Thursday, December 20, 2012

siapa benar -Sekupang dua vs Nga Kor Ming di DUN Perak

Nga Kor Ming dengan angkuhnya mengaku di sidang DUN Perak bahawa blogger Sekupang dua telah mengaku salah memfitnah beliau. Sekupang dua telah membuat press conference dan tidak mengaku memfitnah dan seterusnya  mengaku salah kerana memfitnah Nga Kor Ming dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah!
 
Ikuti penafian Sekupang dua yang saya petik dari blog beliau di SINI 

 


Petang tadi teman terpanggil menjawab segala pembohongan Nga Bila dalam Sidang Dewan siang tadi menyatakan teman mengaku bersalah memfitnah, meminta maaf pada beliau serta makamah mengarah menarik balik artikel berkenaan seprti mana yang dia dakwa...

Dalam Kenyataan teman dalam sidang akhbar tadi...
Retetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga didalam Dewan Undangan Negeri 18.12.12 menyatakan bahawa saya telah mengakumemfitnah Ngadan seterusnya makamah telah mengarahkan saya menarik balik artikel berkaitan kes saya dengan beliau. saya ingin menegaskan bahawa makamah tidak pernah membicarakan dan memutuskan saya telah memfitnah beliau, aptah lagi mengarah saya untuk menarik balik artikel tersebut

Apa yang terjadi ialah pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju menarik balik kes masing-masingdengan kos ditanggungsecara sendiri seterusnya suatu penghakiman Persetujuan telah direkodkan di Makamah tersebut, Saya ingin menegaskan bahawa kes fitnah yang dibawa oleh Nga terhadap saya dan juga tuntutan balas fitnah saya terhadap beliau tidak pernah dibicarakan dan diputuskan oleh makamah

Oleh kerana Nga telah menyebarkan maklumat berkenaan dengan penghakiman persetujuan tersebut didalam blog nya secara tidak benar, maka saya telah sekali lagi menyaman malu beliau memandangkan terdapat kenyataan yang dibuat beliau telah seolah-olah menyatakan saya telah memfitnah beliau

Oleh yang demikian juga , saya menyatakan bahawa Nga pada hari ini telah berbohong didalam sidang Dewan Undangan Negeri dengan sekali lagi membangkitkan pekara ini maka saya ingin menyarankan supaya Nga dih adapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Artikel 35 dimana Seorang Ahli Dewan MESTILAH bercakap BENAR!

APA-APA PUN TEMAN SEBAGAI RAKYAT JUGA BERPENDAPAT, JANGAN BERBOHONG DALAM SIDANG DEWAN, KALAU BERANI BERBOHONG DALAM SIDANG APATAH LAGI DENGAN RAKYAT

No comments: