Thursday, February 21, 2013

Datum Jelatek- akan bermulanya pengusiran Melayu dari Lembah Keramat

Bagi mereka yang tahu real estate, Lembah Keramat dan Setiawanga ialah kawasan Malay Enclave bersama Kampung Baru. Maka projek  Datum Jelatek jika diteruskan akan membawa impak negatif ke atas populasi Melayu di ibukota. 
Mengenai kisah Datum Jelatek, rasanya bukan kisah sekadar mengenai pembangunan kondominium mewah untuk warga asing. Sebaliknya kisah Datum Jelatek itu sebenarnya adalah kisah mengenai rampasan tanah orang Melayu secara halus dan penyisihan mereka dari kawasan bandar secara "terhormat".
Masakan orang Melayu boleh berdiam diri dan membiarkan projek itu diteruskan sedangkan Datum Jelatek merupakan lambang kejayaan Pakatan Pembangkang menghalau orang Melayu dari kawasan pendudukan Melayu di Keramat?


Malah pampasan yang diberikan PKNS kepada penduduk asal Datum Jelatek cumalah sekitar RM300,000, sedangkan sebuah unit rumah 1 bilik tidur bersaiz 725 kaki persegi dalam projek itu pula dijual dengan harga RM956,000. Pada harga mencecah hampir RM1 juta, sebilangan besar orang Melayu ternyata tidak mampu membeli unit rumah itu daripada PKNS.


Projek itu sengaja dibina bukan dalam lingkungan kemampuan ekonomi orang Melayu. Sebaliknya unit-unit rumah di Datum Jelatek sebenarnya telah dijual kepada pembeli Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Malah promosi hartanah yang diadakan di Singapura turut memberikan jolokan kepada Datum Jelatek dengan gelaran "New Chinese Manhattan" untuk menarik lebih ramai pembeli Cina membeli kawasan perumahan itu.

Hakikatnya projek Datum Jelatek bertujuan mencairkan kepadatan penduduk Melayu di kawasan Keramat untuk membolehkan berlakunya "penetration" pendudukan bukan Melayu berlaku di kawasan itu.

Walaupun projek itu telah dirancang semenjak 2010, namun tanpa keizinan Allah SWT sehingga ke hari ini, projek Datum Jelatek masih belum mampu dibangunkan dengan berlakunya pelbagai masalah dalaman. Disamping itu desakan penduduk kawasan Keramat yang tidak mahukan projek berkenaan diteruskan turut membantutkan perancangan projek tersebut.

Orang Melayu harus segera sedar dan tidak sekadar mempedulikan kisah-kisah dalam kain pemimpin Melayu semata-mata. Sebaliknya mereka perlu menumpukan kepada kepentingan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga dan bangsa mereka dalam keadaan serba mencabar.


Dan projek Datum Jelatek untuk warga asing harus dilihat sebagai cubaan mencabuli hak orang Melayu dan warga Malaysia. Projek itu harus dihentikan segera demi kepentingan semua. Orang Melayu harus bersatu dan berganding bahu untuk menghalang walau seinci projek itu daripada diteruskan demi survival bangsa dan keluhuran negara.

No comments: