Wednesday, October 23, 2013

Kerana flood gate telah dibuka maka kalimah Allah di bawa sampai ke United Nation

MEMORANDUM GABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM PROSES UPR (MuslimUPRo)

Selepas PRU12 Mac 2008, pemimpin Liberal PAS Khalid Samad merangkap MP Shah Alam dan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor sudah membuka pintu supaya Kalimah Allah digunapakai non Muslim.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober  2013 nampaknya tidak meredakan hati umat Islam bila Kalimah Allah terus dibawa ke "Mahkamah Antarabangsa" melalui United Nations.

Mantan Menteri Amaran Dalam Negeri yang tak perform pula telah melakukan silap besar bila membenarkan kalimah Allah di bawa dan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sedehnya Menteri ini diangkat lagi jadi VP No 3 UMNO kerana kuasa persuasive sepupunya .

Penyundalan kalimah Allah dan ugama Islam tak berakhir di sini kerana anehnya beberapa pemimpin "Islam" PAS dan PKR terus menerus menjadi syaitan bisu dan akur di permainkan oleh DAP dan COMANGO yang menjalankan agenda agresif untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah contextualisation dengan penggunaan kalimah Allah, iaitu  satu modus operandi pemurtadan umat Islam yang sangat berjaya di Indonesia.




Tuntutan Comango sampai ke United Nations

Kenyataan NGO Islam  UPR ini dikeluarkan  pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ­ itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).


3 comments:

Anonymous said...

KIta adalah negara berdaulat.

Masuknya kita kedalam PBB adalah dengan sebab permohonan kita bukan di paksa.

Oleh itu tiada sebab untuk PBB campurtangan dan membuat keputusan berat sebelah apabila melayan keinginan mereka.

Sekiranya ini di sokong PBB banyak negara negara Islam lain perlu di samaratakan mengikut hak asasi Manusia Yahudi ini.

Lagi pun dalam Islam keadilan itu bukannya samarata tetapi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang hak.

Umpamanya hak assai isteri dan suami tidak sama di sisi Islam.

Anonymous said...


Sebenarnya, UN, ICC, hadiah Nobel, pertubuhan Commonwealth, TPPA, NGO-NGO yg. ditaja Barat-Zionis dsbnya, adalah SENJATA si KAPIR DAJAL Barat-Zionis utk. MENJATUHkan Islam/umatnya dan MENJAJAH kita, apalgi bila kaya minyak-gas, limpahan kurnia ALLAH SWT. Maka, K'jaan/UMNO/JAKIM/JAWI mesti lawan hABIS-HABISAN! Barat-Israel (dan sekutu mereka dari DAPBIAWAK/PKR di Malaysia), hanya tahu hendak memaksa Dunia Islam/ “Dunia Ketiga“ mengamalkan "demokrasi- hak asasi" LIBERAL SAMPAH yang termasuk persamaan hak semua bangsa-jantina-agamalah serta kebebasan mutlak (ala-Syaitan durjana - dalam segala hal), hak asasi 'kesamaan-kebebasan mutlak' penagih seks-pornografi (termasuk merogol haiwan dan melancap/bertelanjang di tempat awam)-homoseksual (termasuk Mak Nyah)/pengguguran anak-kehamilah luar nikah (terutamnya dr. remaja)/penagih dadah-steroid-judi , dan segala macam lagi peranagai bUAS-KEJI-mcm-pengikut-SYAITAN! Patutnya pemimipin Islam/Melayu kita kena bertindak dgn amat TEGAS tanpa sebarang kompromi, spt. Sultan Brunei dan negara Liga Arab. Pedulikan kecaman KEJI si KAPIR-KAPIR Barat-Zionis (lihat akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2471776/Sultan-Brunei-introduce-new-sharia-laws.html). Atau buat mcm. African UNion, yg, sekarg. gertak keluar ICC dan Gambia, negara ISLAM, yg. baru keluar Commonwealth (Commonwealth sebenarnya adalah dipengerusikan Queen Elizabeth "Ratu Isreal"!).

Dan si Kapir-BUAS Barat-Zionis ini juga asyik nak kutuk undg-undg Syariah Islam kita, yg. termasuk Hukum Hudud, yg. mengawal akhlak SONSANG-mcm-pengikut-SYAITAN, tapi bawah "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, boleh pula dihalalkan rejim-rejim Barat-Israel untuk membunuh umat Islam dgn. amt BUAS, sesuka hati secara beramai (GENOCIDE) spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, Al SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban dsbnya)!Jadi kenapa si PENGGANAS-PENGANAS Barat-Israel sendiri tidak pula di hukum 'Mahkamah Antarabangsa UN/ICC' (ciptaan Barat-Zionis)(ICC: bukan bawah UN - lihat http://www.icc-cpi.int/en_menus/icc/about%20the%20court/Pages/about%20the%20court.aspx) (Barat-Zionis cuba memutar-belit dengan sering membangkitkan isu kononnya ada rejim Barat, Serbia yang juga dihukum satu lagi mahkamah, yang di bawah Tribunal UN, tetapi sebenarnya sebab rejim Serbia yang dulu walaupun memang dihukum sebab membunuh umat Islam Bosnia, tapi matlamat utama Serbia dihukum kerana ia pro-Komunis dan amat anti-EU/US. Maka ia sahaja satu-satunya rejim Barat yang dihukum di Tribunal UN).

Dan lagi, Ban ki Moon dari UN dan birokrasi atasannya, rata-ratanya dikuasai pro-Barat-Zionis!
Ki Moon adalah bekas Menteri Luar Korea Selatan yang amat pro-US/Barat; begitu juga Presiden ICC dan Bank Asia, keduanya juga dari Korea Selatan - tidakkah ganjilnya ini - Pres. Bank Asia mahu paksa K'jaan kita tandatangani TPPA!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Sebenarnya, UN, ICC, hadiah Nobel, pertubuhan Commonwealth, TPPA, NGO-NGO yg. ditaja Barat-Zionis dsbnya, adalah SENJATA si KAPIR DAJAL Barat-Zionis utk. MENJATUHkan Islam/umatnya dan MENJAJAH kita, apalagi bila kaya minyak-gas, limpahan kurnia ALLAH SWT. Maka, K'jaan/UMNO/JAKIM/JAWI mesti lawan HABIS-HABISAN, tuntutan Comango/UN! Barat-Israel (dan sekutu mereka dari DAPBIAWAK/PKR di Malaysia), hanya tahu hendak memaksa Dunia Islam/ “Dunia Ketiga“ mengamalkan "demokrasi- hak asasi" LIBERAL SAMPAH yang termasuk persamaan hak semua bangsa-jantina-agamalah serta hak asasi kebebasan mutlak penagih seks-pornografi (termasuk merogol haiwan dan melancap/bertelanjang di tempat awam)-homoseksual (termasuk Mak Nyah)/pengguguran anak-kehamilah luar nikah (terutamnya dr. remaja)/penagih dadah-steroid-judi, dan segala macam lagi peranagai bUAS-KEJI-mcm-pengikut-SYAITAN!

Patutnya pemimipin Islam/Melayu kita kena bertindak dgn amat TEGAS tanpa sebarang kompromi, spt. Sultan Brunei dan negara Liga Arab. Pedulikan kecaman KEJI si KAPIR-KAPIR Barat-Zionis (lihat akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2471776/Sultan-Brunei-introduce-new-sharia-laws.html). Atau buat mcm. African UNion, yg, sekarg. gertak keluar ICC dan Gambia, negara ISLAM, yg. baru keluar Commonwealth (Commonwealth sebenarnya adalah dipengerusikan Queen Elizabeth "Ratu Isreal"!).

Dan si Kapir-BUAS Barat-Zionis ini juga asyik nak kutuk undg-undg Syariah Islam kita, yg. termasuk Hukum Hudud, yg. menghukum akhlak SONSANG-mcm-pengikut-SYAITAN. Tetapi bawah "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, boleh pula dihalalkan rejim-rejim Barat-Israel untuk membunuh umat Islam dgn. amat BUAS, sesuka hati secara beramai (GENOCIDE) spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, Al SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban dsbnya)!

Jadi kenapa si PENGGANAS-PENGANAS Barat-Israel sendiri tidak pula di hukum 'Mahkamah Antarabangsa UN/ICC' (ciptaan Barat-Zionis)(ICC: bukan bawah UN - lihat http://www.icc-cpi.int/en_menus/icc/about%20the%20court/Pages/about%20the%20court.aspx) (Barat-Zionis cuba memutar-belit dengan sering membangkitkan isu kononnya ada rejim Barat, Serbia yang juga dihukum di bawah Tribunal UN, tetapi sebenarnya sebab rejim Serbia yang dulu walaupun memang dihukum sebab membunuh umat Islam Bosnia, tapi matlamat utama Serbia dihukum kerana ia pro-Komunis dan amat anti-EU/US. Maka ia sahaja satu-satunya rejim Barat yang dihukum di Tribunal UN).

Dan lagi, Ban ki Moon dari UN dan birokrasi atasannya, rata-ratanya dikuasai pro-Barat-Zionis!
Ki Moon adalah bekas Menteri Luar Korea Selatan yang amat pro-US/Barat; begitu juga Presiden ICC dan Bank Asia, keduanya juga dari Korea Selatan - tidakkah ganjilnya ini (Pres. Bank Asia mahu paksa K'jaan kita tandatangani TPPA)?!

Makcik Sambal Belacan: