Thursday, December 31, 2009

Gerhana bulan dan gerhana di hati umat Islam

Malam ini dijangka berlaku gerhana bulan pula pada jam 1.15 pagi. Gerhana bulan ini mengiringi masuknya umat manusia ke tahun baru 2010 masehi.

Seeeloknya baik dibuat solat sunat Gerhana Bulan dan mohon dijauhkan bala dari umat Islam di Malaysia ini

Gerhana bulan ini pula adalah seolah petunjuk alam sementelah siang tadi keputusan sedeh kepada umat Islam yang sayangkan ugamanya kerana turut mengiringi Kebenaran Penggunaan Nama Allah oleh akhbar The Herald, sebuah akhbar Kristian. Langkah ini adalah langkah terkini dalam usaha untuk menyahsensitifkan beberapa hak ekslusif umat Islam di Malaysia terutama penggunaan nama Asmaul Husna Allah yang utama iaitu Allah.

Mungkin juga setelah bertubi tubi gasakan musuh dalam dan luar Islam umat Islam di Malaysia kena berfikir, wajarkah menyokong gerakan politik yang menghalalkan musuh menyerang Ugama Islam dari luar dan dalam?

Mungkinkah gerhana bulan adalah amaran Allah mengenai keceluparan mulut seorang pemimpin politik yang menyamakan zat Allah yang mulia dengan sesuatu ugama yang menyambut baik rangkaian tiga trinity? http://gunungmatcincang.blogspot.com/2009/12/tunggu-nik-aziz-nak-marah-tuhan-pula.html

No comments: