Tuesday, August 13, 2013

Bila Hantu Pak Lah dibangunkan KJ terkena pedasnya

Sudah lama Pak Lah duduk diam. Bak kata orang puteh silence is golden dalam kes Pak Lah. Diam Pak Lah jugalah yang selama ini berjaya memulihkan imej buruk KJ sehingga dinaikkan  jawatan jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan pasca PRU13.
 
Bagi seorang mantan PM yang menyebabkan kekalahan 5 negeri  dalam PRU12, kerana mem "franchise" kan  pentadbiran kepada team opportunist teknokrat yang tak berpengalaman, Bebudak Tingkat 4, Pak Lah sepatutnya terus mennerus berusaha  mengurangkan liability. Dan sikap berdiam itu adalah sebaik baik mekanisme untuk Pak Lah mengurangkan liability ke atas dirinya atau liability ke atas kareer politik menantunya KJ.
 
                                              Perang proksi dalam buku Awakening 
 
Namun entah apa anginnya kini, bila KJ jadi Menteri, dilantik pula si Regina Lee jadi Press Secretary. Saya tak tahu siapa jadi punahsehat dan siapa yang memunahsehat.
 
Apapon dalam politik Melayu yang sangat berhelah bermain proksi sebagaimana famous budaya  Wayang Kulit di sebelah nusantara ini, kita tahu siapa di sebalik watak wayang kulit ini:
 
Buku Baru Bangun Tidur /Awakening (nama yang sungguh mengelirukan) sebenarnya menghidupkan semula watak  negative force "Hantu" dalam Wayang Kulit politik di Malaysia.
 
Nurul Izzah menjadi proksi kepada dalang utama bapanya Anwar Ibrahim bagi melancarkan "buku berhantu" tersebut di Singapura
 
KJ pula desperado untuk naik lebih tinggi dalam UMNO sampai tamak dan mempergunakan bapa mentuanya. Namun dia salah perhitungan kerana watak "Hantu" di sebalik  Tok Pawang  PM zaman Pak Lah yang sentiasa tidur menyebabkan ramai tak percaya buku tersebut hasil tangan Pak Lah!
 
Malah disclaimer dari Pak Lah yang mengatakan dia tak menulis buku tersebut tidak dapat mengurangkan imej yang telah tercemar
 
 
 
Bridget Welsh yang digunakan sahih anti Malaysia, kroni  ketat Anwar Ibrahim dan  dalang Amerika.
 
 
 
Singapura tempat buku berhantu dilancarkan tempat Lee Kuan Yew. Bagi sebuah negarakota yang terlalu mengawal media, tak mungkin pelancaran buku tersebut  tidak "mendapat restu" Lee Kuan Yew! Rujuk License for Media in Singapore
 
 
Yang amat mengerikan ialah musuh musuh Islam dan agen Liberalisme ugama begitu berani bersatu demi menyiapkan dan melancarkan buku berhantu itu
 
Namun pendedahan demi pendedahan menyebabkan buku tersebut menerima tamparan hebat  sehingga menyebabkan ia ditangguhkan pelancaran di Malaysia. Rujuk berita Tangguh
 
Apapon saya dapat merasakan satu rahmat dari Allah  dan sebenarnya doa umat Islam yang berdoa semasa Ramadhan sedang dikabulkan. Ramai yang lupa antara salah satu doa umat Islam semasa Ramadhan setelah solat Teraweh  mengandungi  terjemahan  ini:-
 
Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiM, mengharap ampunan-Mu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cobaan, mensukuri segala nikmat-Mu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawahnaungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw. Doa penuh dan terjemahan di Doa selepas solat Teraweh



Sementelah PAU yang bakal mendatang seeloknya usaha membersihkan UMNO yang menjadi tonggak ketuanan Melayu Islam di Malaysia diperkemaskan . Dengan berkat doa para wali yang bersusah payah datang membawa amanat baginda Rasulullah SAW  ke Tanah Melayu ini  untuk berdakwah dan dengan  keizinan Allah , semoga Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan umat Melayu Islam yang akan mempertahankan Ugama Islam, Bangsa Melayu dan Bumi Jawi ini dari tangan musuh musuh Islam dan agen pluralisme serta liberalisme  ugama.

 
 
 

3 comments:

Anonymous said...

apa lagi najib mau. PAU ni lu tapau

Anonymous said...

sebelum PRU14 yg menapaukan UMNO eloklah tapau Najib dan Rosmah-aku tak hingin Rosmah yg jadi de facto PM dan perbodohkan lakinya.....

Quantum Metal Consultant said...

Tidak Ada petanda sedikitpun umno boleh diselamatkan..umno sdg menggelusur laju menjunam...

Ada sesiapa yg boleh nafikan hakikat itu....