Showing posts with label analisis. Show all posts
Showing posts with label analisis. Show all posts

Monday, August 15, 2016

ANCAMAN ISIS DI MALAYSIA MULA MEMASUKI FASA 3


 

Menurut analisa yang dibuat, terdapat satu trend yang menggunakan modus operandi serupa oleh mana-mana kumpulan pengganas. Jika dahulu umat Islam menyaksikan kemunculan al-Qaeda, Taliban dan pelbagai lagi kumpulan militant lain, kini kita digemparkan pula dengan kemunculan ISIS iaitu kesinambungan gerakan-gerakan pengganas yang mula membentuk haluan baharu setelah berlakunya perebutan jawatan dalam organisasi. Walau apapun jua nama kumpulan pengganas ini, trend modes operandinya adalah sama, ideologinya sama serta rujukannya juga sama. 

Fasa pertama, kumpulan pengganas akan menumpukan perhatian terhadap orang awam untuk di “brainwash” terutama sekali para penuntut di universiti. Ini bagi tujuan pengkaderan ahli-ahli militant. Medium brainwash yang diambil sama ada usrah-usrah tertutup yang tidak berdaftar dengan pihak institute pengajian. Selain itu, melalui risalah-risalah “dakwah” sama ada hardcopy ataupun melalui media-media sosial.

Perkara yang sentiasa akan diapi-apikan adalah mengenai ilmu Hadis. Golongan pengganas ini mula menjatuhkan martabat ulama silam dengan mendakwa “Hadis tersebut palsu” dan sebagainya. Golongan pengganas akan mendoktrinkan kepada orang awam dengan disiplin hadis yang menyeleweng. Kemudian, mereka mengajak orang awam untuk menterjemahkan hadis-hadis ini dengan kefahaman akal sendiri secara literal tanpa merujuk ulama kerana kononnya ulama tidak maksum.

Kemudian, golongan pengganas akan mula menghasut orang awam untuk membenci ulama. Maka golongan ini akan merosakkan pula sistem ilmu fiqah. Mereka akan menentang mazhab-mazhab dan para ulama muktabar. Mereka menanamkan “mindset” mudah menyesatkan, membidaahkan, mensyirikan dan mengkafirkan umat Islam.

Seterusnya, mereka mula merosakkan disiplin ilmu akidah umat Islam. Mereka akan mendakwa sesiapa sahaja yang tidak mahu ikut berperang, maka orang itu murtad lalu layak dibunuh. Sesiapa sahaja yang tidak sefahaman dengan mereka, maka akan dilabel sebagai Syiah, Taghut, Demokrasi laknat dan sebagainya.
Fasa kedua, golongan pengganas ini akan mensasarkan kepada institusi agama Islam. Semua ulama akan dilabel sebagai menyokong kezaliman jika menentang ideology teroris mereka. Kritikan dan fitnah akan disebarkan melalui media bagi memburukkan institusi atau agensi agama. Akal orang awam yang telah diprogramkan dengan mindset pengganas pada Fasa pertama akan mula menjadi liar.

Fasa ketiga, golongan pengganas ini akan mensasarkan target mereka kepada pihak keselamatan. Setelah pengkaderan orang awam di Fasa pertama dan memburukkan institusi agama di Fasa kedua, maka mereka akan mula menyatakan ancaman kepada pihak keselamatan pada Fasa ketiga. Mereka akan menanamkan rasa benci kepada pihak Polis dan seterusnya kepada Angkatan Tentera Negara. Ketika ini, kita akan melihat banyaknya berlaku rompakan-rompakan bank atas dasar “memerangi riba”. Wang-wang rompakan ini akan digunakan untuk membeli senjata api dari “pihak luar”. Senjata-senjata ini adalah untuk melancarkan serangan terhadap pihak polis. Jika pihak polis berjaya diancam, mereka akan mula melancarkan serangan terhadap Angkatan Tentera.

Maka masuklah pada peringkat terakhir. Setelah mana Angkatan Tentera dapat mereka lumpuhkan, maka rampasan kuasa akan berlaku. Keadaan darurat akan berlaku. Nyawa orang awam dalam bahaya. Jika telah berjaya melakukan rampasan kuasa, maka datanglah mereka ke kediaman-kediaman rasmi pemimpin politik. Para pemimpin akan ditangkap, diseksa dan dibunuh secara kejam sama ada pancung, bakar atau sebagainya. Setelah jatuhnya sesebuah kerajaan, maka mereka akan mendirikan sebuah negara haram baharu.

Ketika ini sudah tiada guna. Orang tempatan sendiri akan sukar untuk bangkit melawan mereka. Maka sebahagian pemimpin tempatan sesebuah negara mengambil keputusan untuk “meminta bantuan” negara kuasa besar dunia bagi “menyelesaikan” kemelut ini. Jika hal ini berlaku, penjajahan bentuk baharu akan berlaku. Kita perlu menunggu 10, 30, 50 atau 100 tahun pula bagi melihat semula sinar keamanan dan kemerdekaan negara.
Hal di atas semuanya adalah analisis terhadap trend perkembangan gerakan militant negara-negara yang sedang bergolak perang saudara. Trend ini sebenarnya juga boleh dilihat sedang berlaku di Malaysia. Pada fasa pertama, Malaysia sedang mengalami masalah kekurangan adab dalam kalangan rakyat. Banyak ajaran-ajaran menyeleweng telah difatwakan. Isu mempertikai status hadis, perdebatan perkara khilaf furu’iyyah dan sikap suka mengkafirkan sesama umat telah lama berlaku.

Malaysia melangkah ke Fasa 2 dimana kita boleh melihat pelbagai agensi agama, mufti-mufti dicerca oleh anak muda di media sosial. Pelbagai risalah, portal-portal fitnah oleh media tertentu dan penyebaran maklumat palsu mengenai kenyataan-kenyataan para ulama telah diseleweng dan diperhina.

Kini, Malaysia sedang memasuki fasa 3 iaitu selangkah sebelum fasa terakhir. Kita boleh lihat bagaimana terdapat anggota ISIS mencabar Ketua Polis Negara. Gerakan radikal secara underground ini juga sedang giat menyebarkan fitnah kononnya Polis DiRaja Malaysia sedang diresapi fahaman Syiah. Begitu juga dengan DCP Datuk Ayob Khan iaitu Ketua Penolong Pengarah Counter Teroris Cawangan Khas PDRM Bukit Aman yang telah menerima pelbagai ugutan serta pelbagai tohmahan dari individu tertentu melalui media kontroversi tertentu. 

Menurut DCP Datuk Ayob Khan ketika Seminar DAESH di Kuala Lumpur, sepanjang operasi membanteras kegiatan pengganas yang dilakukan PDRM, terdapat juga mereka yang memiliki PhD menjadi anggota kumpulan militan. Tidak kira sama ada PhD di bidang hadis, kejuruteraan atau sebagainya, golongan-golongan akademik bergelar “Dr.” inilah sebenarnya antara punca berkembangnya doktrin terroris. Beberapa nama individu berpengaruh yang berpotensi menjadi pendakyah doktrin radikalisma sedang dalam pemerhatian pihak berautoriti untuk diambil tindakan.

Wednesday, January 23, 2013

Diversion- kerana balak dan Kalimah Allah, Sharifah Zohra jadi mangsa!


Kepada semua pembaca, saya meminta supaya berfikiran rasional.

 
DAP tak dapat menepis isu pemberian 10,000 hektar tanah di Kelantan sebagai rasuah bagi membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selama 11 bulan. Tambahan lagi isu itu melibatkan naseb 70 peneroka tanah berbangsa Melayu berugama Islam yg akan hilang tempat tinggal dan hilang kebun kelapa sawit walaupin telah diusahakan hampir 20 tahun. Rujuk Tanah Tuhan dan Balak untuk Ngah dan Ngeh
 
                Pemindahmilikan tanah dari Yayasan Islam Kelantan kepada Ngah dan Ngeh.
 
Di Bawah Akta Hutan 1984 Hutan Simpan hanya boleh diterokai jika mempunyai kepentingan awam. Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai locus standi bila mengambil Hutan Simpan tersebut. Tapi bila tanah dipindahmilik dari YIK kepada orang kafir harbi Nagh dan Ngeh, maseh adakah  kepentingan awam  untuk rakyat Kelantan dan Malaysia? Rujuk kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara (Akta 313) 1984 Akta 313

Isu ini cukup panas dan tak dapat ditepis DAP yang mendakwa mereka transparen dan tak mengamalkan rasuah.  Maka DAP Divert isu tersebut dengan Kalimah Allah. Yang terkena tempias ialah PAS
 
PAS yg merasa panas kerana isu Kalimah Allah belum dapat menangkis dengan baik. Tambahan lagi isu Amanat Hadi Awang yg jelas salah mengkafirkan umat Islam maseh berbahang.Sehingga ke rencana ini ditulis, sudah 3 minggu Hadi Awang membisu tanpa tindakan konkrit damage measures ke atas isu Amanat Hadi Awang yang memecahbelahkan Melayu selama 33 tahun itu.  Di Tambah lagi pendedahan buku Kafirkan Aku dan Airmata Memali oleh Cikgu Non atau CN Al Afghani menyebabkan PAS kepanasan kerana semua ini berlaku berpunca dari AKIDAH PAS yg mujassimah al wahabiyah (sesat) . Orang Islam takkan mengkafirkan saudara seIslam yang lain kerana hak masuk syurga dan neraka semata mata dengan rahmat Allah. Lupakah PAS bahawa Hadis Sahih Bukhari " bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh"
bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh
 
  
 Dalam kepanasan maka datanglah idea menepis. PAS memang pakar dalam bab ini. Kebetulan video Sharifah Zohra vs Bawani jadi hit sensation di youtube. Maka semua permasalahan party PAS dan DAP di divert kepada Sharifah Zohra.

Sharifah Zohra telah bertindak dengan baik bagi menjelaskan isu anarchy dan Perhimpunan BERSIH yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 SINI dan youtube penuh perbicaraan di bawah. Minit 4 ke atas menunjukkan bahawa Sharifah Zohra mendapat sokongan dari siswa UUM. Malang sekali ia diputar belit utk menunjukkan "kekalahan" Sharifah Zohra walau pon jelas Bawani telah mengacau majlis di pengakhir masa.
 

 
Rujuk minit 4.14 di mana Sharifah mendapat tepukan dan sokongan dari UUM -sokongan sisiwa padu di belakang Sharifah Zohra
 
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon gunalah pemikiran kritis.
 
Isu utama yang mencabar umat Islam kini ialah;
 
1- Penggunaan Kalimah Allah oleh kafir yg dibenarkan PAS sepatutnya tak berlaku. Ini akan sebab lebih banyak umat Islam mudah diMURTADkan
 
2- Isu bible dalam bahasa Melayu. Kesemoatan ini tidak akan timbul jika isu Kalimah Allah tidak dipopularkan oleh sect PAS yang berfikiran Liberalisme dan Pluralisem seperti Khalid Samad, pegawai Institut Kajian Dasar (IKD) dan think tank Anwar Ibrahim
 

 
                             Kalimah Allah digunakan untuk menghalalkan  kuasa politik
 
 
3-Isu pemilikan tanah oleh peneroka Islam di Kelantan. Umat Islam perlu menguasai ekonomi, Ingatlah Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda;
Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah.

Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja kerana Allah  dan berusaha untuk memajukan diri supaya megelakkan dari kufur  itu sebagai jihad. Islam juga menyuruh semua pemimpinnya AMANAH supaya kek ekonomi dapat diberikan dengan saksama kepada semua rakyatnya

Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang AMANAH dan BERUSAHA.

Bekerja mencari rezeki dan meningkatkan ekonomi rakyat sepatutnya bukan sahaja jihad untuk rakyat tapi untuk pemimpin.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Oleh itu jadikan apa yang terjadi sebagai PEMBUKA MATAHATI untuk melihat dan menilai sebaik baik pemimpin . Isu diversion yang DAP dan PAS mainkan hanya menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Kita sebagai rakyat perlu tahu menilai yang mana permata yang mana boneka.





Saturday, April 16, 2011

Nak menari Ngajat dan Naku Antu Pala! -UPDATE

Sarawak menang 2/3 majoriti di DUN Sarawak. Semua ketua parti komponen BN(PBB, PRS)  kecuali SUPP menang.

George Chan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak dan juga presiden SUPP  yang gugur di Piasau, Miri telah dijangka memandangkan pengundi Cina yang terlebih dimanja dari segi pembahagian ekonomi, peluang pekerjaan, pembahagian kuasa dalam politik   dan sebagainya tidak  akan mengenang segala jasa dan performance pemimpin Cina. Yang penting  agenda mereka menaikkan The Yellow Rajjah Dinasti dan DAP mesti ditegakkan.

Lagipon George Chan adalah besan kepada Tan Sri Taib Mahmud. Menumbangkan George Chan samalah seperti mencubit peha kiri Tan Sri Taib Mahmud!

Sentimen pengundi muda dan pertengahan umur  di Miri dan Bintulu mahukan kuasa yang boleh bersuara bagi mengimbangkan kedudukan parti komponen BN yang ada di Sarawak.

Namun mereka lupa dalam percaturan untuk mengimbangkan "suara rakyat" mereka telah menaikkan hantu DAP.




Mungkin selepas ini perlu ada pembersihan dalam kabinet Sarawak. Seperti juga di "Malaya", jika semua pemimpin Cina dalam parti komponen BN ditolak maka kerajaan negeri perlu bersedia untuk memerintah tanpa representasi kaum tersebut.

Ini penting kerana pengajaran ini akan mengajar mereka bahawa dalam keterujaan mereka nak menaikkan dinasti The Yellow Rajjah dan DAP mereka perlu belajar pembahagian kuasa politik. Orang pribumi di Sarawak dan juga di Malaya sudah lama toleran dengan mereka.

Kali ini kotakan kata bagai di gendang dipalu. Semoga tarian Ngajat dan Naku Antu Pala bisa untuk membuang sial badi kepala yang sudah dipenggal dalam operasi "ngayau" sewaktu pilihanraya!