Hakim Mahkamah Rayuan yang menentukan keputusan hari ini ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Karim dan Datuk Rohana Yusof.
Bagi memahami siapa pihak yang memulakan kontroversi menggunakan kalimah Allah (Paderi Andrew), siapa party Islam yg menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh DAP (PAS) ,parti yang mencetuskan kontroversi dan trangress Majlis Fatwa (DAP) mari kita lihat KRONOLOGI EVENT:-
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”.
Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
Semasa Semakan Kehakiman
- Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
- Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
- Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
- Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
- Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
- Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :
UPDATE- oleh anakbukitgantang
22 Ogos 2023- Kementerian Dalam Negeri (KDN) Menang dan Gereja serta akhbar gereja The Herald kekal ditahan ( injunksi) tak boleh guna kalimah Allah untuk sebaran umum.
10 September 2013-Penghakiman bertulias akan dibuat pada bulan Oktober. Umat Islam diminta mengekalkan pressure untuk memastikan kalimah Allah tidak digunapakai kafirun. Ini bukan isu politik-dan mana mana ahli PAS dan PKR yg dah terpesong dan bertaklid buta mengikut pemimpin Lieberlaisme Ugama (Wahabi Syiah dan Neo Liberalisme Ugama dalam party tersebut) di minta bertaubat. Allah Yang Esa dalam Islam tidak sama dengan Tuhan Tiga Dalam Satu (Tuhan Trinity) orang Kristian. Sesungguhnya perbuatan tersebut sama seperti mensyirikkan Allah.
Kesimpulan
Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk
Sumber
anakbukitgantang
http://apanamadotcom.wordpress.com/2013/01/15/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang-larangan-penggunaan-kalimah-allah-di-dalam-bible-bagaimana-isu-ini-bermula/
No comments:
Post a Comment