Showing posts with label Khairi Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairi Jamaluddin. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

KJ Populist akan "fire" DAPster?

Di ruang pejabat KJ yang ekslusif di Kementerian Belia Dan Sukan KJ duduk termenung. Laporan indeks polulariti pemimpin politik yang didapati dari Merdeka Centre menunjukkan tahap popularity KJ turun sejak Sukan Komanwel di UK





KJ cuba mencari cari isu agar dia kekal dalam lime light. Tambahan lagi sekarang hero paling popular seantaro Malaya ialah Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim jadi sangat popular setelah dia membuat siri "Dawn Raid" kedua dengan memecat semua EXCO DAP dan PKR .

Orang Melayu yang fed up dengan sikap mengalah Najib (bukan UMNO yer) dan sikap  ikut telunjuk DAP PAS akhirnya ketemu seorang hero Melayu berdarah Bugis yang menebus maruah bangsa dengan tindakan liciknya mengalahkan DAP- Tambahan lagi belum ada pemimpin Melayu sejak Tun M bersara dari dunia politik yang boleh menewaskan Lim anak beranak dari DAP sebelum ini.

KJ berfikir kalau dia boleh ikut Langkah FIRE/PECAT Khalid Ibrahim tentu dia jadi popular juga.

KJ mencari cari satu DAPster yang boleh dia pecat...dan dia terfikir dia mempunyai seorang DAPSter sebagai Setiausaha Akhbarnya. KJ  memandang muka Setiausaha Akhbarnya ...."Regina setuju tak kalau saya pecat kamu ?"

Ini adalah scenario analysis yang dibayangkan....apakah akan jadi kenyataan???

Tuesday, October 15, 2013

Bumi Not Booming and The Economist Magazine

Maybe that is where KJ and his cohort Omar Ong, the super punahsihat to PM Najib  get their in-silo view:- anything that benefit Bumi must be killed. For KJ he went further by manifesting his  liberated view in his victory speech over The Star, DAP's new mouthpiece.
 
 
Laments Tun Mahathir about The Economist which seem to know how to fix every ailment in this world :
 

Dr. Mahathir bin Mohamad


"The world is in a bad shape because politicians instead of journalists run it. I came to this conclusion after reading a copy of The Economist, the British magazine. The writers in the Economist seem to know everything that ails the world and they also know how all these ailment can be cured."

The former  Prime Minister of Malaysia added:

And now Malaysia. “Bumi, Not Booming”  link HERE  is about Najib’s announcement of a policy known as “the Bumiputra Economic Empowerment”. This hideous policy discriminates against the Chinese who make up 25% of the population but run much of Malaysia’s business, and Indians 7% but having disproportionate presence in the professions.
 
 7. Apparently any attempt to give the Malays and the indigenous people (68%) a share in the business (and the wealth) and to become professionals is unfair, wrong and unjust. Liberal people should not do this. If they get no share of the wealth and places in the professions, they should just be poor spectators.

8. Prior to the Elections Najib had tried to win over the Chinese by ignoring the plight of the Malays. He even ignored the National Education Policy by supporting Chinese education with money. He tried to endear himself to the Chinese with more money. However the Chinese voters rejected him. Only 3% voted for him. Sounds like gross ungratefulness. For this Najib should dole out some more money, which would be the right thing to do.

9.
But the Malays supported him. Apparently according to the Economist it is wrong to support those who support you. You don’t do that in civilised countries. Let the supporters rot. 10. The proper thing to do is to help people who are already well off to be even more well off.

11. In fact one should help the richer community get even richer and the poor community poorer. If there are poor people among the rich community make sure they become rich first before taking any notice of the poor in the poor community.


Further reading on his latest article penned on 14 Oct 2013 Chedet


 
 

Sunday, October 13, 2013

Tahniah DAP, KJ menang Ketua Pemuda UMNO!

Kalau gambar boleh menceritakan seribu mesej, lihat apa mesej yang cuba disampaikan KJ  kepada umum.
 
Lihat perkataan LIBERAL yang diULANG ULANG.
 
Formula kejayaan UMNO dalam PRU13 ialah menawarkan  keadaan terbaik bagi umat Melayu Islam di Malaysia berbanding PAS dan PKR.
 
Kalaulah PAS semasa Muktamarnya melantik golongan ultra Melayu , ugamawan dan professional, maka saya yakin ramai orang Melayu akan lari mengundi PAS dalam PRU14 nanti. Hati hati sebab selama ini PAS lemah sebab mulut celupar Nik Aziz...kini dia sudah disenyapkan.
 


Baru menang dah bertempik LIBERAL, oh My God!

Ramai yang mengundi UMNO dengan harapan UMNO boleh membela ugama, bangsa dan negara. Nampaknya UMNO semakin jauh dari formula kejayaannya semasa PRU13. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda hanya  memperkukuhkan lagi belitan DAP ke atas UMNO.....seperti kata Helen Ang,  setiausaha akhbar DAP  mengetahui rahsia cabinet dan kini rahsia UMNO!

Friday, October 11, 2013

Pemilihan UMNO dan persepsi pemimpin UMNO

Lama saya memerhatikan beberapa blog dan facebook beberapa orang. Memang benar pesanan Tun M kalau nak pilih pemimpin UMNO perlu dengar pendapat orang di luar UMNO.

Wahai orang UMNO janganlah dok perasan sangat orang Melayu yang memberikan undi kepada kamu dalam PRU13 yang lepas suka sangat UMNO. Sebab utama ialah vote swing Melayu Islam dan Bumiputera Bukan Islam  kepada UMNO ialah kerana mereka tak ada pilihan! DAP jelas RASIS dan PKR serta PAS sangat lemah kerana mengikut telunjuk DAP
 
Pemilihan UMNO kali ini juga menentukan kemenangan atau kegagalan PRU14.
 
Fakta yg tak dapat dipertikaikan ialah Kerajaan Barisan Nasional hari ini ialah Kerajaan UMNO dan kekuatan Barisan Nasional disandarkan kepada UMNO. Lemah UMNO, maka  lemahlah Barisan Nasional. Jelas dengan statistic undi pada PRU13 yang lepas UMNO menang kerana sokongan padu orang Melayu di belakang UMNO.

Dalam formula sifir kejayaan yang jelas ialah "Apa yang orang Melayu mahukan ialah apa yang UMNO WAJIB TAWARKAN"
 
Orang Melayu hanya mahukan status quo dan kesinambungan dari zaman kekuatan kuasa politik Melayu yang memuncak zaman Tun M iaitu Melayu , Islam dan Raja Berdaulat!
 
Esok pemilihan UMNO cawangan Pemuda dan Puteri dan Wanita.
 
Hairan kenapa The Star suka menukilkan KJ sebagai calon Pemuda pilihan mereka? Mari kita lihat "kejayaan Khairi Jamaluddin"



atau video ini

 
atau lihat kata kata KJ yang nampaknya copy and paste dari Pakatan Rakyat
 
 
Hairan juga kenapa The Star beriya riya menyokong calon Liability besar dalam UMNO seperti KJ dan Sharizat?
 
jStarKJfrontpage 001


Jawapan yang paling tepat ialah bila kedua cawangan Wanita dan Pemuda terpalit liability dan musuh dapat menempatkan  calon LIBERAL sebagai Ketua Pemuda UMNO  maka senanglah UMNO ditumbangkan dalam PRU14.

Tuesday, August 13, 2013

Bila Hantu Pak Lah dibangunkan KJ terkena pedasnya

Sudah lama Pak Lah duduk diam. Bak kata orang puteh silence is golden dalam kes Pak Lah. Diam Pak Lah jugalah yang selama ini berjaya memulihkan imej buruk KJ sehingga dinaikkan  jawatan jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan pasca PRU13.
 
Bagi seorang mantan PM yang menyebabkan kekalahan 5 negeri  dalam PRU12, kerana mem "franchise" kan  pentadbiran kepada team opportunist teknokrat yang tak berpengalaman, Bebudak Tingkat 4, Pak Lah sepatutnya terus mennerus berusaha  mengurangkan liability. Dan sikap berdiam itu adalah sebaik baik mekanisme untuk Pak Lah mengurangkan liability ke atas dirinya atau liability ke atas kareer politik menantunya KJ.
 
                                              Perang proksi dalam buku Awakening 
 
Namun entah apa anginnya kini, bila KJ jadi Menteri, dilantik pula si Regina Lee jadi Press Secretary. Saya tak tahu siapa jadi punahsehat dan siapa yang memunahsehat.
 
Apapon dalam politik Melayu yang sangat berhelah bermain proksi sebagaimana famous budaya  Wayang Kulit di sebelah nusantara ini, kita tahu siapa di sebalik watak wayang kulit ini:
 
Buku Baru Bangun Tidur /Awakening (nama yang sungguh mengelirukan) sebenarnya menghidupkan semula watak  negative force "Hantu" dalam Wayang Kulit politik di Malaysia.
 
Nurul Izzah menjadi proksi kepada dalang utama bapanya Anwar Ibrahim bagi melancarkan "buku berhantu" tersebut di Singapura
 
KJ pula desperado untuk naik lebih tinggi dalam UMNO sampai tamak dan mempergunakan bapa mentuanya. Namun dia salah perhitungan kerana watak "Hantu" di sebalik  Tok Pawang  PM zaman Pak Lah yang sentiasa tidur menyebabkan ramai tak percaya buku tersebut hasil tangan Pak Lah!
 
Malah disclaimer dari Pak Lah yang mengatakan dia tak menulis buku tersebut tidak dapat mengurangkan imej yang telah tercemar
 
 
 
Bridget Welsh yang digunakan sahih anti Malaysia, kroni  ketat Anwar Ibrahim dan  dalang Amerika.
 
 
 
Singapura tempat buku berhantu dilancarkan tempat Lee Kuan Yew. Bagi sebuah negarakota yang terlalu mengawal media, tak mungkin pelancaran buku tersebut  tidak "mendapat restu" Lee Kuan Yew! Rujuk License for Media in Singapore
 
 
Yang amat mengerikan ialah musuh musuh Islam dan agen Liberalisme ugama begitu berani bersatu demi menyiapkan dan melancarkan buku berhantu itu
 
Namun pendedahan demi pendedahan menyebabkan buku tersebut menerima tamparan hebat  sehingga menyebabkan ia ditangguhkan pelancaran di Malaysia. Rujuk berita Tangguh
 
Apapon saya dapat merasakan satu rahmat dari Allah  dan sebenarnya doa umat Islam yang berdoa semasa Ramadhan sedang dikabulkan. Ramai yang lupa antara salah satu doa umat Islam semasa Ramadhan setelah solat Teraweh  mengandungi  terjemahan  ini:-
 
Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiM, mengharap ampunan-Mu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cobaan, mensukuri segala nikmat-Mu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawahnaungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw. Doa penuh dan terjemahan di Doa selepas solat Teraweh



Sementelah PAU yang bakal mendatang seeloknya usaha membersihkan UMNO yang menjadi tonggak ketuanan Melayu Islam di Malaysia diperkemaskan . Dengan berkat doa para wali yang bersusah payah datang membawa amanat baginda Rasulullah SAW  ke Tanah Melayu ini  untuk berdakwah dan dengan  keizinan Allah , semoga Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan umat Melayu Islam yang akan mempertahankan Ugama Islam, Bangsa Melayu dan Bumi Jawi ini dari tangan musuh musuh Islam dan agen pluralisme serta liberalisme  ugama.

 
 
 

Friday, April 20, 2012

Pindaan AUKU , demo PTPTN di Dataran Merdeka dan implikasi siswa berpolitik

AUKU pindaan 2012 membenarkan siswa aktif dan masuk parti politik. Bagaimanapon   Seksyen 15 (2)(c) AUKU (pindaan 2012) melarang siswa yang menjadi ahli politik bertanding dalam pilihanraya kampus. Jujur bagi saya ini adalah langkah pencegahan agar kampus neutral dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan suasana kondusif. Universiti adalah tempat ilmiah dan ia wajar dihormati. Pindaan membenarkan pelajar berpolitik di luar kampus dan pada masa yang sama membebaskan kampus dari pelajar yang dipergunakan oleh party politik-Pepatah Inggeris yang bersesuaian ialah "You cannot have the cake and eat it all"


Saya hairan kenapa  Khairi Jamaluddin mencadangkan pembatalan Seksyen 15(2)(c)

Mungkin lebih senang cerita Tuan Khairi kita mahu siswa yang berpolitik (jalanan) seperti ini menjadi ketua mereka. Walaupon beliau sokong tak mahu ahli politik jalanan diangkat jadi pemimpin tapi itulah hakikatnya. Pakatan akan buat apa sahaja untuk melanggar undang undang Malaysia sebab pegangan mereka "matlamat menghalalkan cara". Pelajar yang berdemo ini jugalah yang akan mengambil bahagian aktif dalam pilihanraya politik kampus. Cadangan  Tuan Khairi membenarkan pelajar yang menjadi ahli politik berkempen dan menjadi calon pilihanraya di kampus  membuka seluas luasnya floodgate yang ada. Apa agenda Khairi sebenarnya?

Kebebasan seksual (liberalisme) dan  pluralisme ugama diperjuangkan oleh Pakatan. Mahukah kita mengangkat mereka ini menjadi pemimpin kita satu hari kelak?

Bukti bergambar ada di bawah:

pic.twitter.com/KciISv9o
Kerjasama dgn.Kuffar - PAS sanggup berkerjasama dengan kuffar bagi meruntuhkan Pemerintah Islam sedia ada- dan langkah Ambiga mempersoalkan Hak Istimewa Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara adalah bersalahan dengan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai Ugama Rasmi Negara- dari Twitter  http://t.co/KciISv9o
Percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim-apakah siswi benar benar  muslimah?

Kondom-ada aktiviti seks di sini

Jelas ada perjuangan kebebasan seksual di sini. Ssiwi yang merokok bernama Mislina

Syiah terlibat -Khalid Ismath menjadi muka perusuh di UPSI dan Dataran Merdeka
Fatwa Syiah dan PAS yang MENYELEWENG dari Islam

Sesungguhnya pendirian PAS sangat menyeleweng dari Islam. Habib Munzir menyampaikan beberapa Hadis Sahih Bukhari yang menyuruh umat Islam bersabar terhadap Pemerintah Islam dan melarang mengangkat senjata :

Hadis 1
"Bersabarlah kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yg sesudahnya akan lebih buruk, sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Hadis 2
Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita (memerangi sesama) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Hadis 3
Sabda Rasulullah saw : “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Rujukan lanjut Hadis dan larangan menentang pemerintah Islam  Majelisrasulullah-Habib Munzir

Di bawah saya selitkan petikan cadangan Khairi Jamaluddin dan pesanan saya elok tak payah jadi Ketua Pemuda UMNO! Cadangan ini seolah olah datang dari pihak Pakatan yang selama ini memperjuangkan hak kebebasan seksual LGBT, liberalisme dan pluralisme ugama. Di sebelah kem mana KJ sebenarnya berada???

.........................................
AUKU: @KhairyKJ usul potong sepenuhnya Seksyen 15(2)c

[Nota: Kaedah sebenar dalam menambah baik Dasar dan Pelaksanaan Dasar dalam lunas demokrasi. Bukan kaedah jalanan seperti yang dipraktikkan oleh sesetengah pihak. Ini contoh yang perlu diikuti jika benar-benar mahu membentuk masyarakat sivil dalam era politik baru, bukan dengan menggunakan pendekatan jalan seperti yang diwarisi dalam poltik usang.] Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)

Terima kasih YB Tan Sri

Saya, Ahli Parlimen Rembau, selaku wakil Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan ini mencadangkan agar Fasal 5, Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dipinda dengan memotong sepenuhnya perenggan 15 (2)(c) yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang tersebut.

Ini kerana kami berpendapat, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

Di dalam hal ini, BNBBC menyambut baik penggantian seksyen 15 AUKU yang sebelum ini menghalang penglibatan politik dengan seksyen yang baru terutama subseksyen 15(1) yang meluaskan hak berpersatuan pelajar, termasuklah menjadi ahli mana-mana parti politik.

Namun bagi kami, susbseksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik sebagai self-contradictory dengan maksud dan kehendak gagasan transformasi dan norma sosial yang menuntut kepada kebebasan pelajar untuk berpolitik.

Hujah/Rasional:

[1] Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus atau campus neutrality. Sungguhpun kami mengakui keperluan campus neutrality agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.
Ini kerana, keberkecualian itu boleh diselenggara dengan pemantauan kegiatan pelajar sepertimana kelulusan bagi mengadakan sesuatu aktiviti yang diadakan dalam kampus dan sebagainya. Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh Kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular.

[2] Keduanya, jika kita melarang pelajar yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik dari menyertai daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, ia seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik kerana pengiktirafan yang diberi oleh subsekyen 15(1) mempunyai sekatan khusus pula kerana ia menghilangkan status kelayakan mereka untuk bertanding bagi sebarang jawatan di dalam kampus.

Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam parti politik sebagai kelompok atau anasir negatif di dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah melaksanakan salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan dan juga suatu hak yang diiktiraf oleh subseksyen 15(1) sendiri. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

[3] Ketiganya, kegusaran bahawa ramai pelajar Universiti akan menjadi ahli parti parti politik dan bergiat aktif adalah kurang berasas kerana sungguhpun kebanyakan mereka mempunyai pandangan dan juga pendapat berhubung isu yang melibatkan dasar serta politik negara namun semua ini tidak dizahirkan sepenuhnya dengan kecenderungan untuk berpersatuan dan menjadi ahli politik sepertimana hasil kajian golongan muda 2008 oleh Merdeka Centre yang mendapati hanya 3 peratus berminat menganggotai parti politik.

[4] Kelompok mahasiswa adalah mereka yang mudah tertarik kepada idealisme dan semangat perjuangan, namun tarikan itu tidak semestinya bertukar kepada penyertaan di dalam kegiatan politik. Dalam isu ini, apa yang ingin ditegaskan bahawa seseorang itu mungkin lebih tegar dan serius di dalam perjuangan atau idealisme mana-mana parti politik tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut dan sekiranya tujuan sebenar sekatan subseksyen 15(2)(c) itu, dan walaupun kami berpendapat tujuan itu tidak sepatutnya wujud, adalah untuk menghindari kelompok ini maka hasrat itu akan gagal kerana keahlian parti tidak menggambarkan sokongan atau tarikan idealisme pelajar secara hakiki.

[5] Pada masa yang sama, kita akan menidakkan proses pencarian bakat pemimpin pelapis dalam politik kerana medan kegiatan pelajar di Kampus merupakan wadah yang bagus untuk pelajar bergiat aktif dan mengharungi latihan kepimpinan. Sekiranya pelajar yang menjadi ahli kepada mana-mana ahli parti politik dilarang sama sekali daripada bergiat aktif sebagai pemimpin pelajar maka ia adalah satu proses yang regresif.

[6] Sekatan ini bersifat terlalu umum. Bahkan rujukan kepada sebarang jawatan di dalam suatu parti politik mencakupi skop yang sangat luas. Sebagai contohnya Pengerusi mana-mana Biro di dalam parti politik tidak boleh langsung mengetuai Persatuan Drama atau Teater Pelajar. Ini suatu yang amat dangkal dan tidak masuk akal.

[7] Subseksyen 15(2)(c) akan hanya memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam Kerajaan dengan hujah bahawa Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa kerana sungguhpun mereka boleh menceburi kancah politik sebagai ahli tetapi peluang tersebut tersebut bakal mengundang padah kerana mereka tidak lagi boleh menjadi pemimpin pelajar.

[9] Pada masa yang sama, selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan juga seorang pemimpin di kalangan orang muda, menyambut baik pendekatan transformasi yang diterjemahkan melalui pindaan ke atas AUKU ini. Ini kerana ini meraikan idealisme anak muda, mengangkat peranan mahasiswa, merancakkan proses dan amalan demokrasi serta menyemarakkan public participation in policy making process. Bahkan, pindaan kepada AUKU ini juga adalah salah satu daripada gesaan dari Makmal Generasi Muda Pemuda BN atau BN Youth Lab.
Begitulah hujah saya bagi pindaan yang yang dicadangkan ini

Terima kasih YB Tan Sri
..........................................................
Bagi saya cadangan KJ satu yang tak masuk akal.