Syeikh Nurudin Al Banjari adalah ulama Islam ASWJ. Ugama Islam ASWJ adalah ugama Persekutuan Tanah Melayu. Kenapa ada hantu WAHHABI dalam JAKIM cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan dan dasar JAKIM sendiri?
Seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu Islam amat terkejut dengan tindakan pihak JAKIM menyekat pendakwah terkenal dari Nusantara Melayu Islam dan di negara-negara Arab iaitu Sheikh Nuruddin daripada berdakwah di TV dan di tempat yang lain di dalam negara Malaysia.
Saya yakin dan percaya perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang punya Sakit Jiwa seperti perasaan-perasaan cemburu, irihati, busuk hati dan pelbagai lagi penyakit hati. Mengapa seorang Ulama yang sekian lama menyampaikan ilmu dakwahnya di TV disekat selepas beliau mempunyai ramai pengikut, berjaya mendidik masyarakat seterusnya mengukuhkan lagi Aqidah Sunnah Waljamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia dan di Nusantara Melayu Islam ini.
Saya mendesak pihak JAKIM memperjelaskan satu persatu apakah bidaah-bidaah, apakah ajaran-ajaran sesat, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang dikatakan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara kita Malaysia. Setelah sekian lama beliau berdakwah, saya tidak nampak umat Islam di Malaysia menjadi huru-hara, sebaliknya rating TV Al-Hijrah semakin meningkat naik.
Janganlah kerana JAKIM dipenuhi khabarnya golongan yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah, maka sheikh yang terkenal dari Nusantara Melayu Islam ini menjadi mangsa kebodohan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan golongan muda di JAKIM yang baru setahun jagung di alam dakwah.
Di akhir zaman ini, mereka yang baharu pulang belajar dari negara-negara Arab, India atau Pakistan apabila balik semula ke Malaysia mencetuskan perbalahan dan pergaduhan sesama mereka kaum agamawan. Menindas sesama mereka, memburuk-burukkan sesama mereka ahli agamawan, sungguh buruk perangai orang-orang agama yang suka memecahbelahkan seperti ini.
Kita amat memandang berat akan hal-hal yang berlaku di dalam JAKIM kerana nampak sangat jelas beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan konsep Wasatiyyah YAB Perdana Menteri. JAKIM tidak mendokong prinsip kesederhanaan yang dibawa oleh kepimpinan negara, malah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW juga tidak menjadi contoh kepada pihak JAKIM dalam mengendalikan isu ini.
Amat jelas, Sheikh Nuruddin bukannya seorang pengganas, jauh sekali daripada pengaruh IS atau ISIL dan sebagainya yang sedang berleluasa di negara-negara Arab. Juga sangat-sangat jelas, Sheikh Nuruddin bukan seorang Syiah yang sesat dan bukan seorang Wahabi yang menyesatkan.
Saya mendesak supaya JAKIM mengambil jalan tengah dan menghapuskan semula sekatan yang dikenakan ke atas Sheikh Nuruddin. Ini adalah suara rakyat dan suara majoriti umat Islam di Malaysia yang terpinga-pinga dan terkejut mengapa JAKIM menyekat usaha dakwah Islamiyyah yang dijalankan oleh Sheikh Nuruddin sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Umat Islam mahu YAB Perdana Menteri mengambil serius akan hal ini. Perkara ini juga telah menjejaskan nama baik YAB Perdana Menteri apabila umat Islam turut menyalahkan YAB Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan amukan telah dibuat ke atas YAB Perdana Menteri di dalam aplikasi Wassap, SMS, Facebook dan Tweeter.
Yang jelas YAB Perdana Menteri tidak mengetahui hal ini, ianya adalah kesilapan besar golongan-golongan yang berpenyakit hati di dalam JAKIM.
P/S Biodata Penasehat dalam JAKIM Dr Johari Mat yang berkelulusan University Madinah (kita tahu University Madinah di Saudi ni berfikrah WAHHABI) . Beliau dilantik oleh mantan Menteri Besar Kelantan yang berpendidikan di Deobandi University (juga berfikrah Wahhabi) DI sini sini
PM Najib eloklah buang semua sarang wahhabi dalam JAKIM. PAS yg buat onar UMNO pula yg kena blame.
|
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Monday, November 24, 2014
eh Penasehat JAKIM , PAS lantik , yang kena getah PM Najib # isu Syeikh Nurudin Al Banjari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Aku pun pelik macam mana JAKIM boleh block Syeikh Nuruddin ni, hilang terus respek aku kat JAKIM yg aku sangkakan membela ASWAJA, mmg mengundang bala' betul.
Wahabi ni kalau makin berkembang makin pecah belahlah umat umat kat M'sia ni, yg rata ratanya tipis fahaman agama.
PM Najib tolonglah buang jauh jauh geng geng Wahabi dr Jabatan jabatan K'jaan.
Buat org islam..istifar byk2, beri salam penghormatan kpd baginda rasullulloh dgn hadiah alfatiha n buat solat 2rakaat mintak diberi petunjuk oleh Allah, siapa s nurudin sbnrnya. Lakukan sampai dpt petunjuk.
Tak ramai ilmuan agama yg mampu mematahkan hujah Wahabi dgn mudah, dan Syeikh Nuruddin adalah salah seorg yg berilmu tinggi yg mampu berbuat demikian, dan saya yakin ini antara sbb dia disekat.
Mohin rujuk Press Release ASWAJA berkenaan Wahhabi dalam JAKIM -artikel tersebut saya siarkan juga di wall ini pada 12 Dec 2014
Post a Comment