Saturday, January 2, 2010

Penggunaan nama Allah -hujah berdasarkan ugama dan perletakan Islam sebagai ugama rasmi Negara

Bila kita berbicara pengunaan nama Allah, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lian telah mengambil sebahagian penyataan artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai dalil menghakimi keputusanya untuk membenarkan Akhbar The Herald bagi menggunakan nama Allah dalam penerbitan ugama kristian kerana "ugama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di Malaysia". Tambah Hakim Lau lagi dibawah artikel (10) Bishop tersebut ada hak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar The Herald kerana "beliau ada hak kebebasan berucap" di Malaysia. Dipetik dari blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2009/12/31/court-rules-herald-free-to-use-the-word-allah/

Malang sekali kedudukan ugama Islam sebagai ugama RASMI Malaysia juga dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Malaysia tidak dibacakan bersekali dengan hak kebebasan berugama keatas penduduk bukan Islam! Bahagian 4 dalam perkara artikel (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyata bahawa antara perkara yang tertinggi dijulang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah kedududukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara! Rujuk artikel penuh di bahagian tepi blog core_ry di sini http://joghomatesuka.blogspot.com/

Malah hujah peguam yang mewakili Kerajaan sebelumnya tidak diambil peduli oleh Hakim bahawasanya Allah adalah nama ekslusif dan kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia wajar dihormati.

Bukti tiada penggunaan nama Allah dalam ugama tauhid terdahulu sama ada dalam kitab Injil mahupun Taurat ialah kerana kedua dua kitab itu diturunkan dalam bahasa selain bahasa Arab! Baca rujukan di sini http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html


Sesungguhnya gerhana bulan malam semalam ibarat gerhana dihati umat Islam yang gagal bersatu ke atas isu utama keberlangsungan umat Islam dan ugama Islam di negara ini iaitu memartabatkan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Saya amat sedeh tatkala umat Islam disuruh bersatu masih ada lagi umat Islam yang berdiam diri hatta kerana taatkan parti. Sedarlah umat Islam semuanya, ini bukan pasal survival party tapi survival akidah Islam, ugama yang Ad-Din!

Bangunlah saudaraku, perjuangan kita sudah bermula!

4 comments:

Anonymous said...

Puaslah hati PAS..mungkin PASny dia boleh sama2 takbir dgn org2 kristian..bila ada apa2 isu nk hentam kerajaan..

anakbukitgantang said...

Saudara seIslamku, bangunlah ayoh kita bersatu

Ugama kita hanya satu, Allah hanya satu dan tak boleh disamakan dengan sifat makhluk

Allah Yang Esa bukan Alah Tuhan trinity-Jesus-Mother Mary-Ruh Kudus

Menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia adalah kafir


Dimanakah pegangan Tauhid kita?

Ahmad Muammar said...

Assalamualaikum,

Anonymous jangan lah cepat melenting dan mengatakan orang2 PAS akan takbir bersama orang kristian. Seperti perenggan terakhir penulisan diatas mengatakan Islam itu ad din. maksudnya Islam itu meliputi segala aspek dalam kehidupan mahupun dalam pimpinan negara, termasuk lah undang2, cara hidup, dan segalanya, persoalan disini, adakah Malaysia mengamalkan Islam Ad-Din? Dalam persekutuan Malaysia, Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara Malaysia. tetapi mane pergi Ad-Din nya? Itulah kami PAS perjuangkan dan semoga terbuka pintu hati saudara dan kalian untuk nampak dan lihat ape agenda tersembunyi parti anda.

Anonymous said...

Janganlah sepayung dengan Parti Kafir DAP.

Berurusan jual beli boleh dengan si kafir hatta yahudi sekalipun.

Tetapi untuk HIDAYAHKAN KERAJAAN MALAYSIA menjadi ISLAM TULIN YANG SUCI ibarat menanti angin kentut yang berbau wangi,..selagi bersepayung dengan pemaksiat, sikafir.

Parti Cap Angin