PRU12 telah lama berlalu.
Tarikh keramat 8 Mac 2008 itu akan dikenang buat selama-lamanya. Kerana pada tarikh keramat itu political landscape negara berubah.
BN yang menang besar pada tahun 2004 melihat sokongannya menjunam 4 tahun kemudiannya. Kesan tsunami yang dirasai itu sebenarnya dialami dulu secara alam roh oleh seorang guru saya yang bermimpi air lumpur selut dan hanyir membanjiri Perak negeri tercinta.
Walaupun kita bukan dikurniakan ilmu ladunni, ada beberapa rakan dan guru kita yang seolah dapat menelah keputusan Pilihanraya tersebut.
Malah rasa pelik dan senak perut yang tidak terhingga pada hari PRU12 itu membuatkan saya meninjau beberapa tempat mengundi sekitar ibukota.
..............................................................................
Saya teringat beberapa hari sebelum PRU12 tersebut satu akhbar arus perdana telah membuat artikel mengenai bekas pemimpin DAP yang kini diiktiraf seMalaysia iaitu Tan Sri Lee Lam Thye. Artkel tersebut mengatakan bahawa DAP juga mampu melahirkan pemimpin berjiwa besar seperti Tan Sri Lee Lam Thye!
Lee Lam Thye, yang hanya berkelulusan SPM telah graduate dari "University of Life" kerana perjuangan beliau tidak lagi berpaksi rasa perkauman yang sempit. Beliau memulakan kareer politiknya dengan menjadi champion kepada rakyat miskin di Bukit Bintang. Sinanomousnya Lee Lam Thye dengan membela rakyat marhaen dapat dilihat dengan hasil kerjanya yang tak mengira masa - malah beliau diberitakan membawa sebuah mesin taip buruk dalam keretanya untuk menaip petition kepada PBT yang berkaitan untuk menyampaikan keluhan rakyat marhaen.
Malah plat kereta beliau diabadikan untuk kerja kebajikannya dngan nombor 3333 atau diterjemah sebagai hidup-hidup-hidup-hidup!
........................................................................
Berapa banyakkah pemimpin berjiwa besar yang lahir hasil perjuangan DAP? Tiada seorang pun! Tan Sri Lee Lam Thye sendiri meletak semua jawatan dalam DAP dan menyambung wadah perjuangan di luar parti tersebut!.
Malah Tan Sri Lee Lam Thye juga jelak dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh- bekas ahli parlimen yang sinonomous dengan Bukit Bintang dan Jalan Petaling itu terlalu gentleman untuk politik ultra kiasu , cantas mencantas dan nepotisme/dynasti serta kronisme Lim atau Karpal.
Umum mungkin lupa bahawa Lee Lam Thye keluar dari parti DAP dan meletakkan perjuangan beliau lebih besar dari perjuangan sempit kepartian dan perkauman DAP!
Soalnya adakah Lee Lam Thye boleh diangap hasil DAP? Jawapan adalah terlalu jelas- Lee Lam Thye bukan DAP!
No comments:
Post a Comment