Thursday, March 17, 2011

Pesanan Syeikh Nazim berkenaan bencana alam di Jepun

Manusia di zaman moden ini angkuh. Seringkali bencana alam diturunkan untuk mengingatkan manusia ada kuasa yang lebih besar iaitu kuasa Allah. Bahawa alam dan segala yang ada disini mempunyai empunya dan mengikut perintahNya. Ikutilah pesanan Maulana Syeikh Nazim pemimpin spriritual Nasyabandi mengenai Jepun, Pulau Cyprus, Laut Mediterranean, dan peringatan untuk manusia sejagat agar sentiasa bersiap siaga dan  beringat.

" Maulana Shaykh Nazim


11 Mac 2011, Lefke, Cyprus

Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahu Akbar Allahu Akbar la ilaha illAllah, Allahu Akbar wa lillahil hamd..alfu salat alfu salam ala Sayydil awwalina wal aklhirin habibil Rabbil alamin, Sayyidil awalina wal akhirin..ya Sayyidi ya Rasulallah ishfa lana.. Audhu billahi minash shaitanir rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim. Subhansin Sultansin ya Rabb. Maha Suci Engkau, Engkaulah Sultan Ya Tuhan!

Wahai manusia, pengunjung-pengunjung kami dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Kami memohon kemuliaan Penutup Para Nabi dari Tuhan Syurgawi, Pencipta kami, kerana kita berada pada titik tersebut, jika kita berjalan di atasnya, kita akan terjerumus ke dalam neraka! Tiada satu pun yang dapat memberhentikannya, tapi selama mana kita diciptakan sebagai khalifah, pembantu, di planet ini, selama itulah kita mempunyai tanggungjawab. Dan sesiapa yang mempunyai tanggungjawab akan dipersoal, mereka akan disoal, “ Apa yang telah kamu lakukan? Apa yang telah kamu pelajari? Apa yang kamu tahu?”. Kita akan disoal kerana kita mempunyai tanggungjawab dan kita adalah semulia-mulia makhluk yang diciptakan, dan Allah Taala telah membusanai manusia dengan kemuliaan yang sangat tinggi yang bahkan Para Malaikat pun tidak mencapainya. Apabila Allah Taala menyatakan kepada penghuni syurga, kepada Para Malaikat, bahawa, “Aku akan mencipta sesuatu, yang menunjuk atau membawa ciptaan yang baru dalam kewujudan, yang baru. Dan Aku akan membusanai mereka dengan kemuliaan yang tinggi, dan Aku akan menjadikan mereka sebagai khalifah di Bumi.” Dan Para Malaikat berfikir bahawa kemuliaan yang tinggi adalah milik mereka. Dan Allah Taala telah mengatakan, “ Aku membawa sesuatu perkara yang lain yang sampai sekarang tidak ada yang mengetahui. Aku membawa mereka dan Aku membusanai mereka dengan sebuah kemuliaan yang tidak ada satu pun dari kalangan kamu yang mencapai kemuliaan itu.”

Kita mesti kenal diri kita sendiri. Kita harus bertanya, “Siapakah aku?” Tetapi maaf kerana terpaksa mengatakan bahawa semua manusia pada hari ini tidak tertarik untuk mengenal dan mengetahui tentang diri mereka sendiri. Mereka berfikir bahawa mereka diciptakan hanya untuk berseronok dengan diri mereka melalui hal-hal keduniaan. Saya minta maaf untuk menyatakan ini, tetapi ini adalah hakikat yang sebenarnya, bahawa manusia tidak pernah tertarik pada diri mereka sendiri. Mereka melihat sekeliling mereka, di bawah tapak kaki mereka, apakah ia atau kepala mereka, apakah itu, tetapi tidak ada seorang pun yang tertarik terhadap diri mereka sendiri. Tidak ada seorang pun yang berkata, “Siapakah aku?” Itu adalah kesilapan terbesar manusia, meninggalkan diri mereka sendiri, dan lari jauh dari diri sendiri. Manusia lari daripada hakikat kejadian mereka. Lari jauh. Kenapa? Kenapa kamu tidak tertarik untuk mengenali siapakah diri kamu? Saya pada mulanya tiada dalam kewujudan, kemudian dikeluarkan daripada rahim ibu saya. Saya tidak tahu apa-apa. Dan selepas beberapa ketika saya cuba untuk keluar dan dengan banyaknya kesakitan datang pada ibu saya sehingga saya keluar. Siapa yang menciptakan saya di dalam rahim ibu saya? Bagaimana saya keluar? Saya masuk ke dalam rahim sebagai sel, satu sel..bagaimana saya menjadi manusia lengkap dengan segala-galanya dan meminta dan menjadikan ibu saya keluarkan saya? Dia (ibu) sangat gembira dengan saya berada di dalam. Tetapi saya ridak gembira dengan menendang pintu untuk dibuka. Saya keluar. Cukup di sini! Saya mesti keluar! Allahu Akbar..Allahu Akbar. Kita keluar, menangis, menangis….”

Siapakah itu? Siapakah yang menciptakan saya dan kesemua orang juga, yang datang dengan cara yang sama? Tidak pernah fikirkannya? Dan tanpa kehendak saya, saya dari hari ke hari membesar, membesar, tetapi tumbesaran saya mencapai pada satu titik dan kemudian berhenti. Apabila saya mencapai 1 ½ meter atau 2 meter, tetapi selepas itu tumbesaran saya terhenti. Siapa yang menjadikan saya untuk tidak membesar lagi?” Lailaha illallah. Manusia mabuk, manusia mabuk. Tidak pernah menggunakan pemikiran mereka. Kemudian pemahaman mereka semakin meluas, lagi dan lagi, dan mereka akan mengetahui tentang segala-galanya tetapi mereka terkecuali. Mereka cuba untuk mengetahui segalanya, tetapi mereka lupa. “Siapa yang menjadikan saya dan saya membesar, membesar dan kemudian semakin ke bawah, ke bawah dan satu hari nanti saya akan habis, tamat. Saya tidak lagi bernafas, saya tidak lagi melihat, saya tidak lagi makan atau minum, saya tidak lagi bekerja, saya tidak lagi melihat apa-apa.” Hal-hal ini, mereka tidak lagi memikirkannya. Tiga juta atau lima juta orang dan kamu tidak dapat mencari apapun kecuali segelintir manusia yang memikirkannya dan semua orang tidak pernah berfikir. Lailaha illallah.

Wahai manusia, Tuhan Syugawi baru sahaja menyampaikan kepada kami sesuatu untuk memikirkan tentang permulaan dan pengakhiran kami. Dan dunia kita mempunyai permulaan dan ia tidak seperti seratus tahun atau seribu tahun yang lalu, dunia kita berubah, bergerak, berubah, dan tidak ada seorang pun yang bertanya apa yang telah terjadi kepada dunia. Terlalu banyak peristiwa yang tidak diketahui dan tidak dijangka yang akan datang, dan manusia sekarang seperti mabuk, alpa dengan teknologi mereka. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup untuk mereka atau jangkaan terakhir bagi mereka untuk mengawal segala-galanya melalui teknologi, kerana mereka adalah orang-orang yang mabuk. Teknologi tidak boleh diarahkan dengan kekuatan kita, dan ia mempunyai had. Selepas had tersebut, sangat mustahil untuk bergerak setapak lebih daripada itu. Kita berada di dalamnya sekarang. Wahai manusia, kita akan pergi ke dunia yang lain. Seperti kita berada di dalam dunia yang tidak diketahui dan kemudian datang ke sini, manusia, kesemua mereka, akan pergi ke tempat lain yang tidak diketahui. Itu adalah ilmu yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kita memilih orang-orang tertentu untuk mengajar kita tentang apa yang akan berlaku kepada manusia, secara individual atau secara awam. Tetapi sekarang manusia mengejar teknologi dan mereka sangat gembira dan sangat bangga. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup bagi mereka dan segala-galanya.

Saya fikir bahawa setiap orang pada hari ini mendengar hal yang besar telah terjadi di Timur Jauh iaitu sebuah gempa bumi dan juga tsunami. Kaca itu yang mereka cipta (tv), menunjukkan kepada semua bangsa, kepada manusia, bahawa mereka nampak dan melihat gelombang yang besar daripada samudera, lautan melanda Jepun dan sangat banyak negara mengambilnya melalui teknologi mereka. Teknologi tidak pernah melakukan apa-apa, dan ianya lenyap. Saya bertanya, sebagai manusia yang bangga, dengan teknologi dan bom-bom kamu, dengan kamu mempunyai seratus atau seribu kuasa nuklear, bolehkah kamu memberhentikannya? Di mana masyarakat Eropah dan Amerika yang sangat bangga, itu berlaku di Timur Jauh, di Jepun, apakah titik tertinggi kuasa kamu, hanya menunjukkan kepada kamu yang kuasa kamu bukanlah apa-apa! “Jika saya memerintahkan untuk menggerakkan lautan ke atas kamu, dalam masa 24 jam, bukan sahaja Jepun atau tempat-tempat yang lain, Tsunami tersebut boleh meliputi 5 benua. Kesemua mereka akan dilanda.” Ini adalah sangat penting. Tuhan Syurgawi mahu menunjukkan kepada makhluk-Nya yang terdiri daripada manusia. “Jika Aku mahu mengambil engkau, Aku akan mengambil engkau. Itu adalah hal yang sangat mudah, Tsunami. Aku juga boleh memerintahkan sebuah lagi untuk engkau juga, tidak dengan menggunakan penghuni langit, daripada engkau Aku memerintahkan seseorang dari kalangan kamu semua untuk menendang dunia ini seperti bola sepak dan ia akan lenyap, musnah.”

Wahai manusia! Ke marilah dan dengar dan pelajarilah perintah-perintah langit dan turutilah undang-undang syurga yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kamu, sampaikan kepada kamu atau satu hari nanti benua-benua tenggelam ke bawah atau Tsunami akan meninggi dan melanda kesemua mereka. Marhaban! Selamat datang! Jepun adalah negara teknologi nombor satu dan rakyatnya, pengikut-pengikutnya telah diambil. Dan undang-undang suci telah sampai kepada saya, dan saya hamba yang lemah memberi amaran kepada semua bangsa, dan saya juga memberi amaran kepada Gadafi, Tarwani, Syaitani, Jinni…jaga adab kamu, jaga keterbatasan kamu, dan jadilah hamba yang merendah diri! Jangan menjerit dengan suara yang lantang. Jaga adab kamu! Allah memerintahkan kamu untuk menjaga hamba-hamba-Nya, dan dia tidak melakukan yang terbaik kepada bangsanya untuk melakukan yang terbaik buat mereka. Dia cuba untuk melakukan hal-hal buruk bagi saudara-saudaranya, dan dia telah melakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri, bukan untuk bangsanya, dan bangsanya bangkit mengatakan, “Kami tidak suka kepada kamu!” dan sangat banyak negara sekarang melalui Tunisia, Algeria, Mesir, melalui Iraq, melalui Turki…dan sangat banyak tirani mengatakan, “Aku tidak sukakan engkau,” dan mengancam. Jaga batasan kamu! Jangan berkata, kami boleh berhentikannya, Tsunami, dan bahkan seorang sahaja (Wali Allah) boleh menenggelamkan China di bawah beberapa Tsunami. Jangan katakan, kami sejuta, dua juta orang, mereka boleh mengambil sehingga tiada seorang pun di sana.

Wahai manusia, bahawa amaran dari langit, berkata, “Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut! Jika mereka tidak melakukan itu, saya telah diperintahkan untuk meninggalkan Cyprus dan pergi ke tempat yang belum diketahui, dan apakah yang akan datang kepada mereka. Ini adalah untuk Bangsa Cypriot dan Greek, kerana mereka melakukan hal-hal yang dibenci. Mudah-mudahan Allah mengampuni saya, kerana dosa-dosa saya mungkin akan membawa mereka kepada kutukan. Saya harus pergi jauh.

Wahai manusia, sekarang kita telah sampai pada keterbatasan, had kehidupan manusia di atas planet ini dan sangat banyak tanda-tanda yang datang. Saya gembira dengan darwish-darwish kami, murid-murid, pengikut-pengikut kami dan di sana ada juga amaran untuk mereka. Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon, kiamat akan tiba tidak lama lagi! Sesiapa yang hendak datang ke sini, mereka harus melihat pada keadaan. Dan jika mereka datang, 3 hari untuk berziarah, cukup. Tinggal di rumah kamu. Kamu mesti lihat jika sesuai untuk berziarah ke sini. Jangan berniat untuk berada di sini lebih daripada 3 hari. Kamu mesti menjaga rumah kamu, anak-anak kamu, keluarga kamu, dan kamu mesti membimbing mereka. 3 hari untuk beziarah ke sini, kemudia kamu mesti pergi kerana mungkin keadaan di sini tidak baik untuk kamu, datang dan jangan pergi atau mungkin kamu akan tenggelam ke bawah dan tidak naik ke atas lagi. 3 hari sahaja untuk berziarah ke sini, kerana apabila Armageddon bermula, tidak ada lagi kapal, tidak ada lagi pesawat untuk tinggalkan pulau ini untuk balik ke tempat kamu.

Ini adalah perintah yang baru untuk orang-orang syurgawi untuk membangunkan kamu. Jagalah diri kamu bersama keluarga kamu, dengan anak-anak kamu. Dan cubalah untuk berada di desa-desa, luar bandar kerana bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang sangat besar. Tempat yang selamat hanya di luar bandar. Bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang amat tinggi. Jagalah ia. Sehingga hari ini, saya masih menyambut, orang-orang boleh datang untuk berada di sini. Tetapi selepas malam tadi saya telah diperintahkan untuk memberitahu kepada saudara-saudara kita daripada negara-negara lain untuk lihat pada keadaan, kerana selepas satu jam kemungkinan ia selesai: tiada lagi kapal, tiada lagi pesawat. Jika perlu, 3 hari dan kamu habis, kamu mesti pergi untuk bersama keluarga kamu. Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Fatihah!

Jangan membazir, simpan sesuatu sekurang-sekurangnya ia cukup bagi kamu untuk 40 hari. Jangan membazir, jangan membazir. Pembaziran akan membawa manusia kepada bebanan yang berat, semoga Allah mengampuni kita bagi kemuliaan Pengkhatam Para Nabi SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda. Fatihah!

1 comment:

Anonymous said...

Baca sendiri ajaran Sheikh Nazim di http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html.

Beberapa contoh dari http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html

"When a person takes Bayyat from Moulana the Spiritual Power of Moulana Sheikh Nazim is always with that person immaterial of how far away in distance he is from the physical presence of Moulana. Moulana will be with him through every moment until that person reaches the grave. Until the Day of Judgement Moulana will be with that person. Even until he reaches in front of Allah Almighty will Moulana be with him. When Allah Almighty questions this person, Moulana shall answer all these questions instead of him. In this time it is not possible to find this kind of Auliya who are the like of Moulana Sheikh Nazim."

"Another of the miracles of Moulana Sheikh Nazim is the miracle in the grave. When the Angels appear in the mureeds grave to question him, Moulana Sheikh Nazim will immediately be there and say to the Angels “Don’t question my follower, question me instead of him and I will answer on his behalf. “The Angels shall not be able to bear the Light of Moulana Sheikh Nazim and due to this they shall be forced to go away."

"NO QUESTIONING IN THE GRAVE
As for anyone who is related to Moulana Sheikh Nazim as a mureed the Angel of Death, Israel (alai) will have nothing to do with him. The soul of this mureed at the time of his death will be taken by Moulana Sheikh Nazim. He shall look at the mureed and immediately the soul of that mureed will leave his body. There is nothing for either the Angel of Death or for the Angels of the Grave to do with the mureeds of Moulana Sheikh Nazim. This is because it has been so ordered and it is by the Divine Power of Allah Almighty which has been given to him that Moulana Sheikh Nazim is so empowered. This is specially for Moulana Sheikh Nazim."

"The Sultan ul Auliya is the Khaliphatullah of the time and he represents the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) while the other Saints represent one of the other 124,000 prophets. As all the other Prophets are also represented by the Seal of Prophets Seyyidina Muhammad (peace be upon him), the Sultan ul Auliya of the time also has the Tajjalli and the power of all the 124,000 Prophets."

"As the Khaliphatullah or the representative of Allah Almighty in our time, it is Moulana Sheikh Nazim who is inside the ka’abatullah. The ka’abatullah is also known as the Baithullah or the House of Allah. Allah Almighty is everywhere but especially in the Baithullah as He has Himself called it the House of Allah. For it to be called the House of the Lord, the Lord of the house must be in it. The Lord of the house is represented by His Khalifa who in this time is Moulana Sheikh Nazim."

"Anybody who takes Bayyat from Moulana Sheikh Nazim, specially those from the Western countries, will not leave this world except as Walis. Regarding this Moulana says “I have been ordered by Allah Almighty and by the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) to gather all the Lights that are now coming from Western and European countries and to return them to their origin. Any European or Westerner or anyone else making Bayyat will not leave this Dunya, except as an Auliya and he shall reach to the highest stations which Allah Almighty offers to His beloved servants"

Semacam dakwaan Ustaz Ashaari Al-Arqam tetapi lebih hebat. Kalau tahap ini belum lagi sesat tak tahulah apa nak dicakapkan lagi.