Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Pesanan Allahyarham Tan Sri Azizan ...naseb baik kita (PAS) tak menang...


Pesanan Allahyarham Datuk Seri Azizan atau lebih mesra dikenali dengan nama Ustaz Azizan sejurus sebelum beliau meninggal dunia. Mungkin pesanan ini sangat kena pada tempatnya semasa PRK Sungai Limau Kedah.....

Luahan hati seorang Menteri Besar terhadap sikap PAS Kedah

Keratan ini adalah luahan sebenar Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selepas Pas kalah pada PRU lalu yang ditulis oleh Setpol beliau(Sanusi) dalam blognya bagi mengambarkan apa yang akan terjadi jika Pas berjaya kekal mentadbir Kedah..

Banyak yang tersurat dah tersirat dalam artikel yg ditulis oleh Sanusi..

Dan disebabkan ini juga Allahyarham dikecam oleh penyokong Pas yang Pro Phahrolrazi..

Aku pernah menyiarkan kecaman yang dilakukan oleh penyokong Phahrolrazi terhadap tulisan Setpol dan Allahyarham lepas PRU lalu..





Memang berlakunya perang mulut antara penyokong Pro Ust Azizan dan Pro Phahrolrazi, sehingga ada diantara penyokong Pro Ust Azizan dipukul dihadapan kedainya..

Kemelut ini berlarutan sehingga sekarang walaupun Ust Azizan sudah meninggal..

Penduduk Sg Limau perlu ingat, jika memilih calon anak didik Ust Azizan sekalipun, belum tentu kemelut Pas di Kedah akan selesai..Banyak warlord warlord Pas akan main peranan mengatur segala bagai termasuk pentadbiran Pas di Sg Limau..

Kedah bukan lagi ditadbir oleh Pas, maka tidak akan ada pembanggunan akan dilakukan oleh Pas di Sungai Limau..

Sebaliknya BN akan terus memacu pembangunan di Dun Sungai Limau seperti apa yang ditulis dalam Aku Janji BN Kedah iaitu meneruskan Projek Zippy..

keratan artikel FMT " Azizan Lega Pas Kalah "


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei lalu.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,”
kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.


“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.


Baca catatan yang ditulis oleh Sanusi Setpol Allahyarham Ust Azizan.


Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan.

Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' (Mukhriz) dua perkara, (1) pertama tentang KUIN dan (2) kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok"


Sumber

Medan Tempur Kedah

Saturday, June 15, 2013

Era pengintipan global- kenapa DS Najib perlu turun dari jawatan Presiden UMNO

 
Malaysia Insider, sebuah agensi berita mesra Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa pertemuan antara DS Najib dan Anwar Ibrahim telah diaturkan di Jakarta minggu ini . Baca di SINI.
 
Pertemuan itu diaturkan oleh DS Zahid Hamidi , Menteri KDN yang rapat dengan kedua dua pemimpin tersebut. Berkenaan Jakarta sebagai  tempat pertemuan tidak memeranjatkan kerana hubungan baik Presiden SBY yang didokong Jaringan Islam Liberal Indonesia yang organisasinya di biayai dengan dana oleh  George Soros dan agensi pusat Amerika Syarikat .Baca di SINI dan SINI
 
Dokumen dari Pusat Keselamatan Amerika (NSA) yang didedahkan The Guardian memeranjatkan kerana berlakunya pengintipan melalui internet secara komprehensif antara kolaborasi  Facebook, Apple, Google, Microsoft dan beberapa gergasi teknologi lain. Buktinya Rekod Mahkamah di New Zealand mendapati bahawa  NSA prism system telah mendapat  maklumat yang disalurkan oleh 5 Negara  perisikan (intelligence) iaitu UK, Canada, Australia , New Zealand selain Amerika Syarikat. Terjemahan penulis ke atas sebahagian  dari artikel asal "Pentagon Bracing For Public Dissent Over Climate and Energy Shock"  di SINI
 
Sejak  kehancuran ekonomi 2008, dunia Barat telah membuat pelbagai kemajuan dalam aktiviti pengintipan ke atas rakyatnya  untuk tujuan politik demi kepentingan syarikat korporat. Baca pula setelah  gagal menjajah Negara semasa PRU13 ,  dunia Barat cuba menjajah melalui ekonomi dengan TPPH -Baca artikel di FMT kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) di SINI , SINI dan SINI
 

 

 YouTube -Tun Mahathir memberi amaran pasal Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). Atas sebab itu juga Tun Mahathir senantiasa dimusuhi Barat!

 


Anwar menyokong Israel kerana  dana dan menumpang kekuatan politik Israel dan Amerika - Washington Post -Rujuk SINI. . Kepada umat Islam dalam PAS , berhati hatilah menjalankan agenda penjajahan Barat -saya menyeru semua umat Islam menolak PAS dan PKR yang jelas mendokong agenda penjajahan Barat dari segi Ugama (Akidah), Ekonomi dan Politik

 
 
Tujuan pengintipan ini mengingatkan kita kepada akhir zaman di mana Yakjud Makjud  telah mengetahui segala rahsia kita dan menjajah minda serta menjadikan manusia sebagai ghoyyim (hamba dajjal  yang boleh dilupuskan)
 
"Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…”-  Surah al-Anbiyaa Ayat 95-96
 
Dari ayat Quran di atas, "Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Bangsa Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
 
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”;  Surah Al-Kahfi Ayat 92-98
 
Soalnya sekarang kenapa DS Najib terlalu tunduk kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan terutama DAP  yang jelas menjalankan agenda Barat? Apakah kerana maklumat pengintipan membuat DS Najib cenderung tunduk kepada desakan Anwar yang dibiayai dana dan logistic Barat serta Yahudi?

Saya sentiasa berdoa agar rakyat Malaysia, Umat Islam dan anggota UMNO dapat melihat bahaya jika pemimpin tunduk kepada desakan Anwar Ibrahim dan Pakatan terutama  DAP yang menjalankan agenda Barat. Jelas jika DS Najib terus tunduk kepada desakan Pakatan maka pintu "star gate"  Barat menjajah semula negara ini akan dibuka - Nauzubillah Hi Min Zalik .

Saya juga berharap jika  DS Najib mempunyai "baggage peribadi" langkah terbaik bagi DS Najib  ialah turun dari kepimpinan UMNO supaya Malaysia dan umat Islam  dilindungi dari  penjajahan Yakjud Makjud/Barat/Yahudi ini.   
 
 
Rujukan 
HERE , HERE ,   SINI dan SINI

Tuesday, May 14, 2013

Apa tindakan Hishamuddin untuk hadapi Malaysia Spring?

Ramai pemerhati politik mengeluh apabila DS Najib melantik kembali  sepupunya Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN). Ramai juga sedeh dan terkejut bila hero Lahad Datu Zahid Hamidi diletakkan ke Kementerian Perlancongan.
 
Rakyat dah hidup dengan penuh sabar tapi meluat dengan AMARAN demi AMARAN yang dikeluarkan oleh Hishamuddin selama 5 tahun. Rakyat dah tak tahan dengan perbuatan biadap Bar Council, Pakatan dan pemimpinnya semasa BERSIH 1,2,3  dan baru baru ini budaya politik samseng dan gedebe pra, semasa dan pasca PRU13.
 
Artikel ini saya salin kembali dari RMF blog berkenaan Malaysia sedang berada dalam Darurat  tahap 6.
 
Soalan Utama yang berlegar di blogosphere dan cybernet ialah -apa Menteri KDN nak buat? Nak beri Amaran lagi? Malah blogger GAP menyamakan tindakan DS Najib melantik kembali Hishamuddin sebagai Menteri KDN sebagai "menempah keranda politik beliau"
 
Oleh rmf

Salam sejahtera
 
Hari ini saya mengupas secara ringkas bagaimana taktik atau protokol yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menguasai kerajaan dengan cara revolusi yang mana dilakukan oleh barat terhadap negara teluk.
 
KITA SEKARANG BERADA DITAHAP 6-
Pada tahap pertama:
 
1. Kemenangan kita dipermudahkan oleh kenyataan di mana dalam hubungan kita dengan mereka yang diperlukan, kita sentiasa menggunakan nada-nada paling sensitif dalam minda manusia, iaitu akaun tunai, ketamakkan, kehendak kebendaan manusia yang tiada puasnya; dan setiap satu daripada kelemahan manusia ini, jika digunakan secara berasingan, sudah cukup untuk melumpuhkan inisiatif, kerana ia akan memberikan semangat mereka kepada orang yang membeli aktiviti-aktiviti mereka
 
Tahap Kedua
Kita akan menunggang dan mengendalikannya dengan kawalan yang ketat: kita juga akan berbuat yang sama terhadap bahan bercetak lain-lain, kerana apakah gunanya menghapuskan serangan-serangan akhbar sekiranya kita masih menjadi sasaran kritikan melalui risalah dan buku
 
Tahap ketiga
Menghakis kepercayaan, memadamkan prinsip-prinsip Ketuhanan dan Kerohanian daripada fikiran Gentile, dan menggantikan gambaran ini dengan kiraan matematik dan keinginan kebendaan. ( Isu Kalimah Allah, Isu azan, Isu Maulidul Rasul, Isu rumah Ibadat, Surau). Mereka akan lakukan apa sahaja tanpa pegangan dan kepercayaan kepada tuhan
Apabila kita menjadi pemerintah kehadiran agama-agama selain agama kita tidak diingini. Kita mempercayai Tuhan Yang Esa menentukan nasib kita sebagai Bangsa Pilihan dan di mana nasib kita disatukan dengan nasib nasib semua di dunia ini. Oleh itu, kita mesti, menghapuskan semua agama lain. Sekiranya akan melahirkan ateis semasa, ia tidak akan, kerana sifatnya yang sementara, mengganggu matlamat kita (Pluralisme)
 
Tahap keempat.
Kita akan memaksa kenaikkan upah yang tidak membawa sebarang faedah kepada pekerja, kerana pada masa yang sama kita akan menyebabkan kenaikkan harga barangan keperluan utama, dan berpura-pura ia berpunca daripada pengurangan pertanian dan penternakan lembu.Kita juga akan melakukan pembelaan yang samar dengan janji yang mereka pertlukan demi mencapai matlamat kita. Kita juga akan melemahkan punca-punca pengeluaran dengan licik dan mendalam dengan menanam idea-idea anarki kepada pekerja dan menggalakkan mereka menentang dan menuntut apa yang dinamakan hak hak mereka. manakala pada masa yang sama mengambil lang-langkah untuk menghapuskan semua kuasa intelek.
 
Tahap kelima
Kunci ini dahulunya diatur tetap dan adil: kita gantikan dengan pentadbiran liberal yang bercelaru dan sewenang-wenangnya. Kita turut campurtangan ddalam hal undang-undang, hak mengundi, media, kebebasan individu, dan yang paling penting sekali dalam pendidikan dan budaya, iaitu asas kepada kewujudan bebas. Kecelaruan ini akan meyebabkan satu golongan fanatik akan wujud tanpa pengetahuan dan akan melakukan apa sahaja untuk kita.
 
Tahap Enam
Anda telah diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan menghasut mereka untuk pertumpahan-pertumpahan darah, melibatkan mereka dalam peperangan antara satu sama lain , dan mencipta revolusi-revolusi dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan. Menanam benih penipuan diminda mereka agar mereka terus menerus meruntuhkan kerajaan dengan apa yang kita perkatakan. Mereka ini akan terus bermatian memperjuangkan hak hak kita bukan mereka dan kita akan menuai hasilnya bila kerajaan ditumbangkan oleh mereka sendiri.
 
(Sekarang kita berada di ditahap 6)
API PERGADUHAN YANG DINYALAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN DENGAN CARA DEMOKRASI PEMBANGKANG . Cuba anda bandingkan dengan ucapan hasutan Anwar Ibrahim dengan apa yang tertulis diatas.
MALAYSIA SPRING STRATEGI
 
Fwd dr rakan2 hadir -
Intipati ucapan DSAI (30 minit):
* 52% rakyat Malaysia sokong PR
* Di Perak 55% sokongan pada PR
* Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah n Sarawak pilih PR dan mahu UMNO BN turun
.
* BN "tipu" harga barang, minyak, elektrik. (DIa tak bacakah bahawa semua baranagan tersebut adalah barangan kawalan-makna tak boleh naik harga sesuka hati?) * Rakyat perlu bangkit lawan "pembohongan" BN
* Rakyat tidak terima kerajaan BN yang baru dipilih pd 5 Mei lepas.
* Tsunami merangkumi seluruh kaum di Malaysia.
* Harga barang akan naik sikit hari nanti
.
* Akan selesaikan pembohongan BN dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.
* Umum PR telah menang.
* DSAI tidak akan undur dan akan lawan terus.
* Harga minyak tetap turun bila PR tubuh kerajaan.
* Cukuplah Umno BN perbodohkan rakyat.
* UMNO BN layak digelar “Tipu segala Tipu”.
* Gesa rakyat pakai baju hitam hari Sabtu tanda protes.
* Akan teruskan gerakan Reformasi sehingga kerajaan BN tumbang.


Sumber http://rmf7.wordpress.com

Tuesday, April 30, 2013

pesanan ustaz Kazim Elias menjelang PRU 13

Wacana isu isu semasa umat Islam yang dianjurkan MUAFAKAT pada Ahad lepas di Kelab Sultan Sulaiman.
 
Bebeberapa isu semasa termasuk kesesatan akidah yang dibawa sebuah party politik, dendam kesumat politik, bagaimana dendam tersebut diindokrinasikan kepada pengikut party politik tersebut sehingga membentuk  ASSOBIYAH, dan gejala yang boleh merosakkan iman, penghakisan  kuasa politik dan ekonomi umat Islam jika gejala ini tak ditangani dihuraikan secara baik dan menarik   oleh Ustaz Kazim Elias.
 
 
 
atau klik ke link ini SINI

Wednesday, April 17, 2013

PRU13- Peluang membetulkan kesalahan melantik yang bathil sebagai pemimpin semasa PRU12

Saya tertarik dengan kompilasi komen Melayu Lama, Calvin Sankaran dan Helen Ang .
 
Fakta yang perlu diketahui umum:
 
1- Sebelum PRU12 ramai Melayu golongan kelas pertengahan (dan juga berada pada pertengahan usia 35-40-an)   yang menikmati kek  ekonomi yang selesa merasakan mereka perlu memberi belasahan/ punish Kerajaan Barisan kerana "lupa daratan". Mereka bersimpati dengan keluhan dari kalangan bukan Bumiputera yang merasa tak adil dalam  pembahagian kek ekonomi Malaysia. Lalu mereka mengundi Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk melihat perubahan.
 
2- Pasca PRU12 , ramai golongan kelas menengah Melayu yang terkejut melihat kuasa yang diberikan kepada Pakatan Rakyat disalahgunakan. Ramai  politikus dalam Pakatan Rakyat yang terlalu rasis dan rakus menyebat kek ekonomi dan akibatnya menjadi kemudaratan kepada kaum Bumiputera yang maseh dhaif dari segi ekonomi (DAP dan PKR) . Tambah teruk bila isu akidah ugama Islam, iaitu ugama Persekutuan Tanah Melayu sengaja digadai oleh PAS (religious zealot).
 
3- Ini ialah sebahagian keluhan rakyat Malaysia yang multiracial yang melihat kerosakan dari segi struktur social yang berasal dari  legasi Rejim Pak Lah tahun 2003-2009.
 
Keresahan sosial-ekonomi-politik yang tak dibendung pada hari ini kalau tak ditangani dengan betul akan menyebabkan Malaysia boleh terjerumus ke kancah perang saudara seperti Lebanon.(komen penulis)  
 
Baca artikel seterusnya dalam Bahasa Inggeris kompilasi Melayu Lama, Calvin Sankaran dan Helen Ang
 

By Calvin Sankaran

I commend Melayu Lama for his superb and sharp write-up. I concur with his views.
Melayu Lama’s article articulates what many middle-age Malays friends of mine feel as well. Many of them were unhappy about Umno and wanted the party to reform and change. They had positive views of Pakatan (pre-2008) and more than willing to engage with the non Muslims on sensitive religious issues and discuss in a reasonable manner.

They understand and sympathize some of the frustration that we non bumis face.

Twitter hannahyeoh @hwabeng @chunwai09 TQ Dato
 
However they were shocked by the kurang ajar behavior of the Chinese Pakatoons post-2008. What angered them most is that these supporters’ extreme hate of the Malay race and labeling them as racist, corrupt and cruel race.
 
The ironic thing that like in the Grimm’s fairy tale of the Emperor Wears No Cloth, our alternative media and the army of Pakatoons are silent on the single most important aspect of DAP’s strategy – If they are truly multiracial, why are they only contesting in Chinese majority seats?
 
 
HannahUtusan
 
LKS is calling Tun as a racist. It is ironic since he’s more qualified to be called as one as he (LKS) stands in a Chinese-majority seat in Gelang Patah. I’m puzzled why our Bangsa Malaysia army is not praising Umno and Ghani for standing in Gelang Patah and doing away with racial politics by betting on his appeal among all races instead of depending on ethnic support like LKS??
 
Calvin’s comment originally @ 2013/04/16 at 8:52 pm
Twitterhannahyeoh may God have mercy on the racists

By Melayu Lama

Very kind of you Sir. Thank you but I am just voicing out what so many Malays seem afraid to do for fear of being branded a racist if not an all out pas labeled apostate.

The Malays, Chinese and Indians need not fear the backlash of trolls knocking on doors calling them racists when the trolls are obviously much, much worse racists themselves.
 
TwitterhannahyeohWickedness of UMNO-BN

The opened floodgates were really very much the handy work of the sleepy administration of 2003-2009 which did nothing to stop things from spiraling out of control then. The effects of which are present until today.
 
But in all my years, never have I ever seen this kind of holier-than-thou we-can-do-no-wrong kind of racism in Malaysia. dap needs to be nipped in the bud and pas too for making religious zombies out of thinking Malays.
 
HannahMICracist
Melayu Lama’s comment originally @ 2013/04/16 at 11:31 pm in reply to Calvin Sankaran

Kompilasi screenshot dari Helan Ang
 
 

Sunday, March 17, 2013

kenapa Tawaran Pengambil Alihan Air oleh Selangor tak wajar

Ulasan dan penjelasan terperinci dari The Truth Squad dibuat bagi menjelaskan kenapa Tawaran tersebut tidak wajar.
 
Dalam tender, selalunya penilaian teknikal dan komersil yang dibuat.
 
Jelas di sini bahawa Tawaran oleh Selangor melanggar Perlembagaan Persekutuan  (undang undang Induk Malaysia) selain akta lainnya.
 
Selain itu Financial Modelling yg ditunjukkan dalam video menjelaskan kenapa tawaran Selangor pada RM9 billion adalah sangat rendah berbanding CAPEX dan COPEX yang sedang dijalankan oelh SYABAS sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan air.
 
Selangor sepatutnya menjalankan tugas maintenance untuk segala aset air dan bukannya Syabas. Tapi inilah yang berlaku sehingga menyebabkan ganguan kepada bekalan air terawat di Lembah Kelang. Rakyat wajar mengetahui perkara sebenarnya bagi membuat keptusan untuk mengakhiri  " drama " air ...yang sepatutnya tak berlaku jika Pakatan Selangor ikhlas  berjuang untuk kebajikan rakyat Selangor, KL dan Putrajaya.
 

 
 
 

Wednesday, February 27, 2013

Chinese "gangnam" on DAP MP and DAP controled Local Council

Overflowing rubbish, rat infested shop lots/residence, blocked monsoon drain which results in   flash floods, irrigularities in tender awards contrary to CAT policy are the main woes for Chinese electorates as shown in the video below
 
 

Monday, February 25, 2013

Isu Tuntutan Petroleum Kelantan- Belum Gazet!

Murid murid, hari ini cikgu nak ajar pasal "GAZET"
 
"Kalau sempadan negeri , atau mana mana enakmen dan akta belum digazet maka ia tidak boleh dijadikan AFIDAVIT (bahan bukti)  bagi menuntut sesuatu HAK ke mahkamah."

Saksikan cerita 3 Abdul ini ; p

 
atau klik di link SINI

Saturday, February 23, 2013

Temuramah Ustaz Nasharuddin Mat Isa-


Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

 
atau rujuk di SINI


Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sehingga 4.3 juta penonton.

Kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO.
Pendedahan  Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my.

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak
sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).


Monday, January 28, 2013

"Pembersihan" dalam PAS

Beberapa kawan e mail saya menanyakan kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang  dilihat rapat dengan kuffar sedangkan pada masa yang sama dia terlalu zalim ke atas saudara seIslam sendiri.
 
Jawapannya dalam fikrah  Wahhabi dan Syiah, mereka didokrinkan untuk berbaik dengan Nasrani dan Yahudi tapi pada masa yang sama mereka akan memusuhi Islam. Sebab utama ialah Syiah yang diasaskan Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi) di zaman Saidina Ali dan Wahhabi yang diasaskan oleh Ibn Tamiyyah dan dibimbing oleh Mr Hempster/ Lawrence Of  Arabia (seorang perisik British berbangsa Yahudi) adalah liberalisasi ugama oleh kaum Yahudi bagi memusnahkan Islam dari dalam.

Sebab itu kita tak hairan Nik Aziz dilihat mesra dengan Karpal Singh menyambut hari lahirnya dan pada masa yang sama menyepikan diri dari sambutan Maulidul Rasul (Hari lahir Nabi Muhammad SAW)

Harijadi sendiri  disambut, Maulid Rasul pula difitnah bidaah!


Pembersihan golongan Islam ASWJ dalam PAS bermula pada tahun 1978 bila krisis Ulama- Asri Haji Muda mengakibatkan naiknya kepimpinan Wahhabi -Syiah sebagai suara utama dalam Dewan Ulama PAS



Sebab itulah PAS tidak pernah senang hati bila ada beberapa orang cuba menegakkan ugama Islam mengikut Islam acuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Islam ASWJ ).
 
Krisis ini semakin melebar bila PAS berkroni dengan DAP demi kuasa dalam Pakatan sejak PRU 2008. Beberapa artikel saya yang terdahulu telah mendedahkan siapa sebenarnya yang mengawal Harakah iaitu akhbar lidah rasmi PAS di SIAPA MILIKI HARAKAH
 
Maka kita tak hairan kalau kedua tokoh yang memperjuangkan Islam dan cuba menyatukan umat Islam diBERSIHkan- rujuk perkataan  "screening" yang bermaksud memBERSIH dalam artikel di bawah:-
 
 
 
Rujuk juga komen kuffar yang sangat gembira bila Ustaz Nasha diBERSIHkan dari Majlis Syura (mungkin mereka berharap dia akan terus di BERSIHkan dari PAS akhirnya)
 
 
 
Sebab itu saya kata kini perjuangan PAS telah lari dari matlamat memperjuangkan Islam.. kini PAS telah sahih dilihat  menyokong perjuangan kaum kuffar-sebab utama kenapa ini berlaku ialah kerana kepimpinan PAS berfikrah Wahhabi dan Syiah!
 
Atas sebab itu juga kebanyakan Fatwa PAS berbaur Wahhabi dan Syiah dan merugikan umat Islam di Malaysia
 
Mungkinkah selepas ini PAS akan memBERSIHkan Haron Din pula? Jika ini benar benar berlaku ia satu rahmat kepada umat Islam di Malaysia kerana akhirnya warna PAS terserlah.....iaitu memperjuangkan agenda Kuffar  dan merosakkan Islam dari dalam. Tahniah PAS!
 
 
PM Najib tak disenangi Yahudi dan kroninya bila mengunjungi umat Islam di Wilayah penaklukan Yahudi  di  Gaza. Nasha berada di sebelah Najib
 
 
 

Monday, December 3, 2012

Dunia Islam akan kehilangan suara lantang Malaysia jika Pakatan menang

Kita terkejut bila Bosnia negara Islam yang pernah ditolong Malaysia BERKECUALI semasa pengundian Palestine kepada status negara pemerhati di PBB. Perkara ini sebenarnya akan jadi di Malaysia jika Pakatan berkuasa. Ipoh Malay membahaskan dengan terperinci Persamaan Bosnia Dan Malaysia Dibawah Pakatan Rakyat


Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.

Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.

Hukum politik jenis bertiga ini cuba ditiru oleh Pakatan Rakyat di negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya Presiden Barisan Nasional.

Sebab itulah mereka hanya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de-facto. Ini kerana, jika mereka menang, hanya satu kerusi Perdana Menteri yang tersedia.

Oleh sebab itu, keterujaan mereka untuk merepublikkan negara ini sangat tinggi kerana dengan cara itulah sahaja, mereka dapat meletakkan ketua de-facto sebagai Presiden negara dengan dibantu oleh tiga Perdana Menteri dari ketiga-tiga aliran komponen parti yang berbeza, DAP, PAS dan PKR.

Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen dalam PRU12 2008.

Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.

Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.

Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden.

Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari ini tanpa mengira demografi.

Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang anti Islam akan membunuh pula bibit-bibit Islam yang sedang subur bercambah.

Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam kerana kebodohan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya adalah Muslim.

Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan Rakyat.



Wednesday, November 7, 2012

Nurul wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan perbaharui akad nikah

Gara gara ucapan Nurul menggalakan umat Islam MURTAD di dalam satu majlis anjuran Kristian di  Subang Jaya, seorang pendakwah bebas Ustaz Rasyiq Alwi mengatakan Nurul wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan perbaharui akad nikah. Ini kerana merendahkan dan mempermainkan ayat Al Quran termasuk dalam perkara yang boleh membawa murtad tanpa disedari.Rujuk  Abu Syafiq
 
 
"Melayu bebas pilih ugama lain" dengan merujuk kepada hanya sebahagian ayat Quran. Inilah virus Pluralisme ugama yang dibawa Nurul Izzah dan Pakatan .
 
Ucapan mempermainkan ayat suci Al Quran  dan memansuhkan sekatan ugama lain memurtadkan umat Islam jelas dibuat oleh Nurul Izzah di sini minit 0.62 dan 2.20 ke atas.
 

 
 
Dengar pula hukum mempermainkan ayat Al Quran di minit 2.12 oleh Ustaz Rasyiq Alwi sepertimana tersiar dalam Astro 502
 

 
Hukum murtad ini juga mengenai seorang tokoh MB yang mendakwa Allah duduk silo lendik atas Arasy di sini
 

 
 
 
Ramai yang melihat enteng perkara ini tapi ucapan Nurul melibatkan AKIDAH dan menggalakkan umat Islam MURTAD.
 
Sekatan menyebarkan ugama lain ke atas umat Islam di Malaysia jelas dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk Perlembagaan Persekutuan

Sunday, October 28, 2012

Surat terbuka kepada Fathul Bari-jauhi kemelut Wahhabi Se Malaysia

Saya sudah lama melihat kemelut Nik Aziz- Dr Maza- Fathul Bari ini. Sebenarnya kemelut ini ialah   KEMELUT DAN SERAKAH WAHHABI NAK RAMPAS KUASA DI MALAYSIA.
 
Jangan terkejut keterlibatan Nik Aziz di sini-saya akan terangkan satu persatu

Tidak dinafikan Fathul Bari masuk UMNO atas arahan Dr. MAZA. Fathul Bari adalah budak suruhan Dr MAZA bagi membuka jalan untuk dia masuk UMNO. Kerana Allah sayangkan UMNO dan berkat doa para wali dan ulama menyelamatkan Tanah Melayu ini dari Wahhabi dan kesesatannya, maka  niat Dr Maza nak masuk UMNO, party yang memerintah Malaysia terhalang....bila penangkapannya  dibuat oleh JAWI atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah.
Dr MAZA berlari ke Kelantan mendapatkan blessing Nik Aziz sejurus selepas ditangkap. Soalnya  Kenapa?
Sebenarnya tindakan Dr MAZA ditangkap dan didakwa atas memberi ceramah tanpa tauliah JAWI dulupon didalangi orang besar PAS iaitu besan Nik Aziz. Besan Nik Aziz yang bernama Datuk FH, bekas MP di kawasan Parlimen  Kelantan bersempadan Siam  inilah yang sibuk mencatur JAWI dan JAKIM serta memberikan lampu hijau Wahhabi mana nak didakwa. Para Wahhabi akan didakwa jika mereka cenderong kepada UMNO. Rujuk SINI
 
 
 
Umum mengetahui bahawa golongan ulama menguasai PAS sejak  1978  melalui Kepimpinan Ulama SINI Apa yang mereka tak tahu ialah sebenarnya itulah tarikh malang bagi PAS kerana perjuangannnya menegakkan ugama Islam telah tersasar kerana tarikh itu adalah tarikh malang  PAS jatuh ke tangan pemuka Wahhabi! Rujuk Nik Aziz Wahhabi, Kepimpinan PAS dan Hadi Awang Wahhabi,
 
Hadi Awang bergegas ke MEDIU bila University itu dikenakan tindakan oleh JAIS kerana menyebarkan ajaran Wahhabi
Kenyataan Haron Din jelas menjisimkan Allah-menunjukkan dia berfikrah Wahhabi
 
 
 
Semenjak tarikh itu, pemuka wahhabi dalam PAS mendapat tempat yang tinggi . Apa yang patut rakyat Malaysia tahu ialah Nik Aziz Nik Mat-Murshidul Am PAS,  Hadi Awang-President PAS, Haron Din Naib President PAS  dan Ketua Dewan Ulama PAS Haron Taib adalah Wahhabi.

 
 
Benarkan Nik Aziz Wahhabi? Penjelasan di UTV Live Streaming
 
 
 
Atas sebab itulah Tuan Guru Abdullah Sammah An Najmi mencabar Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din untuk bersemuka bagi membincangkan AKIDAH!

Dr MAZA terkilan ke atas Fathul Bari kerana 2 perkara
1- Niat untuk masuk UMNO terhalang, dan perancangannya nak mewahabikan UMNO terhalang bila Fathul Bari banyak menggunakan Hadis yang digunakan ulama Islam ASWJ
2- Fathul Bari di dalam UMNO telah ditarbiyahkan oleh pemimpin tertinggi UMNO dari keturunan ulama Islam ASWJ seperti Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyideen Yassin.

Fathul Bari lebih banyak membawa isu "Taat Kepada Pemimpin" dan menggunakan Hadis yang digunakan pakai oleh ulama Islam ASWJ. Catatan-Wahhabi guna Hadis dari Albani yg membuang sebahagian hadis lain atas alasan hadis dhaif dan lain lain.

Malah dapatan  research saya di lapangan memberitahu bahawa Fathul Bari kulitnya wahhabi tapi jiwanya sudah Islam ASWJ. Apa tunggu lagi Fathul BARI! Tinggalkan sahaja Wahabi !

Sayugia saya mengingatkan Fathul Bari agar kembali kepada fitrah dan jadilah ulama Islam ASWJ. Tinggalkan gabungan Wahhabi SeMalaysia yang sesat lagi menyesatkan. Tinggalkan Dr MAZA, Hadi Awang  dan Nik Aziz......dan berjuanglah sebagai sebahagian saf ulama Islam ASWJ!
 
 
 
 
 

Wednesday, August 29, 2012

Malaysia sudah negara Islam- laporan polis PEMBELA ke atas Karpal Singh

Kenyataan NGO PEMBELA menentang polemik yg dimainkan PEMIMPIN DAP dan MCA berkenaan status Ugama Negara. Berdasarkan Artikel 3(1) Islam adalah Ugama Persekutuan (Negara)
 
Rujuk video di bawah-
 
 

 
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA BERSAMA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433
  1. PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian. PEMBELA juga tidak terpengaruh dengan sebarang sikap dan tindakan partisan para pemimpin Negara, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto masing-masing, khususnya di dalam mengemudi kehangatan bahang Pilihanraya Umum ke-13.
  1. Tetapi, PEMBELA tidak akan berdiam diri mahupun berkompromi apabila persoalan kedaulatan Islam disentuh dan dijadikan modal percakaran di kalangan parti-parti politik.
  1. Umat Islam menjadi semakin gusar, khususnya apabila saban hari menyaksikan kebiadaban para pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam bukan sahaja disebabkan kejahilan mereka, tetapi provokasi yang disengajakan untuk mendapat publisiti murahan dan meraih keuntungan politik yang bersifat sementara.
  1. PEMBELA bertegas bahawa sikap dan tindakan sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab, kerana melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara melalui Perkara 3 (1). Kenyataan-kenyataan yang biadab sebegini harus segera dihentikan dan ditarik semula.
  1. Kedua-dua Yang Berhormat Karpal Singh a/l Ram Singh, selaku Pengerusi DAP dan Yang Berhormat Donald Lim Siang Chai, selaku Pengerusi MCA Negeri Selangor merangkap Timbalan Menteri Kewangan I, serta lain-lain pemimpin politik di setiap lapisan, wajib menghentikan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengenai Islam di Negara ini.
  1. YB Karpal Singh bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep Negara sekular dan ini menggambarkan kejahilan beliau yang melampau tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di Negara ini hatta sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan hadir di dalam sejarah penubuhan Negara. Prinsip-prinsip ideal dan sumbangan Islam dalam membina individu Muslim yang baik telah menyumbang kearah pembinaan masyarakat Malaysia yang mantap, sejahtera dan harmoni. Mengapa YB Karpal Singh beria-ia memperjuangkan konsep Negara sekular, yang jelas rapuh, bermasalah dan telah terbukti menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya Negara-negara barat?
  1. Kenyataan YB Donald Lim yang ingin menghalang sebuah Negara Islam pula bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab di dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas dan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Khususnya bagi seseorang yang berstatus menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan beliau tentang kedudukan Islam sebagai agama Negara, hakikat perlindungan terhadap agama-agama lain dan sumpah Yang DiPertuan Agong bagi memelihara dan mempertahankan kemuliaan Islam yang jelas termaktub pada perkara 37(1), Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
  1. Adalah sangat malang bahawa YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, mahupun mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media-massa musuh-musuh Islam di dalam membuat kenyataan-kenyataan mengenai Islam, yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam. Malah, ramai di kalangan pemimpin Muslim sendiri tidak membantu menjernihkan kekeliruan ini, tetapi sebaliknya menambah-kusut kecelaruan mereka disebabkan sikap prasangka buruk, hasad dengki dan taasub kepartian mahupun individu, lantas membuat kenyataan-kenyataan yang mengesahkan kejahilan mereka tentang kedudukan Islam di Malaysia.
  1. PEMBELA menegaskan kepada para pemimpin politik khususnya, bahawa sebarang pendekatan yang boleh memprejudis kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara boleh menghakis prinsip “Kesetiaan kepada Raja Negara” dan prinsip “Keluhuran Perlembagaan” yang menghilangkan kelayakan untuk menyertai proses pemerintahan Negara.
Justeru dalam menangani masalah yang timbul dari sikap sebegini, PEMBELA dengan ini:
  1. Bersepakat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk membuat aduan polis terhadap kedua-dua YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, serta mendesak pihak berkuasa melakukan penyiasatan kenyataan-kenyataan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan peruntukan undang-undang yang relevan, serta mengambil tindakan-tindakan yang perlu mengikut saluran sedia wujud;
  2. Menyeru agar semua pertubuhan-pertubuhan Islam di Negara ini menyertai PEMBELA dan rakan-rakan pertubuhan Islam lain di dalam menzahirkan kegusaran dan bantahan terhadap sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin politik Muslim dan non-Muslim, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, yang membuat kenyataan-kenyataan jahat dan tidak adil mengenai Islam di Malaysia;
  3. Memohon persefahaman dan kerjasama utuh dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam usaha melaksanakan hasil percambahan fikiran strategik dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran di kalangan umat Islam dan mendepani salah faham tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalangan Muslim dan non-Muslim;
  4. Menyeru umat Islam terus mengekalkan iktibar dan didikan bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, di dalam bermunajat kepada Allah SWT supaya diberikan taufiq dan hidayahNya untuk mengukuhkan kesatuan hati dan menghadapi mehnah kecelaruan pemikiran di kalangan masyarakat yang menyebabkan Islam terus-menerus diserang dan diganggu-gugat anasir-anasir daripada kalangan non-Muslim dan Muslim sendiri.
PEMBELA ingin menegaskan bahawa seruan dan tindakan kami hendaklah dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian beragama di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan menyanggah kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab para pemimpin politik, PEMBELA sebenarnya mengembalikan citra dan keizzahan jati diri Islam sebagai agama Negara, yang telah dimomokkan dan diganggu-gugat persaingan politik partisan yang tidak bertanggungjawab.
Sambutan dan iktibar ulang tahun kemerdekaan ke 55 tanahair ini tidak akan bermakna sekiranya kekuatan Islam yang diibaratkan Mahkamah Tinggi sebagai “pohon jati”, dan tidak dipersoalkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi diremehkan dan diberikan kedudukan yang tidak adil di sisi Perlembagaan Persekutuan yang disanjung seluruh warganegara Malaysia.
 
 
A. Karim Omar
Setiausaha Agung MUAFAKAT
Dan
 
Hj. Aminuddin Yahya
Pengerusi PEMBELA
 
Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia -Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)
 
Sekretariat PEMBELA
d/a Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
25 Jalan Bandar 3
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

Monday, July 16, 2012

Respons ilmuan Islam dan kenapa mereka cenderung memilih UMNO dan Barisan Nasional kini

Isu -
Thahaluf siyasi Ahlul Sunnah Wal Jamaah (kerjasama antara pemerintah dengan kafir zimmi menurut Islam ASWJ )

Tafsir-
Kafir zimmi adalah kafir yang tak memudaratkan umat Islam seperti MCA dan MIC
Kafir Harbi pula ialah kafir yang memudaratkan umat Islam seperti DAP.

Senario politik semasa
Rujuk senario politik dan kemusnahan ugama, kekuasaan politik dan kemusnahan ekonomi serta gangguan/kerosakan sosial yang mereka lakukan di 4 negeri yang mereka kuasai. Rujuk artikel terkini serangan atas umat Islam di Malaysia

Ulasan ugama menurut pandangan ulama Islam ASWJ -
Rujuk ulasan dan rujukan kitab dari Tuan Guru Haji Abdullah Samaah An Najmi Pondok Geting yang membenarkan kerjasama (tahaluf siyasi) menurut pandangan ulama Islam ASWJ. Jadi pandangan PAS yang mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan kafir zimmi adalah salah.


Atau rujuk link SINI

Respons ilmuan Islam yang lain di sini:-
Sedikit respon terhadap kenyataan kawan-kawan yang menyatakan mengundi berdasarkan parti politik kerana beralasan bahawa pemerintahan negara berdasarkan parti yang menang. Mungkin kehendaknya supaya saya mengundi calon dari PR yang disokongnya. Kalau itulah alasannya, sudah semestinya saya lebih cenderung untuk memilih BN.

Saya sekali-kali tidak akan memilih PR jika mengikut alasan tersebut. Kenapa? PR tidak didaftarkan atas 1 ikatan. PR hanya kerjasama parti-parti yang membangkang kerajaan sekarang ini . Kerjasama mereka juga atas dasar untuk mengalahkan parti-parti yang menjadi kerajaan ini. Kesepakatan parti komponen PR setakat ini tidak menunjukkan kemuafakatan yang ideal di negeri-negeri yang dimenangi PR.

Buku Jingga tidak menjamin ikatan yang kukuh antara parti komponen PR. Saya merasakan yang akar umbi Pas utamanya tidak berapa bersetuju dengan Buku Jingga tajaan PR itu. Mengikut senario politik semasa juga, saya tidak berkeyakinan yang PR dapat mentadbir dengan baik.

Ketiga-tiga parti komponen PR masing-masing membawa ideologi yang berbeza sama sekali. Setakat ini tiada satu kesepakatan muktamad dari PR yang meyakinkan rakyat dan akar umbi masing-masing.

Berbeza dengan BN yang telah mengikat persefahaman antara parti komponennya sejak sebelum pembentukan kerajaan lagi ketika pembentukan Perikatan dahulu. Kekuatannya di situ. Kelemahan PR ialah tiada persefahaman yang dicapai secara mutlak. Saya hanya melihat tolak ansur yang tinggi dari Pas khususnya. Penyokong tegar mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. Apa-apa pun, apa yang berlaku telah berlaku & rakyat yang mahu menilai akan menilai. 100% saya tidak dapat terima alasan tersebut walaupun mencuba mencari kebernasan alasan tersebut. Alasan tersebut boleh menjadi bernas sekiranya PR mendaftar sebagai satu parti yang sah, makna kata PR vs BN.

Walaupun begitu, mengundi berdasarkan imej peribadi calon lebih relevan untuk dipraktikkan. Sekiranya parti menjadi pilihan, akan sampai satu tahap calon tidak akan mengambil berat akan aspek-aspek penting kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Rakyat akan terima siapa sahaja calon kerana yang dilihat adalah janji-janji manis parti & semangat yang mengikut emosi bukan calon (Sudah pun berlaku sebenarnya). Hasilnya pemimpin yang dipilih berdasarkan parti itu tidak menjalankan tugas dengan baik..

 Ini adalah ringkasan logiknya. Bukan tempatnya untuk dibicarakan secara panjang lebar dari sudut "nas" samada "naql" & "'aql". Cukuplah setakat itu. والله أعلم.-Tuan Salim, Mesir.


Monday, June 4, 2012

Tadbir tak lurus Kelantan- Tak habis dengan skandal Thames water sekarang Rowstead pulak

Kita alu alukan Kerajaan Negeri Kelantan membina prasarana kepada rakyat.
Jajaran Lebuh raya akan melalui hutan simpan Hutan Lipur Bukit Barau. Kayu balak dalam hutan tersebut hanya dapat ditebang jika ada projek yang boleh memanfaat rakyat. Soalnya rakyat yang dapat manfaat atau ahli politik???
Cuma nak tanya kalau kerajaan negeri boleh bagi RM65,000 buat wat Siam kenapa tak bagi RM 65,000 untuk Pondok Berangan naiktaraf perigi air berlumut dan kemudahan lain-sementelah bantuan Kerajaan Pusat yang dijanjikan TS Muhyideen dipaksa tolak atas sebab politik tempoh hari? Baca anakbukitgantang  SINI
Kalau mengambil konsep negara Baldatun Toyyibatun iaitu negara yang aman dan barkah sepatutnya pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan harus ada sifat sifat kepimpinan Rasulullah SAW iaitu:
1- SIDDIQ (benar dan tidak menipu),
2-TABLIGH (menyampaikan dakwah Islamiyah) ,
3-AMANAH (boleh dipercayai)  dan
4-FATONAH  (Bijaksana)  dalam menjalankan pentadbiran Islamnya!.
Kerajaan PAS Kelantan maseh belum berjaya menjawab ke mana perginya wang RM 600 juta yang dipinjamkan kepada Kelantan untuk naiktaraf projek bekalan air paip. Kegagalan projek bekalan air Kelantan dan syarikat Thames yang terlibat boleh dirujuk di Utusan  SINI
Keseluruhan hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat ialah 1.112 Billion sejak tahun 2006-2010. Rujuk jadual 4.33 di Kickdefella  SINI   atau jadual yang sama di bawah:
Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

 

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999
.


Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri a.k.a Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.






Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan. Rujuk berita lanjut di Antara Pos  SINI   


Projek Lebuhraya Rakyat untuk rakyat sepatutnya tak membebankan rakyat kalau mengikut konsep Baldatun Toyyibatun. Pemimpin sesebuah negeri yang mengkredit diri mereka sebagai pemimpin Islam sewajarnya SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH dan FATONAH!

Atas sebab itu UMNO yang menerajui negara ini menjalankan ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni iaitu mengutamakan pentadbiran yang CEKAP bagi memastikan negara berkebajikan kepada rakyatnya-itu salah satu syarat untuk menuju Baldatun Toyyibatun! Baca anakbukitgantang  Ijtihad    dan Baldatun Toyyibatun