Showing posts with label falak. Show all posts
Showing posts with label falak. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Rahsia Buruj Bintang Orion





  Anak panah menunjukkan arah kiblat

Bintang Orion digunakan oleh pelayar dan pengembara Islam zaman dulu untuk menentukan arah kiblat.


Buruj  Orion (Al-Babadur) dapat dikesan melalui 3 bintang yang kedudukannnya berderetan. Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.
 
 
Kini diketahui juga bahawa 3 pyramid di Mesir juga menunjukkan kedudukan bintang Orion pada masa yang sesuai. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Sesunguhnya Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
 
Benarkan pyramid hanya ditemui di Mesir dan Mexico sahaja? Kini telah terdapat bukti bahawa wujudnya pyramid di Gunung Padang dan Lalakon di Indonesia. Apakah rahsia purba yang disimpan di pentas Sunda yang dulunya sebuah benua bernama Sundaland? Siapakah pula manusia misteri yang berperadaban tinggi tersebut? Kenapa dan apakah kaitan dapatan ilmiah yang mengaitkan manusia Melayu dengan manusia di Madagascar, kaum Degar dan Empayar Champa  di Vietnam, Pattani di Thailand, Melayu di Myamar, kaum Inu di Jepun dan kaum Aztech di Amerika Selatan?



Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru





Ucapan selamat tahun baru- tiada pancuran bunga api-apa yang dapat diberikan ialah  gambar video merentasi beberapa jam pada  langit yang dipenuhi bintang bintang secara alami.

Thursday, December 20, 2012

21 Disember 2012 -Kiamat itu hanya dalam pengetahuan Allah

Heboh diperkatakan pada 21 Disember 2012 akan berlaku penjajaran planet planet. Penerangan Falak Online di SINI

Gambar dari Falak Online-tidak akan berlaku penjajaran planet pada tarikh itu

Soalan- Apakah akan berlaku penjajaran planet pada 21 Disember 2012?
 
No such a thing!(tidak akan berlaku apa apa)
 
Malah, kalau kita periksa dan kira kedudukan Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi pada tarikh atas, Matahari akan berada hampir 6 darjah JAUH dari titik Pusat Galaksi.
6 Darjah tu = 12 KALI Diameter Matahari (bila kita lihat matahari di langit).
Kalau sejajar, dah pasti ia TEPAT berada 0 Darjah dari Titik Pusat Galaksi tu.
 
Ikuti penjelasan Pusat Pembangunan Pondok Berhad berkenaan kiamat pula  di SINI


Rakyat di beberapa negara sudah panik dengan kepercayaan bahawa dunia akan kiamat Jumaat ini (21/12/2012). Mereka percaya pengiraan kalendar masyarakat Maya, sebuah tamadun Mesoamerika ribuan tahun lalu yang terkenal dengan seni bina, sistem matematik dan astronomi, akan berhenti pada 21 Disember ini.
 
Sebenarnya, orang Maya tidak pernah meramalkan tarikh kiamat. Kepercayaan ini bermula 46 tahun lalu apabila Dr Michael Coe, seorang pakar tamadun Maya, menyatakan bahawa pengakhiran kalendar Maya mungkin mencetuskan Armageddon, seperti disebut dalam kitab Injil. Sejak kenyataan itu, ada orang mempercayai ke tahap menjadi fanatik. Ada yang percaya sebuah planet atau komet akan melanggar bumi atau diserang makhluk asing.
 
Walaupun NASA menyangkal teori ini, ada orang Amerika yang menyediakan rumah perlindungan bawah tanah untuk menangkis nyalaan solar dan radiasi. Di Rusia, ramai mula menyimpan bekalan makanan dan keperluan utama hinggakan Perdana Menteri Dmitry Medvedev terpaksa membuat pengumuman untuk meredakan keadaan.

Kita orang Islam percaya hari kiamat adalah rahsia ALLAH SWT. Hatta Nabi Muhammad SAW pun tidak tahu bilakah kiamat akan berlaku.
Dalam Surah Al-A’raf, ayat 187 bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
 
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.

Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
 
Selanjutnya, sabda Rasulullah SAW, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya Baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali.” (Riwayat Ibnu Majah)
 
Kita wajib mempercayai hari kiamat. Malah kita telah diberikan tanda-tanda akan berlaku kiamat. Ayat 7 Surah Al-Hajj bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya dan bahawa sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang di dalam kubur.”

Daripada Anas RA katanya: “Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku.
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi 50 perempuan hanya seorang pengawalnya.
Rasulullah SAW telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat-mengingati satu sama lain, lalu Baginda SAW bertanya: “Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?”
 
Kami menjawab: ”Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya”; Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya 10 alamat.” Lalu Baginda SAW menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya’juj wa Ma’juj.”
 
Antara tanda-tanda kecil kiamat ialah ramainya pembohong besar (Sahih Muslim), ramainya saksi palsu (HR Ahmad), orang bodoh dan hina mendapat kedudukan terhormat (HR At-Tabrani), ramai orang soleh meninggal dunia (HR Ahmad) dan sikap orang Muslimin yang memberikan salam kepada orang yang dikenali sahaja (HR Ahmad).
 
Juga apabila bulan sabit kelihatan besar (HR At-Tabrani), penaklukan Baitulmaqdis (Sahih Bukhari) dan apabila negara Arab menjadi padang rumput dan sungai (Sahih Muslim).




Kesemua tanda kecil ini telah pun berlaku. Kelak menyusul pula tanda-tanda besar kiamat.


 
Hendaklah kita sama-sama mengambil iktibar. Jadikanlah al-Quran dan Hadis sebagai rujukan utama perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah.

Monday, June 25, 2012

Venus dan 7 puteri menunggu anda pagi esok



Pada awal Subuh esok pagi (26 Jun 2012), sebelum siap-siap nak ke pejabat atau sekolah, atau hantar anak ke nursery.... jangan lupa toleh ke Timur, kerana anda akan disajikan dengan jujukan planet-planet dan bintang-bintang yang cukup gah.

Bermula dengan yang paling terang, iaitu planet Zuhrah atau Venus, gerak mata ke arah kanan bawahnya, anda akan dapat melihat bintang gergasi merah, Aldebaraan.
Dah puas tengok Aldebaraan, kembali pula ke Zuhrah, dan gerak mata ke arah kiri atas pula.
Di situ lepaknya planet gergasi Musytari.

Jangan lupa pula gugusan Seven Sisters yang cun melecun tu. Ia berada ke atas kiri dari kedudukan Musytari.

Kesemua keempat-empat objek ini sebaris! ... sebenarnya hampir, kerana Musytari ni keluar dari line sikit...

Cantik posisi geng-geng ni, cubalah ambil foto.

Sedikit nota, kesemua objek ini, guna MATA dah boleh nampak. Tak perlu teleskop atau binokular.
Jom teropong-teropong di pagi Syaaban! :-)

Sumber
Falak Online

Wednesday, June 6, 2012

Planet Zuhrah melintasi Matahari hari ini

Bagi  kita fenomena ini dikatakan gerhana matahari. Sebenarnya ia adalah transit planet Zuhrah melintasi matahari pada 6 Jun 2012 . Di Malaysia keseluruhan fenomenan titik hitam melintasi matahari dapat dilihat di Sabah! Dan transit planet Zuhrah ini berlaku hanya dalam setiap 100 tahun !

Rujuk catatan   yang saya ambil di Falak Online



Pada 6 Jun 2012 nanti, kita akan menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya!
.
Kenapa Transit ini boleh berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari.
Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi) . Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet Zuhrah.
National Centre for Radio Astrophysics, India akan menyediakan sebuah ebook yang menarik berkenaa Transit ini. https://docs.google.com/file/d/0B0ZPQr25M5_sQ2IwMHB2RnMzM0k/edit?pli=1
Adakah ia berlaku tiap-tiap tahun?
Tidak. Malah phenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun. Lebih menarik ialah, apabila ia berlaku, ia akan datang dalam 2 pasangan fenomena yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain.
Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125!
Bagaimana rupanya transit ini?
Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi. Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan matahari.
Secara umumnya, lintasan ini akan mengambil masa hampir 6 jam!
Seperkara yang menarik ialah, disebabkan Zuhrah kelihatan bulat, maka ia akan mengambil masa sikit untuk keseluruhan 'bulatan hitam' planet ini 'memasuki' kawasan hadapan matahari.
AWAS: JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.
Apakah cara paling selamat untuk melihat Transit ini?
Sekali lagi JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.
Anda perlukan penapis matahari seperti Mylar atau Baader untuk melihat matahari (samada menerusi teleskop, binokular atau mata).
Ataupun dapatkan cermin mata matahari khas dari penjual barangan astronomi yang berdekatan.
Gelas yang digelapkan MASIH BERBAHAYA!
Cermin mata gelap (sunglass) MASIH BERBAHAYA!
Air dalam baldi MASIH BERBAHAYA!
Oleh itu, pastikan anda menghubungi pihak seperi Planetarium Negara, untuk mendapat tunjuk ajar yang sesuai untuk cerapan transit ini.
Di internet juga, begitu banyak informasi berkenaan cara terbaik mencerap matahari (atau dalam kes ini, transit zuhrah).
Rujuk pautan di bawah:
Adakah kita akan terkeliru bentuk Zuhrah dengan tompok matahari/sunspot?
Tidak mungkin. Berdasarkan pengamatan saya tahun 2004 lepas, Zuhrah akan kelihatan 'sempurna bulat' dan hitam pekat, berbanding dengan tompok matahari.
Di manakah laluan Zuhrah ketika ia bergerak di hadapan matahari?
Zuhrah tidak agak lalu tepat di tengah-tangah matahari, tetapi lebih kepada senget ke tepi sikit.
Rujuk animasi di bawah
Di mana kita boleh melihat transit ini?
Keseluruhan transit ini akan mengambil masa selama lebih kurang 6 jam. Bagi penduduk di benua Amerika, mereka akan melihatnya sebelah petang 5 Jun 2012, dan matahari akan terbenam terlebih dahulu sebelum transit ini tamat.
Bagi penduduk di Asia Timur, Pasifik dan kawasan Artik, mereka boleh lihat keseluruhan transit dari awal hingga akhir.
Di Malaysia pula, ia 50-50. Bagi anda di Semenanjung, Zuhrah sudah pun berada di hadapan matahari ketika ia terbit. Maknanya dah terlepas separuh masa pertama!
Di Sabah pula, anda akan berpeluang menyaksikannya dari awal hingga akhir!
Pukul berapakah ia akan bermula?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.



Sumber Falak Online

Tuesday, May 8, 2012

BERSEH yg gagal - "rahsia negara yang aman"

Kemerdekaan negara ini dicapai dengan cara yang baik tanpa pertumpahan darah pada tarikh "Baldatun Toyyibatun" yang membawa makna "negeri yang baik dan makmur". Tarikh Baldatun Toyyibatun ini hanya dikongsi oleh  3 negeri /tempat di dunia ini iaitu;  tarikh pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW, tarikh penaklukan Kota Konstantinopole (Instanbul) oleh Sultan Muhamad Al Fateh dan tarikh kemerdekaan Malaya (yang kemudian dikenali sebagai Malaysia). Sesungguhnya ulama kita telah menggunakan  Quran, kitab dan ilmu falak supaya negara yang baru merdeka menjadi aman dan makmur seperti negeri Makkah dan Instanbul pada waktu pembukaannya. 

Syeikh Abdullah Fahim, yang ketika itu Mufti Pulau Pinang dan seorang wali Allah,  apabila ditanya Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman, tarikh yang sesuai untuk kemerdekaan negara telah  mencadangkan 31 Ogos 1957. Beliau menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957.

Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.


Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa Syeikh Fahim menggunakan alat  astrolabe kepunyaaannya (yang maseh disimpan di sekolah itu) bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.


Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.


Rahsia Baldatun Toyyibatun-Negeri yang baik aman dan makmur melalui numerologi Islam

Tarikh Merdeka  iaitu  31 08 57 - Rahsia 3 Angka  857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan  Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M.

Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah.

Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31).

Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)

 Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)
Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur). Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba' ayat 15.

Terjemahan ayat

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!"-Surah Saba Ayat 15

Syeikh Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan kota Mekah 10 Ramadhan 8 Hijrah dengan angka pembukaan kota Konstantinople 857 Hijrah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka jadilah 310857. Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah).

Tarikh inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim.

Rujukan
-Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (Falak)
-Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004
-Ustaz Shamsul Mohd Noor dan ditulis semula oleh mureednya Ahmad Ariff  dan anakbukitgantang(Baldatun Toyyibatun)

Sunday, November 21, 2010

GUNUNG MISTIK- IMEJ DARI HUBBLE

"Mystic Mountain". Gelaran terbaru yang diberikan kepada sebuah Nebula di dalam buruj Carina yang berjaya dirakam oleh Teleskop Hubble. Ia merupakan satu hadiah istimewa dari Hubble kepada kita di Bumi, sempena harijadinya yang ke-20 baru-baru ini!




Saya terpegun dengan complexity struktur Nebula ini. Percaya atau tidak, yang kita lihat ini hanya sebahagian kecil daripada sebuah Nebula gergasi, yang juga merupakan kawasan kelahiran bintang yang terbesar di dalam galaksi Bima Sakti kita!



Menurut laman web Universe Today, Nebula ini seakan-akan sama dengan sebuah lagi Nebula yang dirakam oleh Hubble pada tahun 1995, yang digelar sebagai "The Pillar Of Creation". Namun, yang ini lebih istimewa kerana ia bukan sahaja mengandungi "Bintang Bayi" tetapi ada juga "Sistem Suria Bayi" ! Apa yang kita lihat di sini ialah contoh keadaan Sistem Suria yang kita duduki sekarang ketika ia masih muda remaja!



Foto ini cukup menggerunkan dan juga cukup indah untuk dihayati lama-lama. Lebih menarik lagi, anda boleh menjelajah Nebula ini secara 3D menerusi video ini.

Petikan Falak Online

Tuesday, December 8, 2009

ilmu huruf dan falak Islam vs. astrology barat

Ahli falak zaman dulu-dulu sebenarnya mengkaji pergerakan bulan,bintang dan matahari. Selain mengetahui perjalanan bagi tujuan pelayaran bahtera, pengetahuan ini juga dimanfaatkan untuk pelayaran hidup.

Dan ahli numerologi Islam zaman dulu-dulu dapat mengetahui secara kasar jalan hidup seseorang melalui namanya-yang mengikut jumlah nombor dalam numerologi Islam dan jalan yang ditempuhinya samada ikut saidina Abu Bkr, Umar dan lain-lain. Ilmu falak dan numerologi Islam ini kita boleh pelajari dengan lebih mendalam dalam satu kitab bahasa Melayu lama dan tulisan jawi yang telah diharamkan iaitu Tajul Muluk.

Dzkir Hisab Jamal

Dalam Tajul Muluk, kita diajar berdzikir Hisab Jamal iaitu berdizikir Asmaul Husna mengikut bilangan jumlah namanya dalam numerolgi Islam. Selain itu, melalui kaedah yang sama kita dapat ketahui jenis unsur diri kita sama ada api, air, tanah atau angin. Banyak lagi rahsia alam secara Islam (yang dikenali sebagai Feng Shui) yang boleh kita pelajari melalui kitab Tajul Muluk ini.

Peranan Ulama dan ahli sufi/tasawuf Islam zaman silam dan korupsi astrology Barat dari ilmu falak Islam

Dari numerologi Islam, kita terdedah korupsi ilmu falak dan numerologi yang dipanggil astrologi di dunia Barat. Korupsi ini bermula apabila kitab-kitab ilmu falak yang ditulis oleh ahli sufi/tasawuf Islam seperti Syeikh Abd Qadir Al Jalani, Ibn Madyan, Ibn Batuta dan Ibn Arabi diambil oleh para ilmuan barat semasa jatuhnya KERAJAAN ISLAM GRANADA, SEVILE DAN CARDOBA DI ISLAM ANDALUSIA/ SEPANYOL!

Cabang Numerologi bermula dengan Syeikh Abd Qadir Al Jalani dan disambung seterusnya oleh Ibn Arabi- Jika tak percaya bacalah bibliografi hidup ilmuan sufi/tasawuf terkenal dunia Islam yang gahnya nama sehingga ke dunia barat-iaitu Ibn Arabi dalam bukunya The Quest For Red Sulphur!

Pengenalan kepada Ilmu Huruf (Numerologi Islam)

Rujukan saya kepada laman Nasyabandi menunjukkan mereka telah mendokumentasikan dengan baik Ilm Huruf , rujuk sini http://www.sufism.org/society/asma/index.html

Kiraan huruf mengikut numerologi adalah seperti berikut:-


Nilai Numerologi dari 1-9


TOIN=9
HA=8
ZA=7
WAW=6
HAA=5
DAL=4
JEEM=3
BA=2
ALIF=1


Nilai Numerologi dari 10 - 90

SAAD=90
FA=80
AYN=70
SEEN=60
NOON=50
MEEM=40
LAAM=30
KAAF=20
YA=10


Nilai Numerologi dari 100 - 900

ZOIN=900
DHWAD=800
ZAL=700
KHA=600
SA=500
TA=400
SHEEN=300
RA=200
QAF=100

Nilai Numerologi 1000
GHAYN = 1000

aplikasi numerologi

Contohnya "Allah" dalam huruf arab adalah alif + lam + lam + ha

Numerologi dikira dari pecahan huruf arabnya berjumlah 1 + 30 + 30 + 5 = 66


Rujukan - muqatta'at ilm Huroof science
Abjad Table PDF File

Selain itu ilmu Huruf atau numerology Islam ini juga mengambil kira masa lahir contohnya

“The Messenger of Allah Born on the 3 Month The Veil of Rahma, He is a Mercy to all Creation. 12th Day because 12 is the Completion The Hajj to your Lord and the Grand Intercessor to the Creator”


Maklumat lanjut ilmu huruf ini boleh didapati dari link ini

http://nurmuhammad.com/IlmHuroof/IlmHuroofArticles/RasulNamesPowerof9.htm

Entry way to the Divine Before the Bismillah
{Holy Quran 18.60 Behold, Moses said to his attendant,
"I will not give up until I reach the junction of the two seas
or (until) I spend years and years in travel."}
12 Constellations , 12 tribes, 12 veils, represents completion, Khatim Nabieen Seal of Messengers and Completion of the Kingdom.

Al-Haqq= Ha=8 + Qaf=100= "108" 1+0+8=9

........................................................................................................
Malang kitab khazanah bangsa Melayu dan Ilmu Huruf Islam / Numerologi yang diharamkan

Alangkah baik jika kita ambil pengetahuan Falak dan Numerologi Islam dalam Kitab Tajul Muluk! Ini supaya umat Islam tidak terpengaruh dengan pegangan tahyul astrology Barat. Akibat takut terpesong kononnya, maka sesuatu ilmu pengetahuan yang amat strategik untuk kesinambungan tamadun Melayu dan ummah Islam di nusantara /dunia ini di haramkan!

Pada masa yang sama umat Islam yang tiada pegangan akan terus dihanyutkan mengikut fahaman Numerologi dari Kitab Vedic Hindu dan Feng Shui Cina atau Numerology/ astrology Barat yang terus dibenarkan di Malaysia!

.................................................................................

Korupsi astrology Barat yang berluasa- ramalan astrology....


As the world knows by know, Tiger Woods was in a car accident in the wee hours of Sunday morning. As he was driving away from his home in Florida he backed into a fire hydrant and hit a tree. He was found with lacerations on his face that evidently occurred from an altercation with his wife as the result of revelations of an affair that Woods had with a nightclub hostess and possible others.


Regardless of what happens in Woods's personal life, his public image has taken a big hit.


I won't take the time right now for a detailed analysis of Woods's astrological chart, but a brief overview reveals that he has the Sun in Capricorn which is the sign of success and achievement. Virgo is rising in the chart (born December 30, 1975 at 10:50 pm, Cypress CA), which reveals his methodical approach to the golf game and his persona and appearance (as represented by the ascendant) of a modest perfectionist (Virgo). His Moon, though, tells a different story - his Moon (representing his emotional needs) is in freedom-loving Sagittarius, optimistic at heart and full of confidence. That confidence is expanded by a very big Jupiter (planet of optimism and good fortune) in the assertive sign of Aries, revealing his inner competitive nature.


Uranus is the planet that inspires reckless behavior and urges us to break free of the shackles in our lives that restrict us. Uranus has been an important influence for Tiger Woods since May of 2008 when it crossed the cusp of Woods's seventh house of marriage, transiting back and forth over the next 18 months. At the same time Uranus was in a challenging square (90 degree) formation to his Moon and the Midheaven of his chart, signifying his career. Clearly this has been a time of intense inner turmoil and perhaps a desire to shatter the confines of his very controlled and public life.


Woods's progressed chart is quite active as well. The progressed chart evolves over time just as we do, and his progressed Midheaven (public reputation) crossed his progressed Saturn (tests and challenges) last month as the rumors began to build.


Had Tiger Woods consulted with an astrologer earlier this year he would have been warned of the potential for a public relations problem with the Saturn/Midheaven in the progressed chart, and understanding the nature of the Uranus transit might have helped him to be a little more cautious in his activities. It's not likely that the damage will be permanent, though - transiting Jupiter will make a harmonious trine to the Midheaven in his natal chart in a couple of weeks and smooth everything over.