Showing posts with label Pilihanraya Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Sarawak. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Calon Rasuah menang Pilihanraya Negeri Sarawak-UPDATE 18/4/2011

Rasuah semasa PRN Sarawak


Tangan siapakah ini?
Banyaknya wang calon PKR ini


Calon ini menang di N34 DUN Krian mengalahkan penyandang Dato Peter Nyarok Entrie dengan majoriti 2090
Apakah kita tak mahu membuat laporan bantahan kemenangan calon yang terang merasuah ini kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Dibawah Akta Pilihanraya 1958 (Akta 19) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5):
Dibawah perkara perbuatan rasuah
Bahagian 111 seksyen  (10) penyogokan 

                                            Bukti tuan empunya tangan !!




Lihat Video




video asal di link

http://youtu.be/tz5JzN99j_Q



Chua Soi Lek advises SUPP

Chua the MCA president is sharp. Yes, it is better for SUPP to stay out of the new Sarawak's State Government. However he made one big error. The Chinese representatives in Sarawak's Cabinet line up prior to the State's 10th election not only represented the Chinese community voice, they control almost all-  politics, social and economy of the state.


Will staying out of the State government  solve the problem? Or is there a hidden agenda among the community?

Excerp from  soi-lek-advises-supp-stay-out-of-state-cabinet-but-remain-in-bn

KUALA LUMPUR - SUPP should not accept any position in the Sarawak state Cabinet as the party has lost the Chinese community's support, the MCA said.



"If it takes part in the Cabinet, I feel the Chinese of Sarawak would think they (SUPP) are there only for the seats and not to serve the community," said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Besides, SUPP's role in the Cabinet would be limited to only helping resolve problems within the Chinese community," he told a press conference after opening the Selangor MCA Youth forum at Seri Kembangan, near here, Sunday.


However, added Dr Chua, SUPP must continue to be in Barisan Nasional as the coalition still has the people's support and their (SUPP) candidates were elected on the Barisan ticket.


He said the Opposition would continue to prick SUPP and give a perpetually negative perception of the party if it held any position in the Cabinet.


"As such, it is better for SUPP to stay out," Dr Chua said.

He congratulated the Barisan Nasional leadership under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for retaining the Sarawak state government with a two-thirds majority but added it was unfortunate that Chinese voters in urban areas did not support SUPP.


In the just-concluded polls, the DAP stamped its mark by taking most of the Chinese-majority urban seats that were once SUPP strongholds.

The SUPP managed to only take six of the 19 seats it contested and among the seats won, four were retained by Dayak candidates in Dayak-majority areas.


Asked if this would have any effect on Barisan in the next general election, Dr Chua said the Sarawak polls results were not likely to affect Chinese support for Barisan.





Saturday, April 16, 2011

Nak menari Ngajat dan Naku Antu Pala! -UPDATE

Sarawak menang 2/3 majoriti di DUN Sarawak. Semua ketua parti komponen BN(PBB, PRS)  kecuali SUPP menang.

George Chan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak dan juga presiden SUPP  yang gugur di Piasau, Miri telah dijangka memandangkan pengundi Cina yang terlebih dimanja dari segi pembahagian ekonomi, peluang pekerjaan, pembahagian kuasa dalam politik   dan sebagainya tidak  akan mengenang segala jasa dan performance pemimpin Cina. Yang penting  agenda mereka menaikkan The Yellow Rajjah Dinasti dan DAP mesti ditegakkan.

Lagipon George Chan adalah besan kepada Tan Sri Taib Mahmud. Menumbangkan George Chan samalah seperti mencubit peha kiri Tan Sri Taib Mahmud!

Sentimen pengundi muda dan pertengahan umur  di Miri dan Bintulu mahukan kuasa yang boleh bersuara bagi mengimbangkan kedudukan parti komponen BN yang ada di Sarawak.

Namun mereka lupa dalam percaturan untuk mengimbangkan "suara rakyat" mereka telah menaikkan hantu DAP.




Mungkin selepas ini perlu ada pembersihan dalam kabinet Sarawak. Seperti juga di "Malaya", jika semua pemimpin Cina dalam parti komponen BN ditolak maka kerajaan negeri perlu bersedia untuk memerintah tanpa representasi kaum tersebut.

Ini penting kerana pengajaran ini akan mengajar mereka bahawa dalam keterujaan mereka nak menaikkan dinasti The Yellow Rajjah dan DAP mereka perlu belajar pembahagian kuasa politik. Orang pribumi di Sarawak dan juga di Malaya sudah lama toleran dengan mereka.

Kali ini kotakan kata bagai di gendang dipalu. Semoga tarian Ngajat dan Naku Antu Pala bisa untuk membuang sial badi kepala yang sudah dipenggal dalam operasi "ngayau" sewaktu pilihanraya!

Pilihanraya Sarawak- "Bujang Berani" balik Rumah Panjang

Bujang Berani adalah pahlawan Sarawak. Di zaman dulu, setelah habis operasi "ngayau" di mana mereka berperang, menetak dan memenggal kepala musuh, Bujang Berani akan balik ke rumah panjang mereka.

Di sini bermula lah adat membasuh sial dan seterusnya menari  dan menyalai kepala musuh dan menari lagi sehingga ke pagi!.

Upacara membasuh sial

Satu dulang besar yang diperbuat daripada kayu keras, seperti kayu belian atau kayu jati akan ditempatkan di atas tangga rumah panjang tersebut. Didalam dulang itu juga disimpan batu yang digunakan oleh kaum wanita semasa mereka mandi di sungai untuk membuang kekotoran yang melekat dibadan. Sebiji batu “Pelaga” iaitu batu yang digunakan oleh suku kaum Dayak Iban membuat perhiasan wanita zaman dahulu dan ia juga disimpan air kira satu pertiga didalam dulang tersebut.

Maksud menyimpan batu didalam dulang itu ialah supaya membayangkan roh semua pahlawan perang yang balik “Ngayau” itu akan bersih daripada sial atau semua perkara yang buruk. Maksud batu “Pelaga” itu ialah supaya masa hadapan pahlawan perang itu akan bertambah baik dan ibaratkan kilauan cahaya batu “Pelaga” tersebut. Maksud air didalam dulang itu ialah supaya ia membersihkan segala dosa yang telah mereka lakukan dan mereka akan tinggal dengan aman damai, dan maksud semua barang itu mesti dimasukkan didalam dulang yang digunakan untuk membuat benang tenunan ialah supaya semangat dan roh pahlawan perang itu diibaratkan seperti mati dilahirkan semula selepas peristiwa itu

Setiap pahlawan Bujang Berani akan membasuh kaki di dalam dulang sebelum menjejak kaki ke rumah panjang. Setelah memasukkan tapak kaki didalam dulang tersebut, maka semua “Bujang Berani” terus menyepak kepala tangga (kerana pada zaman dahulu tangga rumah panjang suku kaum Dayak Iban ialah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang dibuat gigi dijadikan tangga) dan sebab mereka mesti menyepak kepala tangga itu ialah dengan doa agar mereka dipanjangkan umur dan tidak mudah dimakan sumpah atau badi daripada kepala musuh yang mereka baru perolehi dalam espedisi “Ngayau” itu.

Tarian Ngajat dan Naku Antu Pala
Tarian Ngajat

Apabila mereka masuk ke dalam rumah panjang tersebut, semua “Bujang Berani” terus mengayakan tarian yang dinamakan “Berayah”, iaitu tarian khas untuk pahlawan perang yang telah berjaya memenggal kepala musuh dan seterusnya mereka juga akan menarikan tarian “Ngajat”.

Sementara itu kaum isteri yang membawa bersama mereka kepala musuh akan mengayakan tarian khas yang dinamakan “Naku Antu Pala” iaitu tarian untuk membawa kepala musuh berjalan didalam rumah panjang, iaitu berjalan selangkah dua dan seterusnya berpusing ke kiri dan kekanan sambil menyebut perkataan “Uha.. Ha.. Hoi…Oi” sepanjang malam tersebut sehingga pagi mengikuti aturcara majlis.

Tanda kesyukuran dan menyalai kepala musuh (bedilang)


Semua penduduk rumah panjang tersebut terus merayakan upacara keramaian tanda kesyukuran ke atas kejayaan “Bujang Berani” itu balik daripada espedisi “Ngayau”. Semua pahlawan perang yang terlibat dalam espedisi “Ngayau” itu terus berkumpul di ruang tamu “Tuai Kayau” dan seterusnya dihayunkan ayam diatas kepala mereka oleh “Tuai Kayau” sambil mendoakan mereka akan selamat sejahtera sepanjang hayat nanti. Ayam itu terus disembelih oleh “Tuai Kayau” dan kemudian darah ayam itu disapu pada bulu ayam sereta dicecah didahi semua pahlawan perang tersebut dan juga diatas kepala musuh yang telah dipenggal yang mereka bawa bersama, supaya roh kepala musuh itu tidak menggangu kehidupan mereka di masa akan datang atau membawa sial kepada mereka yang tinggal di rumah panjang tersebut.


Kepala musuh it terus disalai oleh mereka diatas satu dulang khas yang dipanggil “Bedilang” iaitu tempat yang dijadikan dapur sebagai tempat mereka membakar kayu untk menyalai kepala musuh itu. Tempat mereka menyalai kepala musuh itu ialah di ruang tamu “Tuai Kayau” yang dipanggil “Tampun”, iaitu dimana kepala musuh itu dikumpulkan dan diikat rapi dengan rotan.


kepala yang telah dipenggal dan disalai

Berita yang saya terima dari MyKMU mengatakan 61 dari 71 kerusi sudah dimenangi BN

Berita tak rsmi disini

N.30 Saribas, Peti Undi Kg Manggut: BN=189, PKR=96, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 93 UNDI




N.57 Belaga, Keseluruhan setakat peti undi yang dikira: BN=2850, PKR=258, SNAP=250, Bebas=322, Bebas=20, Bebas=35. BN MENANG MAJORITI 2,592 UNDI.



N.36 Semop, Keseluruhan setakat peti undi yang telah dikira: BN=3546, PKR=538, Bebas=324. BN MENANG MAJORITI 3,008 UNDI.



N.57 Belaga, Peti Undi Uma Daro/Kelap: BN=250, PKR=40, SNAP=3, BEBAS=10, BEBAS=2, BEBAS=2. Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITI 210 UNDI



N.57 Belaga, Peti Undi Sekapan Piit: BN=134, PKR=0, SNAP=0, BEBA=0, BEBAS=0, BEBAS=0. Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITI 133 UNDI.



N.30 Saribas, Peti Undi Engkaras: BN=101, PKR=37, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 64 UNDI



N.70 Ba’kelalan, Peti Undi Long Tengoa (kawasan hitam): BN MENANG MAJORITI 22 UNDI.



N.36 Semop, Keseluruhan setakat peti undi yang telah dikira: BN=2972, PKR=454, Bebas=274. BN MENANG MAJORITI 2,518 UNDI.



N.30 Saribas, Peti Undi Sabar: BN=83, PKR=7, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 76 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Belasau: BN=57, PKR=14, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 43 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Jerai: BN=76, PKR=17, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 59 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Seremban: BN=143, PKR=25, Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITTI 118 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Belingan: BN=101, PKR=55, Undi Rosak=2. BN MENANG MAJORITTI 46 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Serembang: BN=141, PKR=65, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITTI 76 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Dit Hulu: BN=80, PKR=39, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 41 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Dit: BN=113, PKR=75, Undi Rosak=6. BN MENANG MAJORITTI 38 UNDI



N.30 Saribas, Peti Undi Buda: BN=122, PKR=51, Undi Rosak=0. BN MENANG MAJORITTI 71 UNDI



N.53 Kakus,Peti Undi Rumah Panjang Wilson Blue: BN=72, PKR=23, Bebas=6, PCM=1, Undi Rosak=1. BN MENANG MAJORITI 49 UNDI


Kepala siapakah sudah dipenggal?

Sumber

http://ceritaanaksarawak.blogspot.com/
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108383192579075&set=o.194098243939021&type=1&ref=nf



Thursday, April 14, 2011

Pilihanraya Sarawak- dari perang minyak masak, gerakan environmentalist dan keterlibatan negara luar

Pilihanraya Sarawak amat menarek diulas dari topik ini kerana ramai tidak tahu ada kaitan Tangan Tangan Kapitalis yang Ghaib mengambil bahagian dalam politik Sarawak dalam bentuk gerakan environmentalist (kempen anti minyak kelapa sawit dan anti kayu tropika).

Sarawak adalah pengeluar minyak hydrocarbon yang pertama di dunia. Malah sejarah syarikat  Shell bermula di Sarawak!  Shell started in Sarawak . Sarawak juga pengeluar minyak masak berasaskan kelapa sawit yang terkemuka di dunia.


Perang ini sudah bermula di pertengahan tahun 1980-an. Tatkala  saya maseh undergraduate dan belajar biochemistry di salah sebuah university di Amerika Utara profesor saya ada menyatakan bahawa secara keseluruhan minyak kelapa kelapa dan minyak kelapa sawit adalah lebih baik kesannya ke atas  kesihatan jangka panjang berbanding minyak soya. Lewat itu sudah tercetus perang minyak masak di Amerika!.

Perang bermula bila Persatuan Minyak Soya Amerika terancam kerana penjualan minyak soya jauh lebih rendah dari minyak masak tropika. Faktor yang menyebabkan minyak kelapa sawit popular di kalangan pengguna domestik dan pengilang kerana harganya adalah jauh lebih rendah harganya dan penggunaanya dalam masakan adalah lebih sihat berbanding minyak soya.



Komposisi olein yang terdapat minyak kelapa tropika (termasuklah minyak kelapa sawit) adalah jenis lemak separa tepu yang tidak akan berubah komposisi kimia bila dimasak (hydrogenated oils). Oleh itu minyak kelapa sawit tidak mendatangkan mudarat kepada jantung berbanding minyak soya. Karotin yang terdapat dalam minyak sawit dan memberi warna merah kepada minyak sawit pula ialah agen anti oksida yang boleh mencegah barah.

Antara rujukan saintifik mengenai kebaikan  minyak kelapa tropika termasuk minyak sawit  adalah di CoconutOil dan palm oil facts

Bahaya minyak soya pula adalah di video ini


Bagaimana perang minyak masak antara kapitalis menjadi Perang Environmentalist dan gerakan Green.

Kerana tertekan dengan  pasaran minyak soya yang sentiasa kurang permintaan berbanding minyak kelapa sawit  maka pertengahan  tahun 1980-an menyaksikan usaha mengganda untuk memburukkan minyak kelapa sawit dan mengaitkan minyak sawit  dengan kemudaratan kesihatan dan akhirnya bahaya kerosakan kepada alam sekitar kerana penanaman besar besaran ladang kelapa sawit menggantikan hutan tropika dibuat. Excerp dari artikel soy-deception menjelaskan lobby memburukkan minyak kelapa sawit:

"The soybean industry is up to its old tricks, attempting to demonize the tropical oils. This time, the attacks are in the guise of environmentalism. However, if the truth were told, the soy industry would be exposed as one of the world’s worst offenders. Palm oil production, on the other hand, is protecting areas like the Amazon rain forest from destruction.


During the 1970s and 1980s the soybean industry was troubled by emerging evidence that soybean oil consumption lowered immunity, increased susceptibility to infectious disease, and promoted cancer.


At this same time saturated fats were being scrutinized because of their tendency, in general, to raise blood cholesterol levels. The bigwigs in the soybean industry got the bright idea that if they could demonize the competition, by making saturated fats appear to be the cause of heart disease—the nation’s number one killer—people wouldn’t pay much attention to the negative findings coming out about soybean oil. Starting in the mid-1980s the soybean oil industry began a multi-million dollar anti-saturated fat campaign. Saturated fats increased cholesterol, they said, and high cholesterol causes heart disease. The tropical oils (coconut, palm, and palm kernel oils) were singled out as being the worst offenders because of their high saturated fat content.

Some, but not all, saturated fats do raise total cholesterol, but there was no solid evidence that high cholesterol actually caused heart disease. That is why high cholesterol is only considered a “risk factor” rather than a cause. But that didn’t stop the soy industry. Gullible consumer advocate groups like The Center for Science in the Public Interest (CSPI) and The American Heart Savors Association were swayed by the misleading information and began their own campaigns against saturated fats. In these groups the soybean industry found very vocal, high profile allies which spearheaded much of the criticism against saturated fats, and particularly against the tropical oils. These organizations placed anti-saturated fat ads in the media, published newsletters and magazine articles, and books, and lobbied for political action against the use of tropical oils and other saturated fats.


The soybean industry fed misleading information to these groups and allowed them to fight the battle. The soybean industry took a back seat and stayed out of the limelight. This was very clever from a marketing perspective because now the soybean industry wasn’t viewed as openly attacking their competition. Since the bulk of the attack came from supposedly impartial third parties, their message had more impact. People were swayed against saturated fats and the tropical oils."

Bagaimana Gerakan Hijau (Green movement), environmentalist dan kempen "selamatkan orang utan" terlibat


Permintaan minyak sawit  sentiasa meningkat dari pengilang. Fitnah dari Persatuan minyak soya telah mengaitkan minyak sawit dengan kesihatan. Bagaimanapon bila tuduhan itu dapat dibuktikan tidak benar secara saintifik Persatuan Soya mengaitkan dengan kemusnahan hutan tropika dan orang utan pula.

Bagaimanapon industri minyak sawit dan pengguna minyak sawit bertindak balas bagi membersihkan reputasi dan jenama mereka. Paul Newman aktor terkenal menggunakan minyak sawit dan berita pertelingkahannya mengenai minyak sawit di petik di the cookie vs orang utan war



"the amount of palm oil the United States is importing from Southeast Asia, where most of it comes from, continues to grow. Imports jumped to 405,000 metric tons in 2005 from 195,000 in 2003, statistics from the U.S.D.A. Foreign Agriculture Service show.



Here's where the orangutans come in. Last summer, the Center for Science in the Public Interest issued a report called Cruel Oil. In it, the group said that crucial tracts of tropical rainforest were being destroyed and turned into palm plantations in Malaysia and Indonesia, which account for more than 80 percent of the production of the world's palm oil. Orangutans live only in Sumatra and Borneo, and the campaign said they and other endangered animals, including tigers and rhinoceroses, were in danger of "dying for a cookie."


Here's where Paul Newman comes in. Mr. Jacobson and the report's other authors accuse Mr. Newman of "bragging" on his labels for cookies and microwave popcorn that palm oil is free of trans fat and is less saturated than palm kernel oil.


"These statements are literally true, but mislead people into thinking that palm oil is positively healthy," the report said. "Palm oil is not a health food."


For Ms. Newman, who contributes a large amount of time and money to sustainable farming and other environmental causes, the move against her family company seemed unfair. Her father was even angrier.

"It really upset Pops," said Ms. Newman. He became obsessed with proving that the form of palm oil the company uses is a healthier alternative to trans fats and that Newman's Own Organics isn't misleading its customers.

Gerakan Environmentalist , penglibatan dana asing  dan Baru Bian (calon PKR Ba Kelalan)

Gerakan asing merosakkan reputasi miyak kelapa sawit Sarawak dipelopori oleh Wetland International Palm oil , peatland and Wetland publication. Wetland International pula mendapat dana asing dari National Endowment for Democracy.


Apakah National Endowment For Democracy (NED) ?

NED adalah Trojan Horse kepada aktiviti CIA di negara dunia ketiga. Rujuk  trojan_horse

Siapakah pula yang mendapat dana asing di Malaysia?

Sumber au/library/NGOProjectReport  menunjukkan kumpulan environmentalist dan NGO (di mana beberapa ahli politik pembangkang bergiat) mendapat bantuan dana tersebut:

Wetlands International received two grants totalling US$60,000 to assist with its research into wetlands management in and around the Gulf of Thailand. "

"A number of environmental organisations received relatively small grants, primarily in the form of Global Green Grants from the Tides Foundation. These included Suaram (US$15,000), Sahabat Alam Malaysia (US$14,000), Indigenous Peoples Development Center (US$12,000), Uma Residents’ Association (US$7,400), KERUAN (US$6,500), Save Our Sungai Selangor (US$6,500), Coalition of Concerned NGOs on Bakun (US$3,000), Penang Inshore Fisherman Welfare Association (US$3,000), Sustainable Development Network Malaysia (US$2,745) and The Borneo Project (US$1,500)".



Lihat pula hasil laporan memburukkan Malaysia dan tindakan  membalas laporan negatif yang telah dibuat oleh  mypalmoil.


"Last year, environmental activist Wetlands International claimed 20 per cent of Malaysia's oil palm plantations are grown on peatland. More recently, it released a report by SarVision claiming that more than a third of Sarawak's peatland and 10 per cent of the state's forests were cleared between 2005 and 2010, for oil palm plantations.


It also alleged oil palm planting on peat displaced orangutans, tigers and elephants and increased carbon emissions.


These claims are repeatedly argued to further its "no indirect land use change" agenda, which Hamed noted actually poses a serious threat to the world's supply of cooking oils and fats. This is in addition to the obvious impact of curbing efforts to raise living standards through oil palm cultivation for poverty stricken states like Sarawak.

Apart from Wetlands' failure to adduce any credible scientific evidence that can be verified, SOPPOA chairman noted SarVision's definition of 'forest' is in line with that of UNFCCC which state that trees taller than 5m are considered as forest. -



Putarbelit fakta dan sejarah- pembangkang dan Baru Bian ambil kesempatan

Jelas menunjukkan dari laporan mypalmoil. definisi "hutan" menurut UNFCC adalah sebarang aktiiti  penanaman semula kawasan hutan yang ditebang  dengan species pokok lain yang mempunyai ketinggian melebihi 5 meter dikira sebagai kegiatan pemuliharaan hutan dan mengekalkan hutan! Sesungguhnya pembangunan ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak dan Malaysia mengambil kira beberapa langkah utama iaitu memulihara hutan dengan menggantikan kawasan hutan berkayu dengan ladang kelapa sawit yang mendatangkan hasil dari minyak kelapa sawit serta menjadikan projek ladang kelapa sawit sebagai sosial engineering untuk menaiktaraf penduduk termiskin (di Semenanjung Malaysia).



Isu tanah adat (Native Customary Reserve NCR)
 
Isu tanah adat (NCR) yang cuba dibangkitkan pembangkang juga tidak menjadi kerana SELCRA membayar pampasan tanah ke atas pemilik NCR yang berdaftar. Usaha juga sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempercepatkan pengukuran tanah adat dan memberi geran tanah kepada pemilik tanah adat (NCR) di Sarawak.

Etnik indegeneous di Malaysia iaitu kaum BUMIPUTERA sentiasa dibela. Malah beberapa artikel  artikel 3,4,11,153,157 dan 159) dalam Perlembagaan Persekutuan memelihara kepentingan Bumiputera. Jadi di manakah datangnya pembohongan dan penyeksaan ke atas  kaum yang tinggal di hutan (The forest people) dalam artikel tropical woods and Sarawak forest people? 

Setelah kesemua pembohongan dibongkar, ke manakah mahu larinya pembangkang? Mungkin artikel ini elok dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan baru-bian-is-powerful-than-policeman.html

Berhati hatilah memilih ADUN untuk negeri Sarawak dalam pilihanraya kali ini. Jangan jadikan agenda negara asing berjaya dan jangan Sarawak terjajah buat kali kedua oleh negara asing yang berproksi The Yellow Rajjah seperti pesanan saya dalam artikel terdahulu di antara-3s-dan-sarawak-for-sarawakians dan sarawakian-against-yellow-rajah


























Tuesday, April 12, 2011

Miri Bangkit


Sejarah pencarigalian minyak di Malaysia bermula di Miri Sarawak. Sesungguhnya Miri adalah bandar yang menjadi idaman semua kerana kekayaan hasil minyak, kecantikan alam semulajadi di Gua Niah, Gunung Mulu dan Bukit Lambir. Selain itu Miri juga adalah pintu masuk ke Brunei melalui jalan darat dan ke Ba Kelalan yang dipanggil Shangrila Malaysia


Sejarah carigali minyak di Malaysia di dokumentasikan dengan baik di


Apakah setelah menikmati kemewahan dan kesejateraan sejak tahun 1914, penduduk Miri mahu berubah memilih team yang belum diuji? Saksikan perasaan kaum Cina Sarawak di sini



dan perasaan kaum Melayu Sarawak di sini






Friday, April 8, 2011

Perjuangan Yang Terpesong Part 3/3



Agenda siapa yang dibawa oleh PAS ke Sarawak?

Benarkah PAS nak berdakwah atau nak mengembangkan ideologi politik-Wahhabi nya di Sarawak?

Kenapaka banyak sekali pemimpin tertinggi PAS yang menyokong kegiatan pluralisem ugama Interfaith Council yang mana salah satu agendanya meliberalisasikan ugama Islam?

Siapakah sebenarnya Husam Musa, Kamarudin Jaafar, Dr Lo Lo, Nasyarudin Mat Isa, Taib dalam PAS?

Benarkah ada team Erdogan vs Ulama atau ada Team Erdogan yg dilihat sekular vs Ulama Wahhabi?

Video ini mengupas mengenai Sekularisme, plueralisem dan liberalisasi ugama dalam PAS tapi meninggalkan satu persoalan besar iaitu tidak menghentam Wahhabi!

Kenapa?

Wednesday, April 6, 2011

antara 3S dan Sarawak For Sarawakians

3S atau Greater Singapore

3S adalah konsep Greater Singapore atau Singapura Raya. Konsep 3S ini pernah saya baca dalam majalah socio-politico berbahasa Inggeris awal tahun 1990-an

Greater Singapore ini merangkumi Singapura, Sarawak dan Sabah.

Antara sebab sebab yang jelas nampak ialah kesinambungan city state tersebut yang diketahui umum kurang sumber asli dan mempunyai kadar kelahiran yang rendah. Malah dimaklumkan juga askar mereka diambil dari ethnic pool  Cina Malaysia yang memegang taraf penduduk tetap di sana.

Antara sebab utama yang dapat disenaraikan ialah 6 perkara berikut


1-Sarawak kaya dengan hasil buminya iaitu petroleum, gas, kayu balak dan herba. Selain itu Sarawak juga ada potensi dimajukan dengan perlancongan ekosistem yang hebat mengalahkan Pulau Sentosa (dulunya Pulau Belakang Mati)


2- Empangan Bakun, yang kawasan tadahannya sebesar Singapura, sudah beroperasi dan dapat menjana sumber elektrik dari tenaga hidro. Dulu ada cadangan agar kabel bagi menyalurkan tenaga elektrik di dasar laut dibuat bagi menyalurkan elektrik ke Semenanjung.


3-Bentuk muka bumi Sarawak yang pelbagai adalah training ground terbaik bagi pasukan tentera darat, udara dan laut Singapura yang kekurangan tempat latihan


4-Saiz Sarawak yang besar membolehkan population growth bagi Singapura yang kekurangan tanah

5- Demografi penduduk Sarawak yang sebahagian besarnya berbangsa Dayak (Bumiputera etnik Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu berugama Kristian) adalah mesra-Singapura


6-Menurut kajian dari beberapa artikel yang dalam makalah antarabangsa, peperangan di masa depan akibat berebut sumber utama dunia waktu itu iaitu AIR. Saiz Sarawak yang besar amat positif untuk rain harvesting bagi takungan air (Empangan Bakun yang saiznya sebesar Singapura adalah satu mekanisme rain harvesting yang baik untuk memastikan sumber air tidak terputus) di samping mencarigali air menggunakan teknik hidrologi.

Peri pentingnya memastikan sumber bekalan air tidak terputus ditulis sendiri oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura yang menyuruh mendiang isterinya menderaf Perlembagaan Singapura bagi memastikan komitment Malaysia membekalkan air dari Malaysia apabila pulau itu keluar dari Malaysia Lee-Kuan-Yew-s-eulogy-to-his-wife-Kwa-Geok-Choo

When separation was imminent, Eddie Barker, as Law Minister, drew up the draft legislation for the separation. But he did not include an undertaking by the Federation Government to guarantee the observance of the two water agreements between the PUB and the Johor state government. I asked Choo to include this. She drafted the undertaking as part of the constitutional amendment of the Federation of Malaysia Constitution itself. She was precise and meticulous in her choice of words. The amendment statute was annexed to the Separation Agreement, which we then registered with the United Nations."


Landskap politik yang berubah pasca PRU12 8 MAC 2008- Agenda 3S

Pulau Pinang dan Selangor
Selain itu dasar dan polisi di Selangor dan Pulau Pinang yang mirip konsep Singaporean Singapore telah diadakan. Di Pulau Pinang kawasan perkampungan tradisi seperti kampung Buah Pala  tinggal sejarah. Begitu juga usaha mengimbal balik kependudukan Pulau Pinang yang mempunyai 51% penduduk Melayu dibuat dengan usaha merezab tanah di kawasan berpendudukan padat Melayu di Balik Pulau. Malangnya tanah yang direzab dari maklumat bersumber Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang 
(PTGPP)  bukan untuk "Projek Nasional" tetapi untuk "Projek International" iaitu menempatkan cawangan University Singapura (NUS) di situ. Undang-undang berkenaan tanah  yang digunapakai di  Pulau Pinang dan diluluskan oleh  Parlimen bagi tujuan penyelarasan  dikenali sebagai Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang hanya berkuatkuasa di dua negeri tersebut tidak jauh bedanya dengan Kanun Tanah Negara (1965). Penyalahgunaan merezab tanah bagi kepentingan yang bukan berpaksi Projek Nasional/bukan berkepentingan awam ini adalah satu kesalahan tidak amanah kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia!

"Pihak Berkuasa Negeri (PBN) diberi kuasa untuk melupuskan tanah tersebut mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KTN dan Kaedah Tanah Negeri masing-masing. Istilah PBN merujuk kepada Raja atau Gabenor (Pulau Pinang) yang bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. 

Sepatutnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat pandangan dan nasehat Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tanah Negara!.

"Dari sudut Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai penasihat dan penyelaras dan tanggungjawab ini dilaksanakan melalui Majlis Tanah Negara. Majlis yang biasanya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ia berperanan sebagai penyelaras perhubungan di antara Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di dalam menentukan keseragaman pentadbiran tanah. Di samping itu ia juga berkuasa meluluskan sebarang dasar dan perundangan berkaitan dengan penggunaan tanah"- Dato Haji Yidris Abdullah, Ketua Setiausaha, Kem Tanah Dan Pembangunan Koperasi (2003)

Bagi projek pengambilan alih tanah di Selangor untuk Ladang Babi Mega pula seperti didedahkan Blog gerakan-anti-pkr.blogspot.com   seperti pada keratan di bawah:-

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.

NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009
KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi (negeri Selangor)


CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
Kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG
2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.
3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim Batu daerah Kuala Langat hendaklah mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (APT 1960)

-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan pengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.

-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

Landskap politik yang berubah memusnahkan usaha Kerajaan Barisan Nasional mendemokrasikan pengagihan kekayaan negara

Jelas dalam masa 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)  di Malaysia telah berjaya menterjemah dasar Singaporean Singapore  dengan sarong baru iaitu Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia. Semua tindakan kerajaan negeri-negeri  bread basket tersebut jelas menunjukkan mereka tidak berminat untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan polisi mendemokrasikan atau pengagihan semula kekayaan negara melalui Dasar Ekonomi Negara (DEN menggantikan DEB yang telah tamat tempoh pada 1990)

Indikator yang paling jelas pengaliran kekayaan ialah melalui pembelian aset rumah. Bayangkan dalam kesempitan ekonomi yang semakin perit, kajian Real Estate and Housing Developer Association (REHDA),   mendapati bahawa rumah semi-detached semakin meningkat permintaannnya di Malaysia (Rujuk   Rehda overall , Rehda KL market , Rehda Penang).

Ini bermaksud dalam kesempitan ekonomi maseh ramai rakyat golongan middle class yang mampu membeli rumah yang berharga RM 800,000 sehingga RM 1.5 million ini. Siapakah mereka dan dari kumpulan ethnik manakah yang paling ramai membeli rumah semi-detached ini?

Apakah ini juga menandakan bahawa jurang sosio-ekonomi yang semakin menjauh antara golongan miskin dan golongan kaya di Malaysia? Keluhan rakyat marhaen di Selangor gara gara PKNS yang diamanahkan membina rumah kos rendah dan sederhana mulai membina rumah kos mahal  (Rujuk  PKNS ). 

Jelas menunjukkan dengan jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional maka agenda nasional iaitu mendemokrasikan pembahagian kekayaan negara juga turut terjejas kerana landskap politik yang berubah di negeri negeri tersebut.

Konsep Sarawak For Sarawakians akan terhapus sekiranya DAP, PKR (dan PAS) menang besar dan merealisasikan 3S
Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Namun disebabkan saiznya yang luas dan kekangan bentuk muka buminya yang bergunung ganang, menyukarkan proses pemodenan berlaku dengan pantas. Pon begitu kerajaan negeri Barisan Nasional dibawah PBB tetap komited untuk menagihkan kekayaan negeri kepada rakyat termiskin.

Retorik ugama PAS melalui hukum Hudud

Peranan PAS amat minimal dalam penentuan polisi Pakatan Rakyat baik dari segi halatuju sosial mahupon politik  di negeri negeri yang dikuasai PR sejak gabungan tersebut (PR belum mendaftar dengan ROC) berjaya menidakkan 2/3 majority BN di Parlimen pasca PRU12. Dari segi ugama pula PAS hanya membuat retorik politik untuk menegakkan hukum Hudud.

Apa yang berlaku sebenarnya PAS menggunakan alasan menegakkan hukum Hudud untuk memasarkan ideologi parti tersebut. Parti itu juga maseh bercelaru dan penentangan kumpulan Erdogan/sekular vs Kumpulan Ulama sentiasa berlaku. Selain itu PAS juga dibebani dengan penyerapan ideologi Wahhabi dan Syiah dalam PAS yang bermula sejak parti itu mula ditubuhkan  lagi. Malah bukan asing lagi bahawa Burhanuddin Al Helmi (Madrasah di Gunung Semanggol yang berfikrah kaum Muda/Wahhabi), Nik Aziz Nik Mat (Universiti Deobandi yang berfikrah Wahhabi dan militan), Hadi Awang (universiti Madinah berfikrah Wahhabi) mempunyai fikrah Wahhabi.

Bagaimana mahu menegakkan syariat (hukum) sedangkan persoalan asas iaitu akidah pon PAS maseh tercari cari hidayah?. Wahhabi telah difatwakan sesat dan mujassimah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan ini selaras dengan fatwa Syeikh Al Azhar dan Mufti Mesir.

Persoalan berkenaan retorik PAS masuk bertanding dalam pilihanraya di Sarawak "untuk  berdakwah di Sarawak" akan saya jawab dalam artikel seterusnya.

Mahu ke mana Sang Kenyalang? Sarawak for Sarawakians atau Greater Singapore?

Setelah melihat indikator kaya -miskin di Malaya yang amat berkadaran terus dengan polisi di negeri negeri Pulau Pinang dan Selangor dengan dasar politik DAP , saya ada satu  persoalan kepada rakyat Sarawak:

Setelah melihat perubahan negatif dari segi peningkatan jarak jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dengan yang miskin akibat dasar PR di negeri-negeri  bread basket di Malaya, mahukah rakyat Sarawak membuang keamanan, kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati sekarang untuk mengundi DAP, PKR dan PAS bagi sama sama "menikmati kesengsaraan rakyat marhean" di Malaya dengan konsep  Greater Singapore (3S)?

Rakyat Sarawak telah  menikmati pengagihan kekayaan yang sama rata oleh Kerajaan pimpinan PBB sekarang. Pandangan jauh Stephen Kalong Ningkan (Rujuk  Stephen_Kalong_Ningkan), Ketua Menteri pertama Sarawak menderaf hak rakyat Sarawak seterusnya dimasukkan sebagai annexe (tambahan) dalam Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi kaum pribumi Sarawak  harus diteruskan. Sampai kini rakyat Malaya tidak boleh bekerja di Sarawak tanpa diserap terlebih dulu oleh jabatan Kerajaan atau syarikat yang berkait dengan perindustrian lokal di Sarawak. Ini membenarkan persaingan positif bagi mebolehkan rakyat Sarawak bekerja di syarikat Shell dan Petronas (penyumbang utama ekonomi Sarawak) serta industri huluan dan hiliran minyak yang berkaitan, perkapalan, perlombongan dan pembalakan. Secara tak langsung banyak professional muda dari kalangan pribumi lahir dan menyeimbangkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat Sarawak.

Tiada apa yang sempurna tapi sekurang kurangnya kepimpinan Sarawak sekarang yang dipimpin PBB maseh ikhlas untuk memakmorkan rakyatnya dengan konsep Sarawak for Sarawakians.

Apakah rakyat Sarawak sanggop menggadai masa depan rakyat marhaen yang maseh banyak di pendalaman demi mencapai cita cita Greater Singapore yang didokong DAP sebagai tunjang dalam PR?

Rujukan