Di sebalik keriangan bulan Syawal setelah selesainya Ramadhan para murabbi berdoa agar segala amalannya di bulan Ramadhan diterima Allah.
Selebihnya, selama 6 bulan, para murabbi berdoa selama 6 bulan sebelum tibanya Ramadhan agar dapat bertemu bulan Ramadhan dan seterusnya malam Lailatul Qadar.
Disebutkan dalam sebuah riwayat sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda; "Biasakanlah melafazkan Ya Dzal Jalali Wal Ikram ( Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)."
Maksud daripada hadis ini adalah agar kita membiasakan dan memperbanyakkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa tetapi memilih nilai yang lebih besar adalah: "Ya Hayyu,Ya Qayyum (Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Yang Terus Menerus mengurus makhluknya)." Ada yang mengatakan bahawa lafaz "Ya Dzal Jalali Wal Ikram" merupakan nama yang paling agung bagi Allah, Tuhan semesta alam. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bagi seorang hamba untuk menyeru,memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan.
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu...... (al-Anfal;ayat 9)

Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah doaku dan redhailah hambaMu ini.