AUKU pindaan 2012 membenarkan siswa aktif dan masuk parti politik. Bagaimanapon Seksyen 15 (2)(c) AUKU (pindaan 2012) melarang siswa yang menjadi ahli politik bertanding dalam pilihanraya kampus. Jujur bagi saya ini adalah langkah pencegahan agar kampus neutral dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan suasana kondusif. Universiti adalah tempat ilmiah dan ia wajar dihormati. Pindaan membenarkan pelajar berpolitik di luar kampus dan pada masa yang sama membebaskan kampus dari pelajar yang dipergunakan oleh party politik-Pepatah Inggeris yang bersesuaian ialah "You cannot have the cake and eat it all"
Saya hairan kenapa Khairi Jamaluddin mencadangkan pembatalan Seksyen 15(2)(c)
Mungkin lebih senang cerita Tuan Khairi kita mahu siswa yang berpolitik (jalanan) seperti ini menjadi ketua mereka. Walaupon beliau sokong tak mahu ahli politik jalanan diangkat jadi pemimpin tapi itulah hakikatnya. Pakatan akan buat apa sahaja untuk melanggar undang undang Malaysia sebab pegangan mereka "matlamat menghalalkan cara". Pelajar yang berdemo ini jugalah yang akan mengambil bahagian aktif dalam pilihanraya politik kampus. Cadangan Tuan Khairi membenarkan pelajar yang menjadi ahli politik berkempen dan menjadi calon pilihanraya di kampus membuka seluas luasnya floodgate yang ada. Apa agenda Khairi sebenarnya?
Kebebasan seksual (liberalisme) dan pluralisme ugama diperjuangkan oleh Pakatan. Mahukah kita mengangkat mereka ini menjadi pemimpin kita satu hari kelak?
Bukti bergambar ada di bawah:
Bukti bergambar ada di bawah:
Kerjasama dgn.Kuffar - PAS sanggup berkerjasama dengan kuffar bagi meruntuhkan Pemerintah Islam sedia ada- dan langkah Ambiga mempersoalkan Hak Istimewa Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara adalah bersalahan dengan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai Ugama Rasmi Negara- dari Twitter http://t.co/KciISv9o |
Percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim-apakah siswi benar benar muslimah? |
Kondom-ada aktiviti seks di sini |
Jelas ada perjuangan kebebasan seksual di sini. Ssiwi yang merokok bernama Mislina |
Syiah terlibat -Khalid Ismath menjadi muka perusuh di UPSI dan Dataran Merdeka |
Fatwa Syiah dan PAS yang MENYELEWENG dari Islam |
Sesungguhnya pendirian PAS sangat menyeleweng dari Islam. Habib Munzir menyampaikan beberapa Hadis Sahih Bukhari yang menyuruh umat Islam bersabar terhadap Pemerintah Islam dan melarang mengangkat senjata :
Hadis 1
"Bersabarlah kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yg sesudahnya akan lebih buruk, sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)
Hadis 2
Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita (memerangi sesama) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)
Hadis 3
Sabda Rasulullah saw : “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)
Rujukan lanjut Hadis dan larangan menentang pemerintah Islam Majelisrasulullah-Habib Munzir
Di bawah saya selitkan petikan cadangan Khairi Jamaluddin dan pesanan saya elok tak payah jadi Ketua Pemuda UMNO! Cadangan ini seolah olah datang dari pihak Pakatan yang selama ini memperjuangkan hak kebebasan seksual LGBT, liberalisme dan pluralisme ugama. Di sebelah kem mana KJ sebenarnya berada???
.........................................
AUKU: @KhairyKJ usul potong sepenuhnya Seksyen 15(2)c
[Nota: Kaedah sebenar dalam menambah baik Dasar dan Pelaksanaan Dasar dalam lunas demokrasi. Bukan kaedah jalanan seperti yang dipraktikkan oleh sesetengah pihak. Ini contoh yang perlu diikuti jika benar-benar mahu membentuk masyarakat sivil dalam era politik baru, bukan dengan menggunakan pendekatan jalan seperti yang diwarisi dalam poltik usang.] Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)
Terima kasih YB Tan Sri
Saya, Ahli Parlimen Rembau, selaku wakil Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan ini mencadangkan agar Fasal 5, Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dipinda dengan memotong sepenuhnya perenggan 15 (2)(c) yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang tersebut.
Ini kerana kami berpendapat, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.
Di dalam hal ini, BNBBC menyambut baik penggantian seksyen 15 AUKU yang sebelum ini menghalang penglibatan politik dengan seksyen yang baru terutama subseksyen 15(1) yang meluaskan hak berpersatuan pelajar, termasuklah menjadi ahli mana-mana parti politik.
Namun bagi kami, susbseksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik sebagai self-contradictory dengan maksud dan kehendak gagasan transformasi dan norma sosial yang menuntut kepada kebebasan pelajar untuk berpolitik.
Hujah/Rasional:
[1] Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus atau campus neutrality. Sungguhpun kami mengakui keperluan campus neutrality agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.
Ini kerana, keberkecualian itu boleh diselenggara dengan pemantauan kegiatan pelajar sepertimana kelulusan bagi mengadakan sesuatu aktiviti yang diadakan dalam kampus dan sebagainya. Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh Kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular.
[2] Keduanya, jika kita melarang pelajar yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik dari menyertai daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, ia seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik kerana pengiktirafan yang diberi oleh subsekyen 15(1) mempunyai sekatan khusus pula kerana ia menghilangkan status kelayakan mereka untuk bertanding bagi sebarang jawatan di dalam kampus.
Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam parti politik sebagai kelompok atau anasir negatif di dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah melaksanakan salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan dan juga suatu hak yang diiktiraf oleh subseksyen 15(1) sendiri. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.
[3] Ketiganya, kegusaran bahawa ramai pelajar Universiti akan menjadi ahli parti parti politik dan bergiat aktif adalah kurang berasas kerana sungguhpun kebanyakan mereka mempunyai pandangan dan juga pendapat berhubung isu yang melibatkan dasar serta politik negara namun semua ini tidak dizahirkan sepenuhnya dengan kecenderungan untuk berpersatuan dan menjadi ahli politik sepertimana hasil kajian golongan muda 2008 oleh Merdeka Centre yang mendapati hanya 3 peratus berminat menganggotai parti politik.
[4] Kelompok mahasiswa adalah mereka yang mudah tertarik kepada idealisme dan semangat perjuangan, namun tarikan itu tidak semestinya bertukar kepada penyertaan di dalam kegiatan politik. Dalam isu ini, apa yang ingin ditegaskan bahawa seseorang itu mungkin lebih tegar dan serius di dalam perjuangan atau idealisme mana-mana parti politik tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut dan sekiranya tujuan sebenar sekatan subseksyen 15(2)(c) itu, dan walaupun kami berpendapat tujuan itu tidak sepatutnya wujud, adalah untuk menghindari kelompok ini maka hasrat itu akan gagal kerana keahlian parti tidak menggambarkan sokongan atau tarikan idealisme pelajar secara hakiki.
[5] Pada masa yang sama, kita akan menidakkan proses pencarian bakat pemimpin pelapis dalam politik kerana medan kegiatan pelajar di Kampus merupakan wadah yang bagus untuk pelajar bergiat aktif dan mengharungi latihan kepimpinan. Sekiranya pelajar yang menjadi ahli kepada mana-mana ahli parti politik dilarang sama sekali daripada bergiat aktif sebagai pemimpin pelajar maka ia adalah satu proses yang regresif.
[6] Sekatan ini bersifat terlalu umum. Bahkan rujukan kepada sebarang jawatan di dalam suatu parti politik mencakupi skop yang sangat luas. Sebagai contohnya Pengerusi mana-mana Biro di dalam parti politik tidak boleh langsung mengetuai Persatuan Drama atau Teater Pelajar. Ini suatu yang amat dangkal dan tidak masuk akal.
[7] Subseksyen 15(2)(c) akan hanya memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam Kerajaan dengan hujah bahawa Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa kerana sungguhpun mereka boleh menceburi kancah politik sebagai ahli tetapi peluang tersebut tersebut bakal mengundang padah kerana mereka tidak lagi boleh menjadi pemimpin pelajar.
[9] Pada masa yang sama, selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan juga seorang pemimpin di kalangan orang muda, menyambut baik pendekatan transformasi yang diterjemahkan melalui pindaan ke atas AUKU ini. Ini kerana ini meraikan idealisme anak muda, mengangkat peranan mahasiswa, merancakkan proses dan amalan demokrasi serta menyemarakkan public participation in policy making process. Bahkan, pindaan kepada AUKU ini juga adalah salah satu daripada gesaan dari Makmal Generasi Muda Pemuda BN atau BN Youth Lab.
Begitulah hujah saya bagi pindaan yang yang dicadangkan ini
Terima kasih YB Tan Sri
..........................................................
Bagi saya cadangan KJ satu yang tak masuk akal.

No comments:
Post a Comment