Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Bila polis dibenarkan bertindak mengikut lunas undang undang tanpa campur tangan politik

Dulu ada Akta Perhimpunan Aman 2012 tapi otak polis di suruh ikut otak Menteri Amaran . Atau apakah ia sepupunya yang dipengaruhi Neo Liberalisme hasil punah sehat Omar Ong???. Rujuk artikel berkenaan Omar Ong memunahsehat PM pasal ISA dan EO di Omar Ong influenced Najib to repeal ISA
 
Hari ini Menteri KDN dah bertukar. Menteri KDN baru benarkan polis bertindak mengikut lunas undang undang yang diperuntukkan bagi menjaga keamanan Negara. Rujuk  video di mana polis menguatkuasakan beberapa perkara dari Akta tersebut
 
 


 
 
Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
 
Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
 
Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan

Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Dan jangan lupa kanak kanak di bawah umur serta bukan warganegara DILARANG sama sekali menyertai perhimpunan tersebut sesuai dengan Pasal 4


Pasal 4  menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas (mempunyai SEKATAN)  kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;
(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) suatu protes jalanan;
(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan
(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.


Kepada Tok Najib, harap dengar nasehat Tun Mahathir semasa pertemuan 4 mata di Yayasan Kepimpinan Perdana. Jangan percayakan sangat young cikus con- Sultan separuh masak yang memunahsehat dan mendapat laba yang banyak dari akta yang dipinda atau polisi baru yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keselamatan rakyat dan anggota keselamatan sepatutnya jadi keutamaan Tok Najib bukan tunduk kepada agen provocateur musuh yang dah menyerap masuk dan memunah sehat Kerajaan dari dalam .

Saturday, June 22, 2013

# Black 505- Tangkap dan Lepas

Saya ingatkan hanya di Putrajaya sahaja yang amalkan Tangkap dan Lepas. Tangkap  dan lepas di sini merujuk kepada kejohanan memancing ikan yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Putrajaya
 
Melalui polisi Tangkap dan Lepas itu , ikan ikan  kecil  yang ditangkap akan  dilepaskan semula ke Tasek Putrajaya supaya populasi ikan dalam tasek tak pupus.
 
Rupa rupanya  Con sultan aka penasehat Menteri dah berkenan dengan system ini. Dengan mempengaruhi Perdana Menteri berjayalah Omar Ong memusnahkan keamanan Malaysia melalui Tangkap Dan Lepas Penjenayah yang mahu menumpaskan Pemerintah Islam di Malaysia.
 
Perlu diingatkan bahawa Pemerintah Islam ialah Yang DiPertuan Agong dan baginda adalah Pemerintah Tertinggi di Malaysia.
 
Perdana Menteri hanyalah menerima AMANAH dari YDP Agong.
 
Apakah hak Omar Ong dan Nurul Izzah  memunahsehat sehingga keselamatan Penjawat Awam yang juga menjalankan tugas atas AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kepada Yang Di Pertuan Agong diancam? Rujuk di SINI,  SINI dan SINI
 
On 15 September 2011, Prime Minister Dato Najib announced this legislation will be repealed and replaced by two new laws.

The ISA was replaced and repealed by the Security Offences (Special Measures) Act 2012 which has been passed by Parliament and given the royal assent on 18 June 2012. The Act came into force on 31 July 2012.

He also lifted the three proclaimed Emergency Ordinance that are still officially in effect then.  It happened again and again. PM bent backward to the oppositions demands. Read HERE

Berapa banyak penjenayah yang ditangkap dan dilepaskan semula? Sebelum kita berikan hasil survey elok kita tangkap ikan paling besar iaitu Omar Ong . Rakyat Malaysia mahukan ISA dan Emergency Ordinance (EO) di hidupkan semula. Kami mahu hidup dalam AMAN bukannya mempunyai  ilusi songsang dan tak berpijak di bumi realiti   seperti Omar Ong . Kepada Datuk Najib jika tak mendengar keluhan rakyat yang menaikkan UMNO lebih baik berundur secara terhormat! Kami lebih sayangkan Islam, Bangsa Melayu, Malaysia dan UMNO dari seorang pemimpin yang kakinya tidak menjejak di bumi nyata.

Alumni Tangkap dan Lepas semula

Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin


 


 

Tuesday, April 24, 2012

ISA- oleh Ustaz Zamihan Al Ghairi

Isu ISA diperjelaskan oleh Ustaz Zamihan Al Ghairi


Saturday, October 31, 2009

Kesah Tahanan Guantanamo, Cuba


Beliau ditahan dan tidak dibenarkan bergerak, apatah lagi bersolat. Penderaan yang dikenakan tidak terhad kepada fizikal, malah didera mental dan spiritual

Makanan dibekalkan dua kali sehari dan tiada buah, sayur mahupun makanan panas diberikan

Beberapa tahanan digalakkan membunuh diri dengan bantuan pakar psikitri tentera

Paling malang dia diculik dari kota London kerana silap identiti dan dipaksa mengaku penyenayah kerana disangka ada hubungan dengan Osama Ben Laden

Bandingkan dengan tahanan ISA yang jauh dilayan lebih baik dan penahana itu hanya dibuat untuk menjaga keamanan negara

Betapa bertuahnya sesetengah tahanan ISA yang masih mampu membaca, menulis artikel dan masih boleh makan lobster!
Kepada rakyat Malaysia, menentang janganlah ikut ikutan, fikirkan kenapa sistem itu dibuat dan bandingkan layanan yang diterima oleh orang Islam yang diseksa diseluruh dunia hanya kerana mereka berugama Islam atau memakai nama orang Islam.
Jangan biarkan kerajaan Islam di Malaysia hari ini tumbang kerana umat Islam berbalah. Tambah baik sistem yang ada, bukan merosakkannya dengan bersekongkol dengan musuh Islam. Sebenarnya ini adalah jihad kita. Fikirkan akibatnya jika kita terus berbalah, insaflah!

Baca cerita lanjut disini

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri