Friday, December 12, 2014

Betulker Pegawai JAKIM Pro Wahhabi?

Insiden Syeikh Nurudin ditahan dari berdakwah di negara ini mengejutkan semua pihak. Syeikh Nurudin Al Makki Al Banjari , ulama Islam ASWJ dan dianggap Al Azhar kedua kerana kedalaman ilmunya ditahan dari memberi ceramah oleh JAKIM. Sedangkan JAKIM tak berhak mengeluarkan surat Pekeliling menahan Syeikh sebab Ketua Ugama Negeri ialah Sultan! Dan bagi negeri tak berSultan seperti Wilayah Persekutuan, Ketua Ugama Negeri ialah YDP Agong! Jadi pengeluaran surat Pekeliling itu telah membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak Wahhabi sedang bermaharajalela dalam JAKIM walaupon ugama rasmi Malaysia ialah Islam ASWJ bukannya Wahhabi (Rujuk website JAKIM sendiri berkenaan perkara ini)

Sehubungan dengan itu , masyarakat menerima surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah JAKIM yg salinannya saya kemukakan di bawah

Menarik juga bila dihighlight kan 3 aktivis dan politikus PAS jadi tikus Wahhabi yang  memusnahkan akidah dalam JAKIM. Nama mereka telah saya highlight dalam warna kuning.

Pegawai JAKIM pro Wahaby? Surat Terbuka Kepada KP JAKIM
Pertama-tamanya saya mengucapkan terima kasih di atas usaha baik semua pihak yang menentang wahaby di Malaysia dan dunia amnya.
Serangan terhadap akidah Islam sebenar oleh puak Wahaby sangat hebat dan sangat berbahaya. Akidah adalah tunjang dan Zionis tahu merosakkan tunjang akan merosakkan kita dengan Allah Taala secara total.

Sebab itu usaha menentang wahaby sangat perlu diperjuangkan bukan atas dasar benci dan emosi tetapi kerana menentang pemalsuan fakta dan nas oleh sarjana Barat yang disebar oleh ilmuan Islam.

Wahaby adalah talibarut Barat/ZIonis untuk merosakkan Islam dari dalam. Mereka cuba menggunakan muka dan nama orang sama macam nama kita tetapi mempunyai akidah yang jauh berbeza dan sangat beracun sifatnya.
Beberapa nama di bawah antara mereka yang dikaitkan dengan Wahaby dan mereka ini adalah pegawai JAKIM.
Mereka ini menjalankan kerja penyelidikan dalam cawangan akidah,fatwa dan kawalan media.

Info yang diterima menyatakan perkara ini sudah diungkit kepada pihak Ketua Pengarah namun tidak ada tindakan susulan dibuat.

Apa yang menyedihkan ada kalangan mereka yang akan disebut di bawah ini mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh wahabi dan menjadikan mereka sebagai Panel JAKIM.
Ini akibatnya apabila orang yang bekerja dengan kerajaan tetapi cenderung kepada fikrah Wahaby dan menggunakan platform sebagai ruang menyebar fikrah sesat lagi dolalah ini.

Antara tokoh yang dijadikan Panel JAKIM oleh individu tersebut ialah seperti Dr Johari Mat (Senator yg berkidah Wahhabi lantikan regime PAS Kelantan), Dr Ahmad Najib ( anak Abdulla Al Qari tokoh Wahaby utama di Kelantan dan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan) Dr Juanda Jaya (Wahhabi Sarawak yang jadi Mufti Perlis) dan Fatah Haron Ibrahim (besan Nik Aziz Nik Mat pemuka utama Wahhabi seMalaya).

Antara yang dikhabarkan kepada saya mereka yang pro Wahaby di JAKIM ialah Aizam Mas’od(Cawangan akidah), Ezzul A’la Bajuri(akidah), Khairul Anuar (Kawalan Media) dan Roslan Isa yang kini dipinjamkan ke Jabatan Mufti seperti laporan Utusan Malaysia  (pelek juga sang Wahhabi dipinjamkan untuk dekat dengan al Mufti Wilayah Persekutaun...ada udang di sebalik batu ker ). Rujukan di sini http://www.utusan.com.my/


Nama mereka saya perolehi di laman rasmi JAKIM di sini http://www.islam.gov.my/

Saudara Aizam Mas’od antara penulis yang aktif memuatkan tulisannya dalam akhbar arus perdana dan saya sama sekali tidak menyangka beliau antara yang dikaitkan dengan Wahaby di kalangan pegawai JAKIM. Namun tulisan yang disiar di laman http://www.topix.com/fo…/world/malaysia/TK261EMR92O5F2H0H/p2 pada Feb 2010 lalu agak menguatkan dakwaan tersebut.

Satu lagi, ada tulisan beliau yang agak ‘lembut’ terhadap Wahabi agak merisaukan saya status beliau samada pro atau anti atau muzabzab di sinihttp://al-fikrah.net/News/article/sid=928.html

Bukti perkara ini pernah diulas/didedah oleh blogger Anti Wahabi ialah Blogger BankWahabi pada 2007 di sini http://bankwahabi.wordpress.com/

Beliau mendakwa pegawai JAKIM tertentu telah memuji tokoh wahabi dalam jurnal terbitan JAKIM. Sehingga masyarakat terpedaya dengan tindakan sesetengah individu yang membayangkan seakan akan JAKIM mengiktiraf Wahabi.

Saya sarankan siasatan lanjut perlu dibuat dan Ketua Pengarah JAKIM perlu membuat sesuatu sebelum satu persatu racun Wahaby akan menular dalam tulisan terbitan JAKIM tanpa kita sedari.
Perkara ini mungkin salah namun jika benar maka JAKIM perlu di’segar’kan kembali dari ‘najis Wahaby’ atau tidak mustahil MALAYSIA boleh menjadi negara Wahaby yang menyokong Islam Liberal seperti homoseks /liwat dan lain lain lagi yang merosak akidah Umat.
Moga Allah memelihara akidah kita dari ‘bom’ ciptaan Zionis Israel bernama Wahaby atau apa juga namanya samada Syiah, Muktazilah, Khawarij atau Ajaran Sesat setiap masa.
p/s : Mohon maaf jika info yang saya terima separuh benar atau suku benar…Tetapi saya percaya pemberi info kepada saya adalah BENAR !     "


9 comments:

Anonymous said...

nah amek ko PAS pembawa ajaran sesat WAHHABI rupanya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

dalam jakim tu yang saya tahu ustaz salafi,tak pernah dengar pun wahabi.

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro,
Org Bukit Gantang yea ? Saya respek blog Bro, boleh kata hari2 saya baca. Saya penyokong UMNO mcm Bro jugak. Tapi saya ada soalan. Boleh tak sebagai penulis blog yg saya segani, Bro tulis banyak pasal Wahabi. Dlm artikel ni sikit sgt. Cari, kumpul dan tulis sejarah Wahabi, tokoh pengasas dia, bila lahir, mati (kalau kasar sgt, gunalah wafat, x salahpun), pegangan, apa2 yg Bro rasa bercanggah dgn ASWJ etc. Senang kami pembaca bg komen balas.

Anakbukitgantang said...

Anon,

Lihat artikel terdahulu. Banyak pasal Sejarah dah kita bahas namun kita tak melihat betapa liciknya permainan sang Wahhabi di megara kita. Mereka masuk JAKIM dan Jabatan Ugama lain sebagai ilmuan, tapi hijack Jabatan Kerajaan utk membawa fikrah mereka.

Artikel ini saya ambil dari Press Release ASWAJA yg mana saya dan NGO Islam lain anggiotai-termasuk para Mufti-Wassalam

Untuk carian Wahhabi di blog saya letak saja Wahhabi dan anak bukitgantang

Anonymous said...

Bila baru nak kenal agama, wahabi ni mmg nmpk cantik, pegang Quran dan Sunnah. Tp bila makin lama belajar jadi was was pulak, nak kata betul macam salah, nak kata salah, macam betul. Tu yg ngaji agama pun terikut ikut tu. Teruskanlah ngaji, dan jgn lupa sentiasa mintak petunjuk dan bimbingan Allah swt, buang ego buang taksub, bersifat terbuka, insyaAllah mendpt petunjuk yg benar. Bg yg tak yakin lg wahabi ni salah, fikir fikirkanlah, sekurang kurang bnyk hujahnya meragukan, dan yg berfikrah wahabi ni mmg tak ngaku wahabi, sbb semmgnya wahabi ni meragukan benarnya. Kalau yakin benar, tentu tak rasa serba salah nak ngaku terang terangan.
Hujah hujah salahnya wahabi ni dah bnyk ditulis org, rujuklah sendiri dan fikir fikirlah.

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anakbukitgantang said...

Salafi adalah opanggilang penipuan oleh Wahhabi

Satu lagi panggilan yg mereka suka gelar diri mereka ialah Sunnah

Kenapa panggilan Salafi tak benar? Sebab para Salafi ialah mereka yg benar benar ikut jaran Nabi Muhammad SAW dan zaman Salafi ini 300 tahun iaitu dari Zaman Rasulullah sehingga zaman para Sahabat Baginda. Selepas itu disambung oleh mereka yang belajar ugama sevara bertalaqqi dan bersanad dengan para Sahabat dan mereka ini digelar Tabiin. Kemudian disambung pula oleh oleh mereka yang belajar ugama dari poara Tabiin dan mereka ini digelar Tabii Tabiin.

Imam Syafie adalah Tabii Tabii iaitu belajar ugaam dari Para Sahabat dan juga Ahlul bayt baginda di Mesir iaitu Saiyidina Nafisah.

Jika Salafi yg hidup dihujung zaman (melebihi 300 Hijrah) mereka bukanlah Salafi sebenar tapi Salah pi (Wahhabi yang mengikut ajaran Muhammad Bin Abdul Wahab)

Anonymous said...

Mrk mrk yg berfikrah wahabi dan salafi jadian ni konon menolak takwilan ulama' tp hakikatnya masing masing membuat tafsiran dan takwilan sendiri. Masing masing merasa alim sendiri, yg tak sefikrah dgn mrk semuanya jahil tak memahami agama, hatta Ibnu Hajar yg terkenal alim besar Hadis pun dianggap tak faham agama bahkan sesetgh mrk menuduh sesat. Kekeliruan yg mrk timbulkan, sesekali mrk menggunakan hujah ilmuan kita bila sesuai dgn pndgn mrk, dikala yg lain mrk mendebat dan menyanggahnya bila bercanggah dgn pendpt mrk.
Tiadalah yg ditipunya selain dirinya sendiri dan golongan yg sptnya.