Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

BERSIH 4 cuba hijack Forum Tun M di Johor


Blogger Din Turtle telah mendapatkan rakaman ekslusif wawancara Tun M di Johor.

Untuk makluman, Tun M TIDAK MENYOKONG BERSIH (rujuk Minit 7.0 ke atas).

1. Tadi di forum Tun M...Tun M  benar benar sokong Barisan.

2. Seorang wanita dari BERSIH 4 bertanya  bagaimana nak membuat Najib turun dari jawataan PM . Tun menjawab  "by being a nation n not by using yr yellow t shirt". (Menjadi Bangsa Malaysia yang ebrmaruah bukannya dengan memakai T Shirt Kuning/Menyertai demonstrasi BERSIH)

3. Mantan pramugari MAS nertanya  siapakah yang patut di unid dalam PRU14. Jawab Tun M, Undilah Barisan Nasional.

Konklusi 

1. Tun M hanya mahu Najib letak jawatan
2. Tun M masih sokong UMNO .
3. Tun M maseh boleh pengaruhi pengundi mengundi Barisan Nasional




Wednesday, March 5, 2014

Betul ker Body Shop promosi anarki dan anti Islam sekarang?

NGO Islam IKIAM  berkempen supaya umat Islam meboikot barangan The Body Shop di IKIAM Betul ker seruan IKIAM ini?
 
 
 
 
Tambah pengerusi Biro Antarabangsa IKIAM , The Body Shop melantik tokoh  yang menyokong  Lesbian, Gay, LGBT dan  Homoseksual:
 
 
 
Ambiga pula terkenal sebagai seorang penggerak BERSIH bersama Hadi Awang dan Nik Aziz PAS
 

 
 
Mungkin pemimpin "Islam" dalam PAS  ini lupa bawah peranan Ambiga juga meluas sampai  dipergunakan untuk meluaskan pengaruh liberalisme ugama seperti tertera dalam wawancara Anwar Ibrahim
 
 
 
 
Sifat anti Islam Ambiga jelas terpampang di COMANGO 1 COMANGO 2   dan IFC
 
 
Jadi gesaan IKIAM supaya umat Islam memboikot The Body Shop memang kena pada tempatnya.
 
Jangan lupa The Body Shop dah dapat tagline baru berdasarkan imej duta The Body Shop:
 
Ingat Ambiga -ingat  The Body Shop- ingat anarki dan anti Islam
 
 
 

Thursday, February 13, 2014

Signs of a sick Malaysian society




Lately our society has seen the symptom of sociopath prevalent among politically inclined people and opposition politicians
 
 
What is a "Sociopath" ?
 
Sociopathy is one of the many personality disorders, also referred to as psychopathy or antisocial personality disorder (APD). The American Psychiatrics Association defines sociopathy as 'A pervasive pattern of disregard for, and violation of, the rights of others that begins in childhood or early adolescence and continues into adulthood.' Sociopathic symptoms may show from as early as the teenage years although a diagnosis can only be made after the age of 18, on presentation of documented evidence of misconduct before the individual is 15. The symptoms can manifest in many ways, though there are certain personality traits that people with this mental disorder have a tendency to exhibit.
 

Symptoms

Sociopaths are people who are capable of deception to an extent that most normal people cannot even comprehend. They are remorseless, manipulative and completely without conscience. Typically the following are the classic symptoms of a sociopath, though the list below is by no means exhaustive.


Superficial Charm
One of the symptoms of a sociopath is exhibiting superficial charm. Many sociopaths exhibit surface charm that masks their real nature. They are often good conversationalists with an innate skill to talk themselves out of tight spots.


Pathological Lying
A sociopath is most likely to be a compulsive liar or a con artist who will deceive without compunction. A sociopath can lie with complete confidence and some have been known to even pass lie detector tests.


Absence of Regret, Remorse or Shame
Sociopath characteristics include the inability to comprehend the emotions of guilt, shame, or remorse at their behavior and its effect on other people. They are incapable of feeling any attachment to others and will use people for personal gain without the slightest feeling of guilt.


 
Let see other examples
 
 
Why are they targeting a non politician -isn't this a despicable act? 
 
  
Why question a Mauled to honour Prophet Muhammad PBUH?. PAS, a Wahhabi- led political party, tried to smear the image of Mukhriz only to open a can of worms .  PAS is known for Wahhabism and despise The Prophet Mauled. The hideous act reveals their deviated WAHHABISM belief in turn!

When did this sick game start? Way back in 2009 when DAP newly grabbed Penang, Perak and Selangor -picture taken at DAP Convention in Perak.
 
 Remember this?


And this?
 
 
Please remember that these people are prepared to hurt the  lives of policemen  and people on standby who are not in their league. Please refer to the terms "Sociopath"  as described above.
 
 
 


 
 
It is bad when these mentally sick politicians who does not know when to stop dirty politicking did the despicable acts and their die hard supporters aped these hideous acts;
 

Monday, January 28, 2013

"Pembersihan" dalam PAS

Beberapa kawan e mail saya menanyakan kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang  dilihat rapat dengan kuffar sedangkan pada masa yang sama dia terlalu zalim ke atas saudara seIslam sendiri.
 
Jawapannya dalam fikrah  Wahhabi dan Syiah, mereka didokrinkan untuk berbaik dengan Nasrani dan Yahudi tapi pada masa yang sama mereka akan memusuhi Islam. Sebab utama ialah Syiah yang diasaskan Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi) di zaman Saidina Ali dan Wahhabi yang diasaskan oleh Ibn Tamiyyah dan dibimbing oleh Mr Hempster/ Lawrence Of  Arabia (seorang perisik British berbangsa Yahudi) adalah liberalisasi ugama oleh kaum Yahudi bagi memusnahkan Islam dari dalam.

Sebab itu kita tak hairan Nik Aziz dilihat mesra dengan Karpal Singh menyambut hari lahirnya dan pada masa yang sama menyepikan diri dari sambutan Maulidul Rasul (Hari lahir Nabi Muhammad SAW)

Harijadi sendiri  disambut, Maulid Rasul pula difitnah bidaah!


Pembersihan golongan Islam ASWJ dalam PAS bermula pada tahun 1978 bila krisis Ulama- Asri Haji Muda mengakibatkan naiknya kepimpinan Wahhabi -Syiah sebagai suara utama dalam Dewan Ulama PAS



Sebab itulah PAS tidak pernah senang hati bila ada beberapa orang cuba menegakkan ugama Islam mengikut Islam acuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Islam ASWJ ).
 
Krisis ini semakin melebar bila PAS berkroni dengan DAP demi kuasa dalam Pakatan sejak PRU 2008. Beberapa artikel saya yang terdahulu telah mendedahkan siapa sebenarnya yang mengawal Harakah iaitu akhbar lidah rasmi PAS di SIAPA MILIKI HARAKAH
 
Maka kita tak hairan kalau kedua tokoh yang memperjuangkan Islam dan cuba menyatukan umat Islam diBERSIHkan- rujuk perkataan  "screening" yang bermaksud memBERSIH dalam artikel di bawah:-
 
 
 
Rujuk juga komen kuffar yang sangat gembira bila Ustaz Nasha diBERSIHkan dari Majlis Syura (mungkin mereka berharap dia akan terus di BERSIHkan dari PAS akhirnya)
 
 
 
Sebab itu saya kata kini perjuangan PAS telah lari dari matlamat memperjuangkan Islam.. kini PAS telah sahih dilihat  menyokong perjuangan kaum kuffar-sebab utama kenapa ini berlaku ialah kerana kepimpinan PAS berfikrah Wahhabi dan Syiah!
 
Atas sebab itu juga kebanyakan Fatwa PAS berbaur Wahhabi dan Syiah dan merugikan umat Islam di Malaysia
 
Mungkinkah selepas ini PAS akan memBERSIHkan Haron Din pula? Jika ini benar benar berlaku ia satu rahmat kepada umat Islam di Malaysia kerana akhirnya warna PAS terserlah.....iaitu memperjuangkan agenda Kuffar  dan merosakkan Islam dari dalam. Tahniah PAS!
 
 
PM Najib tak disenangi Yahudi dan kroninya bila mengunjungi umat Islam di Wilayah penaklukan Yahudi  di  Gaza. Nasha berada di sebelah Najib
 
 
 

Friday, August 12, 2011

Elak bersubahat dengan FB Road To Putrajaya (RTPJ)


Bismillah hirrahman nirrahim. Tidak akan terjadinya sesuatu perkara tanpa kehendak dan keizinan Allah SWT. Kita merancang tapi Allah Maha Perancang. Itulah hakikat yang wajib diterima oleh golongan yang beriman kepada agama Allah.


Diringkaskan cerita, saya menyertai Grup Road To PutraJaya (RTPJ), sebuah kumpulan sosial FB kerana mempunyai matlamat mendokong cita-cita perubahan tampuk pemerintahan Putrajaya daripada BN kepada PR. Pada awalnya, saya sekadar menjadi ahli biasa.

Namun atas permintaan orang yang meletakkan dirinya sebagai bos dan tuan ampunya yang mengilhamkan RTPJ, saya dijadikan sebagai salah-seorang 'admin'. Terdapat seramai 12 orang admin yg dipertanggungjawabkan oleh bos RTPJ.


Pada peringkat awalnya, segala-galanya berjalan baik. Saya mempromosikan RTPJ melalui artikel-artikel yang saya ulang-siar di weblog M@RHAEN. Selain itu, saya menambah masuk seberapa ramai rakan daripada page Laman Marhaen yang mempunyai lebih lima ribu rakan.


Daun Ketum sebenarnya lambang daun ganja 
Admin RTPJ berkomunikasi melalui in-box FB dan dalam banyak hal, saya sekadar membaca mesej-mesej kiriman mereka dan sesekali memberikan respons bila perlu. Namun begitu, adakalanya mesej-mesej yang dikirimkan menimbulkan kesangsian apabila ada di antara mereka termasuk bos RTPJ memperkatakan mengenai minuman air daun ketum. Tak mengapalah. Mungkin mereka hanya bergurau dengan memasukkan istilah 'air ketum' atau sering ditulis 'kay tom' sebagai cara melepaskan tension/tekanan kerja. Saya pun tidaklah mengambil kisah sangat.



Kemasukan ahli RTPJ semakin rancak menjelang Perhimpunan BERSIH 2.0. Beberapa hari sebelum perhimpunan BERSIH, ahli RTPJ telah melebihi 10,000 orang.


Sehari selepas selesai perhimpunan BERSIH 2.0, iaitu pada 10 Julai, saya dikejutkan dengan kehadiran sekeping foto yang bertajuk 'friendship' di mana seramai tujuh orang kuat RTPJ duduk bersama di meja yang menghidangkan minuman keras. Daripada tujuh orang, empat beragama islam termasuk bos RTPJ. daripada pengamatan saya, hanya seorang yg kelihatan segelas Cuppucino di hadapanya manakala yg lain, jenis minumannya agak meragukan. (gambar di bawah)

Hanya 1 orang Islam minum capucino (3 dari kiri) yang lainnya minum arak


Akhirnya saya telah memperolehi maklumat yang mengesahkan mereka minum minuman keras termasuk 'montoku' iaitu sejenis tuak - pastinya memabukkan dan haram diminum oleh orang Islam.

Selama beberapa hari cuba mencungkil maklumat daripada kalangan admin, akhirnya mendapat kepastian, memang minuman keras itu menjadi minuman biasa kepada bos RTPJ! Malah, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, air daun ketum adalah menjadi semacam 'minuman harian' para admin RTPJ yang berkumpul di rumah salah-seorang admin wanita Islam. Wanita inilah yang menyediakan rebusan air daun ketum dan dijadikan minuman harian mereka. Bos RTPJ pernah menggunakan gambar daun ganja sebagai profile picture yang didakwanya sebaga daun ketum!


Setelah menyedari ada yang sangat-sangat tidak kena dengan para admin (kecuali dua tiga orang), saya membuat keputusan untuk mengambil-alih sementara pengurusan RTPJ kerana tidak mahu ahli-ahli yang telah mencecah lebih 13 ribu orang terpedaya dengan pimpinan seorang 'peminum'. Setelah diambil-alih, saya telah mengeluarkan kesemua admin dan berjanji mengembalikan RTPJ kepada mereka yang 'lebih sesuai' untuk memimpin RTPJ.


Sengaja saya ambil-alih untuk tempoh 48 jam kerana saya pasti dalam tempoh itu, sudah memadai untuk mendapatkan input-input yang berguna apabila semua yang terlibat melepaskan perasaan marah dan geram. Dalam keadaan marah dan geram dan di bawah sedar, memang manusia akan bertindak dan mengeluarkan apa saja yang selama ini tersimpan dan tersembunyi daripada pengetahuan orang lain.

Yop Tulang Sakah berbaju merah

Maka timbullah ugutan-ugutan dari bos RTPJ - hendak memotong kesemua jari sesiapa yang telah mengambil-alih RTPJ. Dia akan lakukan sendiri! Wah, hebat - RTPJ sudah setaraf kumpulan mafia! Belum pun lagi dipilih menjadi pemimpin di PutraJaya, bos RTPJ sudah menunjukkan belangnya. Kalau dipilih jadi pemimpin, mungkin saya atau para penentangnya akan di'C4'kan! Beres!


Maka mengamuk sakanlah bos RTPJ menghantar SMS kepada semua admin. Mengamuk sakan sambil menyatakan sudah berbelas hari dia meninggalkan anak isteri demi menaikkan nama RTPJ! Mengamuk kerana meninggalkan keluarga tetapi bagaimana dengan meninggalkan solat lima waktu sehari semalam? Berapa lama pulak telah meninggalkan solat untuk menaikkan nama RTPJ? Rupa-rupanya, dia sudah ada jawapan seperti yang dipanjangkan oleh seorang sahabat.


Menurutnya, "Kesilapan manusia adalah: Mereka menganggap orang yang sembahyang lima waktu (sehari semalam) sebagai bersih!" Dengan lain perkataan, jika Islam tapi sembahyang tak cukup lima kali sehari pun, oklah tapi mau bersih! Orang Islam yang minum minuman haram pun, tak mengapalah, janji mau bersih! Aduh, ke mana RTPJ hendak di bawa?


Selepas kira-kira 48 jam, saya tunaikan janji saya untuk menyerahkan semula RTPJ kepada beberapa admin asal.


Suka kita bertanya manusia berpelajaran tinggi dan telah berusia 62 tahun (?) ini, akan tercapaikan hasrat untuk memotong sendiri jari-jari anugerah Allah kepada saya ini? Lupakah tuan, udara yang sedang tuan sedut keluar masuk ke dalam paru-paru tuan, juga, adalah anugerah Allah SWT.

Dalam usia sebegitu, ditambah dengan kandungan alkohol di dalam badan, sekiranya Allah 'sekat' kemasukan udara selama sepuluh minit pun, cukuplah. RTPJ entah ke mana, road to .... amat pasti. Sebagai orang Islam, setelah kita lupa dan tinggalkan Allah, jangan pula kita tambahkan lagi kemurkaan Allah dengan berlagak angkuh dan sombong. Itu bukan kriteria sebagai seorang pemimpin.


Pengerusi YADIM ditipu atau terbuta mata kerana perjuangan party? Dia menyertai Road To Putrajaya dan dilihat menyertai aktiviti RTPJ
Malu Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), yang telah bekerjasama dengan RTPJ jika mengetahui perkara ini (gambar bawah). Namun, ada sebab mengapa Pengerusi YADIM suka bekerjasama dengan RTPJ, tapi perkara ini tak perlu dipanjangkan kerana tiada pengesahan kebenarannya.


Terfikir juga, jika seseorang itu berjuang atas nama Allah, sujud mengingati Allah lima kali sehari semalam, tak mungkin mengeluarkan kata-kata dan bertindak sedemikian. Meminjam tagline RTPJ, 'Yang benar jangan dipertikaikan, yang salah jangan diselindungkan'.


Kesimpulannya: Belum pun menjadi pemimpin di PutraJaya, sudah nak potong jari orang. Kalau jadi pemimpin nanti, nak kerat 18 atau C4kan saja sesiapa yang menentang?


Tidak akan terjadinya 'projek mengambil-alih RTPJ' tanpa kehendak dan keizinan Allah SWT. Begitu besar hikmahNya kepada yang mahu melihat dan tunduk kepada kebesaran Allah. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan 'tip-tip awal', input, maklum-balas, menyampaikan maklumat, mengesahkan beberapa perkara agar apa yang diperkatakan, tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya saya kehilangan jari-jari anugerah Allah ini, anda tahulah angkara siapa.


Kepada para sahabat Laman M@RHAEN, Weblog M@RHAEN, terpulanglah kepada anda sekiranya masih mahu kekal mempertahankan kemungkaran bersama RTPJ. Kepada anda yang telah menambah rakan ke RTPJ, pohon maklumkan kepada mereka mengenai perkembangan mutakhir ini. Apa-apa sekalipun, saya tetap sujud, berserah kepada perlindungan Allah SWT untuk meneruskan perjuangan berlandaskan amal makruf, nahi mungkar ini. Yang baik itu hanya daripada Allah dan segala kelemahan adalah daripada saya sendiri. Wassalam.


Catatan: Bos RTPJ telah memberikan respons dengan membuat analogi: "Kalau kita duduk semeja dengan Cina yang makan babi, maka kita pun akan dituduh makan babi." Dalam gambar di atas, bukan soal duduk dengan Cina tetapi di atas meja, lebih banyak gelas arak daripada Cuppucino. Lebih ramai pemimpin RTPJ beragama Islam daripada yang bukan-Islam. Bos RTPJ cuma beri analogi tanpa menafikan mereka minum arak.... Taktik LM 'mendiamkan diri' dan membiarkan bos dan admin RTPJ menyerang - amat berjaya dalam mengukukkan dakwaan. Mereka sendiri telah dan akan terus mendedahkan salah-laku dan kejahilan mereka.


Apa yang paling nyata, bos RTPJ (Yob Tualang Sekah - YTS) dalam pelbagai posting sama ada di blog atau di Grup FB - tidak berani bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa DIA TIDAK MINUM ARAK - sama ada dalam gambar berkenaan atau pun di tempat-tempat lain termasuk maklumat terbaru diterima, di bilik hotel sebelum dan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0. Sebaliknya, beliau hanya menumpukan kepada isu remeh seperti memberi nama LM sebagai Laman Marhum - untuk mengalih tumpuan. Kita cuma menunggu dia bersumpah mengatakan dia tidak minum arak kerana LM ada saksi dan saksi berkenaan sudah memberikan persetujuan akan membuat kenyataan sekiranya YTS menafikan beliau minum arak.


Yob, kalau nak jadi pejuang dan pemimpin, kami sokong TAPI bukan dengan minuman keras dan air daun ketum - yang didakwa dalam SMSnya sebagai 'minuman rakyat'. Kalau masih tak percaya, cuba dapatkan pengesahan daripada admin-admin RTPJ, Shah Kesuma Jaya (Islam) dan Johnson Dos @ Hazran Abdullah. Tapi, mereka pun sama-sama 'kaki minum'... Namun begitu, admin RTPJ Regi Lim yang jahil mengenai hukum-hakam agama Islam secara tidak disedari, sudah membuat pengakuan terbuka dengan bertanya "What has booze got to do with political struggle?". Beliau mempertahankan tindakan para admin RTPJ (termasuk bos RTPJ yang beragama Islam) minum-minum dan mabuk-mabuk. Beliau menyatakan perjuangan politik mereka itu lebih penting daripada mempersoalkan admin yang kaki mabuk.


Mereka terlupa kata-kata keramat pihak polis ketika melakukan tahanan: "You have the rights to remain silent or anything you say may be used against you in a court of law." Tak payah masuk court, di sini pun, komen-komen mereka (termasuk YTS sendiri) telah banyak memakan diri sendiri. Mereka perlu membaca 'Sun Szu Art of War'...... Lagipun, perkara ini terdedah atas kehendak Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi, maka jadilah ia. Janganlah kita sebagai makhluk dan hambaNya cuba mempersoalkan tindakan Allah. Setiap kejadian Allah, mempunyai hikmahNya yang tersendiri. Wallahu'alam bissawab.


Sekiranya anda merasakan info ini berguna, terutamanya dalam menyelamatkan aqidah umat Islam yang menyokong dan bersyubahat dengan kegiatan kemungkaran terhadap Allah SWT, sila kongsi/share di Facebook masing-masing. Mudah-mudahan Allah akan merahmati usaha kecil kita mempertahankan kesucian Agama Allah ini. Amin.
-------------------------------------------------------------------------------
Warga FaceBook Pro-Pakatan: Anda yang menyertai Road To PutraJaya (RTPJ) melalui promo Laman M@RHAEN dan sahabat-sahabat Laman M@rhaen, Weblog M@rhaen, terutama yang beragama Islam, SILA TARIK DIRI daripada Grup berkenaan dengan segera.


--------------------------------------------------------------------------------


Dipetik dari Blog .marhaen.

Wednesday, August 3, 2011

709 BERSIH-tarikh peperangan ke atas negara Islam

Tak ramai yang mengetahui bahawa pada 9 Julai 2011 atau lebih dikenali dengan 709 di Barat (di baca bulan dahulu sebelum tarikh), berlaku perpecahan ke atas 2 negara Islam. Ini adalah satu domino efek ke atas perpecahan dan kemusnahan negara Islam seperti yang dirancang di negara negara Arab. Setelah satu demi satu negara Arab yang dominan dalam pembankan Islam seperti Lebanon, Tunisia dan Mesir dimusnahkan kini tiba giliran Malaysia pula dimusnahkan dengan permainan jarum Yahudi dan sepupunya Wahhabi.

Pada hari tersebut, 709 Republik Sudan Selatan dengan rasminya tertubuh. Republik ini walaupon kecil, membawa banyak simpanan minyak kepada negara baru dan majority penduduknya ialah Kristian.Pada masa yang sama majoriti penduduk negara asal Sudan yang Islam dikepung dalam Sudan Utara yang tiada sumber minyak

Di Malaysia pada 709 pula terjadi gerakan memecahkan umat Islam melalui BERSIH. Tidak hairan juga BERSIH diterajui oleh ulama suk Wahhabi dan golongan syiah  yang menerajui  PAS.(Rujuk carta organisasi PAS dan lihat kedudukan murshidul am, presiden dan naib presiden PAS serta fikrah ugama yang mereka anuti)

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia kini sedang memasuki fasa mula permainan mereka dan akan mengikuti laluan yang sama dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah.


Bagi rakyat yang perihatin, tanda ini menunjukkan blessing camportangan asing di bumi Malaysia

Untuk Siapa? Satu pertanyaan yang seakan melucukan. Adakah boleh dipercayai bahawa ia adalah untuk negara Israel timur iaitu Singapura? Cuba renungkan, bila Pakatan menang pilihanraya nanti, kawasan parlimen di bandar-bandar besar akan dipinda. Penambahan kerusi yang banyak ini akan memberikan peluang DAP untuk mendominasi politik malaysia sepenuhnya walaupun pada luaran diterajui oleh "reformis" Melayu. Inilah masanya Singapura menyertai semula Malaysia dan ahli parti komunis Malaya (bintang tiga) pula dibenar bebas bergiat dalam politik secara terbuka.

DAP yang sekian lama berlakun sebagai sebuah parti politik Malaysia, sebenarnya adalah proksi PAP. Ia pasti dibubar apabila tiba masanya dan bergabung semula dengan induknya PAP. Semua ahlinya (semua kaum China?) menyertai PAP yang berpusat di Singapura. Sejak dari tarikh ini, Melayu Malaya dan Bumiputra Sabah Sarawak hanya termangu dan melihat apa yang terjadi dengan mata putih, negara telah dikuasai pendatang. "Reformis" yang tadinya angkuh bertahta sebagai PM akan didesak melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua PAP menjadi PM (berlakulah Malaysian Malaysia seperti yang mereka laungkan selama ini.. Melayu Pakatan yang menang dan bersorak gembira pada mulanya kini tersedar bahawa mereka hanya menang sorak sahaja.

Usaha terancang Rejim Pulau Pinang menghalau orang Melayu Pulau Pinang dirujuk di http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/guan-eng-berjaya-buktikan-melayu-pulau.html. Malah rancangan perumaha kos rendah dan sederhana yang dibina Kerajaan Pusat juga disalah agih kepada golongan yang tak selayaknaya oleh DAP Pulau Pinang.


Singapura raya meniru h=gaya Israel raya di selatan tanah air


Singapura Raya terbentuk dengan resminya meniru Israel raya. Kerusi yang banyak dalam sistem demokrasi akan memberi lesen yang sah untuk mereka meminda perlembagaan negara. Klausa Islam dan Raja-Raja akan dimansuhkan dari perlemgaan baru ini. Hilang lenyaplah riwayat Persekutuan Tanah Melayu dan diganti dengan Malaysian Union sebagaimana kehendak British pada era kemerdekaan dahulu. Tiada lagi negara Melayu dalam peta dunia.

Greater Sin


Sayugia diingat, bilamana pendatang menguasai politik, mereka tidak akan senang selagi ada ruang kebangkitan semula pribumi, mereka tidak akan mengizinkan untuk ditewaskan oleh pribumi semula. Ultrakiasu tetap bersikap sedemikian, mereka masih belum yakin selagi tidak menguasai segalanya. Mereka tahu, andainya terjadi, nasib mereka tentu sahaja menjadi tidak menentu terutama bila kaum pribumi berusaha menghalang berulangnya peristiwa yang menyakitkan tersebut.


Untuk itu akan berlakulah peristiwa penghijrahan beramai-ramai buroh murah dari negara China atas alasan membantu meningkatkan pembangunan negara. Kedatangan rakyat Indonesia, selatan Filipina atau Melayu Pattani akan dihalang seketat-ketatnya. Hanya mengizinkan sedikit pendatang India bukan Islam dan majoritinya akan dibawa terus dari negara sebangsa mereka sama ada China atau Vietnam. Tujuan utamanya tentulah untuk menguasai setiap ruang dan peluang yang ada di negara ini disamping mempunyai undi yang cukup dalam setiap pilihanraya. Inilah wajah demokrasi moden yang bakal dilalui oleh Malaysia, jika pemerintah Islam gagal mendominasi pilihanraya.

Sebahagian dari rakyat Malaysia sudah mula terhidu permainan ini. Cuba memberi kesedaran kepada sebahagian yang lain. Seperti yang diduga, ia tidaklah semudah yang difikirkan dan ternyata masih sukar diterima terutama oleh pengikut taksub beberapa buah parti politik Melayu. Taksub menyebabkan akal menjadi beku dan menghalang pengikut tersebut melihat kebenaran. Mereka sering berburuk sangka dan menganggap pemerintah seumpama syaitan yang sangat jahat. Para pemimpin mereka pula telah tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi juara. Islam diketepikan demi mencapai hasrat untuk menjadi penguasa. Tanpa Islam, kezaliman akan tetap berlanjutan, Ini adalah fakta bukan andaian semata. Mereka akan melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya jika mereka berkuasa atau mungkin lebih buruk.

Apa yang telah berlaku di negara Arab tersebut hampir sama dengan apa yang sedang dimulakan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Jarum suntikan ditusuk dengan perlahan-lahan dan ia harus memberi gambaran keburukan pemerintah dan membuahkan isu memihak penentang. Kes terbaru BERSIH 2.0 telah diatur seakan sama dengan apa yang berlaku di Libya Mesir dan kini Syria. Zionis akan menjadikan negara ini bergolak dan lemah dan ini memaksa pemerintah terus menerus mengharap sokongan dan akur segala permintaan mereka sebagaimana Iraq sekarang.

Bersih adalah alat propaganda yang boleh mencipta beberapa isu lain. Tujuannya ialah untuk memenangkan penentang baik secara formal atau sebaliknya. Proksi Zionis melalui USA sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bila pemerintah sedia ada tumbang melalui demonstrasi sebagaimana di beberapa negara Arab. Propaganda akan menjadi lebih mudah bila pasukan keselamatan yang selama ini dilabelkan sebagai entiti zalim melakukan kesilapan atau dipaksa melakukan kesilapan. Sokongan rakyat akan berpihak kepada mereka yang (dikatakan) telah dizalimi oleh polis yang secara zahirnya mewakili pemerintah sedia ada.




Maka puak Wahhabi di dalam PAS mulai menipu walau apa cara sekalipon untuk membuatkan rakyat berpaling sokongan ke atas mereka hatta menipu mati 2 kali seperti dalam video ini.
Kecerdikan kerajaan dan rakyat Malaysia bergantung sejauh mana mereka mengetahui hala tuju musuh dunia ini. Juga sejauh mana mereka menghalang racun yang sedang menular dalam sistem politik negara. Demokrasi adalah syaitan yang berwajah indah. Resipi Yahudi untuk kita semua.


Ramai penyokong jumud pembangkang maseh terus menidakkan poeranan danan asing dalam kegianatn menjatuhkan pemimpin ulul amri di Malaysia

Diharapkan Melayu (bagi saya Melayu itu adalah Islam) menjadi semakin cerdik menelah kerja jahat musuh Islam ini dan menghalangnya berlaku sesuatu yang amat kita kesali sepanjang hayat. Melayu harus bersatu kembali sepaya dominan dalam mengatasi masalah yang semakin kritis ini, jangan sekali-kali menjadi musuh kepada bangsa sendiri dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Jauhilah pemimpin yang jelas mempunyai gerak kerja yang meragukan apatah lagi jika terbukti ia seorang munafiqin. Semoga bangsaku bangun kembali membina komoniti Islam yang paling utuh di atas muka bumi ini.

rujukan

http://akhzaman.blogspot.com/2011/07/kebetulan-demokrasi-ialah-alat-iblis_7326.html

http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/guan-eng-berjaya-buktikan-melayu-pulau.html

Tuesday, July 26, 2011

BERSIH 709- The Truth



The truth is BERSIH chairperson promised to hold a peaceful rally at a stadium- they failed to deliver their promise

The truth is BERSIH  represents a small segment of the Malaysian population

The Truth is BERSIH is targeting a takeover of the present democratically elected government via chaos and anarchy

The TRUTH is BERSIH is funded from foreign fund and carries foreign agenda

The BIGGEST aim of BERSIH is to topple the present democratically elected government and have proxies to rule Malaysia.

Please watch what the RAKYAT MARHAEN say about BERSIH


Sunday, July 24, 2011

Jawapan Habib Munzir Al-Musawa terhadap mereka yang melawan pemerintah Muslim walaupun zholim

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,



Kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,


Hasan Al Banna diakui sebagai seorang yg berazazkan ahlussunnah waljamaah, namun diteruskan oleh Said hawwa, yusuf qardhawiy dan beberapa lainnya yg menolak mengakui suatu madzhab, mereka tidak mengakui 4 madzhab Ahlussunnah waljamaah, mereka mengaku punya madzhab sendiri dg memilih milih hukum atas dasar kedangkalan pemahaman ilmu hadits mereka dibanding para Imam Madzhab 4 (SYafii, Maliki, Hanafi, dan Hambali), mereka memilih satu dari madzhab ini, mengambil satu dari madzhab itu, dan memilah milah semaunya dg kedangkalan pemahaman syariah mereka.


Maka ikhwanul muslimin tidak lagi diakui oleh Jumhur (mayoritas) seluruh Madzhab.


Niat mereka baik, namun telah terkotori oleh akidah wahabi dan pemahaman yg menolak bermadzhab dg madzhab yg shahih dan diakui oleh ribuan para Imam dan Hujjatul Islam, mereka cenderung memisahkan diri, sedangkan Nabi saw telah bersabda : "Barangsiapa yg memisahkan diri sejengkal dari jamaah muslimin lalu mereka wafat dalam keadaan itu, maka mereka mati dalam kematian jahiliyah. (Shahih Bukhari).


Niat untuk mendirikan negara yg bersyariahkan Islam yg mereka cita citakan tidak didasari dg keluasan ilmu yg mendalam, karena Islam tidak pernah mengenal negara yg bersyariahkan islam;


Khilafah islamiyah adalah untuk dunia, bukan untuk suatu negara, Rasul saw berhasil sukses dalam pengaturan dakwah dari Madinah, namun Rasul saw tak menamakan : NEGARA MADINAH, atau NEGARA MEKKAH, atau nama suatu negara, karena islam bukan untuk suatu negara, tapi untuk dunia.


Khalifah tidak pernah muncul dg kekerasan dan perebutan kekuasaan, Rasul saw adalah penguasa tertinggi islam yg berpusatkan di Madinah, namun Rasul saw tetap membiarkan Abdullah bin Ubay bin Salul sebagai penguasa madinah, padahal ia adalah gembong munafik yg dilaknat Allah swt.


Rasul saw tidak merebut kekuasaan lalu bertahta sebagai pimpinan negara, beliau adalah pemimpin seluruh manusia, namun beliau saw mengajarkan bahwa islam tidak memperebutkan kekuasaan.



Ketika seorang anshar berkata pada Rasul saw : Beri kami kekuasaan/jabatan wahai Rasulullah.., maka Rasul saw menjawab : Kami tidak memberikan kekuasaan/jabatan pada orang yg memintanya. (Shahih Bukhari).


Rasul saw bersabda : Taatlah pada pemimpin muslim kepada hal yg kalian sukai dan kalian tidak sukai, namun jika diperintah untuk berbuat dosa maka jangan ditaati perintah itu (Shahih Bukhari).


Rasul saw tidak pernah mengajarkan untuk merebut kekuasaan, walau pada pemipin yg dhalim, selama ia muslim.


Berkata Hudzaifah ibnul Yaman kepada Rasul saw : Wahai Rasulullah, kami dulu dalam kejahiliyahan dan kejahatan, lalu kini kami dalam hidayah dan kebaikan, namun apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan dan kejahatan?,


Rasul saw : betul.

Hudzaifah ra: lalu apakah setelah kejahatan itu akan muncul kebaikan lagi?

Rasul saw : betul

Hudzaifah ra : apakah setelah kebaikan itu ada kejahatan lagi ?

Rasul saw : betul

Hudzaifah : bagaimana keadaan buruk saat itu?


Rasul saw : akan muncul para pemimpin setelahku, mereka tidak berjalan dengan petunjukku, dan tidak menjalankan sunnahku, dan akan muncul pada mereka manusia berhati syaitan dan bertubuh manusia,.


Hudzaifah : bagaimana jika aku menemui masa itu wahai Rasulullah?, apa yg harus kuperbuat..??

Rasul saw : tetaplah taati penguasamu, walau ia mencambuk punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah taat padanya. (Shahih Muslim).

Juga teriwayatkan ketika para tabiin mengadukan kejahatan khalifah Hajjaj kepada Anas bin Malik ra, maka anas bin Malik ra berkata : bersabarlah.. (Shahih Bukhari)


Jelas sudah bahwa Rasul saw tidak mengajarkan pemberontakan apalagi perebutan kekuasaan walau pada pemimpin yg dholim selama ia muslim, karena Rasul saw memahami ketika muslimin memberontak pada pemimpin yg dhalim maka pemimpin itu akan membantai muslimin dan ulama, maka islam hancur sendiri dan membuat musuh islam tertawa senang, karena mereka tak perlu susah payah menghancurkan muslimin, karena muslimin sudah saling hantam dan orang baik serta ulama sudah dibantai dan dibunuh oleh penguasa muslimnya sendiri.


Inilah yg tidak diinginkan oleh Rasul saw, Rasul saw menginginkan muslimin bersabar jika ada pemimpin muslim yg jahat, namun tentunya para ulama menyiapkan generasi calon pemimpin pemimpin yg baik, yg kemudian bisa menggantikan si jahat, namun itu semua hanya bisa terjadi jika ulama banyak, dan tidak dimusuhi atau diperangi oleh penguasa yg dholim.



Sebagian saudara kita muslimin tidak faham hal ini, mereka ingin membuat negara dengan merebut kekuasaan, padahal itu bukan ajaran Rasul saw.



Khalifah Abubakar shiddiq ra tidak mau menjadi khalifah namun dipaksa oleh sahabat, khalifah Umar ra tidak mau menjadi khalifah namun diperintah oleh Abubakar shiddiq ra, khalifah ustman tidak mau menjadi khalifah namun sudah diisyaratkan oleh Umar ra sebelum wafat, khalifah Ali kw lari dari kejaran sahabat untuk dijadikan khalifah namun akhirnya ia terima karena dipaksa dengan keras.


Semua khalifah tidak ada yg mencalonkan dirinya sebagai pemimpin, atau menjatuhkan pemimpin muslim lainnya walau dholim.

-Sayyidina Hasan bin ali ra menyerahkan khalifahnya kepada Muawiyah demi tidak terjadi perpecahan pada muslimin.

-Sayyidina Husein ra datang bersama keluarganya untuk mendatangi undangan muslimin dan bukan untuk berperang dg Yazid bin Muawiyah, namun kemudian ia difitnah hingga Yazid bin Muawiyah membunuhnya.


-Jika Sayyidina Husein ra berniat memerangi Yazid dan merebut kekuasaan, maka ia tak akan membawa anak anak dan istrinya dan para kerabatnya yg wanita, itu membuktikan bahwa Sayyidina Husein ra datang untuk kedamaian, namun difitnah seakan ia ingin merebut kekuasaan, maka iapun dibunuh. inilah yg tak dikehendaki oleh Rasul saw.


Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita, Wallahualam


Rujukan
1-No rek : 061-7121-494 Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw,
2-Baba Syarif

Saturday, July 23, 2011

Siapa yang bersama Yahudi Membinasakan negara?


9/11 - pengeboman WTC di NY  adalah permulaan penjajajahan  Dajjal ke atas dunia di mana umat Islam dituduh terrorist

Ulama mengaitkan dgn apa yg berlaku baru baru ini di Malaysia di mana BERSIH 709 (9 Julai 2011)  adalah BERLAWANAN dengan AKIDAH dan adalah usaha menghancurkan orang Melayu Islam.

Ulama mengulas hukum berdasarkan  Al Quran dan Sunnah mengenai perkara ini . Beliau juga memberikan contoh dari beberapa ulama muktabar dan Imam Ahmad tentang perlunya menentang  BERSIH kerana ia menentang Pemerintah Islam.

Ulama juga menjelaskan apakah hukum HAK ASASI dari segi akidah Islam dari segi manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Ulama juga memberi contoh beberapa contoh campor tangan Dajjal dan beberapa maklumat yang diGELAPKAN dari umat Islam di Malaysia.

Pohon dengar dengan jelas hujah ulama ini.

Kepada semua umat Islam -terutama gambar skrin kakitangan Kerajaan yg menuduh Kerajaan Malaysia "kejam dan zionist"  semoga  dapat  mengucap dua kalimah syahadah, beristigfar  dan sedar pihak mana yang terpesong selama ini. Harap umat Islam sama sama sedar bahawa mereka yang  menyokong BERSIH itulah yang bekerjasama dengan Yahudi dan dajjal. Umat Islam diminta BERSATU.

Elok juga baca buku The Power Of  Deception.






Rujukan

Yayasan Ta 'Lim

Friday, July 22, 2011

Provokasi Suhardi ke atas Polis-bukti rakaman video dan CCTV kamera oleh polis



Video provokasi Suhardi Mat Isa ke atas polis disiarkan oleh PDRM. Sehubungan dengan itu Suhardi kehendaki polis untuk membantu siasatan.

Polis juga dapat membuat transcript percakapan Suhardi kepada kumpulannya yg mengatakan "polis tak datang (rancangan ) kita gagal , kita tak datang (rancangan )  kita gagal ...."

Sementara video kematian Allahyarham Baharudin yg sebenar pula dirakamkan oleh CCTV kamera Avenue K di video bawah ini. Beliau didapati mati BUKAN kerana gas pemedih mata tapi kerana kesesakan nafas dalam keadaan sesak   selepas menjalani larian cergas pada usianya yang  lanjut.

Dengar penerangan lanjut polis



Thursday, July 14, 2011

BERSIH- Minda pelajar IPTA yang tak tahu menaakul

DI PULAPOL : SOAL SIASAT SEORANG PELAJAR IPTA PEREMPUAN YANG DI TAHAN   PADA TARIKH 709 (9 .7.11) ...



siasatan secara terbuka dan transparent-maseh kejam kata mereka

makan buffet percuma-maseh kejam kata mereka

pasukan perubatan memeriksa kesiahatan- maseh kejam kata mereka



polis : pelajar tahun berapa, bidang apa, dimana ?


pelajar : tahun 2, usuluddin, UIA ( intonasi marah )


polis : kenapa tujuan datang KL sertai demonstrasi ?


...pelajar : nak protes kerajaan zalim ( intonasi marah )


polis : mana dapat baju bersih ni ?

pelajar : beli RM49 di pejabat cabang pkr ( intonasi marah )


polis : datang KL berapa orang, ada kenderaan ?


pelajar : 8 orang, naik bas, komuter ( intonasi marah )


polis : kenapa kata kerajaan zalim ?


pelajar : Dato Seri Anwar Ibrahim kata kerajaan zalim ( intonasi marah )


polis : asal dari mana ?

pelajar : ( diam tak jawab )


polis : saya tahu dimana kampung awak, siapa ibu bapa kamu !


pelajar : ( terus menangis ) puan, tolong la jangan beritahu keluarga saya


polis : beri sebab kenapa awak tidak mahu saya hubungi keluarga ?


pelajar : ( menangis )

polis : jika awak tak jawab saya hubungi ibu bapa awak sekarang juga !


pelajar : tolong saya, puan ... saya malu dengan mereka ( menangis )


polis : adakah ibu bapa awak ahli parti politik, di kampung ?


pelajar : tidak puan, mereka hanya penoreh getah, tak tahu politik ( nangis ) polis : bagus lah macam tu, mereka wajar tahu awak bakal ahli politik !


pelajar : saya malu, puan ... tolong jangan hubungi mereka


polis : apa awak nak malu, mereka patut bangga, awak dah pandai !


pelajar : keluarga saya orang susah puan, nak makan pun susah ( nangis )


polis : awak beli macam2 benda, belanja untuk demonstrasi, duit siapa ?


pelajar : duit PTPTN puan, duit bantuan sara hidup dari FELDA puan


polis : siapa yang bantu awak dapat belajar di UIA, dapat bantuan ?


pelajar : ayah bawa saya jumpa ADUN BN minta sokongan puan

polis : siapa lagi tolong awak semasa belajar, sara hidup KL ni tinggi


pelajar : ayah jumpa pengurus wilayah tu, dapat bantuan FELDA


polis : bukan kah PTPTN, FELDA itu, agensi kerajaan ?


pelajar : ya puan ( nangis )


polis : kenapa kata kerajaan zalim, awak susah jumpa kerajaan ?


pelajar : ( nangis )

polis : saya terpaksa jalankan tugas saya, nama awak akan dihantar kepada pihak UIA dan Kem. Pengajian Tinggi !


pelajar : ( nangis ) saya minta maaf puan, tolong la saya kali ini


polis : dalam rekod ni, ini kali ketiga awak di tahan kerana kesalahan berkumpul tanpa kebenaran, maaf saya tak dapat tolong !
Semoga matihati  mereka terbuka untuk menerima hakkat bahawa perubahan bermula dari sendiri-Kejam ialah bila mereka bertuhankan makhluk Allah dan melupakan Pencipta Ya Rabbi ul Alamin

Semoga anggota polis yang menjalankan amanah dari Yang DiPertuan Agong dengan baik, sabar dan berhemah  dapat membuka mata pemuda pemudi bahawa mereka terpedaya. Jangan lacurkan keamanan dan kemerdekaan negara dengan wang RM 200 dari musuh Islam
 
Komen

Sebagai pelajar PTPN mereka mendapat dermasiswa minimum RM500 sebulan. Jika setahun tentu jumlahnya RM 6000

RM 6000 tentu lebih besar jumlahnya dari RM200 yg diberi melalui dana aseng

Fikir fikirkan bila dah masuk lokap barulah pelajar sedar.

Monday, July 11, 2011

BERSIH-pandangan ikhlas seorang pakcik tua depan Sogo

Saya tahu bagaimana anggota (polis) bekerja, ada peraturannya. Itukah yang dipanggil BERSIH. Kau (pendemo BERSIH) bawa senjata YDP Agong pon takut, saya pon takut.




"Aku tak dapat pandang kiblat dengan duit engkau. Islam bertamadun di Malaysia (jadi) jangan dinyahtamadun (Islam). Aku hanya pengembara di dunia ini. Tak payah bagi duit pada aku. Aku hanya buat ini untuk Islam. "


Friday, July 8, 2011

Nasehat Tuan Guru Haji Abdullah AnNajmi b. Hj Sammaah mengenai BERSIH dan hukum kerjasama dengan kafir harbi (DAP)

Tuan Guru Haji Abdullah Sammah / An Najmi dari Pondok An Najmiyah Geting dalam syarah waktu subuh menasehat berdasarkan Imam Asyafie wajib JIHAD ke atas golongan Kafir HARBI (DAP) yg sah mahu merosakkan perpaduan Islam dan menjatuhkan pemimpin Islam. Jihad yang dimaksudkan ialah agar umat Islam menggunakan kuasa mereka semasa pilihanraya untuk MENOLAK PR iaitu gabungan DAP, PKR dan PAS






Kitab -kitab yang digunakan ada dirujuk pada bahagian 1 video ini. Semoga para muslim dan muslimah dapat manfaat dari kuliyah subuh ini.

Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Yang Di Pertuan Agong mengenai BERSIH pada 9 Julai 2011

Istana Negara/ BERNAMA/Utusan 03/07/2011 8:40pm



KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama