Showing posts with label Institusi DiRaja.. Show all posts
Showing posts with label Institusi DiRaja.. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Isu saman PM pasal dana sekolah Tamil - Hujah bekas hakim wajar diperdengarkan



Saya merujuk kepada isu terkini 2 peguam berhak saman Perdana Menteri kerana " tidak menyalurkan saluran dana yang sesuai " ke SRJK(T)

Rujuk ucapan bekas Hakim berkenaan keharmonian ugama, kaum  dan dana ke atas sekolah vernakular termasuklah isu saman SRJK(T) kini.

Huraian Islam, Raja Raja Melayu dan hak orang Melayu dihuraikan dengan jelas oleh Yang Arif Mohd Noor bekas hakim semasa perhimpunan MUAFAKAT di minit 11 ke atas. Jelas beliau ada perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan membolehkan ugama dan bahasa lain diamalkan dan dipelajari tapi bukan untuk dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan! (komen  penulis - Rujuk artikel 11 (1) (2) (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan)


Seminar MUAFAKAT berkenaan kedudukan  Raja Raja Melayu, Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai paksi keutuhan negara. dibuat pada 4 Jan 2013 di Pusat Islam (Stesyen TV Al Hijrah), Kuala Lumpur baru baru ini

Dengar huraian Yang Arif Mohd Noor berkenaan kedudukan sekolah vernakular, Tanah Simpanan Melayu pada minit 11 ke atas

3 perkara penting yang perlukan tindakan segera seperti sarana Yanag Arif ialah seperti di bawah:-

1- wajib memperkasakan  Majlis Raja Raja sebagai Excutive Council TERTINGGI di Malaysia-sebab keadaan politik sekarang memungkin kaum lain menuntuk hak yang bukan hak mereka seperti yang dinyatakan secara tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan
  •  
     2- Tanah Reserve Melayu yg diambil utk pembangunan wajib diganti dgn Tanah Reserve lain dalam kawasan  Bandar- macam Kpg Baru-dan jadikan ia banyak -ini boleh pecahkan undi kaum Yahudi Timur yg semakin mencabar  hak hak Melayu dalam Perlembagaan.
  •  
  • Penulis cadangkan juga Ngah dan Ngeh ,  DAP  dan PAS gantikan Tanah Reserve Maelyu yang diambil balik di Pulau Pinang (Pondok Upih untuk projek University Nanyang ) dan Gua Musang Kelantan  (diambil untuk merasuah suoaya Nizar menjadi MB Perak) diganti dengan Tanah Reserve Melayu dalam kawasan Bandar untuk terus mempertahankan undi Melayu sebagai kaum majoriti dan Islam sebagai Ugama Negara-saya harap pemimpin UMNO yang  ada dapat menjadikan ini sebagai manifesto pilihanraya nanti!
     
  •  
    3- Sekolah Vernakular perlu diseliakawal  KEWANGAN SENDIRI-tiada peruntiukan kewangan bagi sekolah vernakular dalam Perlembagaan-harap NGO dan Perkasa perlu perjelas kepada Melayu Islam dan jangan jadi apolegetik!
  • ......................................................


  • Penghakiman tersebut boleh dirujuk di BERNAMA

    uthayakumar-thestarMahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua peguam mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menyaman Perdana Menteri dan timbalannya serta kerajaan Malaysia atas dakwaan berlaku diskriminasi dalam penyaluran bantuan kewangan kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Tamil.
    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kota Alam Shah, M. Manoharan dan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar.
    Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan agar saman tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.
     


    Sunday, December 16, 2012

    isu menasehati Sultan sesebuah negeri

    Saya sudah pergi ke banyak seminar dari Muafakat sehingga HIKMAH dan meneliti banyak posting di dalam blog berkenaan 2 isu utama iaitu isu party dominan  menasehati Sultan dan peri pentingnya Sultan turun padang bagi meneliti masalah rakyat.
     
    Namun penerangan saya pada sejumlah kecil tidak dapat membetulkan misconception berkenaan Sultan yang sebenarnya sudah ada barisan penasehat dan Sultan serta ahli waris negeri bagi Institusi diRaja tersebut sangat perihatin dan sentiasa mengikuti  pergolakan politik di Malaysia. Mereka sudah ada solusi tapi sebagai sebuah institusi yang berada "di atas politik" (above politic)  mereka lebih suka bersikap memerhati dan menyalurkan maklumat secara formal dan informal melalui saluran yang betul.
     
    Sultan adalah payung negeri. Keberkahan sesebuah negeri terletak kepada dua faktor iaitu kebijaksanaan Sultan sebagai payung yang memerintah negeri dan ketaatan rakyat kepada pemerintah. Teliti balik posting terdahulu di SINI

    Blog Sembangkuala mengupas isu ini dengan lebih terperinci -saya "copy and paste" Majlis Penasehat Negara bagi negeri Perak yang ditubuhkan untuk menasehati Sultan dan penubuhannya adalah diperuntukkan di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Perak:-

    Di negeri Perak Darul Ridzuan, wujudnya sebuah badan yang dikenali sebagai ”Dewan Negara” yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.
    Dewan Negarav1
     
    Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi
     
    Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
     
    Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
     
     
    Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.
     
     
    Sumber: Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan (http://sultan.perak.gov.my/)