Showing posts with label akidah sesat. Show all posts
Showing posts with label akidah sesat. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

pesanan ustaz Kazim Elias menjelang PRU 13

Wacana isu isu semasa umat Islam yang dianjurkan MUAFAKAT pada Ahad lepas di Kelab Sultan Sulaiman.
 
Bebeberapa isu semasa termasuk kesesatan akidah yang dibawa sebuah party politik, dendam kesumat politik, bagaimana dendam tersebut diindokrinasikan kepada pengikut party politik tersebut sehingga membentuk  ASSOBIYAH, dan gejala yang boleh merosakkan iman, penghakisan  kuasa politik dan ekonomi umat Islam jika gejala ini tak ditangani dihuraikan secara baik dan menarik   oleh Ustaz Kazim Elias.
 
 
 
atau klik ke link ini SINI

Monday, June 11, 2012

Teguran Ikhlas ilmuan ugama terhadap Nik Aziz yang menghina Rasulullah S.A.W

Teguran Nik Aziz terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani sebenarnya membuka pekung Wahhabinya sendiri. Keceluparan mulut Nik Aziz terhadap Rasulullah SAW bukan baru. Malah bila dalam ucapannya nak membantai Harussani sebenarnya dia mengambil peluang sekali lagi menghina Rasulullah SAW dengan  menyamakan Baginda Rasulullah hijrah ke Madinah kerana nakkan kerusi (pilihanraya) sebenarnya Nik Aziz telah menghina Rasulullah S.A.W. Baginda berhijrah ke Madinah semata mata untuk mengembangkan syiar Islam. Baginda pernah ditawarkan segunung emas sebesar  Bukit Uhud yang memerah di Madinah tapi baginda tetap dengan zuhudnya. Sudah sudahlah Nik Aziz mengambil kesempatan menghina Rasulullah S.AW.
 
KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.

Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?"-Nik Aziz



Umat Islam sewajarnya mengenal yang mana ulama suk dan yang mana ulama sebenar. Youtube TEGURAN ILMUAN ISLAM TERHADAP NIK AZIZ boleh didengari untuk menerangkan kesalahan akidah yang telah dilakukan Nik Aziz.





Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas..

Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan),
Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kg biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi ROSUL dan NABI, dan kenyata'an beliau bahawa ALLOH ta'ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLOH ta'ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata'an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus...BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata'an beliau ini besar mudhoratnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.

Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya'an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH  yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang. Mereka ialah:

1) Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas)

2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM)

3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI)

4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA)
5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa'amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN)

6) AL-Fadhil Ustaz Zainal 'Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO )

7) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS)

8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

9) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh:

10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)

video klip ini bertujuan supaya ummat islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK.... kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina
hanya di atas semata-mata munasabah 'aqal bah di bina di atas naqol....Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA'ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL... selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLAH....

Sunday, March 25, 2012

PAS-perjuangan yang terpesong

Kenapa kini perjuangan PAS terpesong?

Ada 2 sebab iaitu dari risikan sebanyak  60 sehingga 70 peratus kepimpinan PAS dari peringkat cawangan sehingga pusat adalah berfikrah wahhabi dan jawapan kedua kerana infiltration CIA.

Saya pernah dedahkan dulu bahwa infiltration CIA ke dalam PAS telah berjalan begitu lama kerana CIA melalui agensi covert operation iaitu NED mahukan satu " organisasi ugama" bagi mencapai impian penjajahan semula sesebuah negara di alaf baru -dan ini merungkai kenapa polisi PAS mirip Liberalisasi ugama lewat masa kini.



atau layari di http://youtu.be/LdxScDgFTq4

Satu lagi rujuk pendedahan Ustaz Ahmad Hulu Kelang  mengenai Ibn Tamiyyah (yang memperkenalkan fikrah wahhabi) bahwa rujukan beliau menggunakan bible untuk menterjemah fikrah Wahhabi.
Bukti Pluralisem Ugama -Kitab Ibn Tamiyyah -tok guru para wahhabi termasuk ahli politik dalam PAS-membenarkan penggunaan bible sebagai rujukan

Sedutan tazkirah Ustaz Ahmad :

Assalamualaikum. Tazkirah Ustaz Ahmad: Ibnu Taimiyyah berhujah menggunakan buku-buku kristian untuk membenarkan akidahnya yang menyeleweng. Beliau menyatakan pada Nabi Isa yang kononnya berkata: Dan ayah kamu di langit. Gambar di atas adalah bukti kenyataan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya sendiri

Dan ada penyokong Wahhabi tegar mengatakan dengan menakwil buku Ibnu Taimiyyah tersebut, si Wahhabi mengatakan bahwa
ini terdapat pada kitab injil yg benar.

 Sedangkan para alim ulamak Ahli Sunnah seperti Imam al-Qorrofi al-Maliki menukilkan ijmak ulamak bahawa barang siapa yg menyandarkan anak atau ayah kepada Allah maka dia telah terkeluar dari Islam. Imam al-Andalusi dalam Tafsirnya mengatakan bahawa sesiapa yg menamakan Allah dgn bapa maka dia telah kafir walaupun dia mendakwa takwil. Berhati-hati semua dgn penulisan-penulisan seumpaman ini,
Rujukan

Sunday, February 12, 2012

Ikhlaslah bila menegur


Bila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan akidah ugama berlaku janganlah melihat dari kacamata kepartian. Terkini heboh bila DS Najib meraikan Thaipusam di Batu Caves.
Sesuatu yang melanggar akidah ialah bilamana perbuatan itu MENYAMAI UPACARA KEUGAMAAN LAIN.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.


Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam

Meraikan orang bukan Islam atau menghadiri Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas (Pembaca diminta untuk meneliti dan membuat telahan sendiri ke atas gambar pertama dan ke empat  dari kiri beberapa ADUN Pakatan mengambil bahagian dalam upacara keugamaan dengan menundukkan kepala berbanding gambar pemakaian kalung bunga sebagai tanda DS Najib TETAMU DIRAIKAN  di gambar pertama kanan-yang mana langgar akidah?).



# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus (Rujuk pemakaian  Jubah Warna Jingga Khas Untuk Sami Buddha dalam kes seorang Menteri Besar dari Kelantan- gambar ketiga dari kiri berbanding pemakaian kalung bunga untuk menghormati dan meraikan  seorang PM di gambar ketiga kanan-yang mana langgar akidah?).

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.


Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM. Garispanduan di sini garis-panduan-orang-islam-merayakan-perayaan-agama-lain

Berikut pesanan Pesan rakan FB Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu diteliti. Nota tambahan saya dalam kurungan.
"Tak perlulah pendokong-pendokong mana mana  Parti menjustifikasi tindakan pemimpin masing-maseng.
Yang jelas... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Yang lebih penting semua wajar memainkan peranan agar mengelakkan daripada terjebak.
Seperti saya sebutkan sebelum ini, janganlah kerana keghairahan utk menagih undi (kaum kaffir)  kita tergamak melakukan perkara yang jelas bertentangan dgn prinsip agama. Badan-badan dakwah dan ilmuan agama juga berperanan melangkaui Parti. (Ilmu ugama perlulah disampaikan dengan ikhlas tanpa berpaksikan party politik-jika pemimpin party SALAH maka dia perlu ditegur)
Teguran mesti dilakukan secara adil kepada semua bukan hanya bersuara bila melibatkan pemimpin daripada  Parti yg bukan daripada kalangan yg didokongi. Tetapi bila pemimpin Parti yang didokong melakukannya seribu bahasa atau lebih buruk lagi mencari Hujah untuk menjustifikasikannya"

Akhir sekali saya tambah pesanan dari ustaz saya-bila kita mempelajari ilmu ugama maka semakin besar  tanggungjawab kita -kita perlu BERAMAL dengan ilmu tersebut dan menegur setiap kemungkaran. Dan setiap teguran kita perlu IKHLAS tanpa mengira kedudukan dan di Malaysia ini -party yang didokongi orang yang ditegur

Friday, October 9, 2009

Wahabi Salafi ialah Neo Khawarij

Jika post terdahulu anda dihidangkan dengan pendapat bahawa Fahaman Wahhabi "tidak mnyalahi akidah" di Malaysia, maka dalam artikel dibawah dijelaskan bahawa Wahhabi adalah golongan Kawaridj Baru atau digelar Neo Kawaridj

Wahhabi yang berperanan dalam kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah di Turki telah menaikkankan Ibn Saud dan menjadikannya Raja di Saudi Arabia.

Bacalah petikan di bawah dan kenapa Wahhabi dianggap Kawaridj baru dan lihat sendiri hukum menyokong golongan Kawaridj di link sini

Wahabi Salafi ialah Neo Khawarij