Showing posts with label P125. Show all posts
Showing posts with label P125. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

PAS patut belajar dari calon DUN di Kubu Gajah, Perak ni!



Islam tak pernah memecahbelahkan umat Islam. Islam bersatu sesama umat Islam . Tapi terbalik di Malaysia, kerana kwaridj dalam PAS maka umat Islam PAS bekerjasama dengan kafir untuk meruntuhkan Pemerintah Islam yang ada.
 
Penduduk Putrajaya tak pernah menghadapi saingan politik yang cukup menjelikkkan ini. Peristiwa di mana polis terpaksa datang dan menyekat PAS dari meruntuhkan banner dan bunting Barisan Nasional di Bulatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. (SAAS) adalah budaya gedebe /kekampungan/kedaerahan yang cuba dibawa PAS ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
 
 
Kenapakah ini terjadi? Jawapannya ialah kerana anutan dan indokrinasi (PAS) mereka ialah WAHHABI dan SYIAH. Sejak memenangi Kelantan selama 23 tahun , maka mereka telah membuat indokrinasi SYIAH yang MEMUSUHI UMAT ISLAM dan BERBAIK DENGAN KAFIR untuk MERUNTUHKAN UMAT ISLAM yg berlainan ideology (Barisan)  politik dari mereka.
 
Dengar penerangan Ustaz Kazim Elias tentang indokrinasi SYIAH dalam party tersebut bermula dari minit 0.10
 
Tidak hairan keganasan dalam Pilihanraya hari ini bukan lagi perbedaan ideology tapi telah merebak kepada perbedaan AKIDAH. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam di Malaysia.
 





Semoga peristiwa menyayat hati di mana SYIAH menyembelih umat Islam ASWJ di Syria dan pada masa yang sama meraikan  dengan tentera Amerika yang kafir tidak terjadi di Malaysia. Ya Allah selamatkan umat Islam di Malaysia,Aamiin.
 

Photo: ‎تم شہر اماں کے رہنے والے درد ھمارا کیا جانو.؟

اک زبردست نظم ضرور سنیں اور شیئر کریں�

سنیں کے لیے اس لنک پر کلیک کریں.

http://www.mediafire.com/?8d82t6eb3a8uzqq‎

Wednesday, April 24, 2013

ronda- ronda Putrajaya- ada belon panas tak dapat kebenaran Perbadanan Putrajaya?

Semalam saya balik kerja awal jadi sempat saya ronda Putrajaya.
 
Pondok panas dah didirikan dan banyak tempat bendera Barisan berkibar megah.
 
Satu saya nak tanya Perbadanan Putrajaya,  Belon Panas (hot air ballon) PAS di depan dewan Presint 9 tu dah dapat kebenaran Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya tak? Kalau tak dapat jangan lah berikan mereka pasang...sebab itu melanggar undang undang kecil Putrajaya. PAS perlu pastikan mereka ikut Undang Undang yang ada sebab persepsi masyarakat sejak 5 tahun lepas asal PAS semuanya hamPAS termasuk tak mematuhi arahan.
 
Jangan pulak ada gunting dalam lipatan di Perbadanan Putrajaya....Jabatan Komunikasi Korporat perlulah bertindak- Datuk Haji Haitamin Ishak janganlah duduk diam sahaja.....
 
 
Berkenaan pengarah Perbadanan Putrajaya yang tak jalankan tugas dengan cekap , saya nak tanya Datuk  Ab Ghani Ahmad..gerai no 1 di MSP8 milik Pesuruhjaya PAS dah bayar sewa ker belum?
 
Janganlah kerana dia orang PAS maka awak kasi lePAS!
 
Nanti orang ingat PAS orang ingat semuanya lePAS termasuk tak perlu ikut undang undang yang ada..negara ni  adalah negara berdaulat..bukan PAS yang perentah tapi YDP Agong...
 
p/s tolong  baca balik buku Perlembagaan Persekutuan!

Monday, April 22, 2013

Perang saraf di Putrajaya.- Ku Nan vs Husam round 1

Bagi saya penduduk Putrajaya yang pernah terlibat secara langsung mentadbir bandaraya ini selama 7 tahun saya rasa pertembungan kali ini adalah paling sengit.
 
Sengit sebab kali ini Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) dapat saingan yang besar juga. Sungguhpun saingan ini. Husam Musa, diimport dari Kelantan dan bermasalah dari segi lambakan projek tak berjalan  di negeri kelahirannya, namun ia tak boleh dipandang enteng.
 
Hampir 3 dekad politik indokrinasi Syiah dilaksanakan di Kelantan, telah melahirkan pengikut politik zombie- saya katakan zombie kerana mereka telah membuang segala aqal dan logik untuk berfikir. Malah sifat assobiyah mereka tersangat kuat . Waima bagi pengikut PAS bukan calon yang mereka pilih tapi jenama party. Malah kalau diletak seekor kambing Janmapari yang tak boleh berfikir tapi bercop PAS pon mereka sanggup undi sebagai wakil rakyat mereka ;p.
 
Namun pada hemat saya Barisan Nasional tetap mempunyai kelebihan kerana mempunyai insight tentang pemikiran dan gaya mengundi Penduduk Putrajaya.
 
PAS melancarkan perang saraf mereka dari Desa Pinggiran Putra yang terletak di dalam Majlis Perbandaran  KAJANG, Selangor. Alangkan anehnya juga bilamana satu satunya jalan shortcut dari Putrajaya ke Desa Pinggiran Putra perlu melalui Presint 20 atau Taman Selatan. Husam yang terkenal dengan projek Batu Asasnya di Kelantan kali ini terkedu kerana Taman Selatan juga adalah kawasan perkuburan. Seolah petunjuk memberitahu bahawa Batu Asas politik yang bakal diletakkan di Putrajaya ialah Batu Nisan!
Photo
Siapa Husam?
 
Mari kita lihat perang saraf yang dilakukan oleh kedua dua belah pihak.
 
Cara PAS meletakkan perang saraf ialah dengan menebarkan makalah di atas kereta di satu satunya  Pasar Awam di  Presint 8. Mungkin  pengarah strategik PAS yang berada di luar Putrajaya juga mensasarkan orang luar ! 
 
Pendedahan dari sumber dalaman PAS!
 
 
UMNO Putrajaya pula menebarkan bendera Barisan Nasional di semua projek Perumahan Awam dan ada satu lagi kejutan. .....Siapa Husam Musa yang sebenarnya dari sumber dalaman PAS!
 
Persoalan kini timbul apakah Husam Musa diletakkan di Putrajaya kerana dia adalah LIABILITI kepada PAS Kelantan kerana perbuatan silamnya yang angkuh terhadap KDYMM Sultan Kelantan dan juga kerana dia penghulu Anwarinas dalam PAS!

 Umum mengetahui Husamlah batu penghalang perpaduan umat Islam yang diterajui Hadi Awang dan Ustaz Nasya. Apakah kali ini penduduk Putrajaya akan dapat korban kambing janmapari?
 
Nak baca lagi pendedahan panas ini kena jadi PENDUDUK PUTRAJAYA bukan sekadar duduk di Pinggiran Putrajaya.....
 
P/S hanya penduduk yang beralamat di Putrajaya dan berdaftar dengan SPR boleh mengundi.....kita saksikan episod ni seterusnya