Showing posts with label politik.. Show all posts
Showing posts with label politik.. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

KJ Populist akan "fire" DAPster?

Di ruang pejabat KJ yang ekslusif di Kementerian Belia Dan Sukan KJ duduk termenung. Laporan indeks polulariti pemimpin politik yang didapati dari Merdeka Centre menunjukkan tahap popularity KJ turun sejak Sukan Komanwel di UK





KJ cuba mencari cari isu agar dia kekal dalam lime light. Tambahan lagi sekarang hero paling popular seantaro Malaya ialah Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim jadi sangat popular setelah dia membuat siri "Dawn Raid" kedua dengan memecat semua EXCO DAP dan PKR .

Orang Melayu yang fed up dengan sikap mengalah Najib (bukan UMNO yer) dan sikap  ikut telunjuk DAP PAS akhirnya ketemu seorang hero Melayu berdarah Bugis yang menebus maruah bangsa dengan tindakan liciknya mengalahkan DAP- Tambahan lagi belum ada pemimpin Melayu sejak Tun M bersara dari dunia politik yang boleh menewaskan Lim anak beranak dari DAP sebelum ini.

KJ berfikir kalau dia boleh ikut Langkah FIRE/PECAT Khalid Ibrahim tentu dia jadi popular juga.

KJ mencari cari satu DAPster yang boleh dia pecat...dan dia terfikir dia mempunyai seorang DAPSter sebagai Setiausaha Akhbarnya. KJ  memandang muka Setiausaha Akhbarnya ...."Regina setuju tak kalau saya pecat kamu ?"

Ini adalah scenario analysis yang dibayangkan....apakah akan jadi kenyataan???

Saturday, November 2, 2013

sudah 2 kali Hadi Awang kena tipu dengan puak Anwarinas dalam PAS

Sudah 2 kali Haji Hadi Awang ditipu oleh puak PAS sendiri.
 
Kali pertama kena tipu bila  puak Anwarinas dalam PAS dan Harakah menyiarkan gambar Hadi Awang yang dikatakan  lebih suka jadi nelayan bila isu siapa lebih layak jadi PM di kalangan pemimpin Pakatan dimainkan




Kali kedua bila Program Tok Guru Turun ke Bendang ...sekali lagi Hadi Awang dimalukan oleh puak Anwarinas dalam PAS



Kawan saya orang bendang dan engineer pencen tunjukkan keadaan Tanah yang sesuai untuk menanam anak padi . Beneh anak padi tersebut bukan ditabur atas air tapi di tanam elok -elok dalam tanah yang airnya paras buku lali.


           "Ayark  kena paraih buku lali" -gambar kredit Tuan engineer (pencen)  Fuad Omar

Nampaknya program Tok Guru Turun Ke Bendang dah jadi Tok Guru Tabur makanan ikan.......bolehkah kita percaya PAS bila orang penting dalam PAS boleh dipermainkan puak Anwarinas ni?

Tuesday, August 13, 2013

Bila Hantu Pak Lah dibangunkan KJ terkena pedasnya

Sudah lama Pak Lah duduk diam. Bak kata orang puteh silence is golden dalam kes Pak Lah. Diam Pak Lah jugalah yang selama ini berjaya memulihkan imej buruk KJ sehingga dinaikkan  jawatan jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan pasca PRU13.
 
Bagi seorang mantan PM yang menyebabkan kekalahan 5 negeri  dalam PRU12, kerana mem "franchise" kan  pentadbiran kepada team opportunist teknokrat yang tak berpengalaman, Bebudak Tingkat 4, Pak Lah sepatutnya terus mennerus berusaha  mengurangkan liability. Dan sikap berdiam itu adalah sebaik baik mekanisme untuk Pak Lah mengurangkan liability ke atas dirinya atau liability ke atas kareer politik menantunya KJ.
 
                                              Perang proksi dalam buku Awakening 
 
Namun entah apa anginnya kini, bila KJ jadi Menteri, dilantik pula si Regina Lee jadi Press Secretary. Saya tak tahu siapa jadi punahsehat dan siapa yang memunahsehat.
 
Apapon dalam politik Melayu yang sangat berhelah bermain proksi sebagaimana famous budaya  Wayang Kulit di sebelah nusantara ini, kita tahu siapa di sebalik watak wayang kulit ini:
 
Buku Baru Bangun Tidur /Awakening (nama yang sungguh mengelirukan) sebenarnya menghidupkan semula watak  negative force "Hantu" dalam Wayang Kulit politik di Malaysia.
 
Nurul Izzah menjadi proksi kepada dalang utama bapanya Anwar Ibrahim bagi melancarkan "buku berhantu" tersebut di Singapura
 
KJ pula desperado untuk naik lebih tinggi dalam UMNO sampai tamak dan mempergunakan bapa mentuanya. Namun dia salah perhitungan kerana watak "Hantu" di sebalik  Tok Pawang  PM zaman Pak Lah yang sentiasa tidur menyebabkan ramai tak percaya buku tersebut hasil tangan Pak Lah!
 
Malah disclaimer dari Pak Lah yang mengatakan dia tak menulis buku tersebut tidak dapat mengurangkan imej yang telah tercemar
 
 
 
Bridget Welsh yang digunakan sahih anti Malaysia, kroni  ketat Anwar Ibrahim dan  dalang Amerika.
 
 
 
Singapura tempat buku berhantu dilancarkan tempat Lee Kuan Yew. Bagi sebuah negarakota yang terlalu mengawal media, tak mungkin pelancaran buku tersebut  tidak "mendapat restu" Lee Kuan Yew! Rujuk License for Media in Singapore
 
 
Yang amat mengerikan ialah musuh musuh Islam dan agen Liberalisme ugama begitu berani bersatu demi menyiapkan dan melancarkan buku berhantu itu
 
Namun pendedahan demi pendedahan menyebabkan buku tersebut menerima tamparan hebat  sehingga menyebabkan ia ditangguhkan pelancaran di Malaysia. Rujuk berita Tangguh
 
Apapon saya dapat merasakan satu rahmat dari Allah  dan sebenarnya doa umat Islam yang berdoa semasa Ramadhan sedang dikabulkan. Ramai yang lupa antara salah satu doa umat Islam semasa Ramadhan setelah solat Teraweh  mengandungi  terjemahan  ini:-
 
Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiM, mengharap ampunan-Mu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cobaan, mensukuri segala nikmat-Mu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawahnaungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw. Doa penuh dan terjemahan di Doa selepas solat Teraweh



Sementelah PAU yang bakal mendatang seeloknya usaha membersihkan UMNO yang menjadi tonggak ketuanan Melayu Islam di Malaysia diperkemaskan . Dengan berkat doa para wali yang bersusah payah datang membawa amanat baginda Rasulullah SAW  ke Tanah Melayu ini  untuk berdakwah dan dengan  keizinan Allah , semoga Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan umat Melayu Islam yang akan mempertahankan Ugama Islam, Bangsa Melayu dan Bumi Jawi ini dari tangan musuh musuh Islam dan agen pluralisme serta liberalisme  ugama.

 
 
 

Saturday, June 22, 2013

# Black 505- Tangkap dan Lepas

Saya ingatkan hanya di Putrajaya sahaja yang amalkan Tangkap dan Lepas. Tangkap  dan lepas di sini merujuk kepada kejohanan memancing ikan yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Putrajaya
 
Melalui polisi Tangkap dan Lepas itu , ikan ikan  kecil  yang ditangkap akan  dilepaskan semula ke Tasek Putrajaya supaya populasi ikan dalam tasek tak pupus.
 
Rupa rupanya  Con sultan aka penasehat Menteri dah berkenan dengan system ini. Dengan mempengaruhi Perdana Menteri berjayalah Omar Ong memusnahkan keamanan Malaysia melalui Tangkap Dan Lepas Penjenayah yang mahu menumpaskan Pemerintah Islam di Malaysia.
 
Perlu diingatkan bahawa Pemerintah Islam ialah Yang DiPertuan Agong dan baginda adalah Pemerintah Tertinggi di Malaysia.
 
Perdana Menteri hanyalah menerima AMANAH dari YDP Agong.
 
Apakah hak Omar Ong dan Nurul Izzah  memunahsehat sehingga keselamatan Penjawat Awam yang juga menjalankan tugas atas AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kepada Yang Di Pertuan Agong diancam? Rujuk di SINISINI dan SINI
 
On 15 September 2011, Prime Minister Dato Najib announced this legislation will be repealed and replaced by two new laws.

The ISA was replaced and repealed by the Security Offences (Special Measures) Act 2012 which has been passed by Parliament and given the royal assent on 18 June 2012. The Act came into force on 31 July 2012.

He also lifted the three proclaimed Emergency Ordinance that are still officially in effect then.  It happened again and again. PM bent backward to the oppositions demands. Read HERE

Berapa banyak penjenayah yang ditangkap dan dilepaskan semula? Sebelum kita berikan hasil survey elok kita tangkap ikan paling besar iaitu Omar Ong . Rakyat Malaysia mahukan ISA dan Emergency Ordinance (EO) di hidupkan semula. Kami mahu hidup dalam AMAN bukannya mempunyai  ilusi songsang dan tak berpijak di bumi realiti   seperti Omar Ong . Kepada Datuk Najib jika tak mendengar keluhan rakyat yang menaikkan UMNO lebih baik berundur secara terhormat! Kami lebih sayangkan Islam, Bangsa Melayu, Malaysia dan UMNO dari seorang pemimpin yang kakinya tidak menjejak di bumi nyata.

Alumni Tangkap dan Lepas semula

Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin


 


 

Friday, May 10, 2013

PRU 13 Rasis -namun Hikmah Allah terserlah jua

Dari Statistik trend pengundian kaum Cina  di dalam PRU 13 berpihak kepada DAP

                                Calon MCA yang menang dalam kawasan majority Melayu

Trend Pengundian Cina berdasarkan kaum dan DAP pada PRU13.

Keputusan PRU13 mendapati bahawa Calon MCA yg menang adalah dalam kawasan majority Melayu. 

Manakala calon MCA kalah di kawasan yang majority Cina kerana kaum Cina tetap  mengundi DAP.

Dalam keseluruhan calon DAP seluruh negara hanya ada  2 calon Melayu Islam  iaitu  1 anak angkat Khir Johari dan 1  blogger yang berpaling tadah dari UMNO ke DAP. Jadi siapa yang rasis? Melayu atau Cina?

Berikut adalah calon MCA yang menang di kawasan majority Melayu
 

 

MP Islam dalam Barisan maseh majoriti pada 84 peratus!

Now, Waiiitt a minute......Ada yang mempertikaikan kononnya sebab Barisan Nasional berikan 12 kerusi mudah menang kepada MCA maka  MP Barisan Nasional lebih banyak kaum bukan Islam dari Islam.
 
Mari kita buat matematik simple ini
Sebanyak  112 kerusi di menangi oleh orang Islam dari  Barisan Nasional . Dari jumlah itu 88 kerusi yang dimenangi Melayu Islam di Semenanjung , 10 di Sarawak dan 14 di Sabah dengan subtotal 112 orang. 
 Representasi MP Islam dalam Barisan Nasional ialah 112/133 x 100% atau  84 % berbanding 16 peratus MP Bukan Islam!
 
 
MP Islam dalam Barisan ialah 112 orang atau 84 peratus berbanding MP Bukan Islam pada 16 orang atau 16 peratus

MP Bukan Islam dalam Pakatan ialah 59 peratus berbanding MP Islam pada 41 peratus
 
Dari 89 kerusi Parliment  yang dimenangi Pakatan  dalam PRU 13, MP Islam PAS adalah 21 orang, MP Islam PKR 14 orang dan MP Islam DAP ialah 2 orang
 
MP Islam dalam Pakatan pada  37 orang atau 41 peratus berbanding MP Bukan Islam pada 52 orang atau 59 peratus.
 



Barisan tak boleh disalahkan kerana polarisasi kaum kerana pengundi Cina menolak Barisan secara total demi janji DAP nak bentuk "Rejim Baru" pada 6 Mei 2013.
 
Namun hikmah utama ialah rancangan jahat DAP tak mendapat izin dan redha dari Allah. Hikmah kedua ialah Allah maseh memelihara Malaysia dari diperentah kufar yang menjadi majoriti dalam Pakatan dengan memenangkan Barisan Nasional.
 
Semoga umat Islam sedar dan semua perlu BERSATU dan keluar mengundi dalam PRU14. Statistik menunjukkan bahawa Cina adalah MINORITI di semua negeri-namun kerana mereka bersatu maka mereka dapat dictate umat Islam di Malaysia
 
Jumlah populasi Cina adalah MINORITI dalam semua negeri namun mereka peka Pilihanraya dan kaum yg paling banyak mendaftar- jika semua umat Islam mendaftar sebagai pengundi dan bersatu InsyaAllah kita boleh ambil semula Pulau Pinang dan Selangor
 
 
Semoga Allah terus memberkati bumi Jawi ini dan umat Islam sedar mainan kufar untuk menjatuhkan Kerajaan Islam yang ada. Tiada DALIL dan NAS yg membenarkan Kerajaan dan Pemerintah Islam dijatuhkan secara paksaan......maka berhati hatilah dari dipermainkan dengan pelbagai isu demi menimbulkan kebencian pada Pemerintah Islam  untuk mewujudkan perang saudara di Malaysia.
 
 

 
 
 

Wednesday, January 23, 2013

Diversion- kerana balak dan Kalimah Allah, Sharifah Zohra jadi mangsa!


Kepada semua pembaca, saya meminta supaya berfikiran rasional.

 
DAP tak dapat menepis isu pemberian 10,000 hektar tanah di Kelantan sebagai rasuah bagi membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selama 11 bulan. Tambahan lagi isu itu melibatkan naseb 70 peneroka tanah berbangsa Melayu berugama Islam yg akan hilang tempat tinggal dan hilang kebun kelapa sawit walaupin telah diusahakan hampir 20 tahun. Rujuk Tanah Tuhan dan Balak untuk Ngah dan Ngeh
 
                Pemindahmilikan tanah dari Yayasan Islam Kelantan kepada Ngah dan Ngeh.
 
Di Bawah Akta Hutan 1984 Hutan Simpan hanya boleh diterokai jika mempunyai kepentingan awam. Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai locus standi bila mengambil Hutan Simpan tersebut. Tapi bila tanah dipindahmilik dari YIK kepada orang kafir harbi Nagh dan Ngeh, maseh adakah  kepentingan awam  untuk rakyat Kelantan dan Malaysia? Rujuk kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara (Akta 313) 1984 Akta 313

Isu ini cukup panas dan tak dapat ditepis DAP yang mendakwa mereka transparen dan tak mengamalkan rasuah.  Maka DAP Divert isu tersebut dengan Kalimah Allah. Yang terkena tempias ialah PAS
 
PAS yg merasa panas kerana isu Kalimah Allah belum dapat menangkis dengan baik. Tambahan lagi isu Amanat Hadi Awang yg jelas salah mengkafirkan umat Islam maseh berbahang.Sehingga ke rencana ini ditulis, sudah 3 minggu Hadi Awang membisu tanpa tindakan konkrit damage measures ke atas isu Amanat Hadi Awang yang memecahbelahkan Melayu selama 33 tahun itu.  Di Tambah lagi pendedahan buku Kafirkan Aku dan Airmata Memali oleh Cikgu Non atau CN Al Afghani menyebabkan PAS kepanasan kerana semua ini berlaku berpunca dari AKIDAH PAS yg mujassimah al wahabiyah (sesat) . Orang Islam takkan mengkafirkan saudara seIslam yang lain kerana hak masuk syurga dan neraka semata mata dengan rahmat Allah. Lupakah PAS bahawa Hadis Sahih Bukhari " bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh"
bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh
 
  
 Dalam kepanasan maka datanglah idea menepis. PAS memang pakar dalam bab ini. Kebetulan video Sharifah Zohra vs Bawani jadi hit sensation di youtube. Maka semua permasalahan party PAS dan DAP di divert kepada Sharifah Zohra.

Sharifah Zohra telah bertindak dengan baik bagi menjelaskan isu anarchy dan Perhimpunan BERSIH yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 SINI dan youtube penuh perbicaraan di bawah. Minit 4 ke atas menunjukkan bahawa Sharifah Zohra mendapat sokongan dari siswa UUM. Malang sekali ia diputar belit utk menunjukkan "kekalahan" Sharifah Zohra walau pon jelas Bawani telah mengacau majlis di pengakhir masa.
 

 
Rujuk minit 4.14 di mana Sharifah mendapat tepukan dan sokongan dari UUM -sokongan sisiwa padu di belakang Sharifah Zohra
 
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon gunalah pemikiran kritis.
 
Isu utama yang mencabar umat Islam kini ialah;
 
1- Penggunaan Kalimah Allah oleh kafir yg dibenarkan PAS sepatutnya tak berlaku. Ini akan sebab lebih banyak umat Islam mudah diMURTADkan
 
2- Isu bible dalam bahasa Melayu. Kesemoatan ini tidak akan timbul jika isu Kalimah Allah tidak dipopularkan oleh sect PAS yang berfikiran Liberalisme dan Pluralisem seperti Khalid Samad, pegawai Institut Kajian Dasar (IKD) dan think tank Anwar Ibrahim
 

 
                             Kalimah Allah digunakan untuk menghalalkan  kuasa politik
 
 
3-Isu pemilikan tanah oleh peneroka Islam di Kelantan. Umat Islam perlu menguasai ekonomi, Ingatlah Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda;
Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah.

Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja kerana Allah  dan berusaha untuk memajukan diri supaya megelakkan dari kufur  itu sebagai jihad. Islam juga menyuruh semua pemimpinnya AMANAH supaya kek ekonomi dapat diberikan dengan saksama kepada semua rakyatnya

Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang AMANAH dan BERUSAHA.

Bekerja mencari rezeki dan meningkatkan ekonomi rakyat sepatutnya bukan sahaja jihad untuk rakyat tapi untuk pemimpin.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Oleh itu jadikan apa yang terjadi sebagai PEMBUKA MATAHATI untuk melihat dan menilai sebaik baik pemimpin . Isu diversion yang DAP dan PAS mainkan hanya menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Kita sebagai rakyat perlu tahu menilai yang mana permata yang mana boneka.