latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Thursday, January 17, 2013
Kalimah Allah - Seminar di UIA 20 Jan 2013
Setiap tahun 2 juta umat Islam di Indonesia dimurtadkan kerana kalimah Allah dan beberapa terma orang Islam lain digunakan oleh mubaligh Kristian. Banyak lagi helah Kristian seperti mengadakan perjumpaan ugama di hari Jumaat dan bukannya Ahad bagi mengelabui mata umat Islam yang cetek tauhid dan lemah imannya.
Kauseling keluarga dan pusat kebajikan juga didalangi persatuan mubaligh Kristian dan ini menyebabkan umat Islam yang sedang menghadapi masalah kewangan , keluarga inginkan kaseh sayang terjebak ke dalam perangkap pemurtadan.
Kajian menjangkakan dengan kadar 2 juta umat Islam murtad setahun, maka pada tahun 2035 Indonesia bukan lagi negara Islam terbesar di dunia hasil dakwah agresif Kristiniasasi ini.
Mahukah kita di Malaysia menerima naseb yang sama? Cegah sebelum terlambat!
Sehubungan dengan itu PEMBELA mengadakan seminar berkenaan isu ini di UIA 20 Jan (AHAD)
Forum Islam dan Cabaran Semasa.
Tajuk: Kalimah Allah & Perpaduan Ummah.
Tayangan khas: Helah & ancaman Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dan Non-Muslim.
Tarikh: 20 Januari 2013 hari Ahad.
Tempat: Auditorium Utama, UIAM Gombak.
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tgh.
Masuk adalah PERCUMA.Terbuka untuk semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
http://anakjatimalaya93.blogspot.com/2013/01/kalimah-allah-bukan-isu-malaysian.html
Dalam surah Al-Maidah sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat yang menjelaskan perbezaan Tuhan "ALLAH" dan Tuhan atau God menurut yang diiktikadkan oleh penganut Kristian. Ayat 17 surah tersebut menjelaskan begini:
"Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad) "Dakwaan itu tidak benar, kerana siapakah yang dapat menahan seksa dari ALLAH sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih ibn Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya..."
Ayat 72 dari surah yang sama menjelaskan:
"Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, meka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim."
Ayat 75 dalam surah yang sama juga menegaskan: " Tiadalah Al-Masih ibn Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka) kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawanafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
terima kaseh atas penjelasan yg diberikan
Sekedar ingin menyampaikan, biasakan diri untuk melakukan penelitian terhadap setiap kabar berita yang Anda terima. Anda khn muslim, jadi bersikap hati-hatilah, jangan mudah uuntuk ikut menyebarluaskan fitnah.
2 juta/tahun muslim Indonesia murtad karena salah penggunaan kalimah Allah? Itu data dari mana? Save Mryam? Kalau iya, lebih baik Anda kunjungi dulu laman saveudin.org lalu pertimbangkan untuk terus mempertahankan artikel Anda itu atau tidak.
Post a Comment