Wednesday, August 14, 2013

setelah Ramadhan berlalu.....

 
Di sebalik keriangan bulan Syawal setelah selesainya Ramadhan para murabbi berdoa agar segala  amalannya di bulan Ramadhan diterima Allah.
 
Selebihnya, selama 6 bulan, para murabbi berdoa selama  6 bulan sebelum tibanya Ramadhan agar dapat bertemu bulan Ramadhan dan seterusnya malam Lailatul Qadar.
 
 
Disebutkan dalam sebuah riwayat sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda; "Biasakanlah melafazkan Ya Dzal Jalali Wal Ikram ( Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)."
Maksud daripada hadis ini adalah agar kita membiasakan dan memperbanyakkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa tetapi memilih nilai yang lebih besar adalah: "Ya Hayyu,Ya Qayyum (Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Yang Terus Menerus mengurus makhluknya)." Ada yang mengatakan bahawa lafaz "Ya Dzal Jalali Wal Ikram" merupakan nama yang paling agung bagi Allah, Tuhan semesta alam. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bagi seorang hamba untuk menyeru,memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan.
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu...... (al-Anfal;ayat 9)
 
Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah doaku dan redhailah hambaMu ini.
 
 

2 comments:

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

Anakbukitgantang said...

Tuan,

Berkenaan pengerusi baru TH tersebut telah pernah di publish oleh beberapa blog lain.

Saya mengambil pendekatan untuk mempertahankan Tanah Air melalui dakwah Islamiyah, artikel Islam , sejarah Melayu dan Nusantara, ekonomi serta budaya.

Jarang sekali saya sentuh peribadi orang kecuali jika saya tahu event tersebut secara terang

Apapon kita berharap agar kebenaran akan terserlah dan perkara ini saya yakin akan dibawa dalam PAU UMNO

Untuk makluman tuan juga, saya bukan ahli UMNO. Saya juga takkan jadi ahli mana mana party politik sesuai dengan pesan guru guru ugama saya suoaya tak partisan untuk lebih berkesan berdakwah. Keupayaan menegur yg berkesan terletak kepada ahli UMNO semasa PAU nanti-wallahualam.