Thursday, February 21, 2013

AIR di Selangor-satu pandangan profesional

Penerangan isu AIR dari pakar- engineer, akauntan, lawyer, IT  pegawai serta mantan pegawai kerajaan yg terlibat dalam projek infrastruktur berskala  besar di Malaysia telah bersatu untuk menerangkan isu air dari perspektif profesional.


 
 atau rujuk di link http://youtu.be/Gk-3rpmt-iM
 
 
Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH. Menurut penerangan video ini Tawaran tersebut tidak boleh  dibuat kerana ia menyalahi Perjanjian Konsesi yang ditandatangani oleh 4 Syarikat berkenaan.

Malah Tawaran Selangor itu bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan (Undang Undang Induk Negara) kerana Urusan bekalan air adalah di dalam Senarai Bersama Jadual 9 (pindaan drpd senarai negeri).. Jadi kalau semua syarikat konsesi diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor  di manakah peranan Kerajaan Pusat berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan? Kerana sudah tentu PAAB & MOF Inc (Golden Share) akan menarik diri! Apakah Regulatory and Financial Framework Selangor selepas Pengambilalihan ini? 
 
Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan  kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia  dan lain lain lagi.
 
Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)
 
Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.
 
 
 

3 comments:

The Gunners said...

Nampak sangat Khalid Ibrahim tak fikir pasal rakyat. Kalau serius perjuang hak rakyat,dah lama Selangor kemuka tawaran pada syarikat air untuk ambilalih. Ni dah dekat time bubar Parlimen, barulah terhegeh-hegeh buat offer. Patutlah Khalid Ibrahim ken condemn dengan pimpinan PKR, buat kejenya memang lembab!!

Ahmad Albab said...

Fakta-fakta yang diberikan memang cukup tepat dan jelas. Pelik aku mana Kerajaan Selangor dapat fakta-fakta isu air ini. Situasi sebenar isu air di Selangor lansung tidak diendahkan Khalid Ibrahim dan exco2 malah cuba memburukkan lagi keadaan demi kepentingan politik. Kalau tak percaya, cuba tanya siapa pakar air Selangor. Dah tentu tak jawap punya!!!

Anakbukitgantang said...

Ahmad Albab,

Pakar Air Selangor hanyalah 3 orang ex JKR -bagaimanapon 3 "pakar" ini tak dapat menandingi team kami yang mempunyai engineer yang terlibat dgn Pengurusan Air selama 30 tahun-dia juga terlibat dalam pembinaan empangan, kajian feasibility dan pengesyiran suoaya EPU ambil alih logi rawatan air di Johor dr Singapura dam terlibat secara langsung semasa krisis air di Lembah Klang 1998.

Selain itu tema ini mempunyai beberapa orang engineer, beberapa akauntan, profesor university, lawyer dan juga mantan pegawai kerajaan....sebab itu hujahnya mantap sebab semua fakta yang diberikan adalah BENAR

Saksikan sambungan video ini menjawab setiap isu yang timbul....dan mendedahkan setiap pembelit yang membelit fakta sebenar