The negotiations are ongoing even as you read this.
Let see the detail of his “Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia” at 3.00pm tomorrow
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, akan memberikan satu ucapan khas “Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia” pada:
Datuk Seri Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition and Defacto Leader of KEADILAN, will be giving an address entitled “Special Address to Malaysians” on:
Date: 26 January 2014 (SUNDAY)
Time: 3pm
Venue: Cayman 1, 2 & 3, Level 10, Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 PJ, Selangor.
For further information, please contact 017-3540042
Reporters and photographers are invited to cover this event.
I hope it is not about Nurul Izzah. Nope, the divorce petition has been filed in the Syarie court though.
Or is it about Kalimah Allah issue? Nik Aziz after several reprimands and sound reminders from Muftis has retracted from his previous stand and now support the UMNO stand that kalimah Allah shall never be used by kafirun. Does Anwar feel the HEAT that finally UMNO and PAS see eye to eye over this issue?
Is it about Khalid vs. Azmin and the Corridor Of Power in Selangor?
PUTRAJAYA 14 Sept. - Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak kerajaan, majlis agama Islam dan pertubuhan Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam The Herald The Catholic Weekly kerana ia bukan sebahagian dasar agama Kristian
Datuk Zulkifli Nordin mengumumkan keputusan di perkarangan mahkamah
Datuk Zainol Rijal Abu Bakar antara peguam yang mewakili kes itu berkata, mahkamah juga tidak faham mengapa pihak Kristian berusaha mahu mengunakan kalimah Allah.
"Mahkamah berpandangan bahawa kalimah Allah itu bukanlah suatu bahagian dasar kepada agama Kristian ia adalah dasar kepada ajaran Islam.
"Mahkamah juga tidak faham kenapa pihak Kristian benar-benar mahu menggunakan kalimah suci ini bagi agama mereka," kata Zainol Rijal yang ditemui di perkarangan Istana Keadilan sebaik sahaja keputusan rayuan dibacakan.
Kes rayuan berkenaan diputusan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh selepas mendengar hujahan rayuan pada 10 September lepas.
Zainol Rijal berkata, pihak Herald boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari.
Orang awam boleh membaca alasan penghakiman di laman sesawang Istana Kehakiman.
Sementara itu hampir 1,000 orang awam daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Istana Kehakiman bagi untuk mengikuti keputusan berkenaan.
Peguam-peguam yang mewakili kerajaan, majlis agama Islam negeri dan NGO juga melakukan sujud syukur di perkarangan Istana kehakiman sebaik sahaja keputusan dibacakan. -UTUSAN ONLINE
by KHAIRULANUAR YAHAYA 10/14/2013 2:46:07 AM 10:46 AM
Jom ke Bangunan Mahkamah Putrajaya hari ini 10 Sept 2013
Seperti di maklumkan dalam seminar MUAFAKAT Kalimah Allah digunakan untuk memurtadkan umat Islam dengan teknik Contextualisation. Teknik ini dibuat di mana si murtad maseh lagi bersolat, ke masjid pada hari Jumaat menunaikan solat Jumaat( bagi lelaki) dan berpuasa di bulan Ramadhan sedangkan akidah mereka telahpon rosak dan mereka telah di baptis sebagai pengikut ugama Kristian.
Teknik Contextualisation bagi memurtadkan umat Islam akan menjadi lebih Berjaya bila kalimah Allah boleh digunakan dalam bible berbahasa Melayu.
Mari sama sama kita berikan sokongan kepada barisan peguam yang akan mempertahankan khalimah Allah pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Allahuakbar
UPDATE
Keputusan perbicaraan Kalimah Allah akan dimaklumkan secara bertulis pada bulan Oktober ini. NGO Islam dan umat Islam diminta meneruskan tekanan agar kalimah Allah ini tidak digunapakai kafirun
Hakim Mahkamah Rayuan yang menentukan keputusan hari ini ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Karim dan Datuk Rohana Yusof.
Bagi memahami siapa pihak yang memulakan kontroversi menggunakan kalimah Allah (Paderi Andrew), siapa party Islam yg menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh DAP (PAS) ,parti yang mencetuskan kontroversi dan trangress Majlis Fatwa (DAP) mari kita lihat KRONOLOGI EVENT:-
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa laranganmenggunakan kalimah “Allah”.
Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”? Semasa Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmembenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”
Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :
Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARATtidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang) PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
UPDATE- oleh anakbukitgantang 22 Ogos 2023- Kementerian Dalam Negeri (KDN) Menang dan Gereja serta akhbar gereja The Herald kekal ditahan ( injunksi) tak boleh guna kalimah Allah untuk sebaran umum. 10 September 2013-Penghakiman bertulias akan dibuat pada bulan Oktober. Umat Islam diminta mengekalkan pressure untuk memastikan kalimah Allah tidak digunapakai kafirun. Ini bukan isu politik-dan mana mana ahli PAS dan PKR yg dah terpesong dan bertaklid buta mengikut pemimpin Lieberlaisme Ugama (Wahabi Syiah dan Neo Liberalisme Ugama dalam party tersebut) di minta bertaubat. Allah Yang Esa dalam Islam tidak sama dengan Tuhan Tiga Dalam Satu (Tuhan Trinity) orang Kristian. Sesungguhnya perbuatan tersebut sama seperti mensyirikkan Allah. Kesimpulan
Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimahDua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk
Kepada semua pembaca, saya meminta supaya berfikiran rasional.
DAP tak dapat menepis isu pemberian 10,000 hektar tanah di Kelantan sebagai rasuah bagi membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selama 11 bulan. Tambahan lagi isu itu melibatkan naseb 70 peneroka tanah berbangsa Melayu berugama Islam yg akan hilang tempat tinggal dan hilang kebun kelapa sawit walaupin telah diusahakan hampir 20 tahun. Rujuk Tanah Tuhan dan Balak untuk Ngah dan Ngeh
Pemindahmilikan tanah dari Yayasan Islam Kelantan kepada Ngah dan Ngeh.
Di Bawah Akta Hutan 1984 Hutan Simpan hanya boleh diterokai jika mempunyai kepentingan awam. Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai locus standi bila mengambil Hutan Simpan tersebut. Tapi bila tanah dipindahmilik dari YIK kepada orang kafir harbi Nagh dan Ngeh, maseh adakah kepentingan awam untuk rakyat Kelantan dan Malaysia? Rujuk kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara (Akta 313) 1984 Akta 313 Isu ini cukup panas dan tak dapat ditepis DAP yang mendakwa mereka transparen dan tak mengamalkan rasuah. Maka DAP Divert isu tersebut dengan Kalimah Allah. Yang terkena tempias ialah PAS
PAS yg merasa panas kerana isu Kalimah Allah belum dapat menangkis dengan baik. Tambahan lagi isu Amanat Hadi Awang yg jelas salah mengkafirkan umat Islam maseh berbahang.Sehingga ke rencana ini ditulis, sudah 3 minggu Hadi Awang membisu tanpa tindakan konkrit damage measures ke atas isu Amanat Hadi Awang yang memecahbelahkan Melayu selama 33 tahun itu. Di Tambah lagi pendedahan buku Kafirkan Aku dan Airmata Memali oleh Cikgu Non atau CN Al Afghanimenyebabkan PAS kepanasan kerana semua ini berlaku berpunca dari AKIDAH PAS yg mujassimah al wahabiyah (sesat) . Orang Islam takkan mengkafirkan saudara seIslam yang lain kerana hak masuk syurga dan neraka semata mata dengan rahmat Allah. Lupakah PAS bahawa Hadis Sahih Bukhari " bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh"
bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh
Dalam kepanasan maka datanglah idea menepis. PAS memang pakar dalam bab ini. Kebetulan video Sharifah Zohra vs Bawani jadi hit sensation di youtube. Maka semua permasalahan party PAS dan DAP di divert kepada Sharifah Zohra.
Sharifah Zohra telah bertindak dengan baik bagi menjelaskan isu anarchy dan Perhimpunan BERSIH yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 SINI dan youtube penuh perbicaraan di bawah. Minit 4 ke atas menunjukkan bahawa Sharifah Zohra mendapat sokongan dari siswa UUM. Malang sekali ia diputar belit utk menunjukkan "kekalahan" Sharifah Zohra walau pon jelas Bawani telah mengacau majlis di pengakhir masa.
Rujuk minit 4.14 di mana Sharifah mendapat tepukan dan sokongan dari UUM -sokongan sisiwa padu di belakang Sharifah Zohra
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon gunalah pemikiran kritis.
Isu utama yang mencabar umat Islam kini ialah;
1- Penggunaan Kalimah Allah oleh kafir yg dibenarkan PAS sepatutnya tak berlaku. Ini akan sebab lebih banyak umat Islam mudah diMURTADkan
2- Isu bible dalam bahasa Melayu. Kesemoatan ini tidak akan timbul jika isu Kalimah Allah tidak dipopularkan oleh sect PAS yang berfikiran Liberalisme dan Pluralisem seperti Khalid Samad, pegawai Institut Kajian Dasar (IKD) dan think tank Anwar Ibrahim
Kalimah Allah digunakan untuk menghalalkan kuasa politik
3-Isu pemilikan tanah oleh peneroka Islam di Kelantan. Umat Islam perlu menguasai ekonomi, Ingatlah Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda; Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran. Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah. Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja kerana Allah dan berusaha untuk memajukan diri supaya megelakkan dari kufur itu sebagai jihad. Islam juga menyuruh semua pemimpinnya AMANAH supaya kek ekonomi dapat diberikan dengan saksama kepada semua rakyatnya
Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang AMANAH dan BERUSAHA.
Bekerja mencari rezeki dan meningkatkan ekonomi rakyat sepatutnya bukan sahaja jihad untuk rakyat tapi untuk pemimpin.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).
Oleh itu jadikan apa yang terjadi sebagai PEMBUKA MATAHATI untuk melihat dan menilai sebaik baik pemimpin . Isu diversion yang DAP dan PAS mainkan hanya menutup kelemahan pentadbiran mereka. Kita sebagai rakyat perlu tahu menilai yang mana permata yang mana boneka.
Setiap tahun 2 juta umat Islam di Indonesia dimurtadkan kerana kalimah Allah dan beberapa terma orang Islam lain digunakan oleh mubaligh Kristian. Banyak lagi helah Kristian seperti mengadakan perjumpaan ugama di hari Jumaat dan bukannya Ahad bagi mengelabui mata umat Islam yang cetek tauhid dan lemah imannya.
Kauseling keluarga dan pusat kebajikan juga didalangi persatuan mubaligh Kristian dan ini menyebabkan umat Islam yang sedang menghadapi masalah kewangan , keluarga inginkan kaseh sayang terjebak ke dalam perangkap pemurtadan.
Kajian menjangkakan dengan kadar 2 juta umat Islam murtad setahun, maka pada tahun 2035 Indonesia bukan lagi negara Islam terbesar di dunia hasil dakwah agresif Kristiniasasi ini.
Mahukah kita di Malaysia menerima naseb yang sama? Cegah sebelum terlambat!
Sehubungan dengan itu PEMBELA mengadakan seminar berkenaan isu ini di UIA 20 Jan (AHAD)
Forum Islam dan Cabaran Semasa. Tajuk: Kalimah Allah & Perpaduan Ummah. Tayangan khas: Helah & ancaman Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dan Non-Muslim. Tarikh: 20 Januari 2013 hari Ahad. Tempat: Auditorium Utama, UIAM Gombak. Masa: 8.30 pagi - 1.00 tgh. Masuk adalah PERCUMA.Terbuka untuk semua
Majlis Fatwa telah berfatwa Kalimah Allah adalah ekslusif untuk orang Islam. Rujuk keputusan Muzakarah Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam ke 82 di bawah-
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut
Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil.
Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa
Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
1) Ulasan/Hujah
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah
Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian
adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah
triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan
oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan
Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan
Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di
dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah
kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian
Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai
Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala
Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud
Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama
Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain
seperti Kristian.
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk
mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan
oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada
kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian
yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari
segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah
bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat
tauhid.
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan
akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap
membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk
menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat
yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana
bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak
Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama
Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan
menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah
perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu,
perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu
berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama
dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya
kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama
bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama
adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan
yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam
perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah
Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu
Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan
penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah
memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen
Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali
Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses
menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan
kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan
Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik
dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap
kalimah tersebut, maka ia perlu
disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan
Bagaimanapon di zaman ini wujud ulama suk yang memutarbelitkan kalimah Allah untuk tujuan politik. Usaha mereka juga memecahkan kesatuan umat Islam di Malaysia.
Mungkin mereka lupa Mufti Pulau Pinang dan wali Allah yang bertanggunjawab menentukan tarikh kemerdekaan negara dah berpesan tentang kwaridj yang bakal muncul di akhir zaman
Syaikh 'Abdullah Fahim
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni
mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka
itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan
bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul
yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim
dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal
Jama`ah.
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka
itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa
mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan
bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya
taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu
dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Ismail Minna President MUAFAKAT menyanggah kenyataan Gudwara Malaysia
Di bawah peruntukan 3(1),4(1), 11(4) Perlembagaan Malaysia, perkara perkara berkenaan ugama Islam hanya BERHAK ditentukan oleh orang Islam.
Malah dakwaan Gudwara bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam menyalahi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar. Ikuti penerangan Ismail Minna.
SHAH ALAM: Dakwaan pengharaman penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, disifatkan Ismail Mina Ahmad sebagai satu kenyataan palsu dan bermotifkan politik murahan.
Sebaliknya menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) itu, kenyataan tersebut yang dikeluarkan Persatuan Gurdwara Malaysia (MGC) sebenarnya yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.
Berpendapat Presiden MGC, Jagir Singh sebagai tidak memahami asas Perlembagaan, Ismail menegaskan bahawa di dalamnya dengan jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di mana segala urusan yang berkaitan dengan agama tersebut adalah hak mutlak penganut-penganutnya sahaja.
“Kenyataan Persatuan Gurdwara agama Sikh itu adalah satu kenyataan palsu. Mereka tiada memahami asas Perlembagaan kerana jelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia ini.
“Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Kenyataan Jagir kepada portal berita The Malaysian Insider itu jelas Ismail bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan, tetapi juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang turut mengiktiraf kedudukan Islam serta peranan Raja-raja Melayu dalam segala urusan yang berkaitan dengannya.
“Dan demikian juga ia mempunyai implikasi kepada kerajaan negeri-negeri yang mana semua undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai agama negeri yang berkenaan dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan yang berkaitan dengan ajaran dan agama dan umat Islam.
“Oleh yang demikian, pandangan Raja-raja Melayu sudah tentu melalui penasihat agama baginda masing-masing, adalah sesuatu yang berkaitan menurut Perlembagaan Negeri dan juga menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud di negara ini.
“Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak ‘tangan-tangan’ di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni,” gesa beliau.
Mengulas lanjut, Ismail mempertikaikan tujuan Jagir mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan pemimpin utama agama Sikh yang berpusat di Amritsar di Wilayah Punjab, India tidak pernah mengutarakan perkara sedemikian.
Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut agama Islam di negara ini.
“Kenyataan Persatuan Gurdwara itu mempunyai tujuan politik murahan kerana selama ini tidak pernah terjadi di Amritsar, iaitu pusat agama Sikh, yang meminta supaya kerajaan India mewajarkan penggunaan atau kalimah Allah di dalam kitab-kitab mereka seperti Kitab ‘Guru Granth Sahib’.
“Kenapa mereka mahu meminta penggunaan perkataan Allah sedangkan majlis agama mereka di Amritsar tidak berbuat demikian?
“Ini adalah satu konspirasi jahat mereka untuk mengelirukan orang Islam dalam isu kalimah yang cukup mulia bagi umat Islam,” tegasnya.
Sidang media PEMBELA dibuat semalam setelah laporan polis diadakan di IPD Jalan Tun HS Lee bagi counter laporan polis sebelumnya oleh kumpulan pendesak Kristian.
Dengar penerangan wakil PEMBELA dalam video di bawah
Adalah menyedihkan bila ugama Islam cuba di sideline sedangkan Malaysia meletakkan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara ini.
Amatlah jahat provokasi pihak Kristian yang membuat laporan kepada polis sebelumnya bahawa orang Islam tak faham ugama Islam
Inilah akibatnya bila Wahhabi dan pemimpinnya dalam PAS yang telah membuka floodgate dengan membenarkan isu penggunaan kalimah Allah digunakan atas sebab politik!
" Dengan restu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[17] mengizinkan isu kalimah Allah sebagai hak milik bersama digunakan sebagai bahan kempen PRK Sibu baru-baru ini telah menjadi faktor penentu kepada kemenangan calon DAP.[18] Maka tidak hairanlah kepimpinan PAS Selangor seperti YB Dr Mariah Mahmud (Kota Raja) dan YB Khalid Samad (Shah Alam) bertungkus-lumus membantu kempen DAP di gereja bagi membuktikan bahawa PAS hari ini adalah liberal dan toleran dalam urusan agama"- Fakeh Saka-Kuasa ialah Tiang kepada cita-cita (2)
Sehubungan dengan itu para ulama Islam telah bangkit menentang penggunaan kalimah Allah dan isu bible dalam bahasa Melayu.
Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki di dalam sistem pesanan ringkas [SMS] beliau kepada para ikhwan, memberi sokongan penuh buat PEMBELA beserta barisan pejuang-pejuang Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam memperjuangkan isu ini. Isu ini telah dijadikan senjata di kalangan opurtunis agama dan ahli politik untuk menuntut kepentingan masing-masing.
Video agenda Interfaith Council (IFC) ini wajar dilihat dan pastikan kita tidak terperdaya dengan mainan politik pemimpin pembangkang yang berimejkan Islam dan berserban berjubah tetapi sebenarnya musuh Islam!
Memetik kata kata Fakeh Saka di perenggan (28) dalam artikelnya Kuasa Tiang Kepada Cita Cita (2):
Maka adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita menolak saf kepimpinan PAS yang berfahaman kaum muda, Islam liberal atau wahabbi; serta mengangkat mereka yang berpegang teguh dengan manhaj tulen Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pemimpin. Inilah teras aqidah penyokong akar umbi PAS sejak lahirnya parti itu pada 23 Ogos 1951. Jika PAS tidak kembali kepada perjuangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka parti manakah yang akan melepaskan taklif fardhu kifayah umat Islam di Malaysia ini untuk menegakkan Islam secara kaffah ? Demikian juga dengan mana-mana parti siasah Melayu; andainya manhaj songsang itu menjadi sendi fahaman mereka, maka wajarlah kita menentang mereka habis-habisan. Lihat sahajalah beberapa contoh kecil penularan pengaruh wahabbi tulen di dalam PKR[34] dan UMNO.[35]