Monday, April 29, 2013

jangan biarkan Putrajaya jatuh ke tangan SYIAH

Jangan biarkan Putrajaya ditawan puak yang mengagungkan fikrah Syiah.
 
Siapa tulang belakang di belakang Pameran Perdagangan Islam  di Kelantan yang berunsurkan SYIAH? Rujuk SINAR HARIAN
 
Husam Musa semasa Press Conference bagi Pameran Perdagangan tersebut
 
Pameran Perdagangan Dunia Islam ditaja oleh Dinar dan Dirham Kelantan. Siapa dibelakangan Dinar dan Dirham Kelantan?
 
E Fatwa  berkenaan SYIAH rujuk perkara 2- hanya mazhab Syafie (Islam ASWJ) dibenarkan di Malaysia. Perkara 1 iaitu Syiah Al Zaidiyah dan Jaafariah yang dibenarkan  pada ketetapan Muzakarah Bil 2/8/84 Perkara 42(2) DIMANSUHKAN! dan paling penting perkara 3- Agama bagi negeri negeri hendaklah agama Islam ASWJ dari segi AKIDAH,SYARIAH dan AKHLAK.
 
 
 Dengar teguran ilmuan Islam tentang bahaya SYIAH dan ketidaksetujuan membawa fahaman tersebut serta mengagungkan Iran  di sini
 

 
Benarkah Nik Aziz ikhlas tak bersetuju dengan pameran expo Syiah di Kelantan ? Kalau benar ikhlas takkan sudah terjadi expo Syiah baru nak minta maaf. Dari pengalaman saya dalam event management, sebarang pameran bagi   acara rasmi selalunya disemak objektif, disepadukan dengan aktiviti supaya penerapan nilai dapat dibuat. Rujuk huraian benarkan Nik Aziz Ikhlas dalam meminta maaf  SYIAH di Kelantan 
 
Seperti Kelantan, Kedah juga menghadapi bahaya Syiah sejak dikuasai PAS. Rujuk video di bawah
 

 
 
Wajarkan umat Islam ASWJ mengundi Husam Musa yang bersekongkol dengan Syiah ke Parlimen Putrajaya?

No comments: