Showing posts with label beda kafir zimni vs kafir harbi. Show all posts
Showing posts with label beda kafir zimni vs kafir harbi. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Syeikh Abdullah Samaah vs DAP - istilah Kafir Harbi dan menjawab Helen Ang & Haron Din

Ramai yang maseh tak faham istilah KAFIR HARBI

Kafir Harbi merujuk kepada Kafir yang ingin memerangi Islam, Kafir yang ingin menindas orang Islam. Kafir harbi bukanlah downgrade dari Kafir Zimmi seperti artikel Helen Ang atau dakwaan politik Haron Din. Kedua dua kategori Kafir; iaitu kafir Harbi dan kafir zimmi  telahpon wujud 1400 tahun dulu iaitu sejak Islam menapak di Bumi Hijaz (Madinah di Saudi Arabia kini).

Tuan Guru Abdullah Samaah menerangkan dengan terperinci apa yang diiktirafkan sebagai kafir harbi menurut para ulama muktabar  berdasarkan kitab rujukannya dan Perlembagaan Persekutuan. Penerangan Tok Guru Pondok  Abdullah Samaah juga menekankan betapa pentingnya LGE dan DAP memahami dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan


Di zaman Rasulullah SAW, umat Islam dan   Yahudi boleh duduk aman di Medina (nama lamanya Yathrib) kerana mereka tidak memerangi baginda Rasulullah SAW, umat Islam dan tak menghalang tugas dakwah baginda. The Medina Charter memberikan hak hak kepada penduduk kafir untuk tinggal dengan aman di Medina. Begitu juga The Andalusian Charter memberi peluang saksama dan adil ke atas  kepada penduduk Kristian dan Yahudi di Andalusia (Sepanyol). Rujuk kajian lanjut impak The  Andalusian Charter dan bandingkan ia tak jauh berbeda dengan situasi semasa di Malaysia sebelum kelantangan DAP pasca PRU12 memusnahkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Ramai yang tak tahu bahawa The Medina Charter dan The Andalusian Charter adalah 2 dari rujukan yang diambil untuk menderaf Perlembagaan Malaysia. Ketiga tiga perlembagaan mempunyai persamaan berikut;

Artikel 1 - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan

1 (1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.


1 (2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan -Ugama bagi Persekutuan
3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Penerangan penulis - Ini sama seperti Piagam Madinah dan Piagam Cardoba yg mana membenarkan pengamal ugama lain beramal dgn ugama mereka -tapi kedudukan Islam sebagai Ugama (Ugama Negara dan mendapat tempat ISTIMEWA di Negara tersebut-Utk Makluman Deraf Perlembagaan Persekutuan dideraf oleh Datuk Nik Mohd Kamil bin Datuk Perdana Kelantan yg mengambil dari Kitab lama ulama Pattani dan disalin dari Piagam Medina ). Oleh itu jelas  Perlembagaan Malaysia bukan sekular , kafir yang direka  oleh Lord Reid. Lord Reid hanya meneliti hasil akhir Perlembagaan tersebut.

Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah undang Undang utama Persekutuan dan apa apa undang undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan apa yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu

 Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan-Kebebasan Berugama (lihat klausa pada Artikel 11(4)

11 (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Penerangan penulis Klausa pada Artikel 11(4) menyekat penyebaran ugama lain ke atas umat Islam)

11 (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.-(makna tak boleh mengembangkan ugama lain /memurtadkan umat Islam)

Rujukan lanjut  Perlembagaan Persekutuan

Dari penerangan Tuan Guru Abdullah Sammah yang merujuk kepada kitab dan Perlembagaan Malaysia jelas usaha menjatuhkan ugama Islam oleh DAP yang menerajui Pakatan Rakyat jelas menyebabkan DAP LAYAK digelar kafir harbi!


Soalan saya ialah -kalau TG Abdullah Samaah boleh tunjuk kitab -saya nak lihat Profesor Datuk Haron Din juga tunjukkan kitabnya bagi dakwaan DAP adalah Kafir Zimmi.

 Huraian saya mengenai Kafir Zimmi boleh didapati di artikel saya yang terdahulu  menolak-istilah-kafir-zimmi-ke-atas-DAP. Saya amat berharap Datuk Professor Haron Din tidak mengeluarkan "fatwa politik" ;)

Dengar sekali lagi dan lihat kitab rujukan Tuan Guru Abdullah Samaah. Jika beginilah ulama pondok (Abdullah Samaah)  vs ahli akademik Wahhabi (Haron Din), saya memilih ulama pondok kerana kedalaman dan keluasan ilmu ugama mereka.


Wednesday, August 15, 2012

menolak istilah "kafir zimmi" ke atas DAP oleh Haron Din

Bila Tuan Guru Abdullah Samaah berkata tidak boleh undi DAP kerana DAP adalah kafir harbi maka ramai yang melenting. Untuk tujuan perbincangan mari kita lihat istilah Kafir Zimmi dan tanya pada diri sendiri LAYAKKAN DAP dikategorikan sebagai kafir zimmi?
Kafir zimmi

 Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-
(a) Kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam
(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan
...
(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam
“kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)”

Misalnya di negara bukan Islam atau di negara yang sama banyak bilangan kafir dan Islam, dibolehkan melantik bukan Islam sebagai pemimpin.

"dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Dan ingatan ini saya berikan juga kepada Haron Din yang sanggup mengatakan Allah sama dengan rupa Adam semasa Penciptaan pertamanya. Ini jelas menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk ciptaannya. Seorang mujassimah atau berfikrah Wahhabi TIDAK LAYAK bercakap berkenaan isu AKIDAH umat Islam! Ini jelas dari fatwa Imam Syafie!




Petikan dari Harakah lidah rasmi PAS


Mempersendakan ugama Islam!

Mungkin inilah juga kenapa Haron Din kata DAP bukan Kafir Harbi-tahniah PAS kerana menggunakan Islam untuk memudahkan dakwah orang bukan Islam ke atas umat Islam.
gereja ini dibina hasil kerjasama politik DAP-PAS -Bila pemimpin Islam lemah maka banyaklah permintaan bukan Islam -inilah yang PAS/Haron Din  mahukan, menumbangkan Kepimpinan Islam yang ada dan menggantikan dengan kepimpinan kafir DAP.
Tahniah PAS  dan Haron Din sebab beri peluang DAP menutup azan dari dilaungkan di Pulau Pinang. Mungkin inilah blue print  negara Islam acuan PAS.








Mungkin sebab itu juga PAS diam bila isu HUDUD dibunuh Pakatan


Bukti PAS mempersendakan hukum Islam





Dilarang melantik orang yang mempersendakan agama samada dari golongan kafir atau Islam sebagai pemimpin. Orang Islam yang mempersendakan agama misalnya dengan mengatakan hukum Islam tidak sesuai diguna pada zaman ini juga tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Mereka yang condong kepada cara hidup kafir juga tidak boleh dilantik sebagai pemimpin kerana pemimpin hendaklah menjaga agama Islam, umat Islam dan negeri/negara. Begitu juga mereka yang mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat.


Lebih sedeh bila ada golongan umat Islam yang  kata  Pemerintah Islam sekarang iaitu  Barisan Nasional yang dipimpin UMNO Toghut kerana  kezaliman, kejahatan rasuahnya  -dan mereka telah dihukum FASIQ kerana menjebakkan diri menjebakkan diri dalam melakukan  kefasiqqan. Tapi bagaimana pula PAS yang Anggota Tertinggi Dewan Ulama mempunyai  aqidah Mujassimah yg SESAT !!! Apakah  jenis Islam yang hendak ditegakkan? Apakah Akhlak mulia yang hendak ditegakkan jika akidahnya mujassimah  dan pengikut party itu menghina ulama muktabar Islam ASWJ ..Dalam hal ini ulama pondok yang ikhlas berdakwah di negara ini sepakat mengatakan adalah lebih baik pilih pemimpin yang fasik kerana ia maseh boleh dibimbing dari  membawa memilih pemimpin dan party yang mujassimah dan AKIDAH SESAT kerana ia akan bawa bala petaka atas umat Islam .


Ingatan saya kepada penyokong PAS yang post komen di wall ini- Politik bukanlah lesen untuk mengata, mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain. Semuanya akan disoal apabila kembali kepada Allah nanti. Oleh itu fahami isu sebenar dalam artikel ini  iaitu AKIDAH dan masa depan umat Islam di Malaysia  sebelum memberi komen. Setiap penyataan saya dalam setiap artikel disertakan dengan bukti.

Monday, July 16, 2012

Respons ilmuan Islam dan kenapa mereka cenderung memilih UMNO dan Barisan Nasional kini

Isu -
Thahaluf siyasi Ahlul Sunnah Wal Jamaah (kerjasama antara pemerintah dengan kafir zimmi menurut Islam ASWJ )

Tafsir-
Kafir zimmi adalah kafir yang tak memudaratkan umat Islam seperti MCA dan MIC
Kafir Harbi pula ialah kafir yang memudaratkan umat Islam seperti DAP.

Senario politik semasa
Rujuk senario politik dan kemusnahan ugama, kekuasaan politik dan kemusnahan ekonomi serta gangguan/kerosakan sosial yang mereka lakukan di 4 negeri yang mereka kuasai. Rujuk artikel terkini serangan atas umat Islam di Malaysia

Ulasan ugama menurut pandangan ulama Islam ASWJ -
Rujuk ulasan dan rujukan kitab dari Tuan Guru Haji Abdullah Samaah An Najmi Pondok Geting yang membenarkan kerjasama (tahaluf siyasi) menurut pandangan ulama Islam ASWJ. Jadi pandangan PAS yang mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan kafir zimmi adalah salah.


Atau rujuk link SINI

Respons ilmuan Islam yang lain di sini:-
Sedikit respon terhadap kenyataan kawan-kawan yang menyatakan mengundi berdasarkan parti politik kerana beralasan bahawa pemerintahan negara berdasarkan parti yang menang. Mungkin kehendaknya supaya saya mengundi calon dari PR yang disokongnya. Kalau itulah alasannya, sudah semestinya saya lebih cenderung untuk memilih BN.

Saya sekali-kali tidak akan memilih PR jika mengikut alasan tersebut. Kenapa? PR tidak didaftarkan atas 1 ikatan. PR hanya kerjasama parti-parti yang membangkang kerajaan sekarang ini . Kerjasama mereka juga atas dasar untuk mengalahkan parti-parti yang menjadi kerajaan ini. Kesepakatan parti komponen PR setakat ini tidak menunjukkan kemuafakatan yang ideal di negeri-negeri yang dimenangi PR.

Buku Jingga tidak menjamin ikatan yang kukuh antara parti komponen PR. Saya merasakan yang akar umbi Pas utamanya tidak berapa bersetuju dengan Buku Jingga tajaan PR itu. Mengikut senario politik semasa juga, saya tidak berkeyakinan yang PR dapat mentadbir dengan baik.

Ketiga-tiga parti komponen PR masing-masing membawa ideologi yang berbeza sama sekali. Setakat ini tiada satu kesepakatan muktamad dari PR yang meyakinkan rakyat dan akar umbi masing-masing.

Berbeza dengan BN yang telah mengikat persefahaman antara parti komponennya sejak sebelum pembentukan kerajaan lagi ketika pembentukan Perikatan dahulu. Kekuatannya di situ. Kelemahan PR ialah tiada persefahaman yang dicapai secara mutlak. Saya hanya melihat tolak ansur yang tinggi dari Pas khususnya. Penyokong tegar mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. Apa-apa pun, apa yang berlaku telah berlaku & rakyat yang mahu menilai akan menilai. 100% saya tidak dapat terima alasan tersebut walaupun mencuba mencari kebernasan alasan tersebut. Alasan tersebut boleh menjadi bernas sekiranya PR mendaftar sebagai satu parti yang sah, makna kata PR vs BN.

Walaupun begitu, mengundi berdasarkan imej peribadi calon lebih relevan untuk dipraktikkan. Sekiranya parti menjadi pilihan, akan sampai satu tahap calon tidak akan mengambil berat akan aspek-aspek penting kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Rakyat akan terima siapa sahaja calon kerana yang dilihat adalah janji-janji manis parti & semangat yang mengikut emosi bukan calon (Sudah pun berlaku sebenarnya). Hasilnya pemimpin yang dipilih berdasarkan parti itu tidak menjalankan tugas dengan baik..

 Ini adalah ringkasan logiknya. Bukan tempatnya untuk dibicarakan secara panjang lebar dari sudut "nas" samada "naql" & "'aql". Cukuplah setakat itu. والله أعلم.-Tuan Salim, Mesir.