Showing posts with label perlembagaan persekutuan. Show all posts
Showing posts with label perlembagaan persekutuan. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

AIR di Selangor-satu pandangan profesional

Penerangan isu AIR dari pakar- engineer, akauntan, lawyer, IT  pegawai serta mantan pegawai kerajaan yg terlibat dalam projek infrastruktur berskala  besar di Malaysia telah bersatu untuk menerangkan isu air dari perspektif profesional.


 
 atau rujuk di link http://youtu.be/Gk-3rpmt-iM
 
 
Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH. Menurut penerangan video ini Tawaran tersebut tidak boleh  dibuat kerana ia menyalahi Perjanjian Konsesi yang ditandatangani oleh 4 Syarikat berkenaan.

Malah Tawaran Selangor itu bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan (Undang Undang Induk Negara) kerana Urusan bekalan air adalah di dalam Senarai Bersama Jadual 9 (pindaan drpd senarai negeri).. Jadi kalau semua syarikat konsesi diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor  di manakah peranan Kerajaan Pusat berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan? Kerana sudah tentu PAAB & MOF Inc (Golden Share) akan menarik diri! Apakah Regulatory and Financial Framework Selangor selepas Pengambilalihan ini? 
 
Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan  kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia  dan lain lain lagi.
 
Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)
 
Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.
 
 
 

Tuesday, January 15, 2013

Isu saman PM pasal dana sekolah Tamil - Hujah bekas hakim wajar diperdengarkan



Saya merujuk kepada isu terkini 2 peguam berhak saman Perdana Menteri kerana " tidak menyalurkan saluran dana yang sesuai " ke SRJK(T)

Rujuk ucapan bekas Hakim berkenaan keharmonian ugama, kaum  dan dana ke atas sekolah vernakular termasuklah isu saman SRJK(T) kini.

Huraian Islam, Raja Raja Melayu dan hak orang Melayu dihuraikan dengan jelas oleh Yang Arif Mohd Noor bekas hakim semasa perhimpunan MUAFAKAT di minit 11 ke atas. Jelas beliau ada perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan membolehkan ugama dan bahasa lain diamalkan dan dipelajari tapi bukan untuk dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan! (komen  penulis - Rujuk artikel 11 (1) (2) (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan)


Seminar MUAFAKAT berkenaan kedudukan  Raja Raja Melayu, Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai paksi keutuhan negara. dibuat pada 4 Jan 2013 di Pusat Islam (Stesyen TV Al Hijrah), Kuala Lumpur baru baru ini

Dengar huraian Yang Arif Mohd Noor berkenaan kedudukan sekolah vernakular, Tanah Simpanan Melayu pada minit 11 ke atas

3 perkara penting yang perlukan tindakan segera seperti sarana Yanag Arif ialah seperti di bawah:-

1- wajib memperkasakan  Majlis Raja Raja sebagai Excutive Council TERTINGGI di Malaysia-sebab keadaan politik sekarang memungkin kaum lain menuntuk hak yang bukan hak mereka seperti yang dinyatakan secara tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan
  •  
     2- Tanah Reserve Melayu yg diambil utk pembangunan wajib diganti dgn Tanah Reserve lain dalam kawasan  Bandar- macam Kpg Baru-dan jadikan ia banyak -ini boleh pecahkan undi kaum Yahudi Timur yg semakin mencabar  hak hak Melayu dalam Perlembagaan.
  •  
  • Penulis cadangkan juga Ngah dan Ngeh ,  DAP  dan PAS gantikan Tanah Reserve Maelyu yang diambil balik di Pulau Pinang (Pondok Upih untuk projek University Nanyang ) dan Gua Musang Kelantan  (diambil untuk merasuah suoaya Nizar menjadi MB Perak) diganti dengan Tanah Reserve Melayu dalam kawasan Bandar untuk terus mempertahankan undi Melayu sebagai kaum majoriti dan Islam sebagai Ugama Negara-saya harap pemimpin UMNO yang  ada dapat menjadikan ini sebagai manifesto pilihanraya nanti!
     
  •  
    3- Sekolah Vernakular perlu diseliakawal  KEWANGAN SENDIRI-tiada peruntiukan kewangan bagi sekolah vernakular dalam Perlembagaan-harap NGO dan Perkasa perlu perjelas kepada Melayu Islam dan jangan jadi apolegetik!
  • ......................................................


  • Penghakiman tersebut boleh dirujuk di BERNAMA

    uthayakumar-thestarMahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua peguam mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menyaman Perdana Menteri dan timbalannya serta kerajaan Malaysia atas dakwaan berlaku diskriminasi dalam penyaluran bantuan kewangan kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Tamil.
    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kota Alam Shah, M. Manoharan dan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar.
    Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan agar saman tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.
     


    Thursday, August 16, 2012

    Syeikh Abdullah Samaah vs DAP - istilah Kafir Harbi dan menjawab Helen Ang & Haron Din

    Ramai yang maseh tak faham istilah KAFIR HARBI

    Kafir Harbi merujuk kepada Kafir yang ingin memerangi Islam, Kafir yang ingin menindas orang Islam. Kafir harbi bukanlah downgrade dari Kafir Zimmi seperti artikel Helen Ang atau dakwaan politik Haron Din. Kedua dua kategori Kafir; iaitu kafir Harbi dan kafir zimmi  telahpon wujud 1400 tahun dulu iaitu sejak Islam menapak di Bumi Hijaz (Madinah di Saudi Arabia kini).

    Tuan Guru Abdullah Samaah menerangkan dengan terperinci apa yang diiktirafkan sebagai kafir harbi menurut para ulama muktabar  berdasarkan kitab rujukannya dan Perlembagaan Persekutuan. Penerangan Tok Guru Pondok  Abdullah Samaah juga menekankan betapa pentingnya LGE dan DAP memahami dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan


    Di zaman Rasulullah SAW, umat Islam dan   Yahudi boleh duduk aman di Medina (nama lamanya Yathrib) kerana mereka tidak memerangi baginda Rasulullah SAW, umat Islam dan tak menghalang tugas dakwah baginda. The Medina Charter memberikan hak hak kepada penduduk kafir untuk tinggal dengan aman di Medina. Begitu juga The Andalusian Charter memberi peluang saksama dan adil ke atas  kepada penduduk Kristian dan Yahudi di Andalusia (Sepanyol). Rujuk kajian lanjut impak The  Andalusian Charter dan bandingkan ia tak jauh berbeda dengan situasi semasa di Malaysia sebelum kelantangan DAP pasca PRU12 memusnahkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

    Ramai yang tak tahu bahawa The Medina Charter dan The Andalusian Charter adalah 2 dari rujukan yang diambil untuk menderaf Perlembagaan Malaysia. Ketiga tiga perlembagaan mempunyai persamaan berikut;

    Artikel 1 - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan

    1 (1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.


    1 (2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu

    Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan -Ugama bagi Persekutuan
    3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    Penerangan penulis - Ini sama seperti Piagam Madinah dan Piagam Cardoba yg mana membenarkan pengamal ugama lain beramal dgn ugama mereka -tapi kedudukan Islam sebagai Ugama (Ugama Negara dan mendapat tempat ISTIMEWA di Negara tersebut-Utk Makluman Deraf Perlembagaan Persekutuan dideraf oleh Datuk Nik Mohd Kamil bin Datuk Perdana Kelantan yg mengambil dari Kitab lama ulama Pattani dan disalin dari Piagam Medina ). Oleh itu jelas  Perlembagaan Malaysia bukan sekular , kafir yang direka  oleh Lord Reid. Lord Reid hanya meneliti hasil akhir Perlembagaan tersebut.

    Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
    Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah undang Undang utama Persekutuan dan apa apa undang undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan apa yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu

     Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan-Kebebasan Berugama (lihat klausa pada Artikel 11(4)

    11 (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    Penerangan penulis Klausa pada Artikel 11(4) menyekat penyebaran ugama lain ke atas umat Islam)

    11 (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.-(makna tak boleh mengembangkan ugama lain /memurtadkan umat Islam)

    Rujukan lanjut  Perlembagaan Persekutuan

    Dari penerangan Tuan Guru Abdullah Sammah yang merujuk kepada kitab dan Perlembagaan Malaysia jelas usaha menjatuhkan ugama Islam oleh DAP yang menerajui Pakatan Rakyat jelas menyebabkan DAP LAYAK digelar kafir harbi!


    Soalan saya ialah -kalau TG Abdullah Samaah boleh tunjuk kitab -saya nak lihat Profesor Datuk Haron Din juga tunjukkan kitabnya bagi dakwaan DAP adalah Kafir Zimmi.

     Huraian saya mengenai Kafir Zimmi boleh didapati di artikel saya yang terdahulu  menolak-istilah-kafir-zimmi-ke-atas-DAP. Saya amat berharap Datuk Professor Haron Din tidak mengeluarkan "fatwa politik" ;)

    Dengar sekali lagi dan lihat kitab rujukan Tuan Guru Abdullah Samaah. Jika beginilah ulama pondok (Abdullah Samaah)  vs ahli akademik Wahhabi (Haron Din), saya memilih ulama pondok kerana kedalaman dan keluasan ilmu ugama mereka.


    Wednesday, May 25, 2011

    Desakan ultra kiasu Cina mencabar keistimewaan hak Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

    Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa orang Melayu, wajar diberikan hak istimewa sebagai pribumi.

    Ini kerana sejurus selepas Merdeka , sejumlah 1 juta warga asing kelahiran China dan India diberikan taraf hak warganegara TANPA PROSES NEUTRALISASI seperti yang berlaku di Amerika Syarikat!.

    Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya berkata bahawa warganegara Malaysia keturunan Cina dna India wajar bertolak ansur kerana kaum pribumi iaitu Melayu telah banyak berkompromi dan memberikan hak warganegara kepada mereka.

    Selain itu kebanyakan kaum pribumi maseh tinggal di kawasan pendalaman dan mempunyai kemudahan sekolah yang dhaif berbanding mereka yang tinggal di bandar. Pendapatan isi rumah keluarga pribumi juga kurang berbanding dengan pendapat isi rumah kaum Cina dan India. Oleh itu kemudahan tuisyen dan sebagainya tidak mampu dinikmati oleh kaum pribumi berbanding kaum lain.

    Tindakan mengiktiraf kekangan keadaan yang membantut performance dalam pelajaran bukan sahaja dilakukan oleh Kerajaan Malaysia tapi juga oleh  Kanada. Di sana pelajar dari kawasan pendalaman prairie diberi kelonggaran memasuki university dengan kelulusan Grade 12 berbanding pelajar dari province yang lebih maju seperti Ontario yang perlu lulus Grade 13 sebelum masuk university.

    Begitu juga kelonggaran merit  bagi pemberian biasiswa wajar diberikan kepada pelajar pribumi (yang kemudiannya di kenali sebagai Bumiputera) kerana mereka menghadapi lebih kekangan hidup untuk berjaya dalam peperiksaan umum SPM. Malah banyak  kes terjadi di mana pelajar Bumiputera yang berjaya mendapat  7A dan 8 A tidak berjaya mendapat biasiswa kerana tindakan beberapa pelajar memanipulasi sistem pemilihan dengan mengambil matapelajaran pilihan yang berlebihan di peringkat SPM.

    Kerajaan dan JPA perlu bertegas dalam pemberian biasiswa dan berpegang kepada polisi sedia ada. Polisi Dasar Pembangunan Malaysia adalah kesinambungan Dasar Ekonomi Baru dan ia adalah alat social engineering bagi menyeimbangkan semula pembahagian kekayaan antara kaum di Malaysia. Tanpa pembahagian kekayaan yang adil dan saksama maka social time bomb iaitu peristiwa 13 Mei 1969 akan meletus lagi.

    Jangan jadikan HAK KEISTIMEWAAN PRIBUMI (PELAJAR BUMIPUTERA) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai gadaian kerana desakan golongan ultra kiasu.

    Namun hari ini  ini MCA mencuba sarung  DAP dan menidakkan Perlembagaan Persekutuan. Kenyatan tidak bertanggungjawab dan tidak menilai peruntukan artikel 153(2) Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya datang dari mulut seorang menteri kabinet kerajaan yang memerintah.

    Baca petikan berita ini

    Dakwaan Ka Siong tidak berasas-Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
    pengarang@utusan.com.my


    KUALA LUMPUR 24 Mei – Dakwaan bahawa berlaku salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peruntukan tempat dan biasiswa ke universiti adalah tidak berasas.

    Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pemberian biasiswa dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh mereka yang profesional.

    “Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.

    “Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa wujud salah guna kuasa di JPA berhubung perkara itu.


    Ka Siong mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ gagal mendapat biasiswa meskipun Perdana Menteri tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas mendapat biasiswa JPA.

    Mohamed Nazri menambah, sebagai seorang timbalan menteri, Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu secara terus dengan beliau dan bukannya membuat kenyataan menerusi media.

    Malah, katanya, Ka Siong juga sepatutnya membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana mereka mempunyai wakil dalam Kabinet.


    “Tindakan beliau mengkritik dari luar menimbulkan persoalan adakah beliau membangkitkan isu ini kerana keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar atau kerana kepentingan politik?” soal beliau.





    Saturday, October 23, 2010

    Renungan buat pemimpin Melayu Islam yang makan budu, belacan dan cencalok!

    Apa yang terbuku dalam hati saya selama ini ditulis oleh Awang Selamat dalam Utusan Malaysia dengan jelasnya. Bagi pemimpin Melayu Islam dan bukan terhad kepada UMNO sahaja- saatnya telah tiba untuk menggalas amanat yang telah diterima dari Raja Raja Melayu sebaik sahaja Malaya ketika itu mencapai kemerdekaan.

    Ingatlah dalam Perlembagaan Malaysia ada 5 perkara yang langsung tidak boleh diubah di dalam Parlimen hatta medapat  2/3 majoriti sekali pon dalam pilihanraya ataupon persetujuan 100% MP dalam Parlimen kerana ianya memerlukan perkenan Majlis Raja Raja Melayu- 5 perkara itu ialah kedudukan Islam sebagai ugama rasmi, kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera, kedaulatan Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan meminda Perlembagaan sewenang wenangnya.

    Kegagalan menggalas amanat yang diberikan ini boleh membawa tulah...dan artikel renungan ini bukan sahaja untuk pemimpin dalam UMNO malah semua pemimpin Melayu Islam yang lain!

    Renungan ini ditujukan buat pemimpin UMNO dan semua "Pemimpin yang makan budu,belacan dan cencalok tapi malu nak mengaku Melayu" sebab takut kuasa undi mereka hilang-contoh cinta duniawi yang menyenakkan hati ini

    -seterusnya artikel Azmi Yahya Utusan Malaysia di sini:- 
    SEKALI lagi seluruh perhatian diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC. Ini kali ke-61 orang Melayu berhimpun dalam perhimpunan raksasa atas nama politik melalui UMNO sebagai parti keramat orang Melayu. Sekali lagi, pasti ia menjadi medan kepada seluruh pemimpin politik Melayu berbincang dan menggubal resolusi serta gerak kerja untuk masa depan orang Melayu.

    Secara tradisinya, Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi lambang manifestasi orang Melayu di negara ini. Setiap jiwa perwakilan UMNO yang hadir, pasti membawa bersama seluruh tanggungjawab kepada orang Melayu. Namun begitu, apakah perhimpunan raksasa orang Melayu ini akan dianggap perhimpunan 'rasis' mengikut kaca mata Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Chua Soi Lek, hatta Nik Aziz dan Anwar Ibrahim? Hanya seluruh perwakilan UMNO boleh tentukan.

    Apakah sekali lagi perhimpunan ini menjadi medan orang Melayu memohon maaf atas sebab yang kadangkala tidak sepatutnya. Itu juga hanya para perwakilan yang akan menentukan. Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan setelah menjadi pemerhati setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bahkan menjadi pemerhati 'landskap' politik UMNO dengan sebahagian pemimpinnya kini bergelar ahli Kabinet atau Menteri yang membawa harapan akar umbi Melayu.

    Saya ingin memetik '7 WASIAT RAJA MELAYU' yang telah dijadikan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima oleh seluruh warga, sejak negara ini merdeka.

    "Kami Wasiatkan Kepada Zuriat Keturunan Kami, 7 Perkara Yang Mana Jika Kamu Bersatu Padu, Dan Berpegang Teguh Kepadanya, Selama Itulah Kamu Akan Aman Dan Damai Dan Selamat Sejahtera."

    1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)

    2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

    3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami, serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

    4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

    5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan

    6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu

    7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

    Setelah mengambil kira dan menghayati roh wasiat raja-raja Melayu itu, dan pandangan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pernah menyatakan orang Melayu akan hilang kuasa dalam PRU-13 jika tidak bersatu, maka Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini harus benar-benar menjadi medan yang membolehkan orang Melayu berasa selamat di bawah UMNO.

    UMNO perlu menyedari bahawa ia adalah parti tunjang kepada Barisan Nasional. UMNO harus mengiktiraf kekuatan diri sendiri kerana UMNO mewakili komposisi terbesar orang Melayu dan bumiputera sebanyak 66.6 peratus penduduk negara. UMNO perlu mengetahui bahawa kawasan Parlimen majoriti Melayu menyaksikan sebanyak 134 kawasan Parlimen daripada jumlah 222 kawasan atau 60.36 peratus adalah kawasan pengundi melebihi 51 peratus Melayu. Inilah kawasan yang menjadi taruhan dalam PRU 13.

    Memang menjadi harapan seluruh orang Melayu supaya orang Melayu boleh bersatu tanpa batas politik kepartian, walaupun UMNO pernah berusaha ke arah itu, tetapi realitinya harus diterima kerana sebahagian orang Melayu kini sanggup menjadi alat politik bukan Melayu.

    Lantaran itu, untuk menyelamatkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan peringatan Mufti Perak, lebih mudah sekiranya orang Melayu dalam UMNO benar-benar bersatu tanpa sebarang syarat dan pertimbangan lain.



    Jika orang Melayu dalam UMNO betul-betul bersatu tanpa mengira sentimen kedudukan, ia sudah cukup untuk memberi peringatan kepada orang bukan Melayu, supaya lebih menghormati kaum majoriti dan tidak mempermainkan Melayu dengan begitu mudah sebagaimana yang sedang berlaku.



    Sejak PRU-12, sudah terlalu banyak peristiwa berlaku yang amat mencabar orang Melayu, malangnya UMNO mengajar orang Melayu menjadi bangsa yang 'apologatik'. Apakah ini kesan apabila UMNO yang menjadi tunjang kepada BN hilang 2/3 majoriti?



    Satu demi satu kes yang dilihat mencabar kedudukan Raja seperti ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah, Namewee melalui video klip 'Negarakuku' dan 'Nah Suck Banana', selain mempertikaikan Perkara 153 dalam Parlimen. Maka berebut-rebutlah pemimpin Melayu dan BN memaafkan atas nama 'perkongsian kuasa'.



    Sebaliknya, apabila berlaku kes seperti seorang pengetua di Johor, seorang guru di Kedah dan seorang pegawai Biro Tata Negara (BTN) mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'rasis', tanpa menyelidik terlebih dahulu, berebut-rebutlah juga pemimpin Melayu dan BN mendesak supaya hukuman dijatuhkan.



    Ketika pemimpin pembangkang bukan Melayu mendesak untuk tunjukkan bahawa mereka adalah wira kaum mereka, pemimpin BN dan UMNO terikut-ikut. Malangnya segelintir pemimpin Melayu sama ada pemimpin politik atau pentadbiran seakan-akan menjadi 'tali barut' untuk menjayakan agenda politik pembangkang bukan Melayu.



    Suasana-suasana ini menjadi perhatian orang Melayu dan mereka berfikir "apakah UMNO yang sudah 61 kali mengadakan perhimpunan ini akan terus menjadi parti yang boleh menyelamatkan Wasiat Raja-Raja Melayu?"



    Kenapa harus wujud double standard antara kes Namewee dan kes pengetua di Johor, antara kes bakar gereja di Petaling Jaya dan kes menyimbah cat serta botol arak di Negeri Sembilan? Rasanya seluruh orang Melayu dan penjawat awam sedang memerhati keadaan ini.



    Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang hari ini menjadi menteri, akar umbi Melayu pasti berfikir "apakah mereka menjadi ahli Kabinet kerana sokongan bukan Melayu sahaja?" Bila dilihat statistik, ahli-ahli Kabinet Melayu itu datangnya dari kawasan majoriti Melayu.



    Bahkan ada juga ahli-ahli Kabinet bukan Melayu yang menjadi ahli Kabinet atas 'ihsan' pengundi Melayu. Barangkali, tranformasi budaya dan Model Politik Baru disarankan oleh Presiden agar UMNO menyedari situasi ini. Jika seluruh pimpinan UMNO yang bersidang kali ini tidak boleh bertindak selaku parti tunjang kepada BN dan parti penyelamat orang Melayu, dibimbangi persepsi orang Melayu akan berubah sekali gus memberi kesan kepada tahap sokongan serta kepercayaan kepada UMNO.



    Kita tidak hairan, apabila Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh termasuklah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sering membina persepsi yang buruk terhadap UMNO kepada orang Melayu. Ini kerana sememangnya itulah niat mereka. Mereka tahu, untuk merampas Putrajaya, mereka perlu 'membunuh UMNO'.



    Sebab itulah psywar mereka kini ialah A.B.U. (Asal Bukan UMNO, 'Anything But UMNO'). Namun orang Melayu akan sedih apabila ahli Kabinet Melayu sendiri, pemimpin kerajaan termasuklah pemimpin parti komponen terperangkap dan sudah dilihat oleh orang Melayu sebagai dalang yang tidak boleh dipercayai.



    Mujurlah ada waktunya, muncul Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan Sultan Johor yang mengeluarkan kenyataan tegas memberi amaran kepada segelintir mereka yang melampau, menyebabkan orang Melayu secara keseluruhannya merasakan masih lagi selamat. Ketika itu, di manakah pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi wira orang Melayu.





























    Tuesday, October 5, 2010

    DAP and Pro DAP members of Bar Council, please shut up

    To whom do you think the latest speech of His Majesty The Sultan Of Johore is addressed? To the weirdos who think they have "better" understanding on the "law of the land". Lest they forget this land is called The Malayan Federation of Malay States prior to being known as Malaysia today.

    Ouchhh , this is really embarassing.

    Read on , excerp from STAR

    JOHOR BARU: The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, said the Federal Constitution was not written without thought and it must not be amended just to favour certain parties.


    “If it is amended, the Constitution will not be meaningful and it might turn out to be just another piece of paper,” he said when opening a seminar on the Malaysian Constitution here yesterday.


    Without naming names, the Ruler said a certain party was lately getting excited fighting for a particular community and questioning the rights of the Malays in the Constitution.


    Describing them as “cetek akal (shallow-minded)”, the Sultan said they talked without considering the history behind the Constitution.


    “Such actions will disrupt race relations in the country,” he said, adding that the privileges bestowed upon the Malays did not usurp the rights of other races.


    Royal VIP: Sultan Ibrahim arriving to open the seminar on the Malaysian Constitution in Johor Baru yesterday. With him is Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman (left).


    “In fact, other races are also accorded rights in the Constitution,” he said, advising the people to learn from May 13, 1969.

    “Therefore, we must act in moderation and co-operate with each other if we want to prosper in a country with diverse races,” he said.


    Sultan Ibrahim advised the people to not question or debate the powers of the Rulers, adding that the Constitution must not be interpreted according to one’s whims and personal interests.






    He also advised the judiciary to reject cases sensitive to royalty and those deemed unsuitable to be tried in court.


    He said it was better for the judiciary and the courts to not entertain such cases as there were bound to be parties not satisfied with the outcome.


    On state-federal relations, the Sultan said the Malay rulers had sacrificed some of their powers in the formation of an independent federal government.


    “Without the states, there is no federal government. Thus, the federal government must be mindful of what the states wish to implement,” he added.


    For instance, he said, although foreign affairs were under the purview of the federal government, any agreement involving state land or interest must be referred to the Ruler of that particular state.

    And maybe the one group who wants to "amend" the Constitution forget that the 7 wills of The Malay Sultans forgo many privelege of indegenious people of Malaya on the eve of Independence 1957. The excerp is shown below-
    http://eeqbalz.wordpress.com/2009/08/07/7-wasiat-raja-raja-melayu/
     
    Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:



    ■Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

    ■Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

    ■Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

    ■Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

    ■Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

    ■Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

    ■Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Thursday, April 8, 2010

    Hulu Selangor- kalau berani menongkah arus...........



    Aspirasi rakyat Hulu Selangor dinyatakan dengan jelas dalam ballot pilihanraya yang lepas. Kesemua DUN Selangor di menangi oleh  UMNO. Satu kerusi DUN dimenangi oleh  MCA di Kuala Kubu Baru.



    Bagaimanapon di peringkat Parlimen, calon Melayu PKR pula menang dengan majority tipis sebanyak 198 undi. Terdapat  undi.rosak sebanyak 1,466 . Analisis mudah ini boleh didapati disini http://bicarakelantan.blogspot.com/2010/04/calon-bn-hulu-selangor-satu-analisis.html

    Bermakna dari sejumlah 47,622 orang yang keluar mengundi, sejumlah 1,466 orang masih teguh bediri di belakang BN dan tak mahu mengundi calon PKR.



    Tentulah faktor pilihan calon BN yang memainkan peranan.



    Mungkin juga  strategi quota perkauman yang dipegang BN sekarang kurang sesuai. Keputusan PRU12 Tahun 2008 menandakan terdapat perubahan paradigma baru di pihak pengundi. Sudah 53 tahun kita merdeka, namun polarisasi  antara kaum semakin jelas dengan keputusan PRU12 menunjukkan ASPIRASI pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mahukan calon Melayu.

    Oleh itu pengundi Melayu telah memilih calon Melayu dari PKR.

    Apa yang BN mungkin buat-buat lupa atau alpa ialah keluhan rakyat dan bangsa Melayu ini bukan sahaja di Hulu Selangor, tapi seluruh negara.

    UMNO tidak kalah dalam PRU12 lepas kerana banyak kerusi berjaya dipertahankan. Tapi calon parti komponen BN yang diletakkan di tempat majoriti Melayu banyak yang kalah kerana BN gagal membaca aspirasi pengundi Melayu mahukan calon dari UMNO bukan dari parti komponen BN!

    BN perlu mengkaji semula strategi setiakawan dan sistem kuota, jangan memikul biawak hidup. Kemenangan BN adalah penting untuk memastikan momentum Kebangkitan BN selepas PRU12 tidak terhenti setakat di Bagan Pinang. Yang penting sekarang ialah survival BN .



    Hari ini kita diingatkan bahawa atas konsep 1Malaysia, maka semangat "setiakawan"  perlu didahulukan. Mungkin juga ramai yang buat-buat lupa bahawa konsep  1Malaysia tidak boleh mendahului Perlembagaan Persekutuan. Malah sebenarnya 1Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara (artikel 3(1),  mengukuhkan kedudukan pribumi  (artikel 153) dan kedudukan Raja-Raja Melayu (artikel 159).

    Maka atas dasar kefahaman 1Malaysia yang dangkal tanpa mengira intipati Perlembagaan Persekutuan, banyak pihak mempertahankan sistem kuota setiakawan yang boleh memakan diri.

    Mungkin juga hari ini kaum asing sudah lupa ucapan Tun S Sambathan yang saya bawakan dibawah: bagi menunjukkan orang yang tahu berterima kasih sebagai renungan bersama-
    ..............................................................
    ucapan Tun Sabanthan di Parliamen 1/6/65:

    Orang yang tahu berterima kasih 

    "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?



    Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

    Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?



    Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

    Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.... 
    Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
    ............................

    BN tidak kalah dalam PRU12, BN hanya mendapat majoriti mudah. BN juga sebenarnya harus melihat bahawa beberapa perkara di peringkat grass root seperti aspirasi penduduk setempat yang perlu diambil perhatian.

    Mampukah kaum asing menolong calon BN dari MIC memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor? Sudah sedarkah mereka selepas 2 tahun dibawah PR?

    Sama-sama kita renungkan.....







    Saturday, January 2, 2010

    Penggunaan nama Allah -hujah berdasarkan ugama dan perletakan Islam sebagai ugama rasmi Negara

    Bila kita berbicara pengunaan nama Allah, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lian telah mengambil sebahagian penyataan artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai dalil menghakimi keputusanya untuk membenarkan Akhbar The Herald bagi menggunakan nama Allah dalam penerbitan ugama kristian kerana "ugama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di Malaysia". Tambah Hakim Lau lagi dibawah artikel (10) Bishop tersebut ada hak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar The Herald kerana "beliau ada hak kebebasan berucap" di Malaysia. Dipetik dari blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2009/12/31/court-rules-herald-free-to-use-the-word-allah/

    Malang sekali kedudukan ugama Islam sebagai ugama RASMI Malaysia juga dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Malaysia tidak dibacakan bersekali dengan hak kebebasan berugama keatas penduduk bukan Islam! Bahagian 4 dalam perkara artikel (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyata bahawa antara perkara yang tertinggi dijulang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah kedududukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara! Rujuk artikel penuh di bahagian tepi blog core_ry di sini http://joghomatesuka.blogspot.com/

    Malah hujah peguam yang mewakili Kerajaan sebelumnya tidak diambil peduli oleh Hakim bahawasanya Allah adalah nama ekslusif dan kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia wajar dihormati.

    Bukti tiada penggunaan nama Allah dalam ugama tauhid terdahulu sama ada dalam kitab Injil mahupun Taurat ialah kerana kedua dua kitab itu diturunkan dalam bahasa selain bahasa Arab! Baca rujukan di sini http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html


    Sesungguhnya gerhana bulan malam semalam ibarat gerhana dihati umat Islam yang gagal bersatu ke atas isu utama keberlangsungan umat Islam dan ugama Islam di negara ini iaitu memartabatkan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Saya amat sedeh tatkala umat Islam disuruh bersatu masih ada lagi umat Islam yang berdiam diri hatta kerana taatkan parti. Sedarlah umat Islam semuanya, ini bukan pasal survival party tapi survival akidah Islam, ugama yang Ad-Din!

    Bangunlah saudaraku, perjuangan kita sudah bermula!