Showing posts with label husam musa. Show all posts
Showing posts with label husam musa. Show all posts

Monday, April 29, 2013

jangan biarkan Putrajaya jatuh ke tangan SYIAH

Jangan biarkan Putrajaya ditawan puak yang mengagungkan fikrah Syiah.
 
Siapa tulang belakang di belakang Pameran Perdagangan Islam  di Kelantan yang berunsurkan SYIAH? Rujuk SINAR HARIAN
 
Husam Musa semasa Press Conference bagi Pameran Perdagangan tersebut
 
Pameran Perdagangan Dunia Islam ditaja oleh Dinar dan Dirham Kelantan. Siapa dibelakangan Dinar dan Dirham Kelantan?
 
E Fatwa  berkenaan SYIAH rujuk perkara 2- hanya mazhab Syafie (Islam ASWJ) dibenarkan di Malaysia. Perkara 1 iaitu Syiah Al Zaidiyah dan Jaafariah yang dibenarkan  pada ketetapan Muzakarah Bil 2/8/84 Perkara 42(2) DIMANSUHKAN! dan paling penting perkara 3- Agama bagi negeri negeri hendaklah agama Islam ASWJ dari segi AKIDAH,SYARIAH dan AKHLAK.
 
 
 Dengar teguran ilmuan Islam tentang bahaya SYIAH dan ketidaksetujuan membawa fahaman tersebut serta mengagungkan Iran  di sini
 

 
Benarkah Nik Aziz ikhlas tak bersetuju dengan pameran expo Syiah di Kelantan ? Kalau benar ikhlas takkan sudah terjadi expo Syiah baru nak minta maaf. Dari pengalaman saya dalam event management, sebarang pameran bagi   acara rasmi selalunya disemak objektif, disepadukan dengan aktiviti supaya penerapan nilai dapat dibuat. Rujuk huraian benarkan Nik Aziz Ikhlas dalam meminta maaf  SYIAH di Kelantan 
 
Seperti Kelantan, Kedah juga menghadapi bahaya Syiah sejak dikuasai PAS. Rujuk video di bawah
 

 
 
Wajarkan umat Islam ASWJ mengundi Husam Musa yang bersekongkol dengan Syiah ke Parlimen Putrajaya?

Monday, April 22, 2013

Perang saraf di Putrajaya.- Ku Nan vs Husam round 1

Bagi saya penduduk Putrajaya yang pernah terlibat secara langsung mentadbir bandaraya ini selama 7 tahun saya rasa pertembungan kali ini adalah paling sengit.
 
Sengit sebab kali ini Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) dapat saingan yang besar juga. Sungguhpun saingan ini. Husam Musa, diimport dari Kelantan dan bermasalah dari segi lambakan projek tak berjalan  di negeri kelahirannya, namun ia tak boleh dipandang enteng.
 
Hampir 3 dekad politik indokrinasi Syiah dilaksanakan di Kelantan, telah melahirkan pengikut politik zombie- saya katakan zombie kerana mereka telah membuang segala aqal dan logik untuk berfikir. Malah sifat assobiyah mereka tersangat kuat . Waima bagi pengikut PAS bukan calon yang mereka pilih tapi jenama party. Malah kalau diletak seekor kambing Janmapari yang tak boleh berfikir tapi bercop PAS pon mereka sanggup undi sebagai wakil rakyat mereka ;p.
 
Namun pada hemat saya Barisan Nasional tetap mempunyai kelebihan kerana mempunyai insight tentang pemikiran dan gaya mengundi Penduduk Putrajaya.
 
PAS melancarkan perang saraf mereka dari Desa Pinggiran Putra yang terletak di dalam Majlis Perbandaran  KAJANG, Selangor. Alangkan anehnya juga bilamana satu satunya jalan shortcut dari Putrajaya ke Desa Pinggiran Putra perlu melalui Presint 20 atau Taman Selatan. Husam yang terkenal dengan projek Batu Asasnya di Kelantan kali ini terkedu kerana Taman Selatan juga adalah kawasan perkuburan. Seolah petunjuk memberitahu bahawa Batu Asas politik yang bakal diletakkan di Putrajaya ialah Batu Nisan!
Photo
Siapa Husam?
 
Mari kita lihat perang saraf yang dilakukan oleh kedua dua belah pihak.
 
Cara PAS meletakkan perang saraf ialah dengan menebarkan makalah di atas kereta di satu satunya  Pasar Awam di  Presint 8. Mungkin  pengarah strategik PAS yang berada di luar Putrajaya juga mensasarkan orang luar ! 
 
Pendedahan dari sumber dalaman PAS!
 
 
UMNO Putrajaya pula menebarkan bendera Barisan Nasional di semua projek Perumahan Awam dan ada satu lagi kejutan. .....Siapa Husam Musa yang sebenarnya dari sumber dalaman PAS!
 
Persoalan kini timbul apakah Husam Musa diletakkan di Putrajaya kerana dia adalah LIABILITI kepada PAS Kelantan kerana perbuatan silamnya yang angkuh terhadap KDYMM Sultan Kelantan dan juga kerana dia penghulu Anwarinas dalam PAS!

 Umum mengetahui Husamlah batu penghalang perpaduan umat Islam yang diterajui Hadi Awang dan Ustaz Nasya. Apakah kali ini penduduk Putrajaya akan dapat korban kambing janmapari?
 
Nak baca lagi pendedahan panas ini kena jadi PENDUDUK PUTRAJAYA bukan sekadar duduk di Pinggiran Putrajaya.....
 
P/S hanya penduduk yang beralamat di Putrajaya dan berdaftar dengan SPR boleh mengundi.....kita saksikan episod ni seterusnya
 
 

Monday, April 15, 2013

Lebuhraya pre paid, kambing janapari, skandal dinar emas dan pelacuran akan ikut Husam Musa ke Putrajaya?

 

 Tak lama dulu heboh pasal projek Janapari di Kelantan. Ikuti kesah pendedahan PapaGomo :"
Sebelum ini Gomo ada menjelaskan isu mengenai Program Kambing Kelantan yang Gah pada peringkat awal perlaksanaan nya namun GAGAL apabila Wang Program tersebut sebanyak RM 6 Juta Hilang begitu sahaja di agihkan kepada kroni Hussam Musa  " di SINI


                                                             RM 6 juta lesap!


Tak lama kemudian ada pula projek Lebuhraya Pre paid yang melalui kawasan hutan dara untuk ditarah balaknya di Kelantan.


 Siapa pemilik akaun bank Islam 03036 01 000 3131? Tetuan Rowstead. Siapakah pemilik Tetuan Rowstead? Rujuk dokumen SSM di bawah.

Kemudian rakyat dikejutkan Tabungan derma tersebut adalah Tetuan Rowstead. Ikuti keluhan blogger  RBF yang menyiasat"
"Saya sendiri ke Bank Islam tengahari tadi untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan. Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.
Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.
 Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN. 
Bukan sekali saya cuba, malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar sepertimana gambar dibawah. Lalu saya membatalkan hasrat saya untuk menderma' Rujuk SINI
 
Siapa yang ada kepentingan ekuiti (saham) dalam Tetuan Rowstead? Bahagian yang dikotakkan menulis sa;ah seorang pemegang saham  : "Datuk Husam Musa Lot 859, Lorong Darus Salam, Kampung Kota, 15100 Kota Bharu"


 


Sebelum itu hebuh kesah pelacuran yang sangat meriah di Kelantan di dedahkan oleh Kickdefella......

 
Gambar gambar pelacur pondan dan pelacur perempuan  di jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, Kelantan yang disiarkan di blog Kickdefella di SINI
 
siapa yang akan jadi mangsa di Putrajaya?
 
 
                                 Pelacur pondan di dalam biliknya di Kota Bharu

Kemudian hebuh kesah skandal emas Husam Musa di Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut seperti diutarakan Double Y,
Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd
dan Umar Ibrahim Vadillo?
Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?
Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?
Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?
Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara? Rujuk SINI
                                                          

 Untuk makluman Putrajaya ialah satu satu nya bandar yang tidak meluluskan lesen arak. Perkara ini dah lama berlaku iaitu semasa orang kepercayaan Tun Dr Mahathir (Allahyarham Tan Sri Azizan) menjadi President Perbadanan Putrajaya lagi. Tiada pub dan discoteque dan tiada pusat pelacuran di Putrajaya! Semua kegiatan perdagangan dikawal dan dipantau dengan penguatkuasaan yang tegas oleh pegawai pegawai Kementerian. Maka kegiatan penipuan tidak berlaku di Putrajaya.


Tak lama lagi semua kesah ini akan berada di Putrajaya.  Nauzubillah!. Berbaloikan  penduduk Putrajaya mengundi Husam Musa?.

Monday, February 25, 2013

Isu Tuntutan Petroleum Kelantan- Belum Gazet!

Murid murid, hari ini cikgu nak ajar pasal "GAZET"
 
"Kalau sempadan negeri , atau mana mana enakmen dan akta belum digazet maka ia tidak boleh dijadikan AFIDAVIT (bahan bukti)  bagi menuntut sesuatu HAK ke mahkamah."

Saksikan cerita 3 Abdul ini ; p

 
atau klik di link SINI

Thursday, November 15, 2012

Nik Aziz akan disapina dalam perbicaraan salah urustadbir negeri Husam Musa

Kecoh. Nik Aziz Nik Mat  Menteri Besar Kelantan antara saksi yang akan disapinakan semasa perbicaraan salah urustadbir negeri oleh Husam Musa. Firdaus Azil melaporkan bagi The Mole pada 15 November, 2012 bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Ahmad Yaakob dan anggota Exco Takiyuddin Hassan  akan diambil dalam perbicaraan saman oleh Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella, mantan pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan pegawai publisiti  Husam Musa. Mahu atau tidak mahu, perbicaraan ini akan membongkar lebih banyak salah urustadbir negeri oleh Kerajaan PAS Kelantan. Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di bawah yang saya ambil ehsan dari The Mole.

  • Husam Musa Dinar Emas
"The statements by Nik Abdul Aziz and other state leaders is crucial in Husam (right) and Kickdefella (left)'s trial" (Graphic by Dayang Norazhar/The Mole)

 
KUALA LUMPUR: The application to subpoena a few witnesses is crucial to prove that Syed Azidi Syed Abdul Aziz’s contentions about scandals and mismanagement in Kelantan are true, said his lawyer.
Speaking to The Mole, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos said among those listed to be subpoenaed are Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, his deputy Datuk Ahmad Yakob and state exco member Datuk Takiyuddin Hassan.
“Basically, (part of) the issue is about the Tok Guru (Nik Abdul Aziz)…so we will need them to testify," he said.
On Sept last year, Kelantan exco member and Pas vice-president Datuk Husam Musa had filed a suit against Syed Azidi, better known as Kickdefella, claiming that a few articles written by the latter contained elements of defamation.
The plaintiff claimed that three articles, "Husam telah menipu rakyat dan sahabat", "Sebelum kita lupa Normala Sudirman", and "Husam itu pembohong", which were posted on Syed Azidi’s blog, were falsely written and defamatory.
It was also reported in Bernama that the RM5 million defamation suit would be heard on Dec 18 and 19 this year.
Justice Datuk Mariana Yahaya fixed the dates in chambers yesterday at the case management's final stage during which Husam’s counsel Hisham Fauzi and Jahaberdeen were present.
The judge had also ordered the two parties to resolve relevant documentation matters before the commencement of the trial.
Meanwhile, blogger Ruang Bicara Faisal said that the case is tarnishing the Pas’ image as more evidences about mismanagement in Kelantan will be revealed through the process of hearing.