Wahai orang UMNO janganlah dok perasan sangat orang Melayu yang memberikan undi kepada kamu dalam PRU13 yang lepas suka sangat UMNO. Sebab utama ialah vote swing Melayu Islam dan Bumiputera Bukan Islam kepada UMNO ialah kerana mereka tak ada pilihan! DAP jelas RASIS dan PKR serta PAS sangat lemah kerana mengikut telunjuk DAP
Pemilihan UMNO kali ini juga menentukan kemenangan atau kegagalan PRU14.
Fakta yg tak dapat dipertikaikan ialah Kerajaan Barisan Nasional hari ini ialah Kerajaan UMNO dan kekuatan Barisan Nasional disandarkan kepada UMNO. Lemah UMNO, maka lemahlah Barisan Nasional. Jelas dengan statistic undi pada PRU13 yang lepas UMNO menang kerana sokongan padu orang Melayu di belakang UMNO.
Dalam formula sifir kejayaan yang jelas ialah "Apa yang orang Melayu mahukan ialah apa yang UMNO WAJIB TAWARKAN"
Orang Melayu hanya mahukan status quo dan kesinambungan dari zaman kekuatan kuasa politik Melayu yang memuncak zaman Tun M iaitu Melayu , Islam dan Raja Berdaulat!
Esok pemilihan UMNO cawangan Pemuda dan Puteri dan Wanita.
Hairan kenapa The Star suka menukilkan KJ sebagai calon Pemuda pilihan mereka? Mari kita lihat "kejayaan Khairi Jamaluddin"
atau video ini
atau lihat kata kata KJ yang nampaknya copy and paste dari Pakatan Rakyat
Hairan juga kenapa The Star beriya riya menyokong calon Liability besar dalam UMNO seperti KJ dan Sharizat?
Jawapan yang paling tepat ialah bila kedua cawangan Wanita dan Pemuda terpalit liability dan musuh dapat menempatkan calon LIBERAL sebagai Ketua Pemuda UMNO maka senanglah UMNO ditumbangkan dalam PRU14.

