Showing posts with label tahaluf siasi. Show all posts
Showing posts with label tahaluf siasi. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Respons ilmuan Islam dan kenapa mereka cenderung memilih UMNO dan Barisan Nasional kini

Isu -
Thahaluf siyasi Ahlul Sunnah Wal Jamaah (kerjasama antara pemerintah dengan kafir zimmi menurut Islam ASWJ )

Tafsir-
Kafir zimmi adalah kafir yang tak memudaratkan umat Islam seperti MCA dan MIC
Kafir Harbi pula ialah kafir yang memudaratkan umat Islam seperti DAP.

Senario politik semasa
Rujuk senario politik dan kemusnahan ugama, kekuasaan politik dan kemusnahan ekonomi serta gangguan/kerosakan sosial yang mereka lakukan di 4 negeri yang mereka kuasai. Rujuk artikel terkini serangan atas umat Islam di Malaysia

Ulasan ugama menurut pandangan ulama Islam ASWJ -
Rujuk ulasan dan rujukan kitab dari Tuan Guru Haji Abdullah Samaah An Najmi Pondok Geting yang membenarkan kerjasama (tahaluf siyasi) menurut pandangan ulama Islam ASWJ. Jadi pandangan PAS yang mengatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan kafir zimmi adalah salah.


Atau rujuk link SINI

Respons ilmuan Islam yang lain di sini:-
Sedikit respon terhadap kenyataan kawan-kawan yang menyatakan mengundi berdasarkan parti politik kerana beralasan bahawa pemerintahan negara berdasarkan parti yang menang. Mungkin kehendaknya supaya saya mengundi calon dari PR yang disokongnya. Kalau itulah alasannya, sudah semestinya saya lebih cenderung untuk memilih BN.

Saya sekali-kali tidak akan memilih PR jika mengikut alasan tersebut. Kenapa? PR tidak didaftarkan atas 1 ikatan. PR hanya kerjasama parti-parti yang membangkang kerajaan sekarang ini . Kerjasama mereka juga atas dasar untuk mengalahkan parti-parti yang menjadi kerajaan ini. Kesepakatan parti komponen PR setakat ini tidak menunjukkan kemuafakatan yang ideal di negeri-negeri yang dimenangi PR.

Buku Jingga tidak menjamin ikatan yang kukuh antara parti komponen PR. Saya merasakan yang akar umbi Pas utamanya tidak berapa bersetuju dengan Buku Jingga tajaan PR itu. Mengikut senario politik semasa juga, saya tidak berkeyakinan yang PR dapat mentadbir dengan baik.

Ketiga-tiga parti komponen PR masing-masing membawa ideologi yang berbeza sama sekali. Setakat ini tiada satu kesepakatan muktamad dari PR yang meyakinkan rakyat dan akar umbi masing-masing.

Berbeza dengan BN yang telah mengikat persefahaman antara parti komponennya sejak sebelum pembentukan kerajaan lagi ketika pembentukan Perikatan dahulu. Kekuatannya di situ. Kelemahan PR ialah tiada persefahaman yang dicapai secara mutlak. Saya hanya melihat tolak ansur yang tinggi dari Pas khususnya. Penyokong tegar mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. Apa-apa pun, apa yang berlaku telah berlaku & rakyat yang mahu menilai akan menilai. 100% saya tidak dapat terima alasan tersebut walaupun mencuba mencari kebernasan alasan tersebut. Alasan tersebut boleh menjadi bernas sekiranya PR mendaftar sebagai satu parti yang sah, makna kata PR vs BN.

Walaupun begitu, mengundi berdasarkan imej peribadi calon lebih relevan untuk dipraktikkan. Sekiranya parti menjadi pilihan, akan sampai satu tahap calon tidak akan mengambil berat akan aspek-aspek penting kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Rakyat akan terima siapa sahaja calon kerana yang dilihat adalah janji-janji manis parti & semangat yang mengikut emosi bukan calon (Sudah pun berlaku sebenarnya). Hasilnya pemimpin yang dipilih berdasarkan parti itu tidak menjalankan tugas dengan baik..

 Ini adalah ringkasan logiknya. Bukan tempatnya untuk dibicarakan secara panjang lebar dari sudut "nas" samada "naql" & "'aql". Cukuplah setakat itu. والله أعلم.-Tuan Salim, Mesir.