Wednesday, April 6, 2011

antara 3S dan Sarawak For Sarawakians

3S atau Greater Singapore

3S adalah konsep Greater Singapore atau Singapura Raya. Konsep 3S ini pernah saya baca dalam majalah socio-politico berbahasa Inggeris awal tahun 1990-an

Greater Singapore ini merangkumi Singapura, Sarawak dan Sabah.

Antara sebab sebab yang jelas nampak ialah kesinambungan city state tersebut yang diketahui umum kurang sumber asli dan mempunyai kadar kelahiran yang rendah. Malah dimaklumkan juga askar mereka diambil dari ethnic pool  Cina Malaysia yang memegang taraf penduduk tetap di sana.

Antara sebab utama yang dapat disenaraikan ialah 6 perkara berikut


1-Sarawak kaya dengan hasil buminya iaitu petroleum, gas, kayu balak dan herba. Selain itu Sarawak juga ada potensi dimajukan dengan perlancongan ekosistem yang hebat mengalahkan Pulau Sentosa (dulunya Pulau Belakang Mati)


2- Empangan Bakun, yang kawasan tadahannya sebesar Singapura, sudah beroperasi dan dapat menjana sumber elektrik dari tenaga hidro. Dulu ada cadangan agar kabel bagi menyalurkan tenaga elektrik di dasar laut dibuat bagi menyalurkan elektrik ke Semenanjung.


3-Bentuk muka bumi Sarawak yang pelbagai adalah training ground terbaik bagi pasukan tentera darat, udara dan laut Singapura yang kekurangan tempat latihan


4-Saiz Sarawak yang besar membolehkan population growth bagi Singapura yang kekurangan tanah

5- Demografi penduduk Sarawak yang sebahagian besarnya berbangsa Dayak (Bumiputera etnik Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu berugama Kristian) adalah mesra-Singapura


6-Menurut kajian dari beberapa artikel yang dalam makalah antarabangsa, peperangan di masa depan akibat berebut sumber utama dunia waktu itu iaitu AIR. Saiz Sarawak yang besar amat positif untuk rain harvesting bagi takungan air (Empangan Bakun yang saiznya sebesar Singapura adalah satu mekanisme rain harvesting yang baik untuk memastikan sumber air tidak terputus) di samping mencarigali air menggunakan teknik hidrologi.

Peri pentingnya memastikan sumber bekalan air tidak terputus ditulis sendiri oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura yang menyuruh mendiang isterinya menderaf Perlembagaan Singapura bagi memastikan komitment Malaysia membekalkan air dari Malaysia apabila pulau itu keluar dari Malaysia Lee-Kuan-Yew-s-eulogy-to-his-wife-Kwa-Geok-Choo

When separation was imminent, Eddie Barker, as Law Minister, drew up the draft legislation for the separation. But he did not include an undertaking by the Federation Government to guarantee the observance of the two water agreements between the PUB and the Johor state government. I asked Choo to include this. She drafted the undertaking as part of the constitutional amendment of the Federation of Malaysia Constitution itself. She was precise and meticulous in her choice of words. The amendment statute was annexed to the Separation Agreement, which we then registered with the United Nations."


Landskap politik yang berubah pasca PRU12 8 MAC 2008- Agenda 3S

Pulau Pinang dan Selangor
Selain itu dasar dan polisi di Selangor dan Pulau Pinang yang mirip konsep Singaporean Singapore telah diadakan. Di Pulau Pinang kawasan perkampungan tradisi seperti kampung Buah Pala  tinggal sejarah. Begitu juga usaha mengimbal balik kependudukan Pulau Pinang yang mempunyai 51% penduduk Melayu dibuat dengan usaha merezab tanah di kawasan berpendudukan padat Melayu di Balik Pulau. Malangnya tanah yang direzab dari maklumat bersumber Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang 
(PTGPP)  bukan untuk "Projek Nasional" tetapi untuk "Projek International" iaitu menempatkan cawangan University Singapura (NUS) di situ. Undang-undang berkenaan tanah  yang digunapakai di  Pulau Pinang dan diluluskan oleh  Parlimen bagi tujuan penyelarasan  dikenali sebagai Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang hanya berkuatkuasa di dua negeri tersebut tidak jauh bedanya dengan Kanun Tanah Negara (1965). Penyalahgunaan merezab tanah bagi kepentingan yang bukan berpaksi Projek Nasional/bukan berkepentingan awam ini adalah satu kesalahan tidak amanah kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia!

"Pihak Berkuasa Negeri (PBN) diberi kuasa untuk melupuskan tanah tersebut mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KTN dan Kaedah Tanah Negeri masing-masing. Istilah PBN merujuk kepada Raja atau Gabenor (Pulau Pinang) yang bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. 

Sepatutnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat pandangan dan nasehat Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tanah Negara!.

"Dari sudut Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai penasihat dan penyelaras dan tanggungjawab ini dilaksanakan melalui Majlis Tanah Negara. Majlis yang biasanya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ia berperanan sebagai penyelaras perhubungan di antara Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di dalam menentukan keseragaman pentadbiran tanah. Di samping itu ia juga berkuasa meluluskan sebarang dasar dan perundangan berkaitan dengan penggunaan tanah"- Dato Haji Yidris Abdullah, Ketua Setiausaha, Kem Tanah Dan Pembangunan Koperasi (2003)

Bagi projek pengambilan alih tanah di Selangor untuk Ladang Babi Mega pula seperti didedahkan Blog gerakan-anti-pkr.blogspot.com   seperti pada keratan di bawah:-

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.

NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009
KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi (negeri Selangor)


CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
Kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG
2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.
3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim Batu daerah Kuala Langat hendaklah mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (APT 1960)

-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan pengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.

-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

Landskap politik yang berubah memusnahkan usaha Kerajaan Barisan Nasional mendemokrasikan pengagihan kekayaan negara

Jelas dalam masa 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)  di Malaysia telah berjaya menterjemah dasar Singaporean Singapore  dengan sarong baru iaitu Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia. Semua tindakan kerajaan negeri-negeri  bread basket tersebut jelas menunjukkan mereka tidak berminat untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan polisi mendemokrasikan atau pengagihan semula kekayaan negara melalui Dasar Ekonomi Negara (DEN menggantikan DEB yang telah tamat tempoh pada 1990)

Indikator yang paling jelas pengaliran kekayaan ialah melalui pembelian aset rumah. Bayangkan dalam kesempitan ekonomi yang semakin perit, kajian Real Estate and Housing Developer Association (REHDA),   mendapati bahawa rumah semi-detached semakin meningkat permintaannnya di Malaysia (Rujuk   Rehda overall , Rehda KL market , Rehda Penang).

Ini bermaksud dalam kesempitan ekonomi maseh ramai rakyat golongan middle class yang mampu membeli rumah yang berharga RM 800,000 sehingga RM 1.5 million ini. Siapakah mereka dan dari kumpulan ethnik manakah yang paling ramai membeli rumah semi-detached ini?

Apakah ini juga menandakan bahawa jurang sosio-ekonomi yang semakin menjauh antara golongan miskin dan golongan kaya di Malaysia? Keluhan rakyat marhaen di Selangor gara gara PKNS yang diamanahkan membina rumah kos rendah dan sederhana mulai membina rumah kos mahal  (Rujuk  PKNS ). 

Jelas menunjukkan dengan jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional maka agenda nasional iaitu mendemokrasikan pembahagian kekayaan negara juga turut terjejas kerana landskap politik yang berubah di negeri negeri tersebut.

Konsep Sarawak For Sarawakians akan terhapus sekiranya DAP, PKR (dan PAS) menang besar dan merealisasikan 3S
Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Namun disebabkan saiznya yang luas dan kekangan bentuk muka buminya yang bergunung ganang, menyukarkan proses pemodenan berlaku dengan pantas. Pon begitu kerajaan negeri Barisan Nasional dibawah PBB tetap komited untuk menagihkan kekayaan negeri kepada rakyat termiskin.

Retorik ugama PAS melalui hukum Hudud

Peranan PAS amat minimal dalam penentuan polisi Pakatan Rakyat baik dari segi halatuju sosial mahupon politik  di negeri negeri yang dikuasai PR sejak gabungan tersebut (PR belum mendaftar dengan ROC) berjaya menidakkan 2/3 majority BN di Parlimen pasca PRU12. Dari segi ugama pula PAS hanya membuat retorik politik untuk menegakkan hukum Hudud.

Apa yang berlaku sebenarnya PAS menggunakan alasan menegakkan hukum Hudud untuk memasarkan ideologi parti tersebut. Parti itu juga maseh bercelaru dan penentangan kumpulan Erdogan/sekular vs Kumpulan Ulama sentiasa berlaku. Selain itu PAS juga dibebani dengan penyerapan ideologi Wahhabi dan Syiah dalam PAS yang bermula sejak parti itu mula ditubuhkan  lagi. Malah bukan asing lagi bahawa Burhanuddin Al Helmi (Madrasah di Gunung Semanggol yang berfikrah kaum Muda/Wahhabi), Nik Aziz Nik Mat (Universiti Deobandi yang berfikrah Wahhabi dan militan), Hadi Awang (universiti Madinah berfikrah Wahhabi) mempunyai fikrah Wahhabi.

Bagaimana mahu menegakkan syariat (hukum) sedangkan persoalan asas iaitu akidah pon PAS maseh tercari cari hidayah?. Wahhabi telah difatwakan sesat dan mujassimah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan ini selaras dengan fatwa Syeikh Al Azhar dan Mufti Mesir.

Persoalan berkenaan retorik PAS masuk bertanding dalam pilihanraya di Sarawak "untuk  berdakwah di Sarawak" akan saya jawab dalam artikel seterusnya.

Mahu ke mana Sang Kenyalang? Sarawak for Sarawakians atau Greater Singapore?

Setelah melihat indikator kaya -miskin di Malaya yang amat berkadaran terus dengan polisi di negeri negeri Pulau Pinang dan Selangor dengan dasar politik DAP , saya ada satu  persoalan kepada rakyat Sarawak:

Setelah melihat perubahan negatif dari segi peningkatan jarak jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dengan yang miskin akibat dasar PR di negeri-negeri  bread basket di Malaya, mahukah rakyat Sarawak membuang keamanan, kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati sekarang untuk mengundi DAP, PKR dan PAS bagi sama sama "menikmati kesengsaraan rakyat marhean" di Malaya dengan konsep  Greater Singapore (3S)?

Rakyat Sarawak telah  menikmati pengagihan kekayaan yang sama rata oleh Kerajaan pimpinan PBB sekarang. Pandangan jauh Stephen Kalong Ningkan (Rujuk  Stephen_Kalong_Ningkan), Ketua Menteri pertama Sarawak menderaf hak rakyat Sarawak seterusnya dimasukkan sebagai annexe (tambahan) dalam Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi kaum pribumi Sarawak  harus diteruskan. Sampai kini rakyat Malaya tidak boleh bekerja di Sarawak tanpa diserap terlebih dulu oleh jabatan Kerajaan atau syarikat yang berkait dengan perindustrian lokal di Sarawak. Ini membenarkan persaingan positif bagi mebolehkan rakyat Sarawak bekerja di syarikat Shell dan Petronas (penyumbang utama ekonomi Sarawak) serta industri huluan dan hiliran minyak yang berkaitan, perkapalan, perlombongan dan pembalakan. Secara tak langsung banyak professional muda dari kalangan pribumi lahir dan menyeimbangkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat Sarawak.

Tiada apa yang sempurna tapi sekurang kurangnya kepimpinan Sarawak sekarang yang dipimpin PBB maseh ikhlas untuk memakmorkan rakyatnya dengan konsep Sarawak for Sarawakians.

Apakah rakyat Sarawak sanggop menggadai masa depan rakyat marhaen yang maseh banyak di pendalaman demi mencapai cita cita Greater Singapore yang didokong DAP sebagai tunjang dalam PR?

Rujukan



No comments: