Monday, June 4, 2012

Tadbir tak lurus Kelantan- Tak habis dengan skandal Thames water sekarang Rowstead pulak

Kita alu alukan Kerajaan Negeri Kelantan membina prasarana kepada rakyat.
Jajaran Lebuh raya akan melalui hutan simpan Hutan Lipur Bukit Barau. Kayu balak dalam hutan tersebut hanya dapat ditebang jika ada projek yang boleh memanfaat rakyat. Soalnya rakyat yang dapat manfaat atau ahli politik???
Cuma nak tanya kalau kerajaan negeri boleh bagi RM65,000 buat wat Siam kenapa tak bagi RM 65,000 untuk Pondok Berangan naiktaraf perigi air berlumut dan kemudahan lain-sementelah bantuan Kerajaan Pusat yang dijanjikan TS Muhyideen dipaksa tolak atas sebab politik tempoh hari? Baca anakbukitgantang  SINI
Kalau mengambil konsep negara Baldatun Toyyibatun iaitu negara yang aman dan barkah sepatutnya pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan harus ada sifat sifat kepimpinan Rasulullah SAW iaitu:
1- SIDDIQ (benar dan tidak menipu),
2-TABLIGH (menyampaikan dakwah Islamiyah) ,
3-AMANAH (boleh dipercayai)  dan
4-FATONAH  (Bijaksana)  dalam menjalankan pentadbiran Islamnya!.
Kerajaan PAS Kelantan maseh belum berjaya menjawab ke mana perginya wang RM 600 juta yang dipinjamkan kepada Kelantan untuk naiktaraf projek bekalan air paip. Kegagalan projek bekalan air Kelantan dan syarikat Thames yang terlibat boleh dirujuk di Utusan  SINI
Keseluruhan hutang Kelantan kepada Kerajaan Pusat ialah 1.112 Billion sejak tahun 2006-2010. Rujuk jadual 4.33 di Kickdefella  SINI   atau jadual yang sama di bawah:
Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

 

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999
.


Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri a.k.a Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.






Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan. Rujuk berita lanjut di Antara Pos  SINI   


Projek Lebuhraya Rakyat untuk rakyat sepatutnya tak membebankan rakyat kalau mengikut konsep Baldatun Toyyibatun. Pemimpin sesebuah negeri yang mengkredit diri mereka sebagai pemimpin Islam sewajarnya SIDDIQ, TABLIGH, AMANAH dan FATONAH!

Atas sebab itu UMNO yang menerajui negara ini menjalankan ijtihad Syeikh Ahmad Fathoni iaitu mengutamakan pentadbiran yang CEKAP bagi memastikan negara berkebajikan kepada rakyatnya-itu salah satu syarat untuk menuju Baldatun Toyyibatun! Baca anakbukitgantang  Ijtihad    dan Baldatun Toyyibatun 

No comments: