Amanat Tuan Guru Abdullah Samaah Pondok Geting

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/05/pas-hentikan-bicara-wahhabi-mu.html-artikel dan gambar asal di sini

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.



Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.

Berikut adalah link rujukan lain

Amanat Tuan Guru Abdullah Samaah Pondok Geting

Taat Kepada Pemimpin

Dan yang ini pula kertas kerja anti Wahhabi di UIA

Ringkasan-Kertas-Kerja-Seminar-Di-Masjid-Uia-2009-

-------------------------------------------------------------------------

http://www.anakbukitgantang.blogspot.com/

bux4ad.com