Sunday, February 12, 2012

Ikhlaslah bila menegur


Bila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan akidah ugama berlaku janganlah melihat dari kacamata kepartian. Terkini heboh bila DS Najib meraikan Thaipusam di Batu Caves.
Sesuatu yang melanggar akidah ialah bilamana perbuatan itu MENYAMAI UPACARA KEUGAMAAN LAIN.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.


Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.


Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam

Meraikan orang bukan Islam atau menghadiri Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:

# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas (Pembaca diminta untuk meneliti dan membuat telahan sendiri ke atas gambar pertama dan ke empat  dari kiri beberapa ADUN Pakatan mengambil bahagian dalam upacara keugamaan dengan menundukkan kepala berbanding gambar pemakaian kalung bunga sebagai tanda DS Najib TETAMU DIRAIKAN  di gambar pertama kanan-yang mana langgar akidah?).



# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus (Rujuk pemakaian  Jubah Warna Jingga Khas Untuk Sami Buddha dalam kes seorang Menteri Besar dari Kelantan- gambar ketiga dari kiri berbanding pemakaian kalung bunga untuk menghormati dan meraikan  seorang PM di gambar ketiga kanan-yang mana langgar akidah?).

# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.


Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM. Garispanduan di sini garis-panduan-orang-islam-merayakan-perayaan-agama-lain

Berikut pesanan Pesan rakan FB Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu diteliti. Nota tambahan saya dalam kurungan.
"Tak perlulah pendokong-pendokong mana mana  Parti menjustifikasi tindakan pemimpin masing-maseng.
Yang jelas... Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menggariskan bahawa meraikan upacara keagamaan agama lain adalah menyanggahi Syarak. Yang lebih penting semua wajar memainkan peranan agar mengelakkan daripada terjebak.
Seperti saya sebutkan sebelum ini, janganlah kerana keghairahan utk menagih undi (kaum kaffir)  kita tergamak melakukan perkara yang jelas bertentangan dgn prinsip agama. Badan-badan dakwah dan ilmuan agama juga berperanan melangkaui Parti. (Ilmu ugama perlulah disampaikan dengan ikhlas tanpa berpaksikan party politik-jika pemimpin party SALAH maka dia perlu ditegur)
Teguran mesti dilakukan secara adil kepada semua bukan hanya bersuara bila melibatkan pemimpin daripada  Parti yg bukan daripada kalangan yg didokongi. Tetapi bila pemimpin Parti yang didokong melakukannya seribu bahasa atau lebih buruk lagi mencari Hujah untuk menjustifikasikannya"

Akhir sekali saya tambah pesanan dari ustaz saya-bila kita mempelajari ilmu ugama maka semakin besar  tanggungjawab kita -kita perlu BERAMAL dengan ilmu tersebut dan menegur setiap kemungkaran. Dan setiap teguran kita perlu IKHLAS tanpa mengira kedudukan dan di Malaysia ini -party yang didokongi orang yang ditegur

3 comments:

Anonymous said...

Saya pulak nak tegur sikit sila perbetulkan ejaan "Tahipusam" diperenggan ke tiga. Saya berbaik sangka bahwa saudara tersalah eja. Jika disengajakan dan untuk bermaksud menghina kepercayaan orang lain saudara jawablah dengan Allah s.w.t nanti. Terimakasih.

p/s sekadar menegur secara ikhlas.

Anonymous said...

Buat yang belajar ilmu agama dan ilmu kemanusiaan, Kekadang kita perlu mengambil yang lebih mudah. Kerana ajaran Islam itu adalah memudahkan dalam banyak segi. DS Najib hadir ke Batu Caves atas kapasiti beliau sebagai ketua negara, pemimpin kepada sekalian rakyat Malaysia yang termaktub haknya di dalam perlembagaan juga dalam ajaran Islam. Lagipun Thaipusam adalah perayaan statik di satu tempat yang khas buat kaum India. Takkan nak buat open house Thaipusam di PWTC. Kita doakan agara PM kita terus mantap iman dan pegangan akidahnya. Bukannya sengaja nak timbulkan polemik.

Anakbukitgantang said...

Anon 7.07 pm- ya pembetulan ejaan-Thaipusam- terima kaseh

Anon 7.52 pm- hadir sebagai tetamu tidak mengapa-jangan hadir mengikuti sebahagian atau keseluhan upacara keugamaan kerana ianya menyerupai ugama kaum tersebut

Saya amat berharap agar Menteri Ugama di Jabatan Perdana Menteri lebih teliti utk menasehati pengajur mana mana program keugamaan agar tidak menjalankan program yg bercanggah dengan akidah- Dalam hal ini Program detail yg dipanggil "Administration Program" PERLU DISERAHKAN KEPADA Jabatan Adat dan Istiadat serta Menteri Ugama di Jab Perdana Menteri utk diteliti -satu lagi berkenaan kalungan bunga itu saya teringat satu ketika dulu TDM mengarahkan agar kalungan bunga tersebut dibuat saiz kecil atau di buat corsage sahaja seperti rasminya majlis majlis lain-wallahualam