Aspirasi rakyat Hulu Selangor dinyatakan dengan jelas dalam ballot pilihanraya yang lepas. Kesemua DUN Selangor di menangi oleh UMNO. Satu kerusi DUN dimenangi oleh MCA di Kuala Kubu Baru.
Bagaimanapon di peringkat Parlimen, calon Melayu PKR pula menang dengan majority tipis sebanyak 198 undi. Terdapat undi.rosak sebanyak 1,466 . Analisis mudah ini boleh didapati disini http://bicarakelantan.blogspot.com/2010/04/calon-bn-hulu-selangor-satu-analisis.html
Bermakna dari sejumlah 47,622 orang yang keluar mengundi, sejumlah 1,466 orang masih teguh bediri di belakang BN dan tak mahu mengundi calon PKR.
Tentulah faktor pilihan calon BN yang memainkan peranan.
Mungkin juga strategi quota perkauman yang dipegang BN sekarang kurang sesuai. Keputusan PRU12 Tahun 2008 menandakan terdapat perubahan paradigma baru di pihak pengundi. Sudah 53 tahun kita merdeka, namun polarisasi antara kaum semakin jelas dengan keputusan PRU12 menunjukkan ASPIRASI pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mahukan calon Melayu.
Oleh itu pengundi Melayu telah memilih calon Melayu dari PKR.
Apa yang BN mungkin buat-buat lupa atau alpa ialah keluhan rakyat dan bangsa Melayu ini bukan sahaja di Hulu Selangor, tapi seluruh negara.
UMNO tidak kalah dalam PRU12 lepas kerana banyak kerusi berjaya dipertahankan. Tapi calon parti komponen BN yang diletakkan di tempat majoriti Melayu banyak yang kalah kerana BN gagal membaca aspirasi pengundi Melayu mahukan calon dari UMNO bukan dari parti komponen BN!
BN perlu mengkaji semula strategi setiakawan dan sistem kuota, jangan memikul biawak hidup. Kemenangan BN adalah penting untuk memastikan momentum Kebangkitan BN selepas PRU12 tidak terhenti setakat di Bagan Pinang. Yang penting sekarang ialah survival BN .
Hari ini kita diingatkan bahawa atas konsep 1Malaysia, maka semangat "setiakawan" perlu didahulukan. Mungkin juga ramai yang buat-buat lupa bahawa konsep 1Malaysia tidak boleh mendahului Perlembagaan Persekutuan. Malah sebenarnya 1Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara (artikel 3(1), mengukuhkan kedudukan pribumi (artikel 153) dan kedudukan Raja-Raja Melayu (artikel 159).
Maka atas dasar kefahaman 1Malaysia yang dangkal tanpa mengira intipati Perlembagaan Persekutuan, banyak pihak mempertahankan sistem kuota setiakawan yang boleh memakan diri.
Mungkin juga hari ini kaum asing sudah lupa ucapan Tun S Sambathan yang saya bawakan dibawah: bagi menunjukkan orang yang tahu berterima kasih sebagai renungan bersama-
..............................................................
ucapan Tun Sabanthan di Parliamen 1/6/65:
Orang yang tahu berterima kasih
"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini....
Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
............................
BN tidak kalah dalam PRU12, BN hanya mendapat majoriti mudah. BN juga sebenarnya harus melihat bahawa beberapa perkara di peringkat grass root seperti aspirasi penduduk setempat yang perlu diambil perhatian.
Mampukah kaum asing menolong calon BN dari MIC memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor? Sudah sedarkah mereka selepas 2 tahun dibawah PR?
Sama-sama kita renungkan.....
3 comments:
Bila pengundi dah bersuara masa PRU12 dulu, dengarlah rintihan mereka yg inginkan perubahan.
Kesepakatan yg dibuat tu zaman dulu, zaman ini kita memang perlu kesepakatan juga tapi mengikut arus zaman ini.
Hanya ingin melihat peminpin UMNO berubah dgn kehendak semasa.
Angin perubahan sudah mulai kelihatan tp apakah melibatkan kaum india dan cina?.Apakah sudah ada persepakatan atau hanya sekadar sandiwara.Walau apa pun bertitik tolak dari PRK inilah untuk kita menyaksikan apakah rakyat benar2 sudah berubah dan menolak PR.
Anon 11.21,
Benar UMNO perlu berubha dan jadi jadi dinosour. Strategi perlu dikemaskini jika nak kekal berkuasa
Hashim,
Ya saya ada baca Darul Ehsan Daily. Kemarahan rakyat Hulu Selangor memang teruk terhadap DS Najib-apapon tak elok terbalikkan gambar pemimpin kita
Rahimi,
Mungkin pemimpin kita nak jadikan PRK Hulu Selangor makmal ujikaji untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat bukan Melayu terhadap BN
Apapon ianya satu risiko yang perlu dinilai-jika terlalu tinggi risikonya-elok dihentikan sahaja niat itu
Post a Comment