Showing posts with label The Herald vs Malaysian Civil Court in Kalimah Allah issue. Show all posts
Showing posts with label The Herald vs Malaysian Civil Court in Kalimah Allah issue. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Hakim tolak rayuan Evangelist mengguna pakai Kalimah Allah

Di Hadapan Mahkamah Keadilan


Orang ramai berpusu pusu di hadapan Mahkamah Keadilan Putrajaya


Anggota NGO bertenang dan mereka menerima arahan sambil berdzikir

Keputusannya-Rayuan Evangelist Kristian untuk menggunapakai Kaliamh Allah DITOLAK

Kredit A Karim Omar

Sunday, June 22, 2014

Perjuangan mempertahankan kalimah Allah berulang esok 23 June 2014

Monday, October 14, 2013

Sah-Kalimah Allah hak ekslusif umat Islam di Malaysia

PUTRAJAYA 14 Sept. - Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak kerajaan, majlis agama Islam dan pertubuhan Islam dalam kes penggunaan kalimah  Allah dalam The Herald The Catholic Weekly kerana ia bukan sebahagian dasar agama Kristian
 
 
 
Datuk Zulkifli Nordin mengumumkan keputusan di perkarangan mahkamah

Datuk Zainol Rijal Abu Bakar antara peguam yang mewakili kes itu berkata, mahkamah juga tidak faham mengapa pihak Kristian berusaha mahu mengunakan kalimah Allah.

"Mahkamah berpandangan bahawa kalimah Allah itu bukanlah suatu bahagian dasar kepada agama Kristian ia adalah dasar kepada ajaran Islam.

"Mahkamah juga tidak faham kenapa pihak Kristian benar-benar mahu menggunakan kalimah suci ini bagi agama mereka," kata Zainol Rijal yang ditemui di perkarangan Istana Keadilan sebaik sahaja keputusan rayuan dibacakan.

Kes rayuan berkenaan diputusan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh selepas mendengar hujahan rayuan pada 10 September lepas.

Zainol Rijal berkata, pihak Herald boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari.

Orang awam boleh membaca alasan penghakiman di laman sesawang Istana Kehakiman.

Sementara itu hampir 1,000 orang awam daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Istana Kehakiman bagi untuk mengikuti keputusan berkenaan.

Peguam-peguam yang mewakili kerajaan, majlis agama Islam negeri dan NGO juga melakukan sujud syukur di perkarangan Istana kehakiman sebaik sahaja keputusan dibacakan. -UTUSAN ONLINE

by KHAIRULANUAR YAHAYA 10/14/2013 2:46:07 AM 10:46 AM

Sumber Utusan Online