Sunday, November 21, 2010

GUNUNG MISTIK- IMEJ DARI HUBBLE

"Mystic Mountain". Gelaran terbaru yang diberikan kepada sebuah Nebula di dalam buruj Carina yang berjaya dirakam oleh Teleskop Hubble. Ia merupakan satu hadiah istimewa dari Hubble kepada kita di Bumi, sempena harijadinya yang ke-20 baru-baru ini!




Saya terpegun dengan complexity struktur Nebula ini. Percaya atau tidak, yang kita lihat ini hanya sebahagian kecil daripada sebuah Nebula gergasi, yang juga merupakan kawasan kelahiran bintang yang terbesar di dalam galaksi Bima Sakti kita!



Menurut laman web Universe Today, Nebula ini seakan-akan sama dengan sebuah lagi Nebula yang dirakam oleh Hubble pada tahun 1995, yang digelar sebagai "The Pillar Of Creation". Namun, yang ini lebih istimewa kerana ia bukan sahaja mengandungi "Bintang Bayi" tetapi ada juga "Sistem Suria Bayi" ! Apa yang kita lihat di sini ialah contoh keadaan Sistem Suria yang kita duduki sekarang ketika ia masih muda remaja!



Foto ini cukup menggerunkan dan juga cukup indah untuk dihayati lama-lama. Lebih menarik lagi, anda boleh menjelajah Nebula ini secara 3D menerusi video ini.

Petikan Falak Online

No comments: