Wednesday, June 8, 2011

DAP Pulau Pinang TIDAK BOLEH KELUARKAN ARAHAN ke atas Majlis Hal Ehwal Ugama Islam

Pulau Pinang adalah negeri tanpa Sultan (yakni sehingga kes Kesahehan Perjanjian Pajak Gadai bertempoh "selagi bulan bintang bercahaya" selesai dibicarakan dan ia kembali ke pangkuan Sultan Kedah)

Selagi itu segala HAL EHWAL UGAMA ISLAM perlu mendapat PERKENAN Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sebagai KETUA UGAMA ISLAM di Malaysia dan Ketua Ugama Islam di negeri negeri Selat.

Oleh itu arahan DAP Pulau Pinang untuk semua masjid mengadakan pilihanraya adalah salah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan juga ugama Islam.

Didalam ugama Islam telah disebut tatacara memilih Imam. Dalam Perlembagaan Persekutuan juga ditegaskan perlantikan Imam dan AJK  sesebuah masjid adalah dengan PERKENAN Sultan. Di Pulau Pinang  YDP Agong selaku Ketua Ugama Islam Negeri tersebut perlulah di hormati.

Sesungguhnya ada satu Hidden Agenda Rejim DAP Pulau Pinang mengadakan pilihanraya masjid- untuk memecahbelahkan lagi umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia.

Semoga umat Islam sedar agenda tersembunyi ini dan langkah pertama ialah membuat laporan polis agar tindakan biadab ini dapat dihentikan.

.

2 comments:

Anonymous said...

bro ia araham majlis agama laaa bukan kerajaan pulau pinang..hah hah kantoi...

Anakbukitgantang said...

Dalam kes Pulau Pinang Majlis Ugama Islam Pulau Pinagn PERLU DAPAT PERKENAN Yang Di Pertuan Agong kerana is berada di bawah purview Yang Di Pertuan Agong

Fahami kuasa politik dan hadnya TIDAK BOLEH MELANGKAUI KUASA SULTAN DALAM HAL EHWAL UGAMA-sila rujuk Perlembagaan Persekutuan

Siapa yang kantoi sebab tak baca Perlembagaan Persekutuan?