ^alayhi wa sallam dalam peristiwa Mikraj adalah secara sedar atau jaga iaitu secara jaga baginda melihat Jibril dalam rupa bentuk yang asal di Sidratul Muntaha yang terletak di langit yang keenam. Justeru peristiwa Mikraj ini secara tidak langsung sabit atau dinaskan di dalam al-Quran dengan nas yang hampir jelas.

Al-Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas ibn Malik bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam telah menceritakan mengenai peristiwa Mikraj yang berlaku kepada diri baginda dalam hadisnya; mafhumnya:

“Kemudian kami dibawa naik ke langit, lalu Jibril memohon pintu langit dibuka. Lalu Jibril ditanya: "Siapakah engkau?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?" . Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui Adam, lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku. Kemudian kami dibawa naik lagi ke langit kedua, lalu Jibril memohon pintu langit dibuka. Lalu ditanya: "Siapakah engkau?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui dua orang sepupuku iaitu ^Isa ibn Maryam dan Yahya ibn Zakaria salawatuLlahi ^alayhis-salam. Lalu mereka berdua mengucapkan selamat datang dan mendoakan kebaikan untukku. Kemudian aku dibawa naik ke langit ketiga, lalu Jibril memohon pintu dibuka. Lalu Jibril ditanya: "Siapakah engkau?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui Yusuf sallaLlahu ^alayhi wa sallam. Ingatlah sesungguhnya dia diberikan setengah ketampanan. Lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku. Kemudian kami dinaikkan ke langit keempat, lalu Jibril memohon pintu dibuka Lalu Jibril ditanya: "Siapakah ini?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui Idris. Lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku. Firman Allah ta^ala (dalam surah Maryam, ayat 57; mafhumnya): "Dan kami mengangkatnya ke suatu tempat yang tinggi". Kemudian kami dibawa naik ke langit kelima lalu Jibril memohon pintu dibuka Lalu Jibril ditanya: "Siapakah ini?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui Harun. Lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku. Kemudian kami dibawa naik ke langit keenam lalu Jibril memohon pintu dibuka Lalu Jibril ditanya: "Siapakah ini?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah di hadapanku aku menemui Musa sallaLlahu ^alayhi wa sallam. Lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku. Kemudian kami dibawa naik ke langit ketujuh lalu Jibril memohon pintu dibuka Lalu Jibril ditanya: "Siapakah ini?". Jibril menjawab: "Jibril". Jibril ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?". Jibril berkata: "Muhammad". Jibril ditanya lagi: "Adakah telah diutuskan kepadanya?". Jibril berkata: "Sesungguhnya telah diutuskan kepadanya". Lalu dibukakanlah bagi kami. Di situlah aku menemui Ibrahim sallaLlahu ^alayhi wa sallam dalam keadaan menyandarkan belakangnya ke Baytul-Ma^mur yang dimasuki setiap hari oleh tujuh puluh ribu malaikat yang tidak lagi kembali kepadanya (Baytul-Ma^mur). Kemudian Jibril pergi bersamaku ke Sidratul-Muntaha yang dedaunnya seumpama telinga-telinga gajah dan buahnya seperti tempayan-tempayan”. Jibril berkata: "Apabila Sidratul-Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya dengan perintah (ketetapan) Allah maka tiada satu pun daripada makhluk Allah yang mampu untuk mensifatkan keelokannya". Kemudian Allah mewahyukanku suatu yang telah diwahyukan iaitu aku difardukan lima puluh solat sehari semalam. Setelah itu aku pun sehingga berjumpa dengan Musa sallaLlahu ^alayhi wa sallam, lalu dia berkata: "Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu ke atas umatmu?". Aku menjawab: "Lima puluh solat". Musa berkata: "Kembalilah kepada Tuhanmu , kemudian engkau mintalah kepada-Nya keringanan kerana sesungguhnya umatmu tidak berdaya melaksanakannya sebagaimana aku telah pun menguji Bani Isra'il dan golongan yang terpilih daripada kalangan mereka". Baginda bersabda: "Aku kembali kepada Tuhanku dengan kataku: "Wahai Tuhanku, berilah keringanan buat umatku". Lalu Dia mengurangkan ke atasku lima waktu (iaitu menjadi empat puluh lima waktu), lalu aku pun kembali kepada Musa dan aku berkata: "Dia mengurangkan ke atasku lima waktu". Musa berkata: "Sesungguhnya umatmu tidak berdaya melaksanakannya kemudian engkau mintalah kepada-Nya keringanan". Baginda bersabda: "Aku pun berulang alik berkali-kali di antara Tuhankudan Musa ^alayhis-salam sehingga Allah berfirman: "Wahai Muhammad, sesungguhnya solat yang difardukan itu lima solat sehari semalam. Bagi setiap solat (dari lima solat itu) diganjarkan sepuluh solat. Jadi, demikian itu lima puluh solat. Barangsiapa yang yang ingin melakukan suatu kebaikan dan dia tidak melaksanakannya maka dituliskan untuknya satu kebaikan. Sekiranya dia telah melaksanakannya maka dituliskan untuknya sepuluh kebaikan. Barangsiapa yang ingin melakukan suatu kejahatan dan dia tidak melakukannya maka sesuatu (kejahatan/ dosa) pun tidak dituliskan untuknya. Sekiranya dia telah melakukannya maka dituliskan untuknya satu kejahatan". Baginda bersabda: "Kemudian aku pun turun sehingga sampai kepada Musa sallallahu ^alayhi wa sallam dan aku memberitahunya, lalu dia berkata: "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan". Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa sallam bersabda: "Lalu aku menjawab: "Sesungguhnya aku telah kembali kepada Tuhanku sehingga aku berasa malu kepada-Nya".

Suatu Nasihat


Sebahagian manusia percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah sampai ke suatu tempat di atas langit yang ketujuh yang pada anggapannya bahawa di situlah Allah berada.


Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit samada yang dimaksudkan itu langit secara umum atau dikhususkan kepada Kursi atau Arasy sebenarnya adalah sesat lagi kufur di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada arah, sudut, ruang atau tempat. Sedangkan akidah dan kepercayaan umat islam yang sebenarnya ialah Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada, antaranya tempat dan arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum wujudnya ruang, arah, sudut dan tempat lagi tanpa memerlukan arah, sudut mahupun tempat bagi kewujudan-Nya. Inilah yang dikatakan bahawa wujud Allah sebagai wujud yang azali iaitu wujudnya Allah itu tidak didahului oleh ketiadaan, tidak didahului sesiapapun selain-Nya dan tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. Tempat, arah dan lain-lain merupakan ciptaan Allah yang dinamakan sebagai makhluk dan kewujudan makhluk tidak azali. Tidak azali bermaksud kewujudan yang didahului dengan ketiadaan. Hanya Allah yang menciptakan makhluk dari tiada menjadi ada. Mustahil kewujudan Allah itu perlu atau berhajat kepada selain-Nya sedangkan Allah wujud azali dan sesuatu selain-Nya belum wujud; iaitu seperti tempat, ruang, arah, masa, Arasy, Kursi, langit, dan lain-lain lagi belum wujud. Jika akal kita dengan pasti menerima bahawa Allah wujud dengan keazalian-Nya tanpa memerlukan sesuatu selain-Nya seperti tempat misalnya, maka akal kita juga pasti menerima bahawa sekarang dan selama-lamanya Allah wujud tanpa memerlukan tempat seperti Arasy, Kursi, langit dan lain-lain.

Al-Imam al-Shafi^i rahimahuLlah berkata seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Qushayri: “Ketahuilah oleh kamu semua bahawa Allah ^azza wa jalla tidak ada tempat bagi-Nya (iaitu tidak bertempat)”. Imam Ahlis-Sunnah iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Ash^ari juga berkata sedemikian seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi: “Sesungguhnya Allah ta^ala tidak ada tempat bagi-Nya”. Al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi pula menyebutkan dalam kitab beliau al-Farqu baynal-Firaq: “Dan mereka (iaitu Ahlis-Sunnah) telah berijmak bahawa Dia (iaitu Allah) tidak diliputi oleh tempat dan dilalui ke atas-Nya oleh masa”.

Inilah ijmak Ahlis-Sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut ciptaan Allah yang asalnya tidak ada langsung kemudian dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang atau malam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan al-Mushabbihah, iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaan-Nya sendiri. Golongan al-Mushabbihah tersebut dihukumkan sebagai kafir oleh ulama Islam. Al-Imam Abu Ja^far al-Tahawi berkata dalam kitab beliau al-^Aqidah al-Tahawiyyah: “Barang sesiapa mensifatkan bagi Allah dengan suatu makna sifat daripada makna-makna sifat makhluk, sesungguhnya telah kafir”. Jelas bagi kita bahawa antara sifat makhluk ialah wujud yang memerlukan tempat.


Walaupun demikian, amatlah mendukacitakan kita kerana ada golongan yang menyandarkan diri mereka sebagai tuan guru atau ulama mengelirukan umat Islam berkenaan peristiwa Mikraj ini dengan menyatakan bahawa Rasulullah telah sampai ke tempat yang merupakan markaz atau tempat Allah berada! Wal-^iyadhubiLlah. Pandangan atau ucapan sebegini jelas hukumnya kufur kerana menyifatkan Allah dengan sifat yang sama dengan makhluk. Hal ini berpunca dari pembacaan yang disandarkan kepada sebahagian kitab murahan yang mudah didapati yang tidak terkandung ^aqidah al-tanzih, iaitu akidah Ahlis-Sunnah yang menquduskan dan mensucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhluk. Antara kitab tersebut ialah Kitab al-Mi^raj yang disandarkan secara dusta kepada Ibn ^Abbas. Perkara sebegini dan seumpamanya wajib diberi peringatan kepada umat Islam.

Penjelasan sebenar berkenaan perkara ini ialah Rasulullah telah sampai ke tempat yang dikehendaki oleh Allah selepas sampai di Sidratul-Muntaha. Di situlah baginda mendapat perintah Allah mengenai kefarduan solat. Begitu jugalah berkenaan Rasulullah berulang alik memohon dikurangkan waktu solat tersebut dari tempat Nabi Musa ke tempat baginda menerima kefarduan solat. Keadaan ini tidak bererti Nabi Muhammad berulang alik dari tempat Nabi Musa ke tempat Allah berada kerana Allah wujud tanpa bertempat. Bahkan baginda berulang alik ke tempat asal yang baginda mendengar Kalamullah yang azali tanpa suara, huruf dan bahasa. Allah menciptakan kekuatan pada hati Rasulullah sehingga baginda faham bahawa suatu yang didengari itu adalah wahyu Allah mengenai kefarduan solat sehinggalah solat lima puluh waktu sehari semalam dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam.

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat-Nya kita menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang lain. Hal ini tidaklah wujud begitu sahaja kerana semata-mata kita berada atau tergolong dalam umat Nabi Muhammad, kerana umat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad ada dua bahagian; iaitu pertama ummah al-da^kwah (umat yang disampaikan dakwah Islam kepada mereka) kedua ummah al-ijabah (umat yang menerima dakwah Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad). Oleh itu, marilah kita golongkan diri kita ke dalam ummah al-ijabah yang beriman dengan Allah dengan kepercayaan yang sahih, seterusnya melakukan serta menyuruh kepada kebaikan dan menghindari serta mencegah dari perkara yang keji lagi tercela di dalam agama berdasar ilmu yang sahih

Mudah-mudahan kita dapat menghapuskan perkara palsu yang berlaku atau digembar-gemburkan berkaitan peristiwa bersejarah ini dengan rasa tanggungjawab sebagai peribadi muslim yang mencintai agamanya.

Wallahua’lam



Disediakan oleh:-

Hj Ahmad Hafiz bin Hj. Mohd Alwi Al-Bakaniy
Email: al_bakaniyy@yahoo.com
Tel:019-9328339 /0103340332
-----------------------------------
Disemak dan disahkan oleh:-


Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman
Mufti Kerajaan Negeri Pahang
Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur

Friday, June 10, 2011

Golongan yang tidak layak diberikan jawatan

Rasulullah S.A.W tidak melantik sesiapa yang meminta jawatan, sebaliknya menyerahkan kepada yang mempunyai sifat bertanggungjawab. Menyedari pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, Allah berfiman  dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin, atau dalam bahasa mudahnya empat golongan atau kategori manusia yang tidak layak dilantik menjadi pemimpin. Yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori itu dibolehkan.




Golongan pertama yang diharamkan adalah orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang siapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah Al-Maidah : Ayat 51)



Golongan kedua adalah orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim.” (Surah At-Taubah : Ayat 23)



Golongan ketiga adalah orang yang di luar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu (hatimu).” (Surah Al-i-Imran : Ayat 118 – 119)



Golongan keempat adalah orang yang mengingkari al-Quran dan hukumnya. Berhubung perkara ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan daripada kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” (Surah An-Nisa’ : Ayat 144)



Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan (menjadi pemimpin) hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan (menjadi pemimpin) tetapi mempunyai kebolehan.



Iman Bukhari diriwayatkan berkata bahawa Abu Zar menceritakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan.” Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: “Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia pada hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul.”



Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodek dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.



Rasulullah S.A.W tidak memberikan sesuatu jawatan (kepemimpinan) kepada orang yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan (memimpin) tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.



Imam Al-Hakam meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.”



sumber : http://sinar.cikedis.com/golongan-yang-tidak-layak-menjadi-pemimpin

Monday, March 21, 2011

Bencana silih berganti-apakah manusia lupa Allah Maha Berkuasa?

Lama saya memerhati keadaan sebelum saya memberikan sebarang komen.


Dan akhirnya bila saya terlihat pola bencana alam vs pola bencana akibat tangan manusia, saya amat terkejut.

Pola itu jelas membuktikan bahawa Allah menjaga dan memudahkan tugas hambaNya yang berjuang mempertahankan ugama Islam.

Surah At Taubah Ayat 20
"Orang yang beriman dan berjihad ke jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka adalah orang yang memperolehi kemenangan"

Mungkin juga Surah Al Anfaal Ayat 54 ini dijadikan peringatan yang baik ke atas musuh Islam/Tangan Tangan Ghaib yang memusnahkan umat Islam dan menghancurkan negara Islam

Surah Al Anfaal Ayat 54
"  (Keadaan mereka) serupa seperti keadaan pengikut Firaun dan orang -orang sebelum mereka. Mereka mendustakan ayat auat TuhanNya, maka kami mebinasakan mereka disebabkan oleh dosa-dosanya dan kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya kerana mereka orang yang zalim"                          "


Lihat pola tersebut di bawah

1-Bencana manusia dalam bentuk rusuhan "kebangkitan suara rakyat "yang mengakibatkan kematian dan tumbangnya penguasaan ulama  Islam ASWJ di negara di Tunisia dan Mesir (Rusuhan tersebut disokong dana  Kongress Amerika Syarikat)

Tak lama kemudian bencana alam banjir besar di Australia dan gempabumi di New Zealand!

Kemudian berlaku pula gempabumi, tsunami dan kebocoran radiasi akibat kerosakan logi nuklear di Jepun!.



Angin yang membawa radioaktif dari Fukushima sedang bergerak keluar dari Tokyo dan dijangka sampai ke Eropah dalam masa seminggu
 Maklumat yang saya terima pada waktu ini angin yang membawa bahan radiaoktif dari Jepun  http://www.cnbc.com/id/42082658/ ,  japan_nuclear_risk  dan 660worl.com/article. Angin yang membawa radioaktif tersebut akan sampai ke Eropah dalam masa seminggu. Apakah ianya tidak memudaratkan seperti kata artikel 660worl.com/article. Apakah media massa menyatakan kesemua detail mengenai radioaktif tersebut?

Kenapa angin bertiup ke arah Eropah?

Baru semalam dunia dikejutkan dengan berita Libya yang cuba melawan rusuhan "kebangkitan suara rakyat" yang ditaja Tangan Tangan Ghaib telah dibom oleh tentera NATO yang diketuai Peranchis.

Kita saksikan seterusnya apakah radiasi tersebut akan membawa ke Amageddon di Eropah di kawasan Mediterranean seperti yang dinyatakan oleh Maulana Syeikh Nazim dalam petikan di posting saya terdahulu mengenai pesanan Maulana Syeikh Nazim, Spriritual Leader Tarekat Nasyabandiyah  pesanan-syeikh-nazim-berkenaan-bencana.



“Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut!

sambungan

"  Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon...., kiamat akan tiba tidak lama lagi!  "

Wallahualam.

Thursday, March 17, 2011

Pesanan Syeikh Nazim berkenaan bencana alam di Jepun

Manusia di zaman moden ini angkuh. Seringkali bencana alam diturunkan untuk mengingatkan manusia ada kuasa yang lebih besar iaitu kuasa Allah. Bahawa alam dan segala yang ada disini mempunyai empunya dan mengikut perintahNya. Ikutilah pesanan Maulana Syeikh Nazim pemimpin spriritual Nasyabandi mengenai Jepun, Pulau Cyprus, Laut Mediterranean, dan peringatan untuk manusia sejagat agar sentiasa bersiap siaga dan  beringat.

" Maulana Shaykh Nazim


11 Mac 2011, Lefke, Cyprus

Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahu Akbar Allahu Akbar la ilaha illAllah, Allahu Akbar wa lillahil hamd..alfu salat alfu salam ala Sayydil awwalina wal aklhirin habibil Rabbil alamin, Sayyidil awalina wal akhirin..ya Sayyidi ya Rasulallah ishfa lana.. Audhu billahi minash shaitanir rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim. Subhansin Sultansin ya Rabb. Maha Suci Engkau, Engkaulah Sultan Ya Tuhan!

Wahai manusia, pengunjung-pengunjung kami dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Kami memohon kemuliaan Penutup Para Nabi dari Tuhan Syurgawi, Pencipta kami, kerana kita berada pada titik tersebut, jika kita berjalan di atasnya, kita akan terjerumus ke dalam neraka! Tiada satu pun yang dapat memberhentikannya, tapi selama mana kita diciptakan sebagai khalifah, pembantu, di planet ini, selama itulah kita mempunyai tanggungjawab. Dan sesiapa yang mempunyai tanggungjawab akan dipersoal, mereka akan disoal, “ Apa yang telah kamu lakukan? Apa yang telah kamu pelajari? Apa yang kamu tahu?”. Kita akan disoal kerana kita mempunyai tanggungjawab dan kita adalah semulia-mulia makhluk yang diciptakan, dan Allah Taala telah membusanai manusia dengan kemuliaan yang sangat tinggi yang bahkan Para Malaikat pun tidak mencapainya. Apabila Allah Taala menyatakan kepada penghuni syurga, kepada Para Malaikat, bahawa, “Aku akan mencipta sesuatu, yang menunjuk atau membawa ciptaan yang baru dalam kewujudan, yang baru. Dan Aku akan membusanai mereka dengan kemuliaan yang tinggi, dan Aku akan menjadikan mereka sebagai khalifah di Bumi.” Dan Para Malaikat berfikir bahawa kemuliaan yang tinggi adalah milik mereka. Dan Allah Taala telah mengatakan, “ Aku membawa sesuatu perkara yang lain yang sampai sekarang tidak ada yang mengetahui. Aku membawa mereka dan Aku membusanai mereka dengan sebuah kemuliaan yang tidak ada satu pun dari kalangan kamu yang mencapai kemuliaan itu.”

Kita mesti kenal diri kita sendiri. Kita harus bertanya, “Siapakah aku?” Tetapi maaf kerana terpaksa mengatakan bahawa semua manusia pada hari ini tidak tertarik untuk mengenal dan mengetahui tentang diri mereka sendiri. Mereka berfikir bahawa mereka diciptakan hanya untuk berseronok dengan diri mereka melalui hal-hal keduniaan. Saya minta maaf untuk menyatakan ini, tetapi ini adalah hakikat yang sebenarnya, bahawa manusia tidak pernah tertarik pada diri mereka sendiri. Mereka melihat sekeliling mereka, di bawah tapak kaki mereka, apakah ia atau kepala mereka, apakah itu, tetapi tidak ada seorang pun yang tertarik terhadap diri mereka sendiri. Tidak ada seorang pun yang berkata, “Siapakah aku?” Itu adalah kesilapan terbesar manusia, meninggalkan diri mereka sendiri, dan lari jauh dari diri sendiri. Manusia lari daripada hakikat kejadian mereka. Lari jauh. Kenapa? Kenapa kamu tidak tertarik untuk mengenali siapakah diri kamu? Saya pada mulanya tiada dalam kewujudan, kemudian dikeluarkan daripada rahim ibu saya. Saya tidak tahu apa-apa. Dan selepas beberapa ketika saya cuba untuk keluar dan dengan banyaknya kesakitan datang pada ibu saya sehingga saya keluar. Siapa yang menciptakan saya di dalam rahim ibu saya? Bagaimana saya keluar? Saya masuk ke dalam rahim sebagai sel, satu sel..bagaimana saya menjadi manusia lengkap dengan segala-galanya dan meminta dan menjadikan ibu saya keluarkan saya? Dia (ibu) sangat gembira dengan saya berada di dalam. Tetapi saya ridak gembira dengan menendang pintu untuk dibuka. Saya keluar. Cukup di sini! Saya mesti keluar! Allahu Akbar..Allahu Akbar. Kita keluar, menangis, menangis….”

Siapakah itu? Siapakah yang menciptakan saya dan kesemua orang juga, yang datang dengan cara yang sama? Tidak pernah fikirkannya? Dan tanpa kehendak saya, saya dari hari ke hari membesar, membesar, tetapi tumbesaran saya mencapai pada satu titik dan kemudian berhenti. Apabila saya mencapai 1 ½ meter atau 2 meter, tetapi selepas itu tumbesaran saya terhenti. Siapa yang menjadikan saya untuk tidak membesar lagi?” Lailaha illallah. Manusia mabuk, manusia mabuk. Tidak pernah menggunakan pemikiran mereka. Kemudian pemahaman mereka semakin meluas, lagi dan lagi, dan mereka akan mengetahui tentang segala-galanya tetapi mereka terkecuali. Mereka cuba untuk mengetahui segalanya, tetapi mereka lupa. “Siapa yang menjadikan saya dan saya membesar, membesar dan kemudian semakin ke bawah, ke bawah dan satu hari nanti saya akan habis, tamat. Saya tidak lagi bernafas, saya tidak lagi melihat, saya tidak lagi makan atau minum, saya tidak lagi bekerja, saya tidak lagi melihat apa-apa.” Hal-hal ini, mereka tidak lagi memikirkannya. Tiga juta atau lima juta orang dan kamu tidak dapat mencari apapun kecuali segelintir manusia yang memikirkannya dan semua orang tidak pernah berfikir. Lailaha illallah.

Wahai manusia, Tuhan Syugawi baru sahaja menyampaikan kepada kami sesuatu untuk memikirkan tentang permulaan dan pengakhiran kami. Dan dunia kita mempunyai permulaan dan ia tidak seperti seratus tahun atau seribu tahun yang lalu, dunia kita berubah, bergerak, berubah, dan tidak ada seorang pun yang bertanya apa yang telah terjadi kepada dunia. Terlalu banyak peristiwa yang tidak diketahui dan tidak dijangka yang akan datang, dan manusia sekarang seperti mabuk, alpa dengan teknologi mereka. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup untuk mereka atau jangkaan terakhir bagi mereka untuk mengawal segala-galanya melalui teknologi, kerana mereka adalah orang-orang yang mabuk. Teknologi tidak boleh diarahkan dengan kekuatan kita, dan ia mempunyai had. Selepas had tersebut, sangat mustahil untuk bergerak setapak lebih daripada itu. Kita berada di dalamnya sekarang. Wahai manusia, kita akan pergi ke dunia yang lain. Seperti kita berada di dalam dunia yang tidak diketahui dan kemudian datang ke sini, manusia, kesemua mereka, akan pergi ke tempat lain yang tidak diketahui. Itu adalah ilmu yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kita memilih orang-orang tertentu untuk mengajar kita tentang apa yang akan berlaku kepada manusia, secara individual atau secara awam. Tetapi sekarang manusia mengejar teknologi dan mereka sangat gembira dan sangat bangga. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup bagi mereka dan segala-galanya.

Saya fikir bahawa setiap orang pada hari ini mendengar hal yang besar telah terjadi di Timur Jauh iaitu sebuah gempa bumi dan juga tsunami. Kaca itu yang mereka cipta (tv), menunjukkan kepada semua bangsa, kepada manusia, bahawa mereka nampak dan melihat gelombang yang besar daripada samudera, lautan melanda Jepun dan sangat banyak negara mengambilnya melalui teknologi mereka. Teknologi tidak pernah melakukan apa-apa, dan ianya lenyap. Saya bertanya, sebagai manusia yang bangga, dengan teknologi dan bom-bom kamu, dengan kamu mempunyai seratus atau seribu kuasa nuklear, bolehkah kamu memberhentikannya? Di mana masyarakat Eropah dan Amerika yang sangat bangga, itu berlaku di Timur Jauh, di Jepun, apakah titik tertinggi kuasa kamu, hanya menunjukkan kepada kamu yang kuasa kamu bukanlah apa-apa! “Jika saya memerintahkan untuk menggerakkan lautan ke atas kamu, dalam masa 24 jam, bukan sahaja Jepun atau tempat-tempat yang lain, Tsunami tersebut boleh meliputi 5 benua. Kesemua mereka akan dilanda.” Ini adalah sangat penting. Tuhan Syurgawi mahu menunjukkan kepada makhluk-Nya yang terdiri daripada manusia. “Jika Aku mahu mengambil engkau, Aku akan mengambil engkau. Itu adalah hal yang sangat mudah, Tsunami. Aku juga boleh memerintahkan sebuah lagi untuk engkau juga, tidak dengan menggunakan penghuni langit, daripada engkau Aku memerintahkan seseorang dari kalangan kamu semua untuk menendang dunia ini seperti bola sepak dan ia akan lenyap, musnah.”

Wahai manusia! Ke marilah dan dengar dan pelajarilah perintah-perintah langit dan turutilah undang-undang syurga yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kamu, sampaikan kepada kamu atau satu hari nanti benua-benua tenggelam ke bawah atau Tsunami akan meninggi dan melanda kesemua mereka. Marhaban! Selamat datang! Jepun adalah negara teknologi nombor satu dan rakyatnya, pengikut-pengikutnya telah diambil. Dan undang-undang suci telah sampai kepada saya, dan saya hamba yang lemah memberi amaran kepada semua bangsa, dan saya juga memberi amaran kepada Gadafi, Tarwani, Syaitani, Jinni…jaga adab kamu, jaga keterbatasan kamu, dan jadilah hamba yang merendah diri! Jangan menjerit dengan suara yang lantang. Jaga adab kamu! Allah memerintahkan kamu untuk menjaga hamba-hamba-Nya, dan dia tidak melakukan yang terbaik kepada bangsanya untuk melakukan yang terbaik buat mereka. Dia cuba untuk melakukan hal-hal buruk bagi saudara-saudaranya, dan dia telah melakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri, bukan untuk bangsanya, dan bangsanya bangkit mengatakan, “Kami tidak suka kepada kamu!” dan sangat banyak negara sekarang melalui Tunisia, Algeria, Mesir, melalui Iraq, melalui Turki…dan sangat banyak tirani mengatakan, “Aku tidak sukakan engkau,” dan mengancam. Jaga batasan kamu! Jangan berkata, kami boleh berhentikannya, Tsunami, dan bahkan seorang sahaja (Wali Allah) boleh menenggelamkan China di bawah beberapa Tsunami. Jangan katakan, kami sejuta, dua juta orang, mereka boleh mengambil sehingga tiada seorang pun di sana.

Wahai manusia, bahawa amaran dari langit, berkata, “Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut! Jika mereka tidak melakukan itu, saya telah diperintahkan untuk meninggalkan Cyprus dan pergi ke tempat yang belum diketahui, dan apakah yang akan datang kepada mereka. Ini adalah untuk Bangsa Cypriot dan Greek, kerana mereka melakukan hal-hal yang dibenci. Mudah-mudahan Allah mengampuni saya, kerana dosa-dosa saya mungkin akan membawa mereka kepada kutukan. Saya harus pergi jauh.

Wahai manusia, sekarang kita telah sampai pada keterbatasan, had kehidupan manusia di atas planet ini dan sangat banyak tanda-tanda yang datang. Saya gembira dengan darwish-darwish kami, murid-murid, pengikut-pengikut kami dan di sana ada juga amaran untuk mereka. Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon, kiamat akan tiba tidak lama lagi! Sesiapa yang hendak datang ke sini, mereka harus melihat pada keadaan. Dan jika mereka datang, 3 hari untuk berziarah, cukup. Tinggal di rumah kamu. Kamu mesti lihat jika sesuai untuk berziarah ke sini. Jangan berniat untuk berada di sini lebih daripada 3 hari. Kamu mesti menjaga rumah kamu, anak-anak kamu, keluarga kamu, dan kamu mesti membimbing mereka. 3 hari untuk beziarah ke sini, kemudia kamu mesti pergi kerana mungkin keadaan di sini tidak baik untuk kamu, datang dan jangan pergi atau mungkin kamu akan tenggelam ke bawah dan tidak naik ke atas lagi. 3 hari sahaja untuk berziarah ke sini, kerana apabila Armageddon bermula, tidak ada lagi kapal, tidak ada lagi pesawat untuk tinggalkan pulau ini untuk balik ke tempat kamu.

Ini adalah perintah yang baru untuk orang-orang syurgawi untuk membangunkan kamu. Jagalah diri kamu bersama keluarga kamu, dengan anak-anak kamu. Dan cubalah untuk berada di desa-desa, luar bandar kerana bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang sangat besar. Tempat yang selamat hanya di luar bandar. Bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang amat tinggi. Jagalah ia. Sehingga hari ini, saya masih menyambut, orang-orang boleh datang untuk berada di sini. Tetapi selepas malam tadi saya telah diperintahkan untuk memberitahu kepada saudara-saudara kita daripada negara-negara lain untuk lihat pada keadaan, kerana selepas satu jam kemungkinan ia selesai: tiada lagi kapal, tiada lagi pesawat. Jika perlu, 3 hari dan kamu habis, kamu mesti pergi untuk bersama keluarga kamu. Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Fatihah!

Jangan membazir, simpan sesuatu sekurang-sekurangnya ia cukup bagi kamu untuk 40 hari. Jangan membazir, jangan membazir. Pembaziran akan membawa manusia kepada bebanan yang berat, semoga Allah mengampuni kita bagi kemuliaan Pengkhatam Para Nabi SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda. Fatihah!