Tuesday, April 6, 2010

Menghina mahkamah- Antara dua darjat

Mathias Chang, peguam dan juga bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad dikenakan tindakan menghina mahkamah dan denda RM 20,000 kerana enggan menjawab soalan dan meninggalkan kandang saksi.


Gobind Singh Deo yang bertikam lidah dengan Hakim semasa Inquest Kematian Teoh Beng Hock tidak pula dikenakan tindakan yang sama. Malah tindakan peguam ini yang menjadikan mahkamah Malaysia seperti sarkis dengan kemunculan pakar forensik Dr Porntip dan membuat dakwaan palsu tidak pula dikenakan tindakan menghina mahkamah walau jelas bertikam lidah dengan salah seorang saksi SPRM.


Juga ayahnya Karpal Singh yang membawa Pengakuan Bersumpah Bala seperti yang didedahkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam Parlimen tidak pula dikenakan tindakan Menghina Mahkamah.

Apakah Sistem Kehakiman dan Majlis Peguam Malaysia  zalim dan hanya menghukum mana-mana peguam yang pro Kerajaan Persekutuan? Fikirkan! Untuk makluman, Mathias dihukum penjara enam bulan kerana enggan membayar denda tersebut.

Mungkinkah "rayuan" dan kes Mathias Chang ini hanya akan membuka mata rakyat Malaysia setelah Mathias dirawat di Hospital Serdang? Baca petikan berita dibawah



Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments: