Showing posts with label umat islam.. Show all posts
Showing posts with label umat islam.. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

JOM HIMPUN 1JUTA UMMAH ISLAM


Jom himpun 1 juta Ummah Islam di Stadium Shah Alam 22 Okt (Hari ini) jam 2-5 petang.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh HIMPUN dan dibarisi orang kuat Yayasan As Sofa dan mantan pemimpin ABIM.

Menurut sumber yang dipercayai Syeikh Nuruddin Al Banjari juga membatalkan beberapa ciri ceramahnya untuk memberi fokus dan sokongan kepada PERHIMPUNAN 1 Juta Ummah Islam ini.

Demi mempertahankan Islam , TOLAK sikap assobiyah jumud politik kepartian yang sempit -jom kita HIMPUN di Stadium Shah Alam hari ini!

Kenyataan Bahrus Sofa yang menyokong HIMPUN di http://pondokhabib.wordpress.com/2011/10/22/himpun-perang-siffin-kisah-saydina-ali-ra-dan-saydina-muawiyyah/

Wednesday, June 8, 2011

DAP Pulau Pinang TIDAK BOLEH KELUARKAN ARAHAN ke atas Majlis Hal Ehwal Ugama Islam

Pulau Pinang adalah negeri tanpa Sultan (yakni sehingga kes Kesahehan Perjanjian Pajak Gadai bertempoh "selagi bulan bintang bercahaya" selesai dibicarakan dan ia kembali ke pangkuan Sultan Kedah)

Selagi itu segala HAL EHWAL UGAMA ISLAM perlu mendapat PERKENAN Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sebagai KETUA UGAMA ISLAM di Malaysia dan Ketua Ugama Islam di negeri negeri Selat.

Oleh itu arahan DAP Pulau Pinang untuk semua masjid mengadakan pilihanraya adalah salah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan juga ugama Islam.

Didalam ugama Islam telah disebut tatacara memilih Imam. Dalam Perlembagaan Persekutuan juga ditegaskan perlantikan Imam dan AJK  sesebuah masjid adalah dengan PERKENAN Sultan. Di Pulau Pinang  YDP Agong selaku Ketua Ugama Islam Negeri tersebut perlulah di hormati.

Sesungguhnya ada satu Hidden Agenda Rejim DAP Pulau Pinang mengadakan pilihanraya masjid- untuk memecahbelahkan lagi umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia.

Semoga umat Islam sedar agenda tersembunyi ini dan langkah pertama ialah membuat laporan polis agar tindakan biadab ini dapat dihentikan.

.

Thursday, December 31, 2009

Gerhana bulan dan gerhana di hati umat Islam

Malam ini dijangka berlaku gerhana bulan pula pada jam 1.15 pagi. Gerhana bulan ini mengiringi masuknya umat manusia ke tahun baru 2010 masehi.

Seeeloknya baik dibuat solat sunat Gerhana Bulan dan mohon dijauhkan bala dari umat Islam di Malaysia ini

Gerhana bulan ini pula adalah seolah petunjuk alam sementelah siang tadi keputusan sedeh kepada umat Islam yang sayangkan ugamanya kerana turut mengiringi Kebenaran Penggunaan Nama Allah oleh akhbar The Herald, sebuah akhbar Kristian. Langkah ini adalah langkah terkini dalam usaha untuk menyahsensitifkan beberapa hak ekslusif umat Islam di Malaysia terutama penggunaan nama Asmaul Husna Allah yang utama iaitu Allah.

Mungkin juga setelah bertubi tubi gasakan musuh dalam dan luar Islam umat Islam di Malaysia kena berfikir, wajarkah menyokong gerakan politik yang menghalalkan musuh menyerang Ugama Islam dari luar dan dalam?

Mungkinkah gerhana bulan adalah amaran Allah mengenai keceluparan mulut seorang pemimpin politik yang menyamakan zat Allah yang mulia dengan sesuatu ugama yang menyambut baik rangkaian tiga trinity? http://gunungmatcincang.blogspot.com/2009/12/tunggu-nik-aziz-nak-marah-tuhan-pula.html