Saturday, November 14, 2009

ada apa dengan dr asri dan jais?

Saya menerima berita bahawa pendakwaan ke atas bekas mufti Perlis akan dibuat pada 18 Nov 2009.

Bagaimanapun saya siarkan dulu artikel mengenai Wahhabi supaya masyarakat lebih faham bahaya fahaman Wahhabi ini.

Malang, masih ramai dalam masyarakat yang tidak mengetahui tentang bahaya Wahhabi, peranannya memesongkan akidah umat Islam, merosakkan perpaduan umat Islam dengan mengkafirkan dan membidaahkan amalan ugama hanya berdasarkan perkara cabang kecil dalam Islam (furuk) seperti yang telah diterangkan dalam beberapa artikel Wahhabi terdahulu dalam blog ini.

Pada waktu ini saya amat berharap umat Islam di Malaysa faham bahawa penahanan dan selanjutnya pendakwaan Dr Asri bukan dibuat atas sebab politik. Malah yang mengarahkan / tandatangan penanahannya tempoh hari adalah Hassan Ali!

BERLAPANG DADALAH DAN LIHATLAH SEBAB MUSABAB KENAPA DR ASRI DI DAKWA OLEH JAIS-BERILAH JAIS PELUANG UNTUK MENJALANKAN TUGAS- BEBAS DARI POLITIK, BEBAS DARI TEKANAN!

9 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..BUAT APE LA KITA NK SUSAHKAN KEPALE HOTAK KITA DGN BYK FAHAMAN? APE KURANGNYA IKUTAN AHLI SUNNAH NABI MUHAMMAD? KLU KENE SOAL DLM KUBOR..TAK KAN NAK JWB "ABDUL WAHAB NABI KU"..ADOIYAII

Anakbukitgantang said...

isu wahhabiyah dan kaitannya dengan akidah sudah dijelaskan oleh para ulama tersohor terdahulu,marilah kita sam sama ambil pendapat majority....kekallah kita sebagai ahlul sunah wal jamaah hendaknya..insyaallah

Anonymous said...

Ulamak majoriti bukannya betul semua. Macam kenduri aruah yang "dihalalkan" oleh majoriti ulamak Malaysia zaman sekarang tetapi telah dilarang oleh Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain ulamak besar Syafie dalam pelbagai kitab.

Jadi siapakah ulamak majoriti yang nak lawan Imam Syafie, Imam Nawawi tu?

Tokngah

Anakbukitgantang said...

untuk anon, ulamak majority yang dimaksudkan adalah ulama majority ahlul sunnah wal jamaah yang namanya telahpon diletakkan dalam beberapa artikel mengenai wahhabi-rujuk balik- ada 3 artikel dlm blog ini mengenai wahhabi dan pandangan ulama tersohor yg dimaksudkan!

"mengenai kenduri arwah di larang oleh imam Syafie", saya nak bertanya: apakah intipati utama dalam kenduri arwah iaitu berdoa dan mensedekahkan ayat ayat suci al quran untuk si mati pon di larang oleh Iman Syafie? Setahu saya, Nabi Muhammad sendiri pernah berdoa dan mensedekahkan ayat suci al quran kepada roh simati...kenduri itu adalah sedekah keluarga kepada meeka yang datang untuk berdoa dan sama sama membaca ayat suci al quran...dan ianya tak mengapa asalkan tidak menggunakan harta si mati...Imam Syafie telah banyak belajar dari Imam Maliki semasa di Madinah dan mengembara dari Makkah ke beberapa negara arab sebelum menetap di Mesir..di Mesirpon beliau banyak mengambil hadis hadis dari Saiditina Nafisah Hassan Al Anwar iaitu cicit Nabi Muhammad sendiri.....Bahayanya wahhabi ialah fahaman ini telah menyerap dalam masyarakat kita dgn pelbagai penyamaran seolah ianya adalah ajaran yang diterima oleh kebanyakan ulamak besar dalam ahlul sunnah wal jamaah!

Anakbukitgantang said...

lagi mengenai kenduri arwah.rujukan saya kepada beberapa guru ugama mengenai kenduri arwah dan konon dakwaan bahawa kenduri itu salah/haram mengikut Imam Syafie:

kepada Anon sila sediakan dalil dan namakan kitab imam Syafie yang mengharamkan kenduri arwah

Dalam memberi hukum berdasarkan hadis,jika hukum tersebut tidak dinyatakan atau samar samar di dalam al Quran, umat Islam diminta membaca dengan teliti dan melihat keseluruhan hadis atau amalan lain yang pernah dibuat oleh Nabi Muhammad.

Imam Syafie tidak menghukum haram kenduri arwah tetapi menasihatkan agar tidak berlebihan berbelanja membuat kenduri terutama jika ia membebankan keluarga yg miskin.

oleh itu carilah dalil yg sahih dan beri nama kitab yang mengatakan imam Syafie mengharamkan kenduri arwah......kita sama sama kaji

berhati hatilah menghukum bidaah bagi perkara yg khilaf , samar dan/ serta furuk (hanya cabang kecil dan tak libatkan akidah) kerana itulah ciri wahhabi

Anonymous said...

Dalil-dali dari mazhab Shafie dan Imam Shafie ra sendiri tentang larangan kenduri aruah,

"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala."

(I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in : juz 2, hal 145

"Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

"Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."

(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."


(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

Tokngah

Anakbukitgantang said...

Assalamualaikum,

berkenaan kitab yang dimaksudkan saya telah merujuk guru saya

Kitab itu adalah l'annatut Talibin Syarah Fathul muin, juz2 halaman 145, cetakan Maktabah Muhamad Nahdi waawladu, Bangkok Thailand

Dinyatakan bahawa kenyataan larangan mengadakan makana dan minuman ke ats jenazah tersebut belum habis dibaca dan yang sebenarnya dikatakan tidak boleh adalah pada mengadakan kenduri aruah dan kemudian meratap sehingga ada yang sanggup mengoyakkan baju- atau terlalu berduka

mungkin perkataan yang dipertikaikan dan menjadi khilaf disini ialah perkataan yang dimaksudkan "minan ni hayati" dan "annihayah"-ratapan

semoga kita mendapat manfaat darinya. WASSALAM

Anonymous said...

Wa'alaikumsalam!

Imam Syafie r.a cakap tak perlu kepada tangisan manakala guru tuan cakap "dikatakan tidak boleh adalah pada mengadakan kenduri aruah dan kemudian meratap sehingga ada yang sanggup mengoyakkan baju- atau terlalu berduka".

Maka saya lebih berminat berpegang kepada pendapat Imam Shafie r.a sendiri berbanding dengan guru tuan kecuali guru tuan dapat membuktikan yang beliau bertaraf mujtahid mutlak atau mujtahid fil mazhab yang melayakkan beliau berbeza pendapat dengan Imam Shafie r.a. Jika tidak khilaf guru tuan dengan Imam Shafie r.a tidak boleh dianggap sebagai khilaf yang muktabar.

Pengarang-pengarang kitab yang saya nyatakan tadi ada juga membahaskan tentang bidaah hasanah selain dari kenduri aruah. Tetapi tak seorang pun yang memasukkan kenduri aruah dalam bidaah hasanah.

Tokngah

Anakbukitgantang said...

lagi memutar belitkan pendapat Imam Shafie.

Apa yang ingin dijelaskan ialah Imam Shafie berkata bahawa ratapan ke atas jenazah tidak dibenarkan-sila fahami- bukannya kenduri dan bacaan al quran untuk disedekahkan kepada roh arwah yang tak dibenarkan.(itulah maksud ayat " minan ni hayati" dan annihayat)

Semoga kita sama sama mendapat bimbingan dari Allah hendaknya