Kita terkejut bila Bosnia negara Islam yang pernah ditolong Malaysia BERKECUALI semasa pengundian Palestine kepada status negara pemerhati di PBB. Perkara ini sebenarnya akan jadi di Malaysia jika Pakatan berkuasa. Ipoh Malay membahaskan dengan terperinci Persamaan Bosnia Dan Malaysia Dibawah Pakatan Rakyat
Berikut adalah
pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang
mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang
sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang
mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan
Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama
Islam.
Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan
Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9%
Lain-lain.
Hukum politik jenis bertiga ini cuba ditiru
oleh Pakatan Rakyat di negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu
sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya
Presiden Barisan Nasional.
Sebab itulah mereka hanya meletakkan Anwar
Ibrahim sebagai pemimpin de-facto. Ini kerana, jika mereka menang, hanya satu
kerusi Perdana Menteri yang tersedia.
Oleh sebab itu, keterujaan mereka untuk
merepublikkan negara ini sangat tinggi kerana dengan cara itulah sahaja, mereka
dapat meletakkan ketua de-facto sebagai Presiden negara dengan dibantu oleh tiga
Perdana Menteri dari ketiga-tiga aliran komponen parti yang berbeza, DAP, PAS
dan PKR.
Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi
kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen dalam PRU12
2008.
Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak
yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan
siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular
Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.
Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan
Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan
Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong
Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam
mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Ini sangat mengejutkan kita kerana negara
Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.
Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi
kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak
dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga
Presiden.
Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah
dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP
dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik
akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari
ini tanpa mengira demografi.
Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak
pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan
dasar sosialis yang anti Islam akan membunuh pula bibit-bibit Islam yang sedang
subur bercambah.
Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi
bahan jenaka dunia Islam kerana kebodohan umat Islam negara ini membuat pilihan
akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang
akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya
adalah Muslim.
Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan
Rakyat.
