Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Kumpulan 25 Kena balun dengan Tokoh Islam 35

24 Tokoh Pemikir Islam "Moderat". Seoramh dari mereka Tan Sri Abdul Rahim Haji Din telah menarik diri secara rasmi dari Kumpulan 25 ini.
17 Disember, 2014

33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka

MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.


“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

“Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.

Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT

MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH

15 Disember 2014

Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]

Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.

Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: “Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan”.

Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.

Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.

Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya”

Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.

Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?

Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah, 

penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )


Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R


Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor,
Mufti Negeri Pulau Penang


Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM


Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak


Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP


Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM


Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia


Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP


Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM

Dato Hj Sulaiman Abdullah,

Mantan Profesor Undang-undang UM

Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.


Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM


Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM


Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM


Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail,
Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM


Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM


Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM


Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam


Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM


Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM


Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.


Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,


Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,


Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,


Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM


Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI


Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,


Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS


Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis


Sumber :
Agendadaily.com

Friday, November 15, 2013

Isu Comango- taklimat pasca UPR oleh saudara Azril Mohd Amin

Taklimat Pasca UPR


Apa itu COMANGO dan apa pembentangan yang dibuat oleh Saudara Azril Ketua DelegasiMuslim PrO di Geneva
 
Tarikh pembentangan malam ini 15 Nov
Tempat Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya
Masa 8.30 malam

 

Wednesday, October 23, 2013

Kerana flood gate telah dibuka maka kalimah Allah di bawa sampai ke United Nation

MEMORANDUM GABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM PROSES UPR (MuslimUPRo)

Selepas PRU12 Mac 2008, pemimpin Liberal PAS Khalid Samad merangkap MP Shah Alam dan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor sudah membuka pintu supaya Kalimah Allah digunapakai non Muslim.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober  2013 nampaknya tidak meredakan hati umat Islam bila Kalimah Allah terus dibawa ke "Mahkamah Antarabangsa" melalui United Nations.

Mantan Menteri Amaran Dalam Negeri yang tak perform pula telah melakukan silap besar bila membenarkan kalimah Allah di bawa dan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sedehnya Menteri ini diangkat lagi jadi VP No 3 UMNO kerana kuasa persuasive sepupunya .

Penyundalan kalimah Allah dan ugama Islam tak berakhir di sini kerana anehnya beberapa pemimpin "Islam" PAS dan PKR terus menerus menjadi syaitan bisu dan akur di permainkan oleh DAP dan COMANGO yang menjalankan agenda agresif untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah contextualisation dengan penggunaan kalimah Allah, iaitu  satu modus operandi pemurtadan umat Islam yang sangat berjaya di Indonesia.




Tuntutan Comango sampai ke United Nations

Kenyataan NGO Islam  UPR ini dikeluarkan  pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabií itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).


Thursday, August 22, 2013

Keputusan penggunaan kalimah Allah di kalangan kafir hari ini



Hakim Mahkamah Rayuan yang menentukan keputusan hari ini ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Karim dan Datuk Rohana Yusof.


Bagi memahami siapa pihak yang memulakan kontroversi menggunakan kalimah Allah (Paderi Andrew), siapa party Islam yg menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh DAP (PAS) ,parti yang mencetuskan kontroversi dan trangress Majlis Fatwa (DAP) mari kita lihat KRONOLOGI EVENT:-
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”.

Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
  • Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?
    Semasa Semakan Kehakiman
    • Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
    • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
    • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
    Selepas Semakan Kehakiman
    • Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
    • Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
    • Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
    Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”

    Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini

    Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :

  • Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
  • Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
  • Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
  • Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang)  PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


  • UPDATE-  oleh anakbukitgantang

    22 Ogos 2023- Kementerian Dalam Negeri (KDN) Menang dan  Gereja serta akhbar gereja The Herald kekal  ditahan ( injunksi) tak boleh guna kalimah Allah  untuk sebaran umum.

    10 September 2013-Penghakiman bertulias akan dibuat pada bulan Oktober. Umat Islam diminta mengekalkan pressure  untuk memastikan kalimah Allah tidak digunapakai kafirun. Ini bukan isu politik-dan mana mana ahli PAS dan PKR yg dah terpesong dan bertaklid buta mengikut pemimpin Lieberlaisme Ugama (Wahabi Syiah dan Neo Liberalisme Ugama dalam party tersebut) di minta bertaubat. Allah Yang Esa dalam Islam tidak sama dengan Tuhan Tiga Dalam Satu (Tuhan Trinity) orang Kristian. Sesungguhnya perbuatan tersebut sama seperti mensyirikkan Allah.
  • Kesimpulan

    Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti  dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk

    Sumber

    anakbukitgantang

    http://apanamadotcom.wordpress.com/2013/01/15/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang-larangan-penggunaan-kalimah-allah-di-dalam-bible-bagaimana-isu-ini-bermula/


    Tuesday, April 30, 2013

    pesanan ustaz Kazim Elias menjelang PRU 13

    Wacana isu isu semasa umat Islam yang dianjurkan MUAFAKAT pada Ahad lepas di Kelab Sultan Sulaiman.
     
    Bebeberapa isu semasa termasuk kesesatan akidah yang dibawa sebuah party politik, dendam kesumat politik, bagaimana dendam tersebut diindokrinasikan kepada pengikut party politik tersebut sehingga membentuk  ASSOBIYAH, dan gejala yang boleh merosakkan iman, penghakisan  kuasa politik dan ekonomi umat Islam jika gejala ini tak ditangani dihuraikan secara baik dan menarik   oleh Ustaz Kazim Elias.
     
     
     
    atau klik ke link ini SINI

    Thursday, March 21, 2013

    bila jemaah berlagak "gangster"

    Satu pengajaran.......walau bagaimanapon  fahaman politik kita , kita semua menyembah Tuhan Yang Satu  http://youtu.be/pya4c_nYTsA

    Sewajarnya kita bersatu bawah 2 kalimah syahadah. Satu vlog yang sangat menarek dari ilmuan Islam.


    Sunday, February 17, 2013

    mempertahankan Saidina Khadijah dan Ummul Mukminin dari dipluralismekan

    Lewat ini ada cubaan mempluralisme ugama dan menyamakan tokoh wanita Islam dengan pasangan isteri orang politik untuk political mileage. Sesungguhnya cubaan ini sangat menghinakan bagi wanita Ummul Mukminin (Ibu Orang Beriman) yang cuba disamakan dengan Ibu Orang Yang Cuba Menggalakkan Umat Islam Murtad   MUAFAKAT JAWAB NURUL IZZAH.


    Ucapan Nurul " There is compassion In Islam" menyalaherti ayat Al Quran. Islam tidak melarang kafir mengamalkan ugama mereka tapi melarang umat Islam MURTAD. Nurul memutar belit ayat berkenaan bagi memenangi hati kafir dalam sebuah gereja .



    Presiden PKR, Wan Azizah menerima Anugerah Sayyidatina Khadijah 2012 dari Dr Siddiq Fadzil -cubaan mempolitikkan Ummul Mukminin

    Saidina Khadijah bukan sahaja isteri Rasulullah SAW tapi adalah antara 4 wanita yang sangat mulia di dalam sejarah Islam dan dunia
     
    Saidina Khadijah adalah antara 4 nama yang disebut sebagai wanita Islam terulung dalam peradaban dunia.

    4 nama wanita mulia dalam sejarah :-
     
    i-Saidina Khadijah isteri Rasulullah SAW  dan Srikandi Islam yang mengorbankan seluruh hartanya dan nyawanya untuk bersama Rasulullah SAW menegakkan Islam. Baginda wafat tahun ketiga dalam pemulauan kaum musyrikin Makkah ke atas umat Islam di  Shiib Abi Talib, Lembah Abi Talib. Sebagai wanita bangsawan yang mempunyai kedudukan terpuji ketika itu Saidina Khadijah mampu untuk hidup mewah tapi baginda keluar dari banglo mewahnya  semata mata untuk bersama suami tercinta Rasulullah SAW.
     
    Begitu tabahnya baginda Saidina Khadijah sehingga Malaikat Jibrail memberi Salam kepada baginda sewaktu baginda mendaki batu kerikir bukit Hira'   bagi mengangkut makanan kepada Nabi yang suluk di Gua Hira'
     
               Saidina Khadijah mendaki gunung ini untuk memberikan makanan kepada Rasulullah SAW
     
    ii-Saidina Fatimah, anakanda Raulullah SAW dan Saidina Khadijah yang menjadi Penghulu  muslimah di syurga. Walupun puteri Rasulullah SAW , Saidina Fatimah sangat hormat suaminya dan membanting tulang menguruskan rumah tangga tanpa bantuan orang gaji. Tatkala di tegur Saidina Ali kerana mengeluh kepenatan menguruskan rumah tangga, Saidina Fatimah berlari dan mengelilingi Saidina Ali memohon keampunan suaminya yang sangat dihormati. Tidak pernah keluar perkataan dan kata nista terhadap suaminya walaupon Saidina Ali tak mampu memberikan Saidina Fatimah kemewahan duniawi.
     
    iii- Siti Asiah, isteri Firaun yang berugama Hanif (mempercayai Tuhan Yang Esa) dan ibu angkat Nabi Musa. Baginda sanggup mempertahankan maruahnya dan ugamanya walaupon ditawarkan kemewahan dunia sebagai isteri Firaun
     
    iv-  Mashitah, yang mana bau kuburnya yang harum dicium baginda Rasulullah SAW sewaktu israq mikraj. Mashitah dan seluruh keluarganya dibunuh oleh Firaun kerana mempertahankan ugama Hanif. Rahsia Mashitah sebagai seorang Islam diketahui bila Mashitah menyebut Laa Ilah Ha Ilallah-yang membawa maksud Tiada Tuhan Melainkan Allah dan bukannya Firaun sebagai tuhan sewaktu menyikat rambut puteri Firaun. Mashitah enggan murtad dan atas sebab itu Mashitah dan keluarga dibunuh dengan menghumban mereka dalam minyak panas.
     
    Saidina Khadijah bukan sahaja bonda kepada anak anak Rasulullah SAW, Saidina Khadijah mempercayai perjuangan Rasulullah SAW dan mengakui KEIMANAN Rasulullah SAW sewaktu kaum mushrikin Makkah memusuhi Rasullullah SAW kerana mengembangkan ugama Allah iaitu Islam.

    Gelaran Ummul Mukminin (Ibu Orang Beriman)
     
    UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti ‘ibu orang beriman.’ Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

    Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

    Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat:

     …Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah
    .
    Perawi hadis
    Ada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad SAW, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat.

    Isteri Nabi Muhammad SAW yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad SAW mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

    Isteri-isteri Nabi SAW
    Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya.

    Tawanan perang
    Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perang di antara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6 Hijrah, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum Muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum Muslimin. Salah seorang tawanannya ialah, Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad SAW mengahwininya.

    Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum Muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum Muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam.
    Nabi Muhammad SAW mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya, beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW

    Ahl al-Bait
    Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Di dalam al-Quran, istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

    Rujukan
    Nota sendiri di majlis Maulid Nabi dan Haul Saidina Khadijah Al Kubra di Yayasan Al Jenderami