Showing posts with label nik aziz nik mat. Show all posts
Showing posts with label nik aziz nik mat. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Nik Aziz akan disapina dalam perbicaraan salah urustadbir negeri Husam Musa

Kecoh. Nik Aziz Nik Mat  Menteri Besar Kelantan antara saksi yang akan disapinakan semasa perbicaraan salah urustadbir negeri oleh Husam Musa. Firdaus Azil melaporkan bagi The Mole pada 15 November, 2012 bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Ahmad Yaakob dan anggota Exco Takiyuddin Hassan  akan diambil dalam perbicaraan saman oleh Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella, mantan pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan pegawai publisiti  Husam Musa. Mahu atau tidak mahu, perbicaraan ini akan membongkar lebih banyak salah urustadbir negeri oleh Kerajaan PAS Kelantan. Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di bawah yang saya ambil ehsan dari The Mole.

  • Husam Musa Dinar Emas
"The statements by Nik Abdul Aziz and other state leaders is crucial in Husam (right) and Kickdefella (left)'s trial" (Graphic by Dayang Norazhar/The Mole)

 
KUALA LUMPUR: The application to subpoena a few witnesses is crucial to prove that Syed Azidi Syed Abdul Aziz’s contentions about scandals and mismanagement in Kelantan are true, said his lawyer.
Speaking to The Mole, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos said among those listed to be subpoenaed are Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, his deputy Datuk Ahmad Yakob and state exco member Datuk Takiyuddin Hassan.
“Basically, (part of) the issue is about the Tok Guru (Nik Abdul Aziz)…so we will need them to testify," he said.
On Sept last year, Kelantan exco member and Pas vice-president Datuk Husam Musa had filed a suit against Syed Azidi, better known as Kickdefella, claiming that a few articles written by the latter contained elements of defamation.
The plaintiff claimed that three articles, "Husam telah menipu rakyat dan sahabat", "Sebelum kita lupa Normala Sudirman", and "Husam itu pembohong", which were posted on Syed Azidi’s blog, were falsely written and defamatory.
It was also reported in Bernama that the RM5 million defamation suit would be heard on Dec 18 and 19 this year.
Justice Datuk Mariana Yahaya fixed the dates in chambers yesterday at the case management's final stage during which Husam’s counsel Hisham Fauzi and Jahaberdeen were present.
The judge had also ordered the two parties to resolve relevant documentation matters before the commencement of the trial.
Meanwhile, blogger Ruang Bicara Faisal said that the case is tarnishing the Pas’ image as more evidences about mismanagement in Kelantan will be revealed through the process of hearing.

Sunday, October 28, 2012

Surat terbuka kepada Fathul Bari-jauhi kemelut Wahhabi Se Malaysia

Saya sudah lama melihat kemelut Nik Aziz- Dr Maza- Fathul Bari ini. Sebenarnya kemelut ini ialah   KEMELUT DAN SERAKAH WAHHABI NAK RAMPAS KUASA DI MALAYSIA.
 
Jangan terkejut keterlibatan Nik Aziz di sini-saya akan terangkan satu persatu

Tidak dinafikan Fathul Bari masuk UMNO atas arahan Dr. MAZA. Fathul Bari adalah budak suruhan Dr MAZA bagi membuka jalan untuk dia masuk UMNO. Kerana Allah sayangkan UMNO dan berkat doa para wali dan ulama menyelamatkan Tanah Melayu ini dari Wahhabi dan kesesatannya, maka  niat Dr Maza nak masuk UMNO, party yang memerintah Malaysia terhalang....bila penangkapannya  dibuat oleh JAWI atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah.
Dr MAZA berlari ke Kelantan mendapatkan blessing Nik Aziz sejurus selepas ditangkap. Soalnya  Kenapa?
Sebenarnya tindakan Dr MAZA ditangkap dan didakwa atas memberi ceramah tanpa tauliah JAWI dulupon didalangi orang besar PAS iaitu besan Nik Aziz. Besan Nik Aziz yang bernama Datuk FH, bekas MP di kawasan Parlimen  Kelantan bersempadan Siam  inilah yang sibuk mencatur JAWI dan JAKIM serta memberikan lampu hijau Wahhabi mana nak didakwa. Para Wahhabi akan didakwa jika mereka cenderong kepada UMNO. Rujuk SINI
 
 
 
Umum mengetahui bahawa golongan ulama menguasai PAS sejak  1978  melalui Kepimpinan Ulama SINI Apa yang mereka tak tahu ialah sebenarnya itulah tarikh malang bagi PAS kerana perjuangannnya menegakkan ugama Islam telah tersasar kerana tarikh itu adalah tarikh malang  PAS jatuh ke tangan pemuka Wahhabi! Rujuk Nik Aziz Wahhabi, Kepimpinan PAS dan Hadi Awang Wahhabi,
 
Hadi Awang bergegas ke MEDIU bila University itu dikenakan tindakan oleh JAIS kerana menyebarkan ajaran Wahhabi
Kenyataan Haron Din jelas menjisimkan Allah-menunjukkan dia berfikrah Wahhabi
 
 
 
Semenjak tarikh itu, pemuka wahhabi dalam PAS mendapat tempat yang tinggi . Apa yang patut rakyat Malaysia tahu ialah Nik Aziz Nik Mat-Murshidul Am PAS,  Hadi Awang-President PAS, Haron Din Naib President PAS  dan Ketua Dewan Ulama PAS Haron Taib adalah Wahhabi.

 
 
Benarkan Nik Aziz Wahhabi? Penjelasan di UTV Live Streaming
 
 
 
Atas sebab itulah Tuan Guru Abdullah Sammah An Najmi mencabar Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din untuk bersemuka bagi membincangkan AKIDAH!

Dr MAZA terkilan ke atas Fathul Bari kerana 2 perkara
1- Niat untuk masuk UMNO terhalang, dan perancangannya nak mewahabikan UMNO terhalang bila Fathul Bari banyak menggunakan Hadis yang digunakan ulama Islam ASWJ
2- Fathul Bari di dalam UMNO telah ditarbiyahkan oleh pemimpin tertinggi UMNO dari keturunan ulama Islam ASWJ seperti Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyideen Yassin.

Fathul Bari lebih banyak membawa isu "Taat Kepada Pemimpin" dan menggunakan Hadis yang digunakan pakai oleh ulama Islam ASWJ. Catatan-Wahhabi guna Hadis dari Albani yg membuang sebahagian hadis lain atas alasan hadis dhaif dan lain lain.

Malah dapatan  research saya di lapangan memberitahu bahawa Fathul Bari kulitnya wahhabi tapi jiwanya sudah Islam ASWJ. Apa tunggu lagi Fathul BARI! Tinggalkan sahaja Wahabi !

Sayugia saya mengingatkan Fathul Bari agar kembali kepada fitrah dan jadilah ulama Islam ASWJ. Tinggalkan gabungan Wahhabi SeMalaysia yang sesat lagi menyesatkan. Tinggalkan Dr MAZA, Hadi Awang  dan Nik Aziz......dan berjuanglah sebagai sebahagian saf ulama Islam ASWJ!
 
 
 
 
 

Saturday, October 27, 2012

Apakah Nik Aziz Wahhabi? Diskusi ilmiah di Kota Bharu malam ini


Nik Aziz dan penerima dana Wahhabi dari Saudi; Anwar Ibrahim. Pendedahan di I Files


Akhirnya persoalan fikrah manusia yang memecahbelahkan umat Ilsma di Malaysia dibicarakan secara terbuka. Nik Aziz telah lama memecahbelahkan umat Islam melalui fatwa kewahabiannya. Maseh ada yang menyangkal beliau sebenarnya Wahhabi.
 
 
Oleh itu pada malam  ini, satu majlis diskusi ilmiah bertajuk "Adakah Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat itu ulama wahabi dan apa itu wahabi???" akan diadakan di Kota Bharu!
 
Bersama Al-Faqir dan kekanda Al-Fadhil Ustaz Jeming Hassan merangkap senior al-faqir di Maahad Muhammadi Lilbanin. Diharapkan diskusi ini adalah secara matang dan ilmiah bukan debat untuk mencari kemenangan dan tiada kaitan dengan politik kepartian.
 
Hadirin di Kota Bharu  dijemput datang beramai-ramai di UTTV berdekatan dengan Jaafar Rawas Kota Bharu, KELANTAN atau juga boleh melihatnya secara live di link ini www.uttv.biz/uttv/..

Friday, September 21, 2012

Apa beza Ngeh dengan Nik Aziz?

Apa beza Ngeh Koo Ham dengan Nik Aziz? Dua dua hina Nabi Muhammad SAW dan menghina orang Islam yang menyayangi Nabi Muhammad SAW. Nilaikan sendiri gambar dan bukti video ini-
 
 
Ngeh dah minta maaf tapi perbuatannya seolah  disengajakan untuk test sensitiviti umat Islam di Malaysia
 
 
 

 Nik Aziz tak pernah minta maaf kerana menghina Nabi Muhammad SAW. Beliau  percaya Fikrah Wahhabinya benar-sedangkan Wahhabi itu adalah ugama  ciptaan Yahudi untuk memusnahkan Islam dari dalam
 
 
Rujuk penerangan Ustaz Kazim berkenaan isu Nik Aziz menghina Nabi Muhammad SAW sebagai "Mamat Kampung"
 

 Nabi Muhammad SAW bukan mamat kampung kerana Nabi Muhammad SAW adalah sebaik baik mahkluk yang dijadikan Allah,  maksum (tidak pernah berbuat dosa) dan kelahirannya sebagai Nabi Akhir Zaman  telah dimaklumkan melalui Nabi Isa as dan dicatat dalam Kitab Injil asal (Ugama Kristian asal yang tak diselewengkan).
 
 
 
Bukankah taraf kedua dua ahli politik  tersebut SAMA  dengan pengarah Innocence Of Muslim?
 
Sam Nokula Bacile  bersama Anna Gurji. Aktres Anna Gurji memfail saman di mahkamah kerana ditipu oleh  Sam Nokula Bacile  yang menyatakan skrip tersebut untuk cerita Mesir Purba.
 
 Nak protes kerana menghina Nabi? Kenapa double standard atas Pengarah Christian Koptik tersebut? Protes sekali ke atas SEMUA YANG MENGHINA Rasulullah SAW...

Tuesday, September 18, 2012

Tuan Guru Abdullah Sammah cabar Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din berdebat pasal AKIDAH


Cabaran debat di http://youtu.be/hSHv4yUXRh8


Rakaman youtube di sini




Demi mempertahankan kesucian ugama Islam sila edarkan video cabaran DEBAT TG Abdullah Sammah vs Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din.

Kenapa? Jawapannya ialah ketiga tiga pemimpin PAS yg dinyatakan nama di atas berfikrah Wahhabi!

Thursday, August 30, 2012

Edisi Merdeka- ummat yang malang adalah ummat yang memmecahbelahkan KESATUAN UMAT ISLAM




Orang yang alim akan diberikan sebahagian dari perbendaharaan ilmu Allah. Pemikiran mereka tajam dan dapat merasakan kejadian yang akan datang. Sesungguhnya kata kata yang keluar dari mulut orang yang tawaduk dan sikit berbicara tapi banyak beribadah lahir dari ikhlasnya mereka  beribadah kepada Allah. Tutur bicara mereka juga kadang kadang  adalah  ilham dengan izin dari Allah .
 
Bayan dan syarah terakhir Hadratji Al Allamah Al Muhadist Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi (Amir Tabligh ke 2) 3 hari sebelum mangkat yakni pada 29 hb Zulqaedah, 1384H bersamaan 2hb April, 1965M; hari selasa selepas solat Subuh;
 
Hadrat Syaikh telah memberi satu ceramah terpenting yang terakhir dalam kehidupan beliau. Selepas Hamd (memanjat pujian kepada Allah) dan selawat, berlawanan dengan kebiasaan, Hadrat Syaikh telah mulai berceramah seperti berikut:

"Lihatlah, saya tidak seberapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa berkata sebab perkara ini adalah amat penting. Siapa pun yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah Taala akan meninggikannya dan memberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri.
Umat ini telah terbentuk dengan penuh susah payah. Untuk menjadikan umat ini, Rasulullah saw. dan Sahabat-Sahabat r.anhum telah banyak berusaha dan menanggung penderitaan. Musuh-musuh Islam yakni Yahudi dan Nasrani telah sentiasa berusaha supaya orang-orang Islam tidak ada sebagai satu umat, bahkan berpecah belah.

Hari ini orang-orang Islam sudah kehilangan sifat umat. Ketika dahulu, semasa mereka hidup sebagai satu umat, hanya dengan bilangan mereka beratus ribu orang sudah cukup untuk menguasai satu dunia. Mereka pada masa itu tidak mempunyai sesuatu. walaupun sebuah rumah dari batu bata. Masjid pun tidak dibina dengan batu bata. Lampu pun tidak dinyalakan di dalam masjid. Lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi hanya selepas sembilan tahun sesudah Hijrah.

Sementara itu, kira-kira seluruh kaum Arab telah memeluk agama Islam. Manusia dari pelbagai kaum, yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa, dan dari berbagai-bagai kabilah telah menjadi satu umat yang bersatu-padu. Apabila kesemua perkara telah diselesaikan, maka barulah lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi. Tetapi cahaya dari lampu hidayat telah dibawa oleh Baginda Rasulullah saw. sudah tersebar ke seluruh tanah Arab, bahkan ke kawasan-kawasan di luar daripadanya juga. Umat sudah terbentuk. Selepas itu umat telah bangun dan ke mana saja mereka tuju, maka negara demi negara telah jatuh di bawah kaki mereka.

Umat ini telah dibentuk secara begini; iaitu, tidak seorang pun di kalangan umat ini menjadi pembantu kepada keluarganya, bangsanya, saudara-maranya, kaumnya, tanahnya; tidak seorang pun yang menjadikan tujuannya mengawasi harta-benda atau anak-isteri; tetapi setiap seorang di kalangan mereka hanya melihat apakah kehendak Allah dan RasulNya. Pada zaman orang-orang Islam hidup sebagai satu umat, di mana-mana pun jika seorang Islam dibunuh, maka seluruh umat telah terkesan, bersimpati dan merasai kepedihan. Kini beribu-ribu dan berjuta-juta orang Islam telah disembelih tetapi kita tidak merasai apa-apa jua.

Umat bukanlah nama satu kaum atau satu golongan manusia yang bermukim di satu kawasan. Tetapi beratus-ratus bahkan beribu-beribu kaum yang tinggal di kawasan yang berlainan bersatu-padu menjadi satu umat. Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih umat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum. Apabila terpisah-pisah dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih umat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat umat ini yang sudah tersembelih. Sekiranya orang-orang Islam, hari ini menjadi umat seperti sedia kala, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma umat ini. Bom atom atau pun roket sekalipun, tidak boleh membinasakan mereka. Tetapi sekiranya mereka dengan semangat perkauman dan kedaerahan meneruskan fahaman menghancur-leburkan umat, maka demi Allah, senjata-senjata dan tentera-tentera kamu tidak boleh selamatkan kamu dari kemusnahan.

Hari ini orang-orang Islam di seluruh dunia telah dihimpit dan dibunuh dengan sebab kehilangan perasaan umat. Mereka telah menyia-nyiakan pengorbanan Baginda Rasulullah saw. Saya berkata tentang perkara ini dengan kepiluan di dalam hati saya, bahawa satu-satunya sebab semua kebinasaan dan kemunduran ini adalah kerana umat tidak lagi ada sebagai satu umat yang bersatu-padu; bahkan mereka telah lupa apa itu UMAT dan bagaimanakah baginda Rasulullah saw. telah membina umat ini!

"Untuk menjadi umat yang sebenar-benarnya dan supaya bantuan Allah bersama dengan orang-orang Islam, tidak cukup dengan hanya di kalangan mereka menghidupkan solat, zikir, madrasah dan kebiasaan mengajar dan belajar ilmu. Ibnu Muljam yang merupakan pembunuh Hadrat Ali r.a. adalah seorang yang banyak bersolat dan berzikir. Sehingga apabila orang-orang yang marah (atas pembunuhan Hadrat Ali r.a.) sebelum membunuhnya cuba memotong lidahnya, maka dia telah berkata, “Buatlah apa yang kamu mau, tetapi janganlah memotong lidah saya; dengannya saya boleh berzikir kepada Allah hingga ke akhir nafas saya dalam kehidupan ini.” Namun begitu Baginda Rasulullah saw. telah bersabda, “Pembunuh Ali adalah seorang yang paling buruk dan bernasib malang di kalangan umatku."

Ta’lim dari madrasah telah didapati oleh Abul Fadhal dan Faizi juga. Ilmu dan kepandaian mereka begitu tinggi sehingga boleh menulis tafsir al-Quran walaupun dengan huruf yang tidak bertitik. Walhal merekalah yang telah menyesatkan Akbar [Maharaja India dari keluarga Mughal] dan merosakkan agama Islam. Jadi, bagaimanakah perkara yang ada pada Ibnu Muljam, Abul Fadhal dan Faizi boleh mencukupi untuk menjadi umat yang sebenar dan mendapat nusrah ghaibiah dari Allah Taala.
Hadrat Syah Ismail Syahid rah.a., Hadrat Syed Ahmad Syahid rah.a., dan rakan-rakan mereka kesemua adalah satu jamaah yang unggul dan paling baik dari segi keagamaan mereka. Apabila mereka sampai ke kawasan perbatasan [yakni utara-barat Pakistan yang diduduki oleh kaum Pathan], orang-orang di sana telah menjadikan mereka pembesar-pembesar mereka. Maka syaitan telah menimbulkan di dalam hati beberapa orang Islam di sana bahawa, “Mereka ini orang-orang luar, mengapakah mereka diberi kesempatan untuk mengetuai kami?” Maka mereka telah mengawali menentang orang-orang Islam yang teguh mengamalkan agama ini. Beginilah caranya orang-orang Islam menghancurkan perasan umat oleh sebab kedaerahan mereka. Maka Allah Taala telah memberikan pembalasan dan penyeksaan dengan memberi kuasa kepada orang-orang Inggeris ke atas mereka. Ini merupakan azab daripada Allah Taala.

Ingatlah! Bahwa perkataan, kaumku, daerahku, saudaraku dan yang seumpamanya, semuanya adalah perkataan yang memecahbelahkan umat! Perkataan dan semangat sebegitu rupa adalah sangat-sangat dibenci oleh Allah Taala sehingga sedikit kesilapan dari segi ini oleh seorang Sahabat yang begitu tinggi darjatnya seperti Saad ibnu Ubadah r.a. [yang jika tidak diberhentikan dengan serta-merta pada masa itu juga, maka akan wujud perpecahan antara Ansar dan Muhajir] telah dibalas oleh Allah Taala di dunia.

Terdapat riwayat bahawa Saad ibnu Ubadah r.a. telah dibunuh makhluk jin dan di Madinah telah kedengaran pengumuman seperti berikut, tetapi tidak kelihatan makhluk yang mengumumkannya:

[Kami telah membunuh ketua kaum Khazraj: Saad ibnu Ubadah; Kami telah menjadikannya sasaran anak panah kami yang telah memasuki jantungnya!]

Daripada peristiwa ini didapati suatu contoh dan pengajaran bahawa walaupun seseorang itu mempunyai serba-serbi kebaikan, tetapi jika ia melakukan kesalahan dengan menyebabkan perpecahan umat, maka Allah Taala tetap akan menghancurkannya.


Umat akan menjadi umat yang benar apabila setiap individu dan golongan di kalangan umat ini tanpa membeza-bezakan, memegang usaha yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah saw. Dan ingatlah bahawa perkara yang memusnahkan perasaan umat adalah keburukan dari segi muamalat dan muasyarat. Apabila satu individu atau satu golongan di kalangan umat ini menzalimi dan tidak berbuat adil dengan yang lain, tidak menunaikan hak-haknya, menyakitinya, memperkecilkannya atau menghinanya maka timbullah perpecahan dan perasaan umat akan hancur. Sebab inilah saya berkata bahawa umat ini tidak dapat dibentuk dengan hanya kalimah dan tasbih. Umat akan menjadi umat yang sebenar melalui pengislahan muamalat dan muasyarat, melalui menunaikan hak-hak semua pihak dan melalui bersifat ikram terhadap sekalian orang. Bahkan apabila untuk menunaikan hak-hak orang lain, hak-hak sendiri dikorbankan, barulah umat ini akan dapat dibentuk. Baginda Rasulullah saw, Hadrat Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Hadrat Umar r.a. telah membentuk umat ini dengan cara mengorbankan kesemua kepunyaan mereka dan menanggung bermacam-macam kesusahan."


Pada zaman Hadrat Umar r.a. suatu ketika telah datang berjuta-juta dinar dan dirham dan mesyuarat telah diadakan untuk membahagi-bahagikannya. Pada masa itu umat sudah dibentuk; yang bermesyuarat itu bukanlah daripada suatu daerah atau satu kaum atau kabilah saja. Bahkan manusia daripada pelbagai kaum, kabilah dan daerah berada dalam syura tersebut yang terkenal sebagai orang-orang khawas dari segi persahabatan dengan Baginda Rasulullah saw. Melalui mesyuarat, mereka denga sepenuh perhatian telah membuat keputusan bahawa dalam pembahagian tersebut, yang paling banyak akan diberi ialah kepada kabilah baginda Rasulullah saw. Kemudian kepada ahli kabilah Hadrat Abu Bakar r.a. dan selepas itu kabilah Hadrat Umar r.a. Maka dengan keputusan ini, saudara mara Hadrat Umar r.a. telah mendapat kedudukan yang ketiga. Apabila keputusan ini telah dikemukakan kepada Hadrat Umar r.a., beliau tidak meluluskan keputusan tersebut lalu berkata, Apa juga yang diperolehi dan akan diperolehi oleh umat ini adalah kerana baginda Rasulullah saw. semata-mata. Jadi, dalam pembagian harta ini, kita akan hanya mempertimbangkan perkaitan hubungan dengan baginda Rasulullah saw sahaja. Kabilah yang paling dekat dengan baginda akan mendapat bahagian yang paling besar. Kemudian yang kedua, yang ketiga, yang keempat dan seterusnya. Jadi, bahagian yang terbanyak telah diberikan kepada Bani Hasyim. Kemudian Bani Abd Manaf, anak-anak Qasa, Kalab, Marra dan seterusnya. Mengikut tertib ini, kabilah Hadrat Umar r.a. sangat jauh terkebelakang dan bahagian yang diperolehi oleh mereka adalah terlalu sedikit. Tetapi Hadrat Umar r.a. tetap membuat keputusan ini. Beliau sendiri telah membelakangkan kabilahnya sendiri dengan pembahagian ini. Dengan cara beginilah umat ini telah dibentuk!


Untuk membentuk umat, apa yang mustahak ialah semua orang perlu mencuba supaya kesatuan hadir di kalangan umat dan supaya tidak timbul perpecahan. Maksud sebuah hadith Baginda Rasulullah saw , “Pada hari kiamat salah seorang akan dibawa kepada Allah Taala untuk pembalasan. Semasa hidup di dunia, orang itu telah mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa, mengerjakan haji, bertabligh dan lain-lain amalan yang baik. Tetapi dia akan diberi penyiksaan. Sebab, satu perkataan yang telah diucapkannya menyebabkan perpecahan di kalangan umat. Ia akan dihukum, “Rasakanlah penyiksaan untuk satu perkataan itu yang telah mendatangkan kerugian kepada umat.” Seorang lagi yang dihadapkan mempunyai mempunyai kekurangan dari segi solat, zakat, puasa, haji dan lain-lainnya dan dia dalam ketakutan akan azab Allah Taala, tetapi dia telah diberikan banyak pahala dan balasan baik sehingga dengan penuh kehairanan, dia sendiri akan bertanya, Untuk amalan saya yang mana satu, saya dimuliakan begini? Dia akan diberitahu, Pada masa dan keadaan sekian-sekian itu engkau telah mengucapkan satu perkataan yang telah menghentikan satu pergaduhan di kalangan umat yang ditahap perpecahan. Pada ketika perpecahan itu, umat telah kembali bersatu padu disebabkan perkataan kamu itu. Kesemua ini adalah pahala dan balasan untuk perkataan mu itu.


Di dalam membentuk umat dan juga merosakkan umat, peranan yang besar telah dimainkan oleh lidah. Lidah boleh menyenangkan hati orang, boleh juga ia menyakiti dan memecahkan hati. Cukup dengan satu perkataan salah yang keluar daripada lidah, maka menyebabkan penggunaan tongkat dan pergaduhan dan peperangan yang sempurna telah wujud. Demikian juga dengan satu perkataan sahaja boleh mendatangkan perdamaian dan perpaduan; ia boleh menyatukan hati-hati yang berpecah-belah. Oleh itu, perkara yang paling penting ialah lidah (percakapan) mesti dikawal supaya tidak disalahgunakan. Perkara ini hanya akan tercapai apabila seseorang itu sentiasa ada perasaan bahawa Allah ada bersama di setiap tempat dan juga Dia maha mendengar setiap perkataan yang diucapkan."

Di Madinah, pada zaman itu, ada dua kabilah Ansar, iaitu Aus dan Khazraj. Di antara keduanya telah terjadi pergaduhan dan peperangan sejak ratusan tahun. Apabila Rasulullah saw telah berhijrah dan sampai ke Madinah, orang-orang Ansar telah dikurniakan Allah dengan Islam. Maka dengan berkat Baginda dan Islam, pergaduhan dan peperangan itu telah terhenti dan Aus dan Khazraj telah hidup
dengan aman dan damai. Melihat keadaan itu, orang-orang Yahudi telah membuat satu perancangan jahat supaya Aus dan Khazraj bergaduh dan berperang semula. Di dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang-orang dari kedua kabilah tersebut, salah seorang (mengikut perancangan jahat tersebut) telah menyalakan api (menegangkan keadaan) dengan membaca satu syair mengenai peperangan mereka yang lama. Maka pada mulanya, mereka bertikam lidah antara satu sama lain dan akhirnya senjata telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Salah seorang telah segera mengadu kepada Baginda Rasulullah saw. Baginda saw. dengan serta merta datang ke tempat kejadian, lalu bersabda, Kamu hendak berperang sesama sendiri, sedangkan aku masih berada di kalangan kamu? baginda telah berkhutbah dengan ringkas tetapi penuh dengan semangat dan perasaan susah hati. Mereka telah memahami kesilapan masing-masing. Mereka telah sedar bahawa syaitan telah memerangkap mereka dengan perancangan jahat. Kedua-dua belah pihak telah menangis dan memeluk antara satu sama lain. Ayat suci telah diturunkan oleh Allah Taala:

[ يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته و لا تموتن إلا وأنتم مسلمون ]

(Seolah-olah Allah memaksudkan) Wahai orang-orang yang beriman! Takutilah Allah sepertimana yang harus kamu takuti kepada-Nya dan sampai ke nafas kamu yang terakhirlah kamu hidup sebagai hamba yang menyerah diri dan mentaati Allah.

Jadi, apabila manusia sentiasa ingat pada Allah, takut kepada kemurkaan-Nya dan sentiasa mentaati-Nya, maka syaitan pun tidak ada kesempatan untuk menyesatkannya dan umat akan terselamat dari semua pergaduhan dan keburukan yang lain
.

[ واعتصموا بحبل الله جميعا ًولاتفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا ً و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها ]
 
(Seolah-olah Allah memaksudkan) Dan berpeganglah kamu sekalian secara berjemaah dengan tali Allah yakni kitab Allah dan agama-Nya dengan teguh; yakni dengan sifat IJTIMA’IYYAT yang sempurna serta sifat perasaan umat, berpegang kepada agama dan berpautlah kepadanya. Jangan menjadi berpecah-belah atas perkauman atau kedaerahan atau dari segi bahasa. Dan janganlah melupakan ihsan Allah yang mana Allah Taala telah menghapuskan permusuhan yang telah berkekalan sesama sendiri di kalangan kamu dan telah menyatukan hati-hati kamu dan telah menjadikan persaudaraan satu sama lain. Semasa kamu berperang sesama sendiri, kamu sebenarnya telah menghampiri neraka sehingga kamu telah hampir jatuh ke dalamnya; Allah Taala telah memegang kamu dan telah menyelamatkan kamu dari neraka.
 
 
Syaitan memang ada bersama kamu. Penyelesaian masalah ini adalah di tangan kamu. Kamu seharusnya berada di dalam satu golongan yang tugasnya hanyalah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan dan fasad.

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Al ‘Imran: 104)
 
 
Di kalangan umat harus ada satu golongan yang tugasnya menyeru manusia kepada agama dan segala jenis kebaikan; mereka harus meneruskan usaha untuk iman, untuk kebaikan dan kebajikan, mereka perlu usaha atas solat, atas zikir, atas ilmu yang telah di bawa oleh Rasulullah saw. Mereka juga perlu usaha untuk selamatkan manusia dari keburukan dan segala jenis maksiat. Melalui usaha sedemikian rupa umat akan berkekalan sebagai umat yang bersatu-padu.

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١٠٥

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Al ‘Imran: 105)
 
 
Sesiapa yang selepas menerima kesemua nasihat-nasihat ini, dan masih meneruskan untuk mengikut jalan syaitan, berjalan secara berasingan, menimbulkan perlawanan dan merosakkan perasaan dan perpaduan umat, maka bagi mereka ada penyeksaan yang keras.
 
 
Kesemua ajaran dan perkara-perkara dalam agama mempunyai JORD (kesatuan) dan juga untuk kesatuan dan perpaduan. Di dalam solat ada Jord, dalam puasa ada Jord. Dalam haji ada Jord bagi pelbagai kaum dan bangsa dan negara dan manusia yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa. Di dalam halaqah ta’lim ada Jord. Sifat ikram (memuliakan) orang-orang Islam dan mencintai orang-orang Islam, memberi dan menerima hadiah antara satu sama lain, kesemua ini adalah yang mendatangkan kesatuan dan yang membawa ke syurga. Mereka yang membuat usaha untuk kesemua amalan ini akan mendapati wajah mereka berseri-seri pada hari Hisab."
 
 
Dan sebaliknya, benci, hasad, dengki, mengumpat, menghasut, menghinakan orang, mengecilkan hati orang dan menyakiti hati orang, kesemua ini adalah perbuatan yang menyebabkan perpecahan dan membawa ke neraka. Mereka yang melakukan perbuatan tersebut akan dihinakan pada hari Hisab.

يَوۡمَ تَبۡيَضُّ وُجُوهٌ۬ وَتَسۡوَدُّ وُجُوهٌ۬‌ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسۡوَدَّتۡ وُجُوهُهُمۡ أَكَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَـٰنِكُمۡ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (١٠٦
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱبۡيَضَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فَفِى رَحۡمَةِ ٱللَّهِ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١٠٧

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu. Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-'Imran: 106-107)
 
 
Mereka yang telah memecah-belahkan dan menjalani perbuatan yang memecah-belahkan, telah menghancurkan perasaan umat, maka pada hari kiamat mereka akan bangkit dari kubur masing-masing dengan muka yang hitam; mereka akan diberitahu bahawa kamu telah mengambil cara-cara orang kafir setelah kamu dikurniakan dengan Iman dan Islam. Jadi, rasailah kamu di sini azab neraka sepertimana telah kamu kufurkan. Dan mereka yang ikut jalan yang betul, wajah-wajah mereka akan bercahaya dan berseri-seri. Untuk selama-lamanya mereka akan berada di dalam rahmat Allah Ta'ala dan syurga."
 
 
Saudara-saudaraku dan teman-temanku sekalian! Kesemua ayat-ayat ini telah diturunkan pada masa orang-orang Yahudi telah cuba untuk memecah-belahkan orang-orang Ansar dan menjadikan dua kabilah Ansar bermusuhan antara satu sama lain. Di dalam ayat-ayat tersebut, perpecahan, pergaduhan dan berperang antara satu sama lain di kalangan umat telah disifatkan sebagai kufur dan telah diberi ancaman untuk azab di akhirat.

Pada hari ini di seluruh dunia telah berlaku usaha untuk memecah-belahkan perasaan sebagai satu umat. Jalan penyelesaian dan perkara yang boleh mengatasinya ialah hendaklah kamu menyibukkan diri kamu sendiri dalam usaha Baginda Rasulullah s.a.w. Hendaklah kamu mengajak orang-orang Islam ke masjid. Hidupkanlah perbincangan tentang iman. Dirikanlah halqah Ta'lim dan Zikir. Bermesyuaratlah mengenai usaha agama. Telah terbukti bahawa pelbagai kaum, keturunan dan manusia dari berbagai-bagai daerah dan yang bercakap berbagai-bagai bahasa telah bersatu padu melalui amalan-amalan ini di Masjid Nabawi.
 
 
Perasaan perpaduan umat akan hidup apabila kamu akan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang memberi peluang kepada syaitan untuk memecah-belahkan kamu. Apabila tiga orang duduk bersama, maka hendaklah kamu ingat bahawa yang keempat bersama kamu adalah Allah s.w.t. Apabila ada empat atau lima orang duduk bersama, maka hendaklah kamu selalu ingat bahawa Allah s.w.t bersama kamu sebagai yang kelima atau yang keenam; Dia mendengar setiap perkataan kamu dan Dia melihat sama ada kamu berbincang untuk perpaduan umat ataupun kamu memecahbelahkan umat. Adakah kamu sedang mengumpat atau menghasut, atau membuat perancangan jahat untuk orang lain.
 
 
Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.
 


 
 

 
 
Ingatan kepada ahli ahli  politik yang menyamar  sebagai ulama-jangan pecahbelahkan  KESATUAN ISLAM melalui fikrah Wahhabi
 
Penjelasan Perlembagaan Persekutuan adalah Islamik dan gerakan musuh Islam untuk meruntuhkan Pemerintah Islam sedia ada di PEMBELA cabar buktikan-perkataan-sekular-dalam-perlembagaan-persekutuan dan PEMBELA-cubaan-menghakis-kedaulatan-islam-sebagai-agama-negara-dengan-mendakwa-malaysia-adalah-negara-sekular
 
 
Kekuatan Russia dan Amerika juga akan tunduk di hadapan mereka. Dan perasaan umat akan hanya datang apabila diamalkan atas ayat:

أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman.. (Surah al-Maidah: 54)


Yakni, setiap orang Islam disisi orang Islam yang lain akan mengecilkan, merendahkan, dan menghinakan diri dan akan berkelakuan lemah-lembut terhadapnya. Di dalam tabligh harus kita melatihkan diri untuk perkara ini. Apabila akan datang sifat ( أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ) di kalangan orang-orang Islam, maka di dunia mereka akan menjadi:

أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ


Maksudnya: ..berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir.. (Surah al-Maidah: 54)

Yakni, ia akan dimuliakan berbanding dengan orang-orang kafir. Ia akan dikurniakan Allah s.w.t dengan kehebatan dan kemenangan ke atas orang-orang kafir.
 
Pembunuhan ulama Sufi di Rusia  oleh Wahhabi
 
Akhir kata Al Fatehah ke atas ruh ulama ulama negara bekas jajahan Soviet yang dibunuh Wahhabi SINI
 
 
Sumber 
Ustaz Kazim Elias
PEMBELA
Ali Russia 
Al Jazeera

 

Sunday, February 12, 2012

Ikhlaslah bila menegur


Bila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan akidah ugama berlaku janganlah melihat dari kacamata kepartian. Terkini heboh bila DS Najib meraikan Thaipusam di Batu Caves.
Sesuatu yang melanggar akidah ialah bilamana perbuatan itu MENYAMAI UPACARA KEUGAMAAN LAIN.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.


Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam

Meraikan orang bukan Islam atau menghadiri Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas (Pembaca diminta untuk meneliti dan membuat telahan sendiri ke atas gambar pertama dan ke empat  dari kiri beberapa ADUN Pakatan mengambil bahagian dalam upacara keugamaan dengan menundukkan kepala berbanding gambar pemakaian kalung bunga sebagai tanda DS Najib TETAMU DIRAIKAN  di gambar pertama kanan-yang mana langgar akidah?).



# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus (Rujuk pemakaian  Jubah Warna Jingga Khas Untuk Sami Buddha dalam kes seorang Menteri Besar dari Kelantan- gambar ketiga dari kiri berbanding pemakaian kalung bunga untuk menghormati dan meraikan  seorang PM di gambar ketiga kanan-yang mana langgar akidah?).

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.


Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM. Garispanduan di sini garis-panduan-orang-islam-merayakan-perayaan-agama-lain

Berikut pesanan Pesan rakan FB Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu diteliti. Nota tambahan saya dalam kurungan.
"Tak perlulah pendokong-pendokong mana mana  Parti menjustifikasi tindakan pemimpin masing-maseng.
Yang jelas... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Yang lebih penting semua wajar memainkan peranan agar mengelakkan daripada terjebak.
Seperti saya sebutkan sebelum ini, janganlah kerana keghairahan utk menagih undi (kaum kaffir)  kita tergamak melakukan perkara yang jelas bertentangan dgn prinsip agama. Badan-badan dakwah dan ilmuan agama juga berperanan melangkaui Parti. (Ilmu ugama perlulah disampaikan dengan ikhlas tanpa berpaksikan party politik-jika pemimpin party SALAH maka dia perlu ditegur)
Teguran mesti dilakukan secara adil kepada semua bukan hanya bersuara bila melibatkan pemimpin daripada  Parti yg bukan daripada kalangan yg didokongi. Tetapi bila pemimpin Parti yang didokong melakukannya seribu bahasa atau lebih buruk lagi mencari Hujah untuk menjustifikasikannya"

Akhir sekali saya tambah pesanan dari ustaz saya-bila kita mempelajari ilmu ugama maka semakin besar  tanggungjawab kita -kita perlu BERAMAL dengan ilmu tersebut dan menegur setiap kemungkaran. Dan setiap teguran kita perlu IKHLAS tanpa mengira kedudukan dan di Malaysia ini -party yang didokongi orang yang ditegur

Monday, March 22, 2010

Penentangan Ulama Pondok Kelantan terhadap Nik Aziz dan PAS

Penentangan ulama pondok Kelantan terhadap kepimpinan PAS telah lama. Bagai api dalam sekam, isu ini berjaya dilindungi oleh PAS melalui berbagai gertakan terutama melibatkan isu  "funding" sekolah-sekolah pondok tersebut.  Terkini adalah di sini http://www.facebook.com/l.php?u=http%253A%252F%252Fwww.utusan.com.my%252Futusan%252Finfo.asp%253Fy%253D2010%2526dt%253D0321%2526pub%253DUtusan_Malaysia%2526sec%253DRencana%2526pg%253Dre_02.htm&h=205d235fd2111298078c487c122d5a20&ref=mf


Blog ini pernah mengeluarkan artikel penentangan para ulamak pondok  di sini

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/03/pas-dan-hukuman-ciptaan-manusia.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/siapa-wahhabi-sebenarnya.html

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/20/Isu_Wahhabi_di_Malaysia_satu_pengenalan_mesti_baca

http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/

Antara ulama pondok  di Kelantan pula yang dan telahpun menasihati Nik Aziz Nik Mat adalah mereka yang dianggap tokoh dalam bidang ugama seperti senarai di bawah ini


1-  Tuan Guru Hj Abdullah Sa’amah, Ulama dan Pengasas Madrasah Al’Najmiah, Pondok Getting-artikel Utusan 21/3/10

2-Tok Ayah Mat Jibril,


3- Tok Imam Mansor,


4-Tok Ayah Bidin,

5-Tok Ayah Mat Pohon Tanjung dan ramai lagi (2-5 dari sumber dari ruang diskusi Nik Aziz Nik Mat di sini http://www.facebook.com/topic.php?uid=358919387591&topic=13759 )

Diberitakan, Nik Aziz semakin berani semenjak seorang ulama pondok yang terkenal seluruh negeri Kelantan dalam bidang tasawuf meninggal dunia baru baru ini

Berikut diturunkan semula ciri wahabi  untuk renungan pembaca

Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre/ Blog Tahu, Faham  dan Amal

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.



Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.


Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:



Dari Sudut AQIDAH:


01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.



03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.



04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.


Dari Sudut FIQH:



01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.



02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.


03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.



05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.


06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:


01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.


03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.


06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.


07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.


08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.


09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.


11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.


12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.